Tabung Masa Depan ...

Monday, May 21, 2012

Jaclyn Victor Tetap Juara Di Hati

Beginilah apabila jari menjadi juri!.  Apapun keputusan sudah termaktub dan muktamad.
Walaupun hanya berjaya menduduki tempat ketiga Mania, bagi saya Jaclyn telah memberikan satu persembahan yang betul2 mantap dan cukup2 hebat. Cuma mungkin ada sedikit lupa lirik untuk lagu kedua tapi ia tidak mengganggu atau menjejaskan keseluruhan persembahan beliau. Apatah lagi, persembahan lagu duetnya bersama Tia (Jinbara). Tak perlu dipertikaikan lagi kehebatan vokal Jac ini.  Memang ke langit menuju bintang!.  Bukan macam sesetangah artis tu, yang banyaknyer ke laut tenggelam aje bila menyanyi. 

Agak terkejut kerana pada awalnya, undi untuk Jaclyn agak jauh berbanding yang lain. Tapi keputusan akhirnya sepertimana yang diumumkan Pengacara Aznil Hj.Nawawi, beliau tumpas jua di tangan Hafiz (Juara) dan Stacy (Kedua).  Anyway tanhiah kepada semua.  Hazama dan Aril pun hebat juga!.

( gambar dari murai.com)

Boleh tengok komen lanjut Jaclyn  yang mengaku dirinya kurang popular berbanding penyanyi baru yang lain dekat murai.com ni.

For me, You're still the best Jac!

Berita Baik Adi Putra Batal Cerai

Good news untuk kongsi bersama semua. Alhamduillah....................

KUALA LUMPUR: 
Pelakon Adi Putra yang mengatakan mahu menyelesaikan kes rumah tangga dengan isterinya Aida Yusof di Mahkamah Syariah di sini, Isnin (hari ini) telah mengambil keputusan menarik balik kes berkenaan.
Difahamkan Adi yang memfailkan penceraian pada 14 Mei lalu menarik balik kes tersebut kira-kira pukul 8 pagi, Isnin.

Wartawan yang berkumpul di mahkamah berkenaan bagaimanapun gagal bertemu dengan pelakon itu.

Dalam pada itu, Adi ketika dihubungi mStar Online enggan mengulas mengenai penarikan kes tersebut.

( Ehsan  - mstar online)









Cerita lanjut baca kat  sini lah..
  

English Carnival & Medical Camp

Menemankan si kecik ke sekolah weekend tu.  Dari pagi hingga ke petang.  Oklah you all layan jelah, gambar2 sekitar acara yang betul2 buat saya penat yang tak hilang2 sampai ke hari ini! (Cam dah demam lak pulak!) Event tu start dalam 8.30 pagi and ended dalam pukul 4.30 petang macam tu. Banyaklah aktiviti dan acara yang dijalankan termasuklah coloring contest, story telling in English, Karaoke contest in English, News reading, puzzle and scrabble etc, all conducted in English and ada juga free medical check-up by a professional doctor. 

( Door / Welcom Gift for the parents... banyak juga item dalam tu....not bad! All From Nestle , TQ )
( Sekitar Tapak Acara )
( Ucapan Alu-aluan Dari  Cikgu  Besar! )
( Sibuk dengan untie they all, nak pasang tag nama )
( Concentrate waktu color ... sambil cakap penat lah Umi! )
( Walau hanya menang consolation price, tetap berbangga dengan semangat dia yang berani mencuba!)
(  Ni yang ditunggu2 bebudak ni, sampai 2 -3 kali pi ambil air milo free tu! Hu Hu Hu )



For me, this is a very good program for both parents and the kids but really tired lah.  Hope there will be a carnival like this again next year!. InsyaAllah....................

SEGMEN SAYA NAK JOIN BLOGLIST KORN

Hermmmmmmm..... saja2 join segmen ini 
satu, sebab nak tengok my luck, 
dua, antara cara nak promotekan my blog 
dan 
tiga, boleh menambahkan ramai lagi kenalan2 bloggers kan!.  
So apa salahnye.............



Kalau ada luck, syukurlah, kalau tak it's ok, yang penting for me, berani mencuba dan ingin turut sertakan.  Eh, you all pun kalau ada  minat boleh join sekali.  Check kat .........   sini!

Tak Habis2 Lagi Kisah Rita Dan Aidil

Nampaknya kemelut rumahtangga antara aktress Rita Rudaini Moktar dan suaminya Aidil Zafuan Abd. Razak bagai sudah tiba ke penghujungnya.  Rita melalui kenyataannya di Kosmo Online mengaku sudah tiada hati pada Aidil Zafuan, setelah diceraikan dua kali sebelum ini dan kini menyerahkan segala2nya kepada Allah kerana hati beliau telah benar2 remuk dan kecewa kini.

RITA menafikan dia pernah meminta cerai daripada Aidil Zafuan.


Kali pertama Rita diceraikan Aidil Zafuan ketika sedanag mengandungkan anak keduanya iaitu Airit Rafqa, 1, dan kemudiannya Aidil Zafuan menarik balik perceraian tersebut.

Lapan bulan selepas penarikan cerai tersebut Rita sekali lagi diceraikan Aidil Zafuan apabila menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada suaminya bahawa dia tidak boleh hidup sebumbung lagi bersama pelakon itu.
Namun, Khamis lalu, ramai yang terkejut apabila Aidil Zafuan sekali lagi menarik balik permohonan cerai yang difailkan terhadap Rita.

Rita dalam nada kesal memberitahu: "Saya sudah tak ada hati untuk dia dan serahkan semuanya kepada Allah. Hati saya sudah remuk apabila dua kali diceraikan tanpa sebab."

Anda boleh ikuti temu bual Kosmo! bersama Rita selanjutnya kat sini je!

Sunday, May 20, 2012

Cara Buang Angin Di Badan

Salam Pagi Ahad semua!.  Hari ini ada sikit rasa gembira sebab Kelantan menang Piala FA. Tahniah juga untuk pasukan Sime Darby.  Tapi sedikit sedih kerana Jaclyn Victor gagal jadi Juara Mania yang pertama. Hanya berada di tempat ketiga. Anyway, tahniah untuk Hafiz sebagai Juara dan Stacy di tempat kedua. 

Kepenatan sebenarnya hari ini sebab semalam seharian uruskan my daughter kat sekolah.  Yang ini saya akan ceritakan di next entry nanti.  Sebab letih tak hilang lagi hari ini.  Badan sakit2 macam berangin lak.!  Melayan kerenah yang bongsu tu mana tak hangin satu badan.

Biasanyer kata orang, kalau rasa2 badan tu macam berangin, selalu sendawa2 tu so, cepat2 minum air teh halia untuk membuang dan menyingkirkan angin tersebut. Ini yang paling mudah dan senanglah kan.  Tapi, ada lagi satu petua yang boleh anda amalkan untuk mengelakkan badan berangin.  Selain dari hindarkan makanan2 yang boleh menyebabkan angin cuba buat yang ini pula.  Ambil beberapa ulas bawang putih dan bersihkan kulitnya.  Lepas tu, potong atau hiriskan halus.  Masukkan 2 gelas air dan rebuskan hingga air tinggal hanya dalam anggaran satu gelas sahaja. Bila suam bolehlah minum dan elok kalau diamalkan sekurang2 sebulan sekali.  No harm trying kan!

 
(from google image)
Di samping itu, jangan lupa banyakkan minum air kosong (suam) dan bila makan tu kunyahlah secara perlahan-lahan. Bawang putih juga bagus untuk rawatan meredakan stress dan untuk awet muda. Bawang putih sememangnya punya banyak lagi khasiat lain selain dari ini.  Tapi kalau ada orang yang naik angin tak tentu pasal, jangan pulak kita sumbat bawang putih dalam mulut dia ye! Petua tuk nak buangkan angin yang itu, saya tak belajar lagi! Ha Ha Ha

Saturday, May 19, 2012

KISAH MISTERI Di Hospital Kajang

Cerita ini ringkas sahaja.  Hanya nak berkongsi sesuatu yang saya rasa sangat2 misteri.  Sebabnya, masih tiada jawapan samada ianya hanya sebuah mimpi atau benar2 terjadi.

En. Hubby saya pernah tertidur di kawasan letak kereta di Hospital Kajang, semasa menunggu saya membuat pemeriksaan doktor sewaktu kehamilan saya yang ketiga dulu. Sebagai pesakit hamil yang ada diabetes, saya perlu membuat pemeriksaan 4 kali sehari mengikut temujanji.  Satu hari, oleh kerana terlalu penat kerana baru balik dari kerja, beliau hanya menunggu di dalam kereta sementara saya siap membuat pemeriksaan.

Cerita beliau, waktu itu hari sudah lewat petang tetapi belum lagi menghampiri senja dan beliau terus tertidur kerana keletihan.  Pintu cermin kereta diturunkan waktu itu, agar angin dapat masuk. Kebetulan beliau meletakkan kereta berhampiran sebuah pokok besar untuk teduhan sebagai mengelakkan panas. Dalam masa tertidur itu beliau bermimpi, ada satu lembaga perempuan tua yang datang dan cuba mencekik beliau. Hingga menyebabkan beliau sukar bernafas.  Dalam keadaan itulah, beliau telah terjaga dan apabila membuka mata, beliau amat2 terkejut apabila melihat perempuan tua di dalam mimpi itu benar2 berada betul2 di hadapan muka beliau. Wajahnya sangat2 menakutkan!.  Beliau beristighfar banyak kali dan membaca apa saja yang ayat yang dia ingat, sambil menutup mata dan apabila membukanya kembali beberapa ketika kemudian, perempuan tua itu sudah tiada. Ketika itu barulah beliau sedar, yang hari sudah gelap benar di luar sebenarnya.

Cepat2 dia naikkan cermin kereta dan mengunci kereta lalu keluar mencari saya.  Saya kehairanan melihat keadaan beliau yang datang dalam tergesa2, serta dengan wajah seakan pucat dan basah dengan peluh.  Hanya beberapa hari kemudian, beliau menceritakan kejadian ini kepada saya.  Entahlah, banyak juga saya dengar kejadian2 pelik dan aneh di hospital ini, tapi kebenarannya hanya Allah jua yang mengetahui.  Oleh itu sentiasa berhati2 di mana jua kita berada dan dalam apa jua keadaan dan jangan lalai. Samada ianya sekadar mimpi atau kejadian yang benar2 terjadi, ia masih tetap jadi misteri hingga ke hari ini. Wallahua'lam.

Permainan Congkak


Ingat lagi tak permainan congkak ini.  Ala, macam yang ada kat dalam filem Congkak or Jangan Pandang Belakang Congkak tu.  Atas tu contoh gambarnyer!. Ia adalah salah satu permainan tradisional yang wajib main waktu saya kecil2 dulu. Main korek lubang atas tanah aje masa tu. Tapi seronok sangat2(kalau menanglah, kalau kalah tu siap tuduh lawan main tipu. Ha Ha Ha). Tapi sekarang ni, dah ada siap jual papan kayu berlubang untuk permainan ini cuma harganya berbeza2 mengikut jenis. Ini sedikit info untuk semua. Supaya kita takkan lupa salah satu warisan budaya melayu kita.

Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli. ataupun kalau dalam bahasa "London"nyer cam gini.

Congkak (Jawi: چوڠكق ;Malay pronunciation: [ˈtʃɔŋkaʔ]) or Congklak is a mancala game of Malay origin played in Malaysia, Singapore, Brunei, Southern Thailand, and some parts of Sumatra and Borneo.
Close variants are Dakon or Dhakon (Java), Sungka (Philippines), Chongka' (Marianas), Jogklak (interior of Java); Dentuman Lamban (Lampung), Mokaotan, Maggaleceng, Aggalacang or Nogarata (Celebes), Chonka (Sri Lanka) and Naranj (Maldives).
Congkak, which is mostly played by girls, has simple rules that allow the boards to have different numbers of holes. Congkak boards are often made of teak or mahogany wood are often elaborately carved into various shapes such as naga or birds. 

Kalau dah lupa cara nak main leh tengok KAT SINI

( My son yang terror giler main congkak ! )




Bolehlah kalau nak main sama2 family cuti2 hujung minggu ni kan!

Teringatkan Lagu "She Works Hard For The Money"


Bila baca berita tentang kematian penyanyi Donna Summer, terus teringatkan lagu ini.  Lagu ini sebenarnya pemberi semangat dan motivasi  kepada semua kaum hawa dan wanita2 out there. Jom lah kita layan dengar sama2! Ingat lagi dengar lagu ni waktu masih kecik2 dulu. Tapi masih tak lupa sampai sekarang. Istimewa untuk teman2 blogger  yang juga minat dengan lagu ini.

Dan Selamat Berhujung Minggu semua!. Nak pergi temankan my bongsu daughter yang katanyer nak masuk "Coloring Contest" dekat school hari ni. Doakan dia berjaya!. (Kalau jadi joint ler die). Mari............

Friday, May 18, 2012

Update Kisah Jaguh Kampung

Dapat message dari organiser lebih kurang cam gini message nyer..........
"Assalamualaikum pada cikgu2, teman2, makcik2 yg dikasihi. jari 10 mohon maaf atas apa jua kekurangan sewaktu rakaman Jaguh Kampung , InsyaAllah, mungkin ada hikmah disebaliknya, harap masa akan dtg akan lebih terancang atur caranya dan sekali lagi maaf diminta............"

For me, nothing and even nobody is perfect kan. As long as dia ambil, dan kemudian hantar anak kita dengan baik dan selamat, saya dah bersyukur.  We can't please everyone right! and tak perlupun ....

Ha, satu lagi untuk makluman, "Jaguh Kampung " edisi raya ini akan disiarkan pada hari raya ketiga di saluran Astro Prima 105. ( Astro, macam2 ada ..pssst.. tak nak ambik saya jadi duta Astro ke? huhuhu).  Tak payahlah upload gambar2 masa shooting ari tu.  Kita tunggu jelah masa raya nanti. Pn wantie jangan lupa pulak nengoknyer tau ! Ok. Salam semua ......................

Cabutan Bertuah Lampu LAMPAN IKEA

Mesti ada yang tertanya2, apahal lak pulak si Kesuma Angsana tiba2 nak joint semua giveaway2 ni.  Jawapannya..........ada aku kisah!.( Minat tu kadang2kan bermusim. Sekarang musim joint all these giveway ha ha ha ). Tapi wei korang semua, yang ini paling senang nak sertailah. Tak payah nak follow blog, tak payah susah nak tag kawan (kang tak pasal2 ada yang marah pulak), pun tak payah share kat FB ke hapa. Tapi kalau terlebih rajin nak buat tu, pun takdo den kisah!

Oklah, yang ini adalah cabutan bertuah @ Riwayat Hariku yang pertama barangan IKEA iaitu Lampu LAMPAN IKEA.  Cantik betul lampu tu kata kau!.  Warna putih lagi sesuci warna cinta .... mula lah nak mengarut ni.  Yang ini banner dia ............

 
Cabutan bertuah akan dibuat menggunakan random.org melalui senarai penyertaan yang dihantar selepas tarikh tutup penyertaan pada 25 Mei 2012. Untuk info lebih lanjut you all KLIK LER KAT SINI

Kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah kita...... mungkin yang ini !  Mana tahu ada tuah dan berkat di Hari Jumaat ini. Amin. Cheers....................

Special Mother's Day GiveAway

Ni ada satu lagi GiveAway yang akan diberikan oleh Musnida Bakery.  Sebenarnya, bila tengok Angsa2 ni yang cute miutnyer la sangat2,  itu yang ada interest nak join tu.  Itulah istimewanya sebuah gambarkan. Boleh menjadi satu kuasa tarikan macam magnet juga.  Ceh, ceh , ceh!..........
  

Apakah giveaway nyer nanti cookies2 angsa macam ini juga?.  Kalau betul I like sangat-sangat.  Teruja ni, teruja!. So just nak tagkan rakan2 blogger lain yang mungkin berminat :-

MayangSayang
Wantie
Cik Faye  & juga
villakamimicasamawar

Frens... kalau saya menang GA ni, leh kita share2 rasakan.  Tak dapat rasa depan mata, kalau dapat imaginekan ajelah di laman maya ni pun dah cukup. "Bayangkan kita makan cookies ni sambil hirup Kopi O panas waktu petang2 dengan angin sepoi2 bahasa". Stop, stop!  Apa lak melalut ni !  Hu Hu Hu..  You all yang berminat pun leh join masuk sekaki.  Tarikh tutup pada 6 Jun 2012. Sempat lagi ni!.  Moh leh kite ramai2.....................

Info lanjut KLIK @ SINI JE

Donna Summer Dies At 63

Read this news from the internet today!  (Masih ingat dengan lagu dia "She work hard for the money" yang saya minat sangat2 dulu!)
 
(google)
Donna Summer died Thursday morning after a battle with lung cancer.
Lovingly named the "Queen of Disco," the 63-year-old was in Florida at the time of her death, according to TMZ. Born LaDonna Adrian Gaines, the 5-time Grammy award winner rose to fame in the '70s with hits like "Hot Stuff," "Bad Girls" and "Love to Love You Baby."
Following the news of Summer's passing, the singer's family released a statement saying that they "are at peace celebrating her extraordinary life and her continued legacy."
TMZ also reports that Summer was working on a forthcoming album at the time of her death.
"RIP #DonnaSummer - dined with her a few months ago, and she sang Amazing Grace to guests with stunning power. Great lady, wonderful talent," Piers Morgan tweeted about the late singer.
Click over to TMZ for more details.

Air Dicincang Takkan Putus

Biasakan kita dengar peribahasa ini.  Air dicincang takkan putus.  Ianya secara langsung dikaitkan dengan hubungan antara adik beradik kandung. Ertinya walaupun apapun yang terjadi, samada salah faham dan pergaduhan antara adik beradik, ianya pasti dapat dileraikan jua akhirnya. Begitu juga hubungan persaudaraan antara ibu bapa dan anak2 mereka.  Kerana kita semua lahir dari ikatan seorang ibu dan ayah yang sama. Dan jalinan itu,  tidak akan terputus selamanya walau apapun jua keadaaankan. Kalau tak faham juga, boleh tengok kat tv tu.  Banyak cerita2 asas hubungan adik beradik ni yang bermusuh awalnya dan kemudian berbaik semula demi kesejahteraan seluruh keluarga.

Cer tengok dan dengar lagu ni. Macam tulah hubungan antara adik beradik selalunyer....

                                                            (credit : youtube.com)

(  Aduh yang ini pulak satu ! Dah besar panjang pun masih nak duduk kerkepit kat depan ! Marah juga tapi apapun,  Luv u ! Macam tu lah ibu & anak kan! )

Jom kita nyanyi bersama,.........  La La La La La La...............

Sedekah Membawa Keberkatan

Salam Pagi Jumaat.  Satu hari yang saya pasti ramai menanti, untuk menghulurkan sedekah.  Walau dalam erti kata sebenarnya bersedekah itu tidak mengira hari, waktu dan masa.  Kalau di masjid2 biasanyer akan penuh lah dengan sedekah2 yang dihulurkan oleh orang ramai antaranya buah pisang ataupun pulut kuning mahupun makanan2 yang lain.  Tabung masjidpun pasti penuhlah hari ini.

Amalan bersedekah itu amatlah besar fadilatnya. Antara 3 fadilat utama bersedekah adalah :-
1.  Murah rezeki
2.  Sebagai penolak bala; dan
3.  Panjang umur .... InsyaAllah.

Kita juga disarankan mendahulukan sedekah kepada ahli keluarga sendiri, anak isteri, adik beradik dan kemudian barulah kepada jiran2 dan orang2 lain yang memerlukan jika masih ada lebihan. Sesunggguhnya, bersedekah tidak mengurangkan harta kita, malah ianya akan bertambah dan bertambah lagi.  

Harus juga diingatkan, apabila matinya seorang anak Adam itu, maka terputuslah amalannya kecuali  3 perkara iaitu, sedekah jariah, ilmu yang bermanafaat dan anak soleh yang mendoakan untuknya.  Begitulah besarnya fadilat sedekah itu, sehinggakan orang yang sudah dihukumkan masuk nerakapun, boleh menjadi ahli syurga dengan kurnia Allah Ta'ala, berkat amalan sedekahnya walaupun hanya dengan bersedekah seteguk air.

Teringat dulu2, waktu kecil2 pernah tinggal dalam suatu kawasan kediaman masjid berdekatan istana Sultan Selangor di Bandar Diraja Klang. Saya, kakak dan rakan2 sentiasa menanti2kan kedatangan hari Jumaat.. Satu, sebab hari itulah kami dapat makan buah2 pisang yang sedap, dua,  sebab dapat makan pulut kuning  yang dicecah 'Kari Telor Rebus' yang memang2 enak dan power! (Budak2 lagi kan masa tu!) Hari Jumaat bak hari raya kecil buat kami!

Aa...Tapi yang ini "Kari Arnab' yang diberi oleh one of my bongsu daughter's friend mum. Thanks so much Kak An.(Norehan). Rasanya memang2 sedap, sampai my hubby and my bongsu daughter bagi licin semua dan tak sempat yang lain nak merasapun.  Panjang umur, murah rezeki Kak An sekeluarga atas sedekah ini! Amin.........(Dah call dia pun cakap tq sambil2 minta resepi! he he he)

'KARI ARNAB'
 

Esok Hari Sabtu, Hari ini  Hari Jumaat,
Hari Ahad basikalku pulak pancit,
Kalau Kak An rajin2 tu lagi nak membuat,
Jangan lupa ye, hulur2lah lagi kat sini, tak banyak sikit!
 .......... ha ha ha (apa pantun la ni!).

Cheers! dan Salam....................


Thursday, May 17, 2012

Sah Adi Putra Fail Cerai

Hari tu macam baru je baca tentang cerita Pelakon Adi Putra, yang katanya baru pulang dari mengerjakan umrah. Dan juga cerita2 tentang perkahwinan mereka yang masih tidak dikurniakan cahaya mata.  Juga cerita2 bagaimana Adi Putra sebagai suami tetap sayangkan isterinya walaupun masih tidak punya zuriat sendiri hingga kini. Untuk pengetahuan, isteri beliau pernah hamil tetapi keguguran beberapa kali. Lepas tu ada juga gambar2 mereka berdua sebagai cover sebuah majalah.  So sweetnyer waktu itu!.

Tapi betul2 terkejut juga bila baca kat Mstar Online berita ini. 

Pelakon kacak, Adi Putra mengesahkan telah menfailkan permohonan untuk bercerai dengan isterinya, Aida Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 11 Mei.
Akhbar Harian Metro pada Khamis melaporkan, Adi, 31, atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim berkata, dia dan isterinya telah mengambil keputusan untuk berpisah secara baik dan tindakan itu dibuat selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.
"Ketika saya pergi mengerjakan umrah baru-baru ini, saya mohon segala yang baik daripada Allah terutama kebahagian dalam rumah tangga, tetapi apakan daya saya kerana setakat ini saja jodoh kami," katanya.
Dalam pada itu, Adi yang merupakan pelakon dari Singapura turut menafikan penceraian itu disebabkan oleh isu anak atau pihak ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri yang agak sukar untuk diceritakan kerana bimbang mengaibkan orang lain.
"Dalam setiap kebahagiaan pasti ada kedukaan dan saya tak jangka perkara ini (perceraian) akan berlaku dalam rumah tangga saya.
"Tiada sefahaman itu pasti dan selebihnya saya tidak mahu bercerita panjang," ujarnya.

(ehsan google  -  gambar waktu saat2 gembira bersama)
                                     
Begitulah, jodoh pertemuan ajal maut semuanya di tangan tuhan.  Saya............... (no komen!). Hanya mereka yang tahu sebab dan punca sebenarnya.  Doakan saja yang terbaik ye!

Kisah Kasut, Rozita Che Wan Dan Jaguh Kampung

Recently, my bongsu daughter sibuk nak suruh beli kasut baru. Raya lambat lagi.  Tapi yang ini, nak pakai untuk satu rakaman shooting siri  'Jaguh Kampung" edisi raya 2012.  Shooting dibuat di rumah Datuk Yusuf Haslam (Casa De Haslam) dan she was invited to participate with her few friends. Hosted by Chef Wan daughter's, Serina Redzuwan yang banyak cakap tu. Class ! So adelah kena menyanyi2 lagu raya "Anuar dan Ellina'.  Pilih punya pilih, nak kasut yang ini. Kena pakai baju kurung bagai lagi !  Macam hari raya......

( Bukan kasut Cinderella ye! sebab ada dua2 belah he he he)
Balik je dari shooting dah telefon cerita dan petang tu terus cakap, Adik jumpa anak Chef Wan tu.
Saya diam aje. Tanya balik. Betul ke?.
Pastu terus cakap lagi.  Betullah, Lagi Adik jumpa juga Rozita Che Wan. Cantiknyer dia! Ingat nak suruh dia tanda tangan, tapi adik seganlah!.
Saya tanya balik, 'tak borak dengan Rozita Che Wan ke?.
Sambil senyum dia jawab, 'ala, dia yang tegur adik dulu bukan adik tegur dia!.
Saya geleng kepala.  Betul ke Rozita Che Wan tu?.
Cepat dia jawab,  'betul lah macam kat tv tu lah dia, Adik kenallah.. !.
Saya....Yelah tu!
( ehsan google -  Yang Ini Serina Redzuwan )

( ehsan google - Ini baru Rozita Che Wan )
So, kena tunggulah nanti cerita ini keluar di Astro Prima Jaguh Kampung Raya 2012. InsyaAllah........ Tunggu !!!


(ehsan google)
Yang tak boleh tahan tu, my hubby dok sibuk tanya dan mengusik, berapa dapat bayaran 3 ribu ke?  (Bengang aje my daughter sambil tarik muka) Ha Ha Ha

TopUp Give Away By Fatin

Happen to read this from one of my blogger's friend blog. Walla wei ! Topup give away! Oklah, saja2 nak masuk.  Mana tau sangkut, bolehlah juga buat bayar topup untuk 'berukband' tu bulan2 kan.


You alls semua pun boleh join kalau nak.  Klik dan tengok je kat sini Top up Give Away  untuk baca info selanjutnya serta cara2 nak turut serta. Pehal lak aku yang menceceh lebih2 ni. Apapun, moh lah kita sama-sama cuba dan tengok sapa yang kena! Kata orang tua2, untung sabut timbul, untung batu tenggelam (eh ! betul ke ? Hentam sajalah Labu....).

Siapa Juara Mania ?

Rasanya semua dah tahu, siapa yang akan beraksi di Konsert Final Mania nanti  Sekarang ni pun, ada yang sedang mengira-ngira hari ke pentas final itu yang tinggal beberapa hari saja lagi. Untuk makluman, ini senarai 5 nama yang berjaya ke peringkat akhir seperti mana yang diumumkan waktu konsert separuh akhir Sabtu lepas.

1.  Hazama (rasanyer antara yang paling meletup di konsert separuh akhir)
2.  Hafiz  (ada sedikit yang tak puas hati dengan dier ni)
3.  Jaclyn Victor (saya suka)
4. Aril ; (oklah) dan
5. Stacy  (saya suka juga... tapi janganlah seksi sangat, seksa saya tengok)

( credit gambar : murai.com.my)
Jadi siapa juara pilihan anda yang akan membawa pulang wang tunai RM 500.000 itu ?. Sama2 kita saksikan nanti. Tapi kalau nak sangat, penyanyi pilihan anda menang, jangan lupa undi banyak2 ye! Sebab, bila jejari yang menjadi juri susah lah nak cakap.  Kita tunggu saja aksi persembahan dan keputusan pentas akhir nanti yang akan disiarkan secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil, hari Sabtu ini 19 Mei 2012.

Sehingga hari itu tiba, good luck kepada semua finalist!

Macam mana nak buang Timeline Facebook

Ramai yang duk tertanya-tanya, macam manalah cara nak buang Timeline facebook tu kan (termasuklah saya). Yelah, masa tu, nampak je benda baru "timeline', apalagi main syok2 klik ajelah. Benda barulah katakan!. Bila dah bertukar, barulah nak rasa menyesal tak sudah. For me, "timeline" tak berapa user friendly lah. Rasanyer, saya lebih suka 'mukabuku' yang dulu tanpa timeline ni. 

Dah cuba juga satu dua cara dari search internet tapi  tak berjaya hinggalah saya dapat info ni.  Mudah sangat2!.  Oklah, share sedikit dengan you all, dari salah seorang rakan blogger saya kat sini AF. ( Thank you so much, dik!) Baca kat bawah ni dulu! Tak faham boleh tanya ye!.

Saya dah pun buat, dan berjaya. Yahoooooooooo..seronoknyer! 

Step 1. Visit http://www.timelineremove.net/ to install the addon on your browser.

Install Timeline Remove Addon
Install Timeline Remove Addon
Step 2. After the installation restart your browser to see the changes on your Facebook timeline. Now your Facebook timeline is removed from your Facebook profile and Facebook pages. Check the screenshot below.
Facebook timeline before the installation of the addon:-
Facebook-Timeline
Facebook-Timeline
Facebook timeline after the installation of the addon:-
Facebook-Timeline-Removed
Facebook-Timeline-Removed
That’s it now you can enjoy your Facebook without the Timeline feature. To enable the Facebook timeline you have to disable addon to view Facebook’s Timeline once again. In Firefox Go to Addon and disable the Timeline, remove addon and in Google Chrome go to Setting > Extensionand remove the Timeline Remove extension.

Oklah kalau tak berapa nak faham lagi, layan je lah video bawah ni !

                                                              (credit : youtube)

Wednesday, May 16, 2012

Wordless Wednesday ......... Syyhhhhhhhh

                                                          (credit : youtube.com)

Alkisah, ada orang yang sedang menangis waktu Ella tengah feeling nyanyikan lagu ini di Juara Lagu 1991 Akhir..... (Siapa tu? Biarlah rahsia)

Selamat Hari Guru - 16 May

Untuk semua yang bergelar pendidik tak kisahlah guru ke, ustaz ustazah waima guru silat pun or guru memasak dulu, kini dan selamanya,  Terima kasih Cikgu !

                                                                           (ehsan google)

Tuesday, May 15, 2012

Kebaikan Lobak Putih

Ok, satu lagi petua untuk hari ini. Cara merawat kencing kotor. Kaji selidik menunjukkan lobak putih boleh membantu merawat kencing kotor.


(cik google)
Caranya mudah saja. Hiris2kan lobak putih tersebut dan rebuskan dalam air yang menggelegak.  Bila dah empuk bolehlah minum air dan makan lobak putih tersebut.  Rasa dan baunya mungkin kurang enak bagi sesetengah orang, tetapi khasiat dan manafatnya cukup2 bagus untuk merawat penyakit kencing kotor. Amalkan selalu atau sekurang2nya 2 kali dalam seminggu. Dan kalau memang tak lalu nak minum atau makan macam tu, buatlah sup lobak putih.  Ini juga boleh membantu. 

Cubalah!

Fasha Sandha Hamil, Congrat!

Baru saje baca tentang kisah perkahwinan merpati dua sejoli ini, yang begitu panjang ceritanya hinggalah membawa kepada perkahwinan juga akhirnya.. Kemudian baca pula cerita2 honey moon mereka di Pulau Redang. Trengganu. Untuk pengetahuan, mereka telahpun selamat diijab kabulkan 28 April, 2012 lalu di Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur. Tahniah buat Fasha Sandha dan suami Jejai (Toh Muda Rizal Ashram Ramli),kerana Fasha telah disahkan hamil hampir 2 minggu info dari myMetro hari ini.  Dan ini disahkan sendiri oleh pengurus Fasha Sandha, Nik Yasmin selepas pemeriksaan di sebuah klinik swasta di Ampang. Apapun kata Fasha, beliau perlu membuat satu lagi ujian minggu depan untuk pengesahan lanjut.

ROMANTIK...Rizal dan Fasha pada majlis perkahwinan mereka, 28 April lalu. 
                    ( ehsan :  myMetro)
( Gambar perkahwinan  credit beautifulnara)     


fasha sandha mengandung

Yang atas ni pula, gambar pregnancy test yang turut dikongsikan di Facebook We Love Fasha Sandha. Sekali lagi tahniah buat Fasha dan Jejai!  Walaupun saya pasti di luar sana pasti ramai yang akan kata... ada aku kisah!.  Saya bukan peminat Fasha Sandha tetapi tetap mendoakan yang terbaik untuk mereka suami isteri.  Kehadiran seorang anak itu, merupakan suatu hadiah paling tak ternilai dalam sesebuah perkahwinan.

Nukilanku - Bertemu Kawan Lama

Bertemu kawan lama
Ada saja yang nak dicerita
Sudah berpunya atau masih sendiri
Terkadang ada yang tersipu lari
Kenapa ?

Bertemu kawan lama
Ada saja cerita lalu
Di ulang-ulang tanpa noktah
Tanda rindu yang tak sudah
Benarkah ?

Bertemu kawan lama
Kupeluk dia erat ke dada
Mungkin masa terlalu cemburu
Sekejap waktu terpaksa berlalu
Rindu ?

Sesungguhnya
Sehabis melepas pelukan itu
Ada air jernih yang hampir menitis
Di hujung mataku
Mungkin kiranya ada waktu
Untuk kita berkesempatan bertemu
Dan berlagu semula cerita dulu

Akan ku tunggu saat-saat itu!

Sejujurnya aku rindukan
Segala saat-saat indah
Di zaman persekolahan
Yang pernah kita sama-sama redah
Wahai kawan-kawan lama!
( fr. google)

Petua Cili Kering Tahan Lama

Salam Selasa untuk petua!.

Ramai antara kita yang bekerjaya, dan tak punya banyak masa, lebih suka blend cili kering dalam kuantiti yang banyak sekaligus dan disimpan agar sentiasa ada tersedia bila saja kita nak memasak.(termasuk saya).  So, bagi memastikan cili kering yang tersebut tahan lama dan masih elok untuk digunakan, anda boleh cuba cara ini.

Waktu nak kisarkan cili kering itu, campurkan dengan sedikit minyak masak. Dengan cara ini bukan sahaja cili kering tersebut akan tahan lebih lama tetapi biji cili kering juga mudah hancur dan menghasilkan cili kering kisar yang cantik. Masukkan dalam tupperware dan simpan dalam peti.  Selain itu, kalau rajin, masakkan kisaran cili kering tadi atas api perlahan hingga airnya kering dan kemudian bolehlah simpan. InsyaAllah, pasti ia boleh tahan lebih lama.

Nak cuba, silakan.....................   

Monday, May 14, 2012

Anang Rasmi Nikah Ashanty

Penyanyi Anang Hermansyah telahpun secara rasminya, selamat bernikah dengan Ashanty pada Hari Sabtu lepas, 12 Mei, 2012 di Masjid Al-Bina Senayan, Jakarta memetik petikan berita dari Kapanlagi.com.  Dengan mas kahwin seperangkat alat solat, dua set perhiasan dan wang bernilai Rp 12,512, dengan sekali lafaz, Anang rasmi menjadi suami yang sah kepada Ashanty dengan disaksikan sanak saudara dan sahabat handai terdekat.