Tabung Masa Depan ...

Tuesday, June 05, 2012

Aduyai ! Pecah Perut !


 
Ni gambar dalam kereta waktu memandu pulang bercuti baru2 ini.  Macam biasa, my bongsu daughterlah yang jadi tukang amik gambar dari belakang ni sambil mulut dia tak henti2 bercakap macam bertih jagung. (Masa kecik2 dulu terlebih bagi makan kismis kot! hi hi hi)

She :    Eh, jauhkan dari Selangor nak pergi Kelantan ni.
My hubby :    Memanglah.
She :    Abahkan lahir kat Kelantan, macam mana Abah boleh sampai kat Selangor Ha?
My hubby :    Nanti adik tanyalah Tok Mek!
She :   Tak payahlah, Adik tau dah!
My hubby :   Apa die ?
She :  Mesti Abah ni lari dari rumah kan kan?
Me :    Ha Ha Ha, mana ada!
She :   Yelah sekarang ni kan ramai budak2 lari dari rumah...
Me:    Apa2 jelah adik ni!

( Budak2 kecik pun tahu pasal kes lari2 dari rumah yang banyak sangat sekarang ni!)

Damai Setenang Noorkhiriah

Back to work hari ni dengan hati yang sebu. Dah ler penat sesangat, pastu tengok pulak kerja atas meja yang bertimbun2 dan  nak kena siapkan today untuk monthly meeting ... esok ? Haru nye.  Tapi hati jadi tenang bila baca citer terbaru tentang penghijrahan pelakon NoorKhiriah ini.  Sejuk aje rasa hati.  


Tahniah moga akan kekal dalam imej ini hingga ke akhir nyawa, Amin... Lanjut you all boleh baca kat sini ye! NOORKHIRIAH @ Kosmo.

Yakin boleh...............

Monday, June 04, 2012

KISAH MISTERI Batu Hampar Sarang Harimau

Akhirnya sampai jua dengan selamat @ my home sweet home even dah lewat malam2 ni.  Internet pun dah back to normal tapi since masih penat simpan dulu citer2 tentang cuti2 malaysia saya tu.  Lama rasanya, tak kongsikan cerita2 misterikan.  Oklah, malam ini saya nak sharekan citer yang ini!

Nampak tak gambar kat bawah ini!


Kat kawasan kebun ini sebenarnya terdapat satu batu hampar besar yang bergaung.  Ceritanya begini. Dulu2 kawasan perkampungan ini selalu diganggu oleh seekor harimau yang sering berkeliaran dan menyebabkan ramai orang kampung tidak berani keluar ke kebun untuk menoreh getah.  Sedangkan itu merupakan mata pencarian utama penduduk kampung pada masa itu.  Oleh kerana sudah tidak tahan lagi dengan gangguan harimau yang tersebut, maka penduduk2 kampung telah bermuafakat untuk memasang perangkap.  Seekor lembu telah diletakkan di atas batu hampar yang tersebut sebagai perangkap harimau.

Keesokan harinya, beberapa penduduk telah datang ke gaung tersebut dan memang benar harimau tersebut telahpun terkena perangkap dan berada di bawah gaung tersebut di atas kawasan batu hampar itu.  Keputusanpun diambil untuk membunuh saja harimau yang tersebut.  Malangnya, tidak ada seorangpun dikalangan orang2 kampung yang berani untuk membunuh harimau itu.  Puncanya kerana mereka sendiri, tidak pasti samada ianya benar2 seekor harimau ataupun seekor HARIMAU JADIAN.  Sudahnya, mereka membiarkan saja Harimau itu terperangkap di batu hampar yang tersebut hingga berpuluh2 tahun masa berlalu. Bagi mereka harimau yang terperangkap itu tidak mungkin akan dapat keluar dari lembah bergaung itu. Dan tanpa punca makanan pasti lambat laun ia akan mati juga. Tetapi sejak dari peristiwa itulah, tidak ada sesiapapun yang berani berada di kawasan tersebut hinggalah ke hari ini.  Sebab itu, bila En. Hubby tebas dan bersih2kan kawasan kebun ini, semua orang terkejut dan bertanya2.  Takde ke benda2 pelik berlaku?. Alhamdullilah, takde pulak apa2 yang terjadi setakat ini. Ramai orang masih percaya kewujudan harimau jadian itu hingga kini, walau kita tidak dapat melihat dengan mata kasar kita sebagai manusia. Wallahua'lam.

Tapi, ada satu lagi cerita di kawasan kebun ini yang akan saya sharekan di lain entry.  Penuh misteri dan benar2 berlaku di depan mata !.  So tunggu ye! Salam & Nite Semua....................

Sunday, June 03, 2012

Penjagaan Mata Di Depan Komputer

Pernah alami masalah macam ini tak?. Bila pandangan kita seakan2 kabur. Apatah lagi setelah berjam2 mengadap screen komputer ataupun screen cik lappy tu!. Tengok papan keyboard pun nampak huruf dah cam blur2 je! (contoh blur2 macam kat bawah ini) kejap nampak kejap tak nampak!



Yang pastinya, bukan anda seorang saja. Ramai juga yang alami masaalah yang sama. So, jangan lupa rehatkan mata kita sekurang2nya 10 minit selepas mengadap screen tu.  Cuba pandang benda2 yang paling jauh boleh you all nampak.  Paling penting posisi duduk juga perlu diambil kira. Jarak antara kita dan screen tu kalau boleh biarlah di antara 50- 100 cm) ikut keselesaan kita lah.

Kalau ada kaca mata anti radiasi tu pun pakai2lah. Simpan pun buat apa ke kan!. Tapi paling2 penting bila berhenti sekejap tu, buatlah senaman ringkas untuk melonggarkan otot2 terutamanya bahagian pinggang dan punggung so kita akan rasa lebih relak dan selesa sebelum meneruskan lagi taipan jari jemari di keyboard tu.  Happy blogging you all ! ( saya masih lagi bercuti ni... see u!)

Saturday, June 02, 2012

Terbaru Azlan & The Typewriter - Idola

Sebenarnya, banyak yang nak ditulis ni dan byk gambar nak di uploadkan tapi sebab internet cam nan hado aje so kena sabo2 lah dulu.  Nipun tgh naip dalam kereta dari Pasir Putih nak ke wedding di Gua Musang.  So , just nak share ini dulu dengan you all!

Entah kenapa, dari dulu saya dah admire suara Lan ni.  Since dia with Meet Uncle Hussein band dulu2 lagi.  Suara dia tersendiri dan tak sama dengan penyanyi yang ada. Antara penyanyi generasi baru yang saya respect dengan bakatnya. Selain Azlan saya juga mengagumi suara Black (Mentor) & Hazama (AF 9). Kebetulankan saya minat ngan artis2 yang pernah berkobalarasi dengan Meet Uncle Hussein.(Memang bestpun suara diarong ni. Takde bunyi macam klon2 mana artis). So, jom dengar lagu terbaru dari Azlan & The Typewriter - Idola (OST Horee Horee). Cuma mungkin they all ni kurang dari segi paras rupa but ade xfactor yang lain dari segi suara n vocal luarbiasa. Setuju tak?

                                                             (tq youtube.com)

Saya bagi 5 ***** untuk ini Azlan! Superb.....

Friday, June 01, 2012

TERIMA KASIH Kawan2 !

Salam Petang Jumaat !. Hari terbaik untuk ucapkan sesuatu yang baik. TERIMA KASIH !

(google ler)

Terima Kasih pada semua yang sudi baca blog saya yang tak seberapa ni. Blog yang baru saja bermula pada hujung March 2012 lalu, menjadi tempat saya meluah rasa dan berkongsi apa jua cerita, and tak sangka dalam perjalanan hampir2 ke 3 bulan ini, saya dapat kenal ramai kawan2 baru.  ( Nak menyebut beberapa nama, takut yang lain kecil hati ). Yang tak jemu2 singgah, jenguk dan komen.  Really appreciate that! ... Pada yang dah follow, saya dah letakkan semua link2 you all kat sebelah kanan bawah ini, so rajin2lah update blog ye so, blog you all akan appear every time kat blog saya "The Other Side Of Kesuma Angsana". (Kalau saya termiss, pls bagitau ye!). Fair & Squarekan untuk semua kekawan. Once again thank you! Moga ikatan silaturrahim ini akan kekal sampai hujung nyawa walau kita hanya bersua di ALAM MAYA !. Banyak lagi yang saya perlu belajar dari kamu semua kawan2 !

(P/s .. masih lagi on cuti2 malaysia... and berukband slow ya amat2 cam siput, so faham2 lah).
Salam.......................Luv u All !

Thursday, May 31, 2012

Cuti... Argghhhhhh Susahnya Pulak Nak Tidur!

Alhamdulillah dah selamat jejakkan kaki ke negeri Cik Siti Wan Kembang lepas Maghrib tadi.  Singgah menyinggah kat banyak sangat tempat.  Biasalah bawak 3 anak dengan feel masing2 macam bawak satu bala tentera!. (Ada juga citer lucu dalam perjalanan tadi, nanti saya post entry!) Bila bercuti2 ni, rindulah pulak pada sang bantal dan sang tilam kat rumah.  Mulalah, terkebil2 mata tu susah nak tidur. Pandang siling, pandang dinding pun tak leh nak lelap2 lagi. Hisssh!, tu yang malas nak bercuti ni. Mungkin ini masalah biasa bagi sesetengah orang.  Kadang tu dah tidur lama tapi masih rasa mengantuk.  Tidur tak sempurna la tu! Atau memang ada penyakit susah nak tidur !.

Ok, boleh ikut TIP2 ini (dari pembacaan)  :-
# Belajarlah cara atau teknik rehatkan mental dan fizikal;
# Sentiasa bertenang dan belajar menangani tekanan;
# Tetapkan waktu tidur . (Seboleh2nya pada waktu dan masa yang sama);
# Elakkan tidur waktu tengahari;
# Lakukan aktiviti senaman (Bila dah penat senanglah nak tidur!);
# Elakkan minum coffee or tea lewat petang atau lewat malam;
# Berhenti atau kurangkan merokok;
# Pastikan kita selesa dengan persekitaran bilik.  Letakkan apa2 yang kita suka di persekitaran bilik. Contohnya bau2an yang anda suka dan lampu tidur dengan cahaya minima; ataupun
# Membaca sebelum tidur.

Insya Allah boleh tidur lena macam ni >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

( fr google) 
Jangan pulak sebelum tidur tu, main tarik2 rambut macam ni alamatnyer ......................... ( opps ! lain cerita nanti)

( fr google)
Ok, last2 ni ye, lagi satu minum susu suam yang dicampurkan sedikit badam/serbuk badam.   Cuba jelah!. ....and Nite semua! ZZZZZZZZZZZZZZZZZZ (Tidur awal sebab dah penat & letih seharian!)

Bercuti Balik Kampung Ala Cuti2 Malaysia

Salam Pagi Khamis yang dingin sebab pagi2 subuh ni dah hujan!.  Yea, yea, balik kampung !

Seronok kan bila balik kampung. Walaupun balik ke kampung En. Hubby, keseronokannya tetap sama dan terasa. Kali ini bercuti mungkin dalam 5 hari dan menempuh perjalanan 5 negeri.  Selangor, Wilayah Persekutuan K.L, Pahang, Trengganu dan baru ke Kelantan. Saja2 ambil jalan jauh. Nak tengok pemandangan cantik sepanjang perjalanan ke negeri Cik Siti Wan Kembang ni! Bercuti sempena cuti sekolah ni. ( Sambil2 attend jemputan majlis kenduri kahwin juga! Ada 2 -3 jemputan juga ni ).  Yang letihnya persiapan sebelum balik kampung tu, nak servis keretalah, tukar tayarlah, tengok2 apa yang patut, check itu ini, dan tak termasuk citer packing2 lagi.....................Lotih!

Happy sesangat budak2 ni, apalagi bila dengar lagu ini !..... Balik Kampung By Sudirman
 
My son pulak siap cakap, lama dah tak naik "Ducati Bike" Tok Ayah ni. ( Nak mengusik  My FIL ler tu )


Doakan kami sekeluarga selamat pergi dan selamat kembali ye.  Kalau entry2 tu macam xde and sendu2 aje dua tiga hari ni, you all buat2 faham2 jelah.  But will try my best untuk update entry ye! Maaf juga jika tak sempat jenguk blog kekawan.  Again, Salam semua......

Tuesday, May 29, 2012

WWW 1, Siapa Punya ?


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar


Macammana yang kita semua dah tahu, atau mungkin ada yang tak tau lagi, ni nak khabar2kan, nombor WWW 1 adalah milik Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang telah berjaya membida pada harga RM520,000 (memetik berita Kosmo Online).

Keputusan itu diketahui melalui pengumuman yang dibuat oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semalam dan boleh dilayari di laman portal agensi tersebut.
Keputusan tersebut turut dipamerkan di tiga buah pejabat cawangan JPJ Wilayah Persekutuan-Kuala Lumpur masing-masing di Wangsa Maju, Maju Junction dan Bandar Sri Permaisuri.

Bidaan bagi nombor pendaftaran WWW 1 oleh Sultan Ibrahim itu mengatasi nombor pendaftaran termahal yang dicatatkan sebelum ini iaitu MCA 1 dengan harga RM300,100 diikuti TAY 1 (RM220,000) dan WVW 1 (RM202,000).
Selain WWW 1, turut mencatat rekod menerima bidaan tertinggi ialah WWW 3.
Nombor tersebut dibida pada harga RM360,000 oleh syarikat One Power International Sdn. Bhd.
Nombor pendaftaran siri WWW lain yang mencatat nilai bidaan ketiga tertinggi ialah WWW 9 yang dimiliki oleh Aspen Sunrise Sdn. Bhd. Harga WWW 9 ialah RM350,000.

Nombor tu memang satu hal lah, but ......>>...Wow, manalah datang duit berkepok2 macam ni kan! ( Kalaulah..., Berangan2 ... ). Lebih baik pergi ukur baju di badan sendirilah, raya dah nak dekat ni..... huhuhu.

Bahaya Placenta Previa

Terbaca artikel ini kat akhbar Utusan Malaysia baru2 ini.
Uri adalah organ yang terdapat di dalam rahim wanita hamil dan bertanggungjawab membawa oksigen dan nutrisi daripada ibu kepada bayinya. Kedudukan uri yang normal apabila ia berada di tengah atau di bahagian atas rahim. Ini bermakna ia jauh daripada kawasan bayi sepatutnya keluar dari rahim.
Uri di kedudukan bawah pula berada di kawasan bawah rahim, menutup ruang laluan bayi (pintu rahim) semasa kelahiran. Ini seterusnya akan memberikan komplikasi semasa proses bersalin. Yelah, kalau ada yang dah halang kat pintu tu, camne bayi tu nak keluar kan! Info lanjut baca lah kat sini ye!
 
(fr. Utusan.com.my)
Saya sendiri pernah alami masalah ini pada kehamilan ketiga.  Uri or placenta berada di bawah hinggakan doktor siap cakap, kalau takde apa2 perbezaan next checkup, saya kena sign for operation.  No no no!.  Siap doktor tu pesan lagi, jangan nak pergi urut2 ke apa ke! (Masa ni angguk ajelah)

Tapi saya memang tak mahu bersalin secara pembedahan.  Jadi apa yang saya buat.  Saya berusaha berjumpa dengan Mak Bidan kampung yang saya dah biasa pergi tu.  Bila dia tengok dan rasa, memang uri saya berada di bawah.  So, dia urut2 sikit sambil baca2kan sedikit doa. Lepas tu bila nak balik, dia pesan, setiap malam sebelum tidur, beri salam dan bercakap2lah dengan anak (bayi) dalam perut kita tu, (Kalau boleh, mesti buat setiap malam). Suruh bayi kita tu duduk baik2 di tempat dia di bawah tu, jangan menyusahkan kita dan sebut kita sayangkan bayi itu. InsyaAllah nanti bayi itu akan berpusing ke bawah dan uri akan naik ke atas. Kata Mak Bidan, bayi biasanya akan dengar cakap ibunya. Itu saja petuanyer!. Dan memang saya amalkan. Alhamdullilah, bila pemeriksaan doktor dan scan seterusnya, bayi sudah berada di bawah dan uri sudah naik ke atas. Doktor pun terperanjat bila tengok ianya sudah berada di kedudukan yang betul.  Siap doktor tu tanya lagi. "Awak pergi urut ke?".  Saya cuma cakap "taklah ini kuasa tuhan". (Macam tak logik kan!). Tapi itulah kekuasaan dan kebesaran Allah swt. Satu lagi saya nak pesan, waktu hamil tu, jagalah kata2 dan perbuatan kita terutamanya kepada suami.  Kalau suami reda, InsyaAllah semuanyer  akan. selamat.

Tapi yang itu kisah saya , terpulanglah kepada you all semua.  Yang penting, mesti dapatkan nasihat doktor terbaik untuk kita sewaktu kehamilan ye!. Oklah cukuplah dulu kot share2 petua untuk hari ini.

Salam..............

Apakah Cerita Perodua Anda ?


cerita perodua

Kawan2 dah joint ke kempen Perodua tu ?.  Kempen "Apakah Cerita Perodua Anda" . Kalau tak tahu atau dah tahu tapi tak joint lagi cer klik kat laman web yang satu ini www.peroduastory.com.my. You all boleh hantar  gambar, video ataupun apa2 cadangan anda dan yang bestnyer mengenai “Apakah cerita Perodua Anda” ini sebab Pengarah Urusan (MD)Perodua itu sendiri iaitu Datuk Aminar Rashid Salleh akan terlibat secara dekat dengan kempen ini. Mana tau nanti dia akan reply cerita kita !. Jadi jangan lah lepaskan  peluang anda untuk menyampaikan apa saja yang terbuku dalam hati tu. Ini. banner kempen tu !  Rasanya kat blog2 you allpun selalu keluarkan!

Banyak sebenarnya yang nak dikongsikan tentang kereta Perodua saya.  Oklah, ada dua ahli keluarga perodua yang sudah menjadi sebahagian dari keluarga saya juga sejak bertahun-tahun.  Cik Kancil Biru Pelangi Dan Encik Myvi Putih Telur.  Dua-dua menjadi kesayangan kami sekeluarga kerana sudah banyak menabur jasa.  Satu yang ingin saya puji tentang ahli keluarga kami yang ini, adalah kos penyelenggaraan (maksudnyer makan pakai) mereka yang berpatutan dan pada kadar sederhana serta boleh dimiliki pada harga mampu milik. Berbaloi walaupun untuk perjalanan jauh. 

( Mengintai2 dari jauh ketika di service!)
Dari segi pembahagian tugas, Cik Kancil buat kerja-kerja lebih ringan, cuma perlu jalan- jalan di kawasan berdekatan saja dan Encik Myvi punya tugas lebih besar perlu menemani saya ulang alik balik kerja dan menempuhi 'jammed' setiap hari. Terima kasih Encik Myvi! Saya suka awak sebab jimat petrol.  Tapi dua-dua memang efisyen dan cekap dalam melaksanakan tugas. Jarang-jarang ambik MC. Kalau kerja gomen dah lama dua-dua tu dapat Anugerah Khidmat Cemerlang. Selain dari itu, Encik Myvi juga menjadi salah satu tempat untuk saya berblogging andaikata berada dalam perjalanan, kerana ruang tempat duduknya yang luas dan selesa. 

( Sempat juga berblogging dalam kereta )
 Dan atas jasa kedua-duanya, saya dahpun buat rumah khas untuk mereka. Boleh duduk berjiran sebelah menyebelah lagi tu ye!. 

( Tak sempat nak cuci sebelum snap2 gambar hehehe)
Anak bongsu saya pulak dah jadi macam rutin, bila nak gerak je kerete, siap tengok kat dashboard depan tu dulu ... dan cakap opps! opps!.. Abah tak pakai tali pinggang lagi.  Boleh nampak kat depan tu klip klip, klip !.Ha Ha Ha. 


Terima kasih Perodua kerana menceriakan kehidupan kami sekeluarga! (Nanti saya update lagi ye!)

Terbaru Kejutan AISHWARYA RAI ...

 ( ROTIKAYA.COM )
( ROTIKAYA.COM )
                                      
Baru je rasanyer bergossip2 tentang Aishwarya Rai ni. Baru sangatlah!.  Cer tengok kat SINI YE!.  Tapi, jeng jeng jeng.....Ha, ni dia update terbaru tentang dia semasa membuat penampilan di Festival Filem Cannes 2012 France baru2 ini. Mungkin belum lagi 100% balik ke bentuk badan asal seperti sebelum ini tapi saya yakin sedikit hari lagi, alamat kalahlah semua anak2 dara kat India tu. Orang berduit dan beruang eh..eh..silap2... berwang... so apapun boleh kan!. Moral of the story ada money semua leh jadi!  Ada rupee lemak bertimbun pun boleh pergi. kan kan kan!

So, MamaYana,  K.Kujie, Pn.MayangSayang cer komen cer komen! Tapi satu je nak puji, baju dia tu cantiklah pulak!

Lagi satu petua, kalau lepas bersalin tu kalau rajin sapukan kapur sirih yang dicampurkan dengan perahan limau nipis di sekitar perut sebelum memakai bengkung. (Kena tahanlah sebab akan rasa cam gatal2 sikit).  So takdelah nanti perut buncit.  Walaupun badan akan naik sikit tapi bahagian perut tetap akan maintain.  Aishwarya ni ada buat cam ni ke ? or pg sedut2 aje......Hu Hu Hu

Petua Mudah Untuk Luka Dan Parut

Macam biasa, hari Selasa for Petua!

Kalau kecik2 dulu selalu sangat terjatuh dan luka. (Perkara biasa). Yelah masa tu nakal sangat2, tak reti duduk diam (menrurut mak ler).  Sekarang dah menurun pada si kecik tu. Bila dah luka tu, tau pulak  takut nak bagitau mak. Sebab takut kena marah lagi so, buat jelah macam petua bawah ni.

Petua paling mudah menghentikan darah ketika luka adalah, dengan menggunakan serbuk kopi.  Sapukan aje serbuk kopi tu pada luka dan InsyaAllah darah akan berhenti dengan segera. (Serbuk kopi tau bukan milo!). Kalau kita berada dalam kawasan hutan atau kebun pula,  cuba carikan pokok daun senduduk. Lenyek2kan daun senduduk tu dan tampalkan pada luka tersebut untuk menghentikan pendarahan.

(google - serbuk kopi)
(google - senduduk)









 

Untuk parut luka pula, kena rajin gosokkan kulit pisang (sebaik2nyer pisang emas) pada luka tersebut. 
InsyaAllah, kesan luka dan parut itu akan hilang. Tapi mesti kena rajin sikitlah ye! (Dulu hari2 tenyeh ni kat parut, takut tak laku nanti kalau banyak sangat cap mohor raja2 hehehe)

( ehsan google )

Apapun, sharing is caring kan...............

Monday, May 28, 2012

Lucu Aje Kalau DIA Menyampuk !

Baru2 ini, waktu En. Hubby memandu di tengah2 panas terik ditambah dengan jammed2 trafik lagi, mulalah dia bersungut. My bongsu daughter yang ikut dan duduk kat belakang, mula2 senyap aje!


