Tabung Masa Depan ...

Tuesday, June 12, 2012

Trauma nyer..............Walau Hanya 1 Jam Saja!

Masih trauma selepas terperangkap dalam lift hampir sejam petang tadi waktu balik dari pejabat nak ke parking lot.  Pengalaman pertama sebegini dalam hidup.  Kaki masih rasa menggigil2 lagi ni.  Nasib baik ada 5 - 6 orang lagi dalam lift.  Dengan seorang dari mereka yang memang trauma sangat2 dengan kes lift2 yang macam ni.  (Dah selalu kena katanyer). Lift pulak sekejap2 bagai terhenjut2.  Saya buat macam biasa je.  Padahal dalam hati tuhan saya yang tau.  (Tolong !) . Bell tu entah dah berapa ratus kali saya tekan. Sambil tu tekan2 juga button yang lain mana tau kot2 lift boleh terbuka.  Dari berdiri, pastu duduk mencangkung sampai duduk bersila kami semua dalam lift tadi. Nasib baik juga ada seorang Pak Lawak yang menghiburkan kami sementara menunggu bantuan sampai.  Seorang Chinese yang fasih berbahasa Melayu sampai nak pecah perut dibuatnya. Tq Mr. Sunny!

Bila saja lift terbuka, terus semuanya bersorak.  Alhamdullilah, tiada apa2 kejadian buruk berlaku.  Waktu memandu pulang tadi, kaki rasa cam kebas2 lagi dan cam menggigil2.  Macammana nak kerja esok ni,  pandang pintu lift pun cam trauma lagi ni.  Nak naik tangga aduhai tinggi melangit lak tingkat office saya tu!

Apa nak buat ni!!!!!!!!!!!!!!

Entry Khas Untuk Kaki Bola EURO 2012

Entry Petang2 ni !

Baca kat Kosmo Online ler  ni!.  Sesuailah untuk semua kaki2 bola yang sentiasa nak tengok dan dapatkan update2 terbaru sempena wabak demam EURO 2012 yang baru aje melanda. Nasib baik saya tak terkena jangkitan virus tu walaupun, hampir2 nak kena sipi2 akibat penangan orang2 sekeliling. Takut juga, sebab penyakit ini membawa kepada gejala2 tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang hanya ingat bola, bola, bola dan gol, gol, gol. Hu Hu Hu ( Takpe antibody saya kuat ni !)



SEJAK mula ditubuhkan pada tahun 1996, beberapa inovasi telah dilakukan oleh stesen TV satelit berbayar negara, ASTRO Malaysia Holdings Sdn Bhd (Astro) bagi memberi khidmat terbaik kepada para pelanggannya.

Setelah tampil dengan kemudahan seperti saluran Definisi Tinggi (HD), 3 Dimensi (3D), Astro First dan, Video Atas Permintaan (VOD) Astro B.yond Perakam Video Peribadi (PVR), kini Astro memperkenalkan perkhidmatan terbaharu yang dikenali sebagai saluran Astro On-The-Go. Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Datuk Rozana Rozhan berkata, perkhidmatan tersebut memberi kemudahan kepada pelanggan untuk menonton saluran menerusi peranti sama ada melalui iPad atau komputer riba.

“Buat permulaan, sebanyak 11 saluran yang disediakan merangkumi hiburan dan informasi serta ditawarkan secara percuma kepada para pelanggan Astro sehingga 31 Ogos ini.

“Bagaimanapun, untuk fasa pertama ini, Astro On-The-Go hanya boleh ditonton menerusi komputer riba dan iPad. Kemudian pada fasa kedua yang akan bermula pada 1 September ini, pengguna iPhone dan Android boleh menikmati perkhidmatan ini,” ujarnya. 

Berita lanjut klik kat SINI LER KAKI2 BOLA MALAYSIA!


Petua Agar Minyak Tak Terpercik Waktu Menggoreng

Ok, sebab hari ni hari Selasa, special day untuk berkongsi petua, saya nak kongsikan satu lagi petua tengah2 hari buta ni ha. Yang ini, khas untuk semua yang rajin ke dapur atau yang tengah belajar merajin2kan diri ke dapur.  (he he he)

 ( Cik google )
Macammana nak mengelakkan dari minyak terpercik waktu sedang menggoreng. Tak kisahlah goreng ikan ke, ayam ke, kuih2 ke or benda2 lain.  Sakit juga kalau terkena percikan minyak panas ni.  Tu satu hal, lepas tu nak mengelap keliling dapur yang kotor dengan minyak lagi dah jadi dua hal.  

Cara paling mudah, letakkan sedikit garam halus dalam minyak sebelum menggoreng.  Lepas tu bolehlah mula menggoreng seperti biasa.  InsyaAllah minyak takkan terpercik keluar.  Taklah anak2 dara nanti, boleh bagi alasan takut terpercik minyak panas bila suruh memasak di dapurkan. Padahal, malas... HeHeHe  Cubalah! (Ada orang siap boleh celup tangan lagi dalam minyak waktu menggoreng.... jangan tiru aksi tu ye!).  

Ala, kalau dah terkena minyak panas sikit tu cepat2 jelah sapu ubat gigi or kicap ! .... Cheersssssss

LUCKY DRAW BY WWW.MYADYNA.COM

Hajat nak join lucky draw ni dah lama sebenarnya.  Tapi sebabkan sibuk ngan benda2 lain, bercuti2 Malaysia dan lain2 kerja yang nak disettlekan dulu sampai hampir2 terlupa.  Check2 tengok, alamak closing nyer esok 13/6/2012.  Sempat lagi ni.  Kat bawah ni banner tuan tanah.


You all kena jenguklah kat   BLOG INI YE!        

Cepat2 sebelum tarikh tutup esok.  Lucky tak lucky tu lain cerita.  Penyertaan itu yang lebih pentingkan. He He He .

Mabuk Ubat Atau Makanan , Apa Nak Buat ?

Pagi Selasa untuk Petua!. Pernah tak u olls tetiba rasa cam mabuk atau loya2, lepas makan ubat or makan apa2 makanan.  Saya selalu juga alami perkara yang sama.   Kekadang bila tersalah makan, mulalah rasa macam hamil or dah termengandung sebulan, pening2, loya2 dan mual2 macam tu.


( Cik google image )
Jadi nak kongsikan petua ini.  Mudah aje, gunakan air kelapa muda.  Selain bagus untuk meredakan panas badan or demam, ia juga baik untuk melegakan rasa loya dan mual akibat tersalah makan ubat or tersalah makan makanan.  Sebaik2nyer sebelum minum air kelapa muda tu, bacalah bismillah dan selawat 7 kali. Insyallah, akan menjadi. 

Tapi kalau masih juga rasa mabuk2 tu, baik cepat2 pergi check ke doktor lah.  Mana tau, nak tambah umat Muhammad lagi. He He He...........

Monday, June 11, 2012

Bila Hajat Tak Kesampaian... Hanya Ucap Selamat Malam

Hajat di hati nak berblogwalking lagi malam ini,
Apakan daya penyakit semput BB ku datang menyerang lagi,
So, terpaksalah pelan2 undurkan diri,
Dan tinggalkan u olls dengan pantun ini,

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Esok pagi kita berblogging lagi,

Bila hajat tak kesampaian,
Hanya ucap Selamat Malam,
Tanda ingatan pada follower dan teman-teman,
Tak pernah padam dalam ingatan....

Good nite semua, sleep tight, sweet dreams.... Salam>>>>>>>>

Zizan Sayang Juliana Evans

Johan, pasangan serasi Zizan dalam JOZAN Raja Lawak, memang dah lama berumahtangga dan dah punya anakpun. (Berapa orang, entah! terr berr.. ). Sekarang tengah menunggu2, bila pula akan tiba giliran Zizan. Dah lama dengar tentang keakraban dan hubungan mesra Zizan dengan pelakon Juliana Evans.  Semuanya bermula selepas mereka berlakon bersama dalam filem Hantu Bonceng dulu.  Lepas tu senyap seketika, bila Juliana atau lebih mesra di panggil Jue melanjutkan pelajaran di Universiti Michigan USA.  Tup2 baca kat Kosmo Online yang Jue telah kembali ke Malaysia dan akan bercuti hingga Aidilfitri ini.

( credit : Kosmo Online )
Apatah lagi, kepulangan Jue sekaligus untuk mempromosikan filem Mael Lambung yang dijangka akan ditayangkan di pawagam2 seluruh Malaysia pada 21 Jun , 2012 ini. Watak Mael Lambung diangkat dari watak Zizan sewaktu program Maharaja Lawak bersama Johan.  ( Kalau dalam lawak ke der... Semua KL kenal saya Ha Ha Ha ). Dalam filem ini Zizan dan Juliana sekali lagi berlakon bersama. Tapi standardlah jawapan retis2 kita bila ditanya biasanya jawapan klise "sekadar teman rapat sahaja".  Tapi kalau dah cakap sayang dan rindu tu..  Hermmmm......You alls semua baca lah sendiri kat sini ye, kenyataan dari mereka berdua dan nilaikan sendiri kawan ker kekasih ! .
 
Apapun, as dua2 masih solo, so just go with the flow ler !   Ado den kisah.....

Puteri Caroline & Ella Juara Mentor 6

Sepertimana yang ramai dah tahu, Mentor Ella dan Protegenya Puteri Caroline telah berjaya muncul sebagai Juara Mentor 6.  Mereka membawa pulang wang tunai RM 100,000 setiap seorang dan hadiah iringan yang lain.  Unggul dengan 71 markah meninggalkan Mentor Ogy / Protege Zatul denga 60 mata dan Mentor Faizal Tahir / Protege Anas dengan 50 mata. 

( Fr google)
Walau tidak mengikuti sepenuhnya perkembangan Mentor 6, sejujurnya dari seawal minggu pertama mentor bersiaran lagi, saya sukakan penampilan dan suara Anas Protege Faizal Tahir.  But this is all about rezekikan.  Malam tadipun, Anas mengalami sedikit gangguan kesihatan bila suara tidak berapa nak all out. Dan Puteri Caroline telah memberikan persembahan yang sangat2 bagus dn terbaik. Zatul pula, memang satu peningkatan yang mengejutkan. Apapun, syabas dan tahniah pada semuanya.  Dan antara persembahan yang saya suka adalah, Anas dengan lagu Najwa Latiff (Cinta Muka Buku - nice arrangement music FT),duet Caroline bersama Azlan (The Typewriter) terbaik  & duet Zatul & Ziana Zain !

KISAH MISTERI - Orang Bunian



Salam Pagi Isnin. Saja nak kongsikan satu lagi cerita misteri dengan you alls pepagi Isnin ni!


Masih ingat dengan cerita kisah-misteri-batu-hampar-sarang hari tu.  Yang ini pun berlaku di tempat yang sama.  Dulu2 arwah abah suka sangat pergi membersihkan kebun ini, bila we all balik kampung bercuti.  Satu hari, sewaktu menebas, tiba2 hujan panas turun waktu tengahari.  Abah terus berteduh di bawah sebatang pokok hinggalah tertidur.  Bila sedar, alih2 dia telah berada di tempat yang lain pula.  Terkejut dengan keadaan itu, beliau segera pulang ke rumah tanpa bercerita kepada sesiapa. Petangnya Abah tiba2 diserang demam panas dan badan rasa lemah2.

Malam itu pula, tiba2 Abah memanggil2 emak.  Anehnya, suara beliau kedengaran lain. Agak garau dan kuat dari biasa.  Suara itu mengatakan Abah harus menggantikan sesuatu yang telah Abah rosakkan.  Berulang2 kali dia memberitahu pada emak perkara yang sama hingga tertidur.

Awal2 pagi esoknya Arwah Atuk menyuruh saya memanggil salah seorang pakcik(Arwah) saya yang mahir dalam pengubatan tradisional ini.  Sebaik sampai, beliau memulakan sessi perawatan dan menanyakan Abah apa yang dia mahukan.  Abah memberitahu, ada seorang lelaki berbadan tegap dan berjubah datang dan memberitahu bahawa Abah telah terduduk di atas telur yang menjadi permainan anaknya sewaktu hujan panas semalam.  Sekarang anak beliau menangis tak berhenti2 dan meminta Abah menggantikan telur yang telah pecah itu. Bukan itu saja beliau juga mahukan seekor ayam hitam dan juga ibu pulut untuk memujuk anak beliau.

Pakcik saya mengangguk2kan kepala dan terus mengatakan yang beliau berjanji akan menggantikan telur yang tersebut dan lain2 yang diminta sebagai tanda minta maaf dengan kadar segera. Tengahari itu juga emak dan arwah nenek menyediakan segala yang diminta dan petangnya Pakcik saya telah menghantarkan semua yang diminta ke tempat di mana Abah saya telah tertidur sewaktu hujan panas tempuh hari.

Alhamdullillah, selepas itu, Abah kembali pulih dari demam panas yang menyerang dan sakit2 badan juga hilang.  Menurut Pakcik, kawasan kebun saya itu memang merupakan kawasan mainan dan laluan orang bunian. Entahlah, peristiwa ini telah berlaku hampir lebih 25 tahun dulu.  En. Hubby setakat ini, alhamdullilah tidak ada apa2 yang pelik berlaku cuma ada sedikit kisah aneh.  (Yang ini saya akan cerita di next entry ye).  Mungkin sekarang tempat itu dah menjadi laluan ramai orang ke kebun masing2kan. Jadi tak lah sunyi dan semak samun lagi macam dulu2. Apapun ini kisah yang benar2 berlaku.  Terpulang samada nak percaya ataupun  tidak. Walllahua'lam................


Sunday, June 10, 2012

Kebaikan & Khasiat Kubis


Suka makan kubis tak ?. Kubis or Kobis ni adalah antara sayur yang paling kerap saya masak untuk menu kat rumah.  Kekadang tumis2 macam tu saja, or masak gulai lemak putih atau pun jadi sayur tambah sebagai pengganti salad.  Bila baca2 kat magazine, baru tahu kubis ni ternyata punya khasiat tersendiri.

Menurut kajian, Kubis sebenarnya sangat2 berkhasiat apalagi jika dimakan mentah. Ia dikatakan telah ditanam lebih 4000 tahun yang lalu (dah lamakan!) dan amat2 popular dikalangan orang2 Rome and Mesir kuno. Ada pula kajian menunjukkan bahawa sayur kubis mempunyai elemen2 penting yang dapat meningkatkan kekebalan dalaman tubuh serta membantu melambatkan proses penuaan. Malah kalau nak kuruspun boleh amalkan makan kubis atau dibuat salad..  Kerana 100 gram kubis boleh membekalkan 27 kalori tenaga dan akan membuatkan perut kita sentiasa penuh dan kenyang. So, taklah kita makan banyak!

Satu lagi nak sharekan, kelopak kubis ini juga berfungsi sebagai bahan tuaman untuk melegakan luka dan kesakitan kulit. Tapi yang selalunya, saya gunakan sebagai tuaman untuk melegakan susu dada yang membengkak sewaktu selepas melahirkan anak. Caranya mudah saja, ambil kelopak daun kubis tu, bersihkan dan lekatkan (tuamkan) pada susu badan yang membengkak tu.  InsyaAllah akan lega sedikit. You all pernah lakukan perkara yang sama tak?.  

P/s.: My daughter memang suka buat salad dari kubis, but kubis yang warna purple tu lah!

Senyum Pagi Ahad ! Syahid.....

Aduyai, bak kata Johan, memang aduyai BB still lembab terr berr... he he he.  So sorry lah kalau x sempat nak reply n komen2 sehari dua ini.  So so soli ye!. Tq pada yang singgah dan follow. When BB back to normal, pasti saya akan singgah dan follow balik ye. Tapi nak story citer ni je dulu.

Waktu balik kampung dan bercuti hari tu, macam biasalah my bongsu daughter tanya macam2 waktu dalam kereta.  Sampai kekadang tak larat nak jawab dah!. Terus pas baton pada my son and second daughter tuk layan dia.

Si kakak mulalah bercerita tentang pahlawan2 Islam dulu2 dan kisah Mashitah yang mati syahid waktu zaman Firaun.

Kakak :  Mati syahid tu mati kalau kita mempertahankan agama, mempertahankan maruah ke, atau untuk jalan kebenaranlah.. Kang cakap lebih2 bukannyer faham !

Adik :  Oh, adik taulah dah mati syahid tu !

Kakak :  Lepas tu kalau mati syahid kita kebumikan dengan baju2 yang berdarah tulah, