Tabung Masa Depan ...

Monday, May 28, 2012

Lucu Aje Kalau DIA Menyampuk !

Baru2 ini, waktu En. Hubby memandu di tengah2 panas terik ditambah dengan jammed2 trafik lagi, mulalah dia bersungut. My bongsu daughter yang ikut dan duduk kat belakang, mula2 senyap aje!


Hubby :  Itu yang malas nak keluar tengahari macam ni.  Dahlah panas, sesak pulak tu!
Me :  Standard lah town.. mestilah jammed!
Hubby :  Kalau ada kebun getah 10 ekar, pack2 balik kampung ajelah. Motong getah senang, kampung tak lah panas, tak sesak macam ni!
Me :  Boleh aje........Abis, bila nak balik motong getah kat kampung tu?
Hubby :  Manalah ada getah 10 ekar, kalau ada hari ni pun boleh balik!
Tiba-tiba yang bongsu tu menyampuk!
Adik :  Abah, Abah masuklah BARISAN
Hubby :  Kenapa? Kalau masuk BARISAN tu, dapat tanah getah 10 ekar ke?
Adik :  Bukanlah... masuklah BARISAN kereta tu, Tengok semua orang ikut satu barisan je kat depan tu!
Hubby :  Ha Ha Ha.  Ingatkan Adik cakap masuk BARIAN dapat tanah 10 ekar!
Adik : Apalah Abah ni,orang cakap pasal BARISAN kereta lah!
Me : HA HA HA HA
(Hilang tension sekejap)


Penuhi Jemputan Hujung Minggu

Happy Monday Morning semua!. One word for today "PENAT".

Aduyai, weekend semalam penat sesangat.  In bukan cubaan ye, tapi betul2 penat. Macam takde makna pun cuti dua hari tu.  Sabtu sibuk dah satu hari dengan urusan En. Kereta, dan semalam seharian memenuhi jemputan ke majlis kenalan. Itu belum kira kerja2 rutin yang macam biasa, weekend jelah baru boleh nak settle !. Sampaikan nak berblogging pun masa tu terhad sangat. Nasib, sempat juga curi2 baca blog sebelum ke majlis ! Hu Hu Hu (So mana2 blog yang saya sempat singgah tu kira limited and special edition ler ! )

( My daughter x sabar2 nak pergi dah tu)
 Sedikit foto sekitar majlis !

PAGI, TENGAHARI & AWAL PETANG @ Majlis Kenduri Kahwin Dengan Tema Majlis Ni Coklat + Cream, nice color tu! Selamat Pengantin Baru To MASLIA AZA & TARMIZI  (sweet young couple).

 (Persiapan Untuk Makan Beradab)

(Sempat jugak posing tu)

(Ada persembahan silat gayung )

( Pasangan pengantin)
PETANG2 pulak  - @ Majlis Harijadi kawan My bongsu daughter.  Makanannyer pun sedap2.  Pergi dengan my bongsu daughter and my two cute niece! Allah selamatkan kamu , AQILAH! (Tq sebab bungkuskan mee hoon soup yang sedap tu ye!)
( My niece dok kunyah nugget dia!)
( Santai lepak makan kat laman )
( Tuan rumah (baju merah) yang sibuk sesangat !)
( My niece happy je dapat cabutan bertuah sampai my bongsu daughter merajuk tu! )

Kepada kedua2 tuan rumah, terima kasih daun keladi, kalau ada makan2 jemputlah lagi!   He He He. InsyaAllah akan cuba datang dan memenuhi undangan andai ada masa dan kelapangan.


Wajah Artis Korea Tanpa Mekap




Cer tengok!. Betapa besarnya kuasa make up tu. Tengok ni, berbeza betul wajah mereka with/without make up.  So, janganlah nak bangga2kan sangat kecantikan artis Korea ni.  Entah2 makcik2 dan nenek2 kita kat kampung tu jauh lebih cantik dari mereka.  

Tak dinafikan ada yang benar2 cantik semulajadi tapi kalau dah namanya retis, kena lah buat make terover untuk nampak cantik depan peminat2kan.  Kalau tak takut peminat2 lari. (Tak reti2!). Sampai ada yang buat laser tu untuk maintain cantik!

Meminjam sedikit photo2 dari mforum.com.cari.my. Layan................... 


Tiffany SNSD



Seo Hyun SNSD


Nicole Kara

Kesimpulannya,  berbangga ajelah dengan apa yang dah tuhan kurniakan kepada kita. Kecantikan itu bukan segala2nya dan takkan kekal lamapun! Fikir2kanlah......

Yang artis2 kat Malaysia ni pulak, kalau ditanya rahsia wajah cantik, selalu jawabnya sebab selalu/rajin  ambil air sembahyang, sampai guna air yassin pun ade juga tu padahal ........( dah cucuk merata2 muka! ). Bersangka baik ajelah!

Sunday, May 27, 2012

Cerita Terbaru Fazura

Salam Pagi Minggu Kekawan !...............
Lama jugak rasanya tak dengar cerita2 terbaru tentang artis yang satu ni, NurFazura Sharifuddin a.k.a Fazura. Cukup popular dengan filem Gol & Gincu dulu2. Saya rasa dia antara aktres Malaysia yang benar2 berbakat.  Tolak tepi dulu cerita2 sensasi sebelum ini tentang dia tu. Cerita gaduh2 di kelab malam, rampas merampas, cerita turun naik mahkamah (letih dah) hingga semuanya dah selesai pun sekarang. Walaupun begitu, cerita2 panas ini tidak dapat menidakkan bakat lakonan semulajadi yang benar2 dimiliki oleh Fazura anak kelahiran negeri Pahang ini..  Selain punya raut wajah yang menarik,  Fazura memang tersendiri dalam gayanya.

                                                                            ( google image)

Ada juga dengar2 cerita terbaru tentang dia and TMJ tu (tweet2 kes lah ni) dan kisah sekontena balloon dulu. So so sweet!. Pun ade kisah2 cubaan rampasan kuasa lepas tu. Hurmm......  Alih2 baru2 ini, keluar cerita yang Fazura dah mula berjinak2 berkecimpung dalam dunia perniagaan.  Baguslah, sentiasa sediakan payung sebelum hujan. Lagipun tak ramai artis2 Malaysia yang benar2 berjaya dan kekal dalam bidang seni ini.  At least, ada juga sesuatu untuk back up, andai kata dah takde rezeki dalam bidang seni ni kan!. Lainlah kalau income macam pelakon2 kat Hollywood tu. 

 ( google image)
Beliau dikhabarkan akan membuka perniagaan butiknya sendiri yang dipanggil "House of Doll"  secara rasminya pada 27 Me, 2012 Ahad (hari ini). Semoga terus suksess dalam membina empayar bisness dan juga kerjaya ye Cik Fazura ! ( Pst2.... Bila pulak nak bina keluarga ? )

OKlah.... sayapun ada majlis jemputan hari ini.  InsyaAllah akan pergi ! Jomlah, kita bersiap dulu.

Saturday, May 26, 2012

Amalan Atau Rutin Anda Sebelum Tidur

Apa yang biasa you all buat sebelum tidur ?.  Buang Air (huhuhu), lepas tu cuci muka, cuci kaki, lepas tu jangan lupa baca baca Bismillah, then surah Alfatihah dan follow dengan baca surah 3 Qul untuk mengelakkan gangguan iblis atau syaitan. Lepas tu tidurlah atas lampung kanan dan ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ!...Mimpi2 indah!

Sebelum nak lelapkan mata ini. Cadang2nyer nak pg blogwalking and reply komen2 kekawan yang menyinggah but mata ni dah macam ada gam melekat, baru je singgah 9 - 10 blog, mata dah rasa nak tertutup but........... Nak minta satu ni je, boleh ?

Bulan2..... Bintang2.... yang bersinar2 dan bercahaya di Langit, Boleh tolong saya tak?
Tolong sampaikan ucap "SELAMAT MALAM " pada semua yang sudi baca dan komen kat blog saya ni,
Semoga semuanyer happy2 sentiasa dan dirahmati selalu! Amin.
Senyum & Nite Semua!

Senyum Pagi Sabtu Dengan Kisah Puteri

My bongsu daughter sekarang tengah minat sesangat nengok cartoon 'Walt Disney" ni.  Sekejap Cinderellalah, Snow Whitelah, Sleeping Beautylah, Beauty & The Beastlah, Aladin ler, Thumbelina ler etc....  Nak tulis semua, alamat sampai abis entry ni tak siap lagi. Dan yang selalu jadi mangsa dah tentulah si kakak. Asyik kena tolong bukakan cerita2 tu untuk dia tonton lagi dan lagi.  Berulang2 .....

Walau mata tengok ke screen, mulut tak reti2 nak diam tu. Ade2 aje yang nak ditanya si Bongsu tu. Inilah conversation antara dua beradik tentang kisah Puteri, sambil tonton cerita "The Sleeping Beauty" yang entah dah ke berapa kali tengok !

Adik :   Bestlah citer2 Princess ni ! Princess tu Puteri kan Angah?
Kakak :  Yelah..
Adik :  Puteri2 ni semua cantik2 lah, gaun pun cantik2 kan!. Ada biru, pink, kuning, merah cantiknyer!
Kakak :  Hurmmmm
Adik :  Kenapalah  zaman sekarang ni takde lagi Puteri2 yang macam ni ?
Kakak :  Ini bukan betul2lah. Ni semua cerita khayalan rekaan semata-mata je! Bukan betul2. Itu watak Puteri dalam cerita cartoon jelah.
Adik :  Oh... barulah adik tau!.  Tapi, sekarang ni pun adalah Puteri tapi Puteri yang betul2lah...
Kakak :  Puteri apa ?
Adik :  ..... Puteri Umnolah.. Puteri Umno ini orang betul2lah bukan cartoon kan!
Kakak :   Ha Ha Ha Ha Ha .. takde kena mengena langsung!


( Gambar lama Puteri Umno dari google)



















MasterChef Selebriti Malaysia

Cuma nak ingat2kan pada sesiapa yang minat. Jangan lupa tengok ye, MasterChef Selebriti Malaysia yang pertama bermula malam ini 26 Mei, 2012.  Nak jugak tengok kemahiran memasak artis2 Malaysia. Hebat ke?. Tapi hopefully, tak banyaklah ditunjukkan drama2 sangat dalam rancangan ini nanti.  Kekadang drama2 yang sengaja dicipta buat penonton2 jadi bosan.  Saya lebih suka tonton sesuatu yang lebih realistik dan santai. Bukan direka2.  Nak tengok drama2, baik tengok channel lain kan!

Oklah, antara Selebriti yang akan terlibat adalah Serina Redzuwan(dia ni ok), Siti Sarah Raisuddin, Jehan Miskin, Tomok, Karl Shafek, Datuk Fazley Yaakob, Farouk Hussein, Major. Dr. Faiz (I like), Angah Raja Lawak (memang lawak), Raja Azmi(pun ado), Soo Wincci, Juliza Adzlizan, Thanuja, Salamiah Hassan, Azwan Ali(boleh ke ni) dan juga pelakon Louisa Chong. Mereka dipilih bukan 100% berdasarkan kebolehan memasak sahaja tetapi juga atas kemahuan dan keinginan mereka untuk mencuba sesuatu yang baru dengan sedikit pengetahuan dalam bidang masak memasak ni.

(google)
Penggambaran dahpun dimulakan pada hujung Mac 2012 dan ianya akan bersiaran dari hari Sabtu ke hari Selasa  jam 9 malam (4 hari) setiap minggu selama 28 episod. Di Astro Ria ye!. Apapun, ini adalah satu rancangan amal dimana, wang yang dimenangi akan disumbangkan kepada badan2 amal dan kebajikan yang terpilih. Jomlah kita tengok dan lihat siapa bakal juara !

Friday, May 25, 2012

Pintar Tapi Lucu Sole le Sole Sole

Beberapa hari lepas, bawa En. Kereta pergi bersiram.  Yelah, dalam cuaca hujan panas hujan panas sekarang ni, color putih  pun dah tak berapa nak putih, dah jadi macam kelabu asap. Sementara tunggu En. Kereta siap, lepak2 minum sambil layan my two daughters makan. Kat Mak Su Tomyam ler !. Dah makan sebenarnye petang tu, tapi si kecik tu tetiba teringin pulak nak makan Nasi Paprik. So, ikutkan ajelah.  Makan tak habis manapun.  Last2 kami bertiga yang jadi cam 'Alam Flora", kena habiskan. (Kalau lah my son ada!). Me & Hubby lak share fried meehon and my second daughter request for french fries!.  Air masing2 nak juice buah aje! Jamu mata ye bawah ni.........



Sambil makan2 tu, macam biasa siaplah kena jawab soalan2 dari si kecik tu.

She :  Adik dah tahu makna soleh dan solehah tu Umi ?

Me :  Mana tau ?

She :  Abah lah bagi tau!

Me :  Oh... apa die?

She : Soleh tu untuk lelaki baik, solehah tu untuk perempuan baik kan!

Me :  Yelah, soleh tu lelaki yang baik, taat pada Allah, agama, ibu bapa, yang perempuan pun macam tu jugalah lebih kurang, baru kita panggi solehah! Nanti adik akan belajarlah kat sekolah !

She :  Oh, kalau adik ni perempuan, solehah lah

Me :  Yelah, perempuan baik solehahlah, kalau Along tu solehlah sebab dia lelaki!

She : Along tu mana boleh panggil soleh.....  sole le sole sole tu boleh lah (sambil nyanyi lagu ini yang dipetik dari filem hantu kak limah balik rumah dengan selamba) 

Me : Ha Ha Ha


Oklah.... Happy weekend semua kawan2 !

Hadiah Tak Disangka - Alhamdulillah


(  Suprised Gift Dari Gruru Kelas )

Hadiah yang my bongsu daughter dapat di sekolah, kerana berjaya mengeja dan membaca dengan betul dan tepat.  Bangganya dia, bila tunjuk pada saya dan cakap.  
 " Adik sorang aje dalam kelas yang dapat hadiah ni dari cikgu tau ! "

Baguslah tu, and I'm very happy for her! Keep it up dear!  Terima kasihlah cikgu kerana sudi bagi hadiah ini sebagai peransang dan motivation untuk dia terus berusaha. Bukan nilai hadiah itu yang utama, tapi appreciation dari Cikgu itu yang buat dia sangat2 happy dan lebih bersemangat dalam pembelajaran.( Entah Cikgu dia ada baca ke blog saya ni ! He He He)

Pesanan saya pada dia cuma, apapun hadiah atau kurniaan yang kita dapat dan terima, jangan lupa sebut "Alhamdulillah!".  Terus berusaha lagi dan lagi ........................

Penghijrahan Artis Wanita Malaysia

Macam biasalah,  hanya cerita yang baik2 aje untuk Hari Jumaat ye!.

Sejuk mata memandangkan, wajah2 artis2 wanita kita yang telah berhijrah. Tak kiralah yang sudah lama bertudung, mahupun yang baru saja memulakan langkah. Harap mereka akan meneruskan pemakaian tudung sebegini selamanya. Jangan macam sesetengah artis tu (siapa ye) yang dah elok2 bertudung, lepas tu boleh bukak pulak.  Mana2 yang baru belajar berjinak2 dengan pemakaian tudung ini, kita doakan agar mereka akan meneruskan niat suci mereka itu. Mungkin ada antara pemakaian tudung mereka itu yang belum begitu sempurna sepenuhnya but, no one is perfectkan. Yang penting ikhlas untuk berubah kepada yang lebih baik. Dan jauh lebih baik ada niat murni untuk berubah sekarang daripada langsung tiada kesedaran ke arah itu.  Inilah antara mereka2 yang telah mendapat cahaya Nur dan berhijrah. ( Hanya sekadar menyebut beberapa nama ye, ramai lagi sebenarnya ! )

( Ramlah Ram )
( Noraniza Idris )
( Diana Amir )
( Nora )
(  Siti Nordiana )
( Wilma Mohammad )
( Wardina Safiyya)
Dan yang paling2 terbaru, Alhamdulillah... ..... (Tahniah dah jadi Duta tudung pulak sekarang ni )

( Abby Abadi )





( ALL FOTO : EHSAN CIK GOOGLE )

Selamat Datang Bulan REJAB

Salam  Jumaat semua ! 

(google)

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan selamat datang BULAN REJAB!. Dan pasti ramai antara kita yang mengambil peluang untuk menambah dan menggandakan amalan di bulan Rejab ini dengan berpuasa sunat.  So, hanya ingin berkongsi info ini dari pembacaan di google!

AMALAN BERPUASA DI BULAN REJAB
Bulan Rejab adalah bulan ketujuh dalam kiraan taqwim Hijriyyah. Bulan ini termasuk salah satu di antara bulan suci dan dinamakan sebagai bulan Allah. Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud:" Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.". Bulan Rejab juga dianggap bulan istimewa kerana pada bulan ini berlaku peristiwa Isra' dan Mikraj Nabi Muhammad Sallallahu `alaihi wasallam.

Di antara amalan yang baik diamalkan di bulan Rejab ialah puasa dan bersedekah. Banyak hadis-hadis Nabi Sallallahu `alaihi wasallam menyebutkan tentang kelebihan puasa di bulan Rejab. Antaranya sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabarani daripada Sa`id bin Abu Rashid bermaksud : ("Barangsiapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka ia seperti berpuasa setahun, dan barangsiapa berpuasa daripadanya (bulan Rejab) tujuh hari, ditutup daripadanya pintu-pintu Jahannam (neraka), dan barangsiapa berpuasa daripadanya lapan hari, dibukakan baginya lapan pintu syurga, dan barangsiapa berpuasa daripadanya sepuluh hari, tidak meminta dia kepada Allah melainkan diberikannya, dan barangsiapa berpuasa daripadanya lima belas hari, menyeru orang yang menyeru dari langit:" Sesungguhnya diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal", dan barangsiapa menambah (hari puasa), Allah menambahnya (kelebihan).")

Dalam hadis yang lain telah dikeluarkan oleh al-Khallal, daripada Abu Sa`id (secara marfu') bermaksud: ("Bulan Rejab adalah di antara bulan-bulan haram, hari-hari di dalamnya ada tertulis di pintu-pintu langit yang keenam, maka apabila seseorang berpuasa sehari daripadanya (bulan Rejab) dan menyempurnakan puasanya dengan penuh ketaqwaan kepada Allah, bercakaplah pintu dan hari tersebut seraya berkata:  "Tuhan ampunkan baginya (dosanya)" dan jika dia tidak menyempurnakan puasanya dengan ketaqwaan kepada Allah, maka pintu dan hari itu tidak akan memohonkan ampun baginya, dan dikatakan padanya: "Kau telah ditipu oleh dirimu.")

Niat puasa bulan Rejab ialah :
Maksudnya : "Sahaja aku puasa sunat bulan Rejab kerana Allah Ta'ala".
Demikianlah satu amalan yang baik untuk diamalkan di bulan Rejab, bulan terbukanya pintu langit dan terbukanya pintu syurga. Sama-samalah kita merebut peluang ini dan semoga amalan kita akan diterima oleh Allah Subhanahu Wata'ala.

(Memetik info dari SINI)

Thursday, May 24, 2012

BellaJane First Giveaway

Ramai sungguh blogger2 yang buat GA sekarang ni ye!.  Yelah, ini antara strategi untuk mempopularkan blog mereka tu. I'm happy for them!. Saya pulak, InsyaAllah akan buat juga satu hari macam ini, when the right times come and dah sampai my 1st target in blogging. So, hope sangat2 you all semua will stay tuned and follow me terus ye!  Mean time, kita joint dulu GiveAway by kawan blogger kita yang satu ini.  Menarik banner dia kan, blink2 lagi color dier tu !


Macam biasalah,  semua info2 dan cara2 tu kena tengok kat BellaJane First Giveaway.

Kawan2 blogger jomlah joint sama.  Mayangsayang, MamaYana, wantie, dan lain tu tak terasa nak joint together gader ke? Wei, GA dia tu, not bad jugak kata kau! Opps...... tarikh tutup tak lama dah.. 31hb Mei, 2012 ni.  Ayuh lah cepat2 !

Apa Khabar Datuk Sharifah Aini Hari Ini ?


Apa lah cerita dan perkembangan tebaru beliau ye? Any update?  Harap2 Datuk Sharifah Aini kini  berada dalam keadaan yang baik2 sahaja.  Sebagai saudara sesama islam, haruslah kita mendoakan kesejahteraan untuk beliau.  Untuk rekod, Datuk Sharifah Aini telah dimasukkan ke Hospital akibat jangkitan kuman pada paru2 beliau dua hari lepas iaitu pada tanggal 22 Mei, 2012 (Selasa).  Doakan saja yang terbaik untuk beliau ye semua! 

Moga cepat sembuh Datuk Sharifah Aini...........................

Peribahasa ' Diuji Timbang Lebih Sesaga '

Punya 3 orang anak sahaja, bukan sesuatu yang kita boleh ambil mudah. Setiap seorang anak, punya perangai dan personaliti yang berbeza.  Sebagai ibu, kita tidak boleh membeza-bezakan kasih sayang antara anak2.  Baik yang besar mahupun yang kecil, hendaklah diberi apapun jua secara sama rata.  For me, anak yang sulung lebih independence, sukakan aktiviti luar dan bersukan tapi terkadang sedikit lalai, walau punya idea dan akal yang hebat. Yang kedua, agak susah nak bersosial kecuali apabila bersama kenalan dan saudara rapat, pembelajaran yang sederhana tapi bijak dan selalu come out dengan result yang wow dan tak terjangka!.  Persamaan kedua2nya adalah, mereka tidak suka dan tak mahu terlalu over "diexposedkan" di blog saya ni. Mungkin sebab dah bersekolah menengah. Hu Hu Hu.  Tapi yang paling kecil pulak, pantang ada citer semua nak buat untuk jadikan entry di blog saya.  Sampaikan balik dari birthday partypun, siap tunjuk goody bag yang dia dapat dan cakap 'ambil gambar cepat, masukkan dalam blog Umi!'.  Bijak betul dalam kenakalannya itu. That's the reason why,  saya lebih banyak bercerita tentang sibongsu berbanding yang lain.  Hope you all tak bosan ye!

Talking about putting their story in my blog .............
  Kalau yang sulung tu macam ni jawab dia :
A bit, a bit tu oklah Umi, but lebih2 tu no, no lah
Yang kedua macam ni pulak :
Pleaselah Umi... No, no, no, & no....
Yang bongsu macam biasa ler :
Apapun boleh Umi !

Walaupun begitu, perbezaan antara mereka tidaklah begitu banyak dari segi kebijaksanaan dan kecepatan dalam pembelajaran. Lebih kurang sama sahaja. (From my point of viewlah). bak kata orang " Diuji Timbang Lebih Sesaga " iaitu perbezaan yang sangat2 kecil antara mereka. So, fahamkan maksud peribahasa ini.  Maksudnyer, sesuatu perbezaan yang sangat kecil!

Yang kelakarnya, satu malam sebelum tidur yang bongsu kecik tu siap cakap macam ini;

( sleeping beauty fr . google )
She : Adik rasa adik ni dah takde rahsialah !
Me : Kenapa pulak ?
She :Yelah, semua Umi dah bongkarkan kat blog !
Me : Ha Ha Ha
She :  Tapi yang ni rahsia kita berdua tau !
Me : Apa dia.?.....
Me : Apa dia rahsia tu adik ?
She :  ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ
Me : Dah tidur rupanya He He He




First Giveaway By Cik Jajika

Sebagai memenuhi jemputan salah seorang teman blogger, so saya dengan rendah hatinye jointlah pulak segmen Giveaway ni. Thank you for the invitation ye dik!  Seboleh2nye, tak mahu menghampakan pelawaan orang apatah lagi antara kita sesama bloggerkan. Banner dia macam kat bawah ni ha! Cute juga kan!

Satu yang istimewa dan bestnya, kita boleh pilih sendiri nak GA yang mana antara senarai2 kat bawah ini:

Set A: Sehelai tudung satin / bawal plain (warna rambang) + topup RM10 ;
Set B: Sehelai tudung bawal plain (warna rambang) + sehelai tudung satin ( warna rambang); ataupun ini....
Set C : Topup RM15 ( Saya pilih yang ye dik ini sebab senang dan mudah! Takut color x ngam!)

Ianya dahpun bermula pada 17 MEI, 2012 sehingga 31 MEI, 2012 ini, jam 12.30 petang. Keputusannyer pula akan diumumkan pada 4 JUN 2012. Details dan cara2 nak joint sama2 tu, you all kena lah rajin terjah sendiri, ataupun tengok dan klik kat sini  GA Cik Jajika Senang Je.

Wish me luck ye semua!

Segmen : Review By Lily

Kadangkala, terfikir jugak nak tahu macammana pendapat dan pandangan orang lain tentang blog kitakan.  Tidaklah nanti orang kata kita ni menulis melulu macam SS bukan 5S ye tapi 2S.  Apa tu 2S... SYOK SENDIRI! Yelah, kita menulis ikut rasa hati kita, tapi kita tak tahu penerimaan dan pandangan dari sudut pembaca pula, ye tak?

Anyway, bila nampak je segmen kat BLOG LILY NI teruslah rasa teruja.  Bagai pucuk dicita ulam mendatang.  Peluang untuk baca review orang tentang blog kita. Macammanalah agaknyer! 


Cutekan banner dia. Mungkin macam tuan punya blog tu jugalah! Eh, bukan nak bodek, tapi ini ikhlas cakap. Harap2 dia akan review blog saya.  Kekawan lainpun boleh joint sama,  sebab segmen ini sehingga 31 Mei, 2012, 11.30 pm.  

Selamat2lah bersegmen semua!

Heboh Bila Aishwarya Rai Dah Gemuk

Aduyai, heboh dan riuhlah kat mana2 blog dan forum gambar2 dan cerita2 terbaru, tentang bekas Miss World dan Ratu Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan yang tampak berisi betul sekarang ini. Semuanya bermula dari kehamilan beliau hinggalah membawa kepada kini.  Tengok ajelah gambar2 ni.  Kalau you all rajin gi google2, oi mak, lagi banyak ler gambar macam ini keluar.

( all photos from googles )
Tapi, tahukah you all, bahawa kita seharusnya bersyukur jika kita bertubuh besar, kerana menurut kajian kebanyakan mereka yang bertubuh besar mempunyai kulit yang lebih cantik dan tegang.  Bahkan ada kajian lagi yang mengatakan mereka yang kurus (padahal asalnya gempal dan bertubuh besar) akan mengalami masalah kulit mengecut dan gelap. Dan mereka perlu bekerja keras serta melakukan senaman bersesuaian untuk kembali ke bentuk asal. Susah tu!. Bukan semua lelaki sebenarnya, meminati wanita yang kurus, malah  ramai lelaki di luar sana yang kurus2 cenderung memilih wanita yang bertubuh besar dan gempal sebagai teman wanita malah teman hidup mereka.

Kata orang,  wanita yang bertubuh besar juga sentiasa bersifat "Happy Go Lucky". So, janganlah ambil peduli sangat dan abaikan sahaja pandangan negatif orang tu jika kita bertubuh besar. Yang penting kita mesti pastikan tubuh kita sentiasa aktif dan sihat walaupun berbadan besar dan paling penting hatipun mesti bersihlah!

Berbalik kepada kisah Aishwarya Rai ini, saya gerenti lepas ni dia akan kembali selim melim macam dulu. Dun worrylah,  ada rupee semua boleh jadi! Apapun for me, dia cute jugak apa walaupun chubby! He He He.  Tepuk dada tanyalah sang laki !

SEGMEN : TINGKATKAN VISITOR DAN FOLLOWERS

Hari ni saya dengan sukacitanyer, nak sertai segmen ini pulak.  Segmen: Tingkatkan Visitor Dan Followers.  Kalau nak tau citer2 yang lebih terperinci dan panjang lebar lagi, you all semua kenalah gi cepat2 terjah info kat  BLOG NI.


Ok, tujuan utama sertai, dah tertulis besaq2 kat banner tu pun kan.  So, kalau free2 tu buat ajelah entry tentang segmen ini. Bukan kena bayor apapun.  Kita promote blog dia, di blog diapun ada link blog kitakan.  Win win situationlah ni gamaknye! Nanti kita tengoklah, apa citer lagi selepas ini! Meningkat ke idak Visitor & Follower kat blog kita ?

Opps lupa lak, segmen ni hingga 30 MAY 2012.  Jomlah Follow!

Tuesday, May 22, 2012

Layan Lagu Aliff Aziz

                                                            (credit : youtube.com)

Saja2 nak layan lagu ni petang2 macam ini.  Lepas hujan turun....... Tak lah minat sangatpun dengan mamat ni. But lagu tu boleh blahlah jugak! Tagging2, Liking2, Flirting2, Poking2.....Layannnnnnnnn (pst2.. ape citer dia dengan Anne Ngasri tu??)

PerjalananMu Masih Panjang Nazmi Faiz Mansor

Tahniah ler Nazmi Faiz Mansor !  (Baca dari nst.com.my) hari ini...................

 Portuguese club signs Nazmi

KUALA LUMPUR: Nazmi Faiz Mansor created Malaysian football history when he landed a three-year contract with Portuguese Primeira Liga club Beira Mar yesterday. 

 

 Nazmi Faiz Mansor 

The 17-year-old signed terms with the club following a successful trial and is set to become the first Malaysian to play in the top flight of a major European league.  His agent, Marco Guimaraes, confirmed the deal.
“Nazmi has signed a three-year contract to play for Beira Mar’s first team. I cannot reveal more,” said Guimaraes when contacted yesterday. Nazmi’s signing means he will no longer play with the Young Tigers A in the Singapore League though he will continue to turn out for the national Under-22 team.

The talented midfielder will link up with his national teammates in Hungary this week where the national juniors are undertaking a European tour in preparation for the AFC Under-22 Championship qualifiers in Myanmar next month.

Apapun dik, perjalanan karier masih terlalu jauh dan panjang lagi. Umurpun masih terlalu muda. Masih banyak duri2 dan ranjau berliku sebelum tiba ke puncak kejayaan sebenar.  So, jangan lupa diri, jangan lupa asal usul dan ingat dari mana kita datang dan bermula. (Jangan jadi macam orang tutttttttttttttttt........). Wish you all the best ye! ( Dia ada bace ke blog ni hehehe)

Buah Yang Tak Boleh Kita Makan

Bercerita tentang my bongsu daughter.  Dia ni ada sesuatu yang agak lain dari abang dan kakaknya.  Sedikit manja bebanding mereka tetapi punya akal dan kepintaran yang kadang2 kita sendiri pun tak terjangka. Ini antaranya!

Adik :  Tak bagus kalau kita selalu makan McD ke, KFC ke, ataupun Pizza Hut tu!
Me :  Siapa kata? 
Adik : Cikgulah..... semua tu kan makanan yang terproses, tak bagus kalau makan selalu tu!
Me :  Oh, kalau makan sesekali tu bolehlah!
Adik :  Bolehlah kalau Umi dah gaji!
Me :  Ha Ha, Pandai betul... abis apa yang elok dimakan...
Adik :  Buah-buahanlah. Banyak khasiat! 
Me:   Khasiat apa?
Adik :  Buah oren ke epal ke, Strawbery ke, banyak Vitamin C tu tau!
Me :  Yelah boleh makan tapi tak boleh makan banyak sangat. Buah2an pun ada yang manis. 
Adik...Nanti kena kencing manis lah macam Umi pulak! he he
Me :  ..... Pandai je !
Adik :   Semua buah bagus tapi ada juga buah yang tak boleh kita makan? Cuba teka buah apa?
Me :   ...Ada ke? Buah apa?
Adik : ...Mestilah ada....buah yang beracun
Me : Mana ada buah beracun..
Adik :  Adalah..... cuba tengok kat citer Snow White tu Epal beracun. Kalau makan terus pengsan tu!
Me :  Bijak betullah adik ni!
Adik :  Mestilah bijak, tengoklah anak sapa!
Me :  Ha Ha Ha

(  From google )


Topup Giveaway By Nabeel Fikree


Aha......Nampak tak banner kat atas ni.  Satu lagi giveaway yang saya suka2 nak joint! Boleh.................GA by Nabeel Fikree bukan Nabil Lu Pikirlah sendiri tu ye! No, no, no...jangan silap pulak!

Mana2 yang agak2 ada interest nak turut serta tu, bolehlah view info ini.  Sambil kita berblogwalking dan menambahkan kekawan dikalangan blogger2 ni, boleh jugak berangan sekejap dapat GA toupup ni. Macam apa orang tua2 kata tu, sambil menyelam sambil kita minum air, ye tak!. Kalau ade luck ler!. InsyaAllah. Kalau takde luck tu, jawapnyer ambik kunci motor ke, kunci kereta ke, or jalan kaki pastu pelan2............... pergi kedai beli topup sendirilah. Hu Hu Hu

You all pun berminat ?.  Bolehlah cuba2. Tarikh closingpun jauh lagi tu.......14 Jun, 2012. Mailah kita pakat joint ramai2!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...