Hubby :  Itu yang malas nak keluar tengahari macam ni.  Dahlah panas, sesak pulak tu!
Me :  Standard lah town.. mestilah jammed!
Hubby :  Kalau ada kebun getah 10 ekar, pack2 balik kampung ajelah. Motong getah senang, kampung tak lah panas, tak sesak macam ni!
Me :  Boleh aje........Abis, bila nak balik motong getah kat kampung tu?
Hubby :  Manalah ada getah 10 ekar, kalau ada hari ni pun boleh balik!
Tiba-tiba yang bongsu tu menyampuk!
Adik :  Abah, Abah masuklah BARISAN
Hubby :  Kenapa? Kalau masuk BARISAN tu, dapat tanah getah 10 ekar ke?
Adik :  Bukanlah... masuklah BARISAN kereta tu, Tengok semua orang ikut satu barisan je kat depan tu!
Hubby :  Ha Ha Ha.  Ingatkan Adik cakap masuk BARIAN dapat tanah 10 ekar!
Adik : Apalah Abah ni,orang cakap pasal BARISAN kereta lah!
Me : HA HA HA HA
(Hilang tension sekejap)


Penuhi Jemputan Hujung Minggu

Happy Monday Morning semua!. One word for today "PENAT".

Aduyai, weekend semalam penat sesangat.  In bukan cubaan ye, tapi betul2 penat. Macam takde makna pun cuti dua hari tu.  Sabtu sibuk dah satu hari dengan urusan En. Kereta, dan semalam seharian memenuhi jemputan ke majlis kenalan. Itu belum kira kerja2 rutin yang macam biasa, weekend jelah baru boleh nak settle !. Sampaikan nak berblogging pun masa tu terhad sangat. Nasib, sempat juga curi2 baca blog sebelum ke majlis ! Hu Hu Hu (So mana2 blog yang saya sempat singgah tu kira limited and special edition ler ! )

( My daughter x sabar2 nak pergi dah tu)
 Sedikit foto sekitar majlis !

PAGI, TENGAHARI & AWAL PETANG @ Majlis Kenduri Kahwin Dengan Tema Majlis Ni Coklat + Cream, nice color tu! Selamat Pengantin Baru To MASLIA AZA & TARMIZI  (sweet young couple).

 (Persiapan Untuk Makan Beradab)

(Sempat jugak posing tu)

(Ada persembahan silat gayung )

( Pasangan pengantin)
PETANG2 pulak  - @ Majlis Harijadi kawan My bongsu daughter.  Makanannyer pun sedap2.  Pergi dengan my bongsu daughter and my two cute niece! Allah selamatkan kamu , AQILAH! (Tq sebab bungkuskan mee hoon soup yang sedap tu ye!)
( My niece dok kunyah nugget dia!)
( Santai lepak makan kat laman )
( Tuan rumah (baju merah) yang sibuk sesangat !)
( My niece happy je dapat cabutan bertuah sampai my bongsu daughter merajuk tu! )

Kepada kedua2 tuan rumah, terima kasih daun keladi, kalau ada makan2 jemputlah lagi!   He He He. InsyaAllah akan cuba datang dan memenuhi undangan andai ada masa dan kelapangan.


Wajah Artis Korea Tanpa Mekap




Cer tengok!. Betapa besarnya kuasa make up tu. Tengok ni, berbeza betul wajah mereka with/without make up.  So, janganlah nak bangga2kan sangat kecantikan artis Korea ni.  Entah2 makcik2 dan nenek2 kita kat kampung tu jauh lebih cantik dari mereka.  

Tak dinafikan ada yang benar2 cantik semulajadi tapi kalau dah namanya retis, kena lah buat make terover untuk nampak cantik depan peminat2kan.  Kalau tak takut peminat2 lari. (Tak reti2!). Sampai ada yang buat laser tu untuk maintain cantik!

Meminjam sedikit photo2 dari mforum.com.cari.my. Layan................... 


Tiffany SNSD



Seo Hyun SNSD


Nicole Kara

Kesimpulannya,  berbangga ajelah dengan apa yang dah tuhan kurniakan kepada kita. Kecantikan itu bukan segala2nya dan takkan kekal lamapun! Fikir2kanlah......

Yang artis2 kat Malaysia ni pulak, kalau ditanya rahsia wajah cantik, selalu jawabnya sebab selalu/rajin  ambil air sembahyang, sampai guna air yassin pun ade juga tu padahal ........( dah cucuk merata2 muka! ). Bersangka baik ajelah!

Sunday, May 27, 2012

NUKILANKU Kamu & Bulan

Dalam hening renyai malam
Aku rindukan kamu seorang
Dalam hening renyai malam
Aku mahukan cahayamu oh sang bulan

Datang2lah kamu
Untuk meleraikan kesepian
Hadir2lah rembulan
Untuk menerangkan kelam malam

Walau ku tahu kamu bulan
Akan beredar saat siang mendatang
Namun takkan ku bimbang
Kerana dia telah setia berjanji
Untuk terus sentiasa menemani
Hingga ke akhir hayat nanti
Dan aku pasti
Dialah sang arjuna di hati!
( fr google)
Sama2 kita sulam
Benang2 sutera kebahagiaan
Dalam meniti perjalanan kehidupan
Walau hanya
Bertemankan cahaya bulan
Yang terkadang hadir
Di balik gumpalan awan
Kerana aku yakin
Kamulah cahaya ku
Panduan untuk ku berjalan
Kala sinar bulan telah menghilang!

*****  Maaf, hari ini penat sangat2 kawan2, esok kita citer panjang2 ok. So got to go first!....Good Night Semua, Sleep Tight, Sweet Dream Ye ! SEBELUM TIDUR Saya Nak Maafkan Semua Salah Silap Awak2 Semua Di Luar Sana  Pada Saya (kalau ada) dan Saya harap2 begitu juga sebaliknya MAAFKAN SAYA ye............ Peace And Salam............*****




Cerita Terbaru Fazura

Salam Pagi Minggu Kekawan !...............
Lama jugak rasanya tak dengar cerita2 terbaru tentang artis yang satu ni, NurFazura Sharifuddin a.k.a Fazura. Cukup popular dengan filem Gol & Gincu dulu2. Saya rasa dia antara aktres Malaysia yang benar2 berbakat.  Tolak tepi dulu cerita2 sensasi sebelum ini tentang dia tu. Cerita gaduh2 di kelab malam, rampas merampas, cerita turun naik mahkamah (letih dah) hingga semuanya dah selesai pun sekarang. Walaupun begitu, cerita2 panas ini tidak dapat menidakkan bakat lakonan semulajadi yang benar2 dimiliki oleh Fazura anak kelahiran negeri Pahang ini..  Selain punya raut wajah yang menarik,  Fazura memang tersendiri dalam gayanya.

                                                                            ( google image)

Ada juga dengar2 cerita terbaru tentang dia and TMJ tu (tweet2 kes lah ni) dan kisah sekontena balloon dulu. So so sweet!. Pun ade kisah2 cubaan rampasan kuasa lepas tu. Hurmm......  Alih2 baru2 ini, keluar cerita yang Fazura dah mula berjinak2 berkecimpung dalam dunia perniagaan.  Baguslah, sentiasa sediakan payung sebelum hujan. Lagipun tak ramai artis2 Malaysia yang benar2 berjaya dan kekal dalam bidang seni ini.  At least, ada juga sesuatu untuk back up, andai kata dah takde rezeki dalam bidang seni ni kan!. Lainlah kalau income macam pelakon2 kat Hollywood tu. 

 ( google image)
Beliau dikhabarkan akan membuka perniagaan butiknya sendiri yang dipanggil "House of Doll"  secara rasminya pada 27 Me, 2012 Ahad (hari ini). Semoga terus suksess dalam membina empayar bisness dan juga kerjaya ye Cik Fazura ! ( Pst2.... Bila pulak nak bina keluarga ? )

OKlah.... sayapun ada majlis jemputan hari ini.  InsyaAllah akan pergi ! Jomlah, kita bersiap dulu.

Saturday, May 26, 2012

Amalan Atau Rutin Anda Sebelum Tidur

Apa yang biasa you all buat sebelum tidur ?.  Buang Air (huhuhu), lepas tu cuci muka, cuci kaki, lepas tu jangan lupa baca baca Bismillah, then surah Alfatihah dan follow dengan baca surah 3 Qul untuk mengelakkan gangguan iblis atau syaitan. Lepas tu tidurlah atas lampung kanan dan ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ!...Mimpi2 indah!

Sebelum nak lelapkan mata ini. Cadang2nyer nak pg blogwalking and reply komen2 kekawan yang menyinggah but mata ni dah macam ada gam melekat, baru je singgah 9 - 10 blog, mata dah rasa nak tertutup but........... Nak minta satu ni je, boleh ?

Bulan2..... Bintang2.... yang bersinar2 dan bercahaya di Langit, Boleh tolong saya tak?
Tolong sampaikan ucap "SELAMAT MALAM " pada semua yang sudi baca dan komen kat blog saya ni,
Semoga semuanyer happy2 sentiasa dan dirahmati selalu! Amin.
Senyum & Nite Semua!

Senyum Pagi Sabtu Dengan Kisah Puteri

My bongsu daughter sekarang tengah minat sesangat nengok cartoon 'Walt Disney" ni.  Sekejap Cinderellalah, Snow Whitelah, Sleeping Beautylah, Beauty & The Beastlah, Aladin ler, Thumbelina ler etc....  Nak tulis semua, alamat sampai abis entry ni tak siap lagi. Dan yang selalu jadi mangsa dah tentulah si kakak. Asyik kena tolong bukakan cerita2 tu untuk dia tonton lagi dan lagi.  Berulang2 .....

Walau mata tengok ke screen, mulut tak reti2 nak diam tu. Ade2 aje yang nak ditanya si Bongsu tu. Inilah conversation antara dua beradik tentang kisah Puteri, sambil tonton cerita "The Sleeping Beauty" yang entah dah ke berapa kali tengok !

Adik :   Bestlah citer2 Princess ni ! Princess tu Puteri kan Angah?
Kakak :  Yelah..
Adik :  Puteri2 ni semua cantik2 lah, gaun pun cantik2 kan!. Ada biru, pink, kuning, merah cantiknyer!
Kakak :  Hurmmmm
Adik :  Kenapalah  zaman sekarang ni takde lagi Puteri2 yang macam ni ?
Kakak :  Ini bukan betul2lah. Ni semua cerita khayalan rekaan semata-mata je! Bukan betul2. Itu watak Puteri dalam cerita cartoon jelah.
Adik :  Oh... barulah adik tau!.  Tapi, sekarang ni pun adalah Puteri tapi Puteri yang betul2lah...
Kakak :  Puteri apa ?
Adik :  ..... Puteri Umnolah.. Puteri Umno ini orang betul2lah bukan cartoon kan!
Kakak :   Ha Ha Ha Ha Ha .. takde kena mengena langsung!


( Gambar lama Puteri Umno dari google)



















MasterChef Selebriti Malaysia

Cuma nak ingat2kan pada sesiapa yang minat. Jangan lupa tengok ye, MasterChef Selebriti Malaysia yang pertama bermula malam ini 26 Mei, 2012.  Nak jugak tengok kemahiran memasak artis2 Malaysia. Hebat ke?. Tapi hopefully, tak banyaklah ditunjukkan drama2 sangat dalam rancangan ini nanti.  Kekadang drama2 yang sengaja dicipta buat penonton2 jadi bosan.  Saya lebih suka tonton sesuatu yang lebih realistik dan santai. Bukan direka2.  Nak tengok drama2, baik tengok channel lain kan!

Oklah, antara Selebriti yang akan terlibat adalah Serina Redzuwan(dia ni ok), Siti Sarah Raisuddin, Jehan Miskin, Tomok, Karl Shafek, Datuk Fazley Yaakob, Farouk Hussein, Major. Dr. Faiz (I like), Angah Raja Lawak (memang lawak), Raja Azmi(pun ado), Soo Wincci, Juliza Adzlizan, Thanuja, Salamiah Hassan, Azwan Ali(boleh ke ni) dan juga pelakon Louisa Chong. Mereka dipilih bukan 100% berdasarkan kebolehan memasak sahaja tetapi juga atas kemahuan dan keinginan mereka untuk mencuba sesuatu yang baru dengan sedikit pengetahuan dalam bidang masak memasak ni.

(google)
Penggambaran dahpun dimulakan pada hujung Mac 2012 dan ianya akan bersiaran dari hari Sabtu ke hari Selasa  jam 9 malam (4 hari) setiap minggu selama 28 episod. Di Astro Ria ye!. Apapun, ini adalah satu rancangan amal dimana, wang yang dimenangi akan disumbangkan kepada badan2 amal dan kebajikan yang terpilih. Jomlah kita tengok dan lihat siapa bakal juara !

Friday, May 25, 2012

Pintar Tapi Lucu Sole le Sole Sole

Beberapa hari lepas, bawa En. Kereta pergi bersiram.  Yelah, dalam cuaca hujan panas hujan panas sekarang ni, color putih  pun dah tak berapa nak putih, dah jadi macam kelabu asap. Sementara tunggu En. Kereta siap, lepak2 minum sambil layan my two daughters makan. Kat Mak Su Tomyam ler !. Dah makan sebenarnye petang tu, tapi si kecik tu tetiba teringin pulak nak makan Nasi Paprik. So, ikutkan ajelah.  Makan tak habis manapun.  Last2 kami bertiga yang jadi cam 'Alam Flora", kena habiskan. (Kalau lah my son ada!). Me & Hubby lak share fried meehon and my second daughter request for french fries!.  Air masing2 nak juice buah aje! Jamu mata ye bawah ni.........



Sambil makan2 tu, macam biasa siaplah kena jawab soalan2 dari si kecik tu.

She :  Adik dah tahu makna soleh dan solehah tu Umi ?

Me :  Mana tau ?

She :  Abah lah bagi tau!

Me :  Oh... apa die?

She : Soleh tu untuk lelaki baik, solehah tu untuk perempuan baik kan!

Me :  Yelah, soleh tu lelaki yang baik, taat pada Allah, agama, ibu bapa, yang perempuan pun macam tu jugalah lebih kurang, baru kita panggi solehah! Nanti adik akan belajarlah kat sekolah !

She :  Oh, kalau adik ni perempuan, solehah lah

Me :  Yelah, perempuan baik solehahlah, kalau Along tu solehlah sebab dia lelaki!

She : Along tu mana boleh panggil soleh.....  sole le sole sole tu boleh lah (sambil nyanyi lagu ini yang dipetik dari filem hantu kak limah balik rumah dengan selamba) 

Me : Ha Ha Ha


Oklah.... Happy weekend semua kawan2 !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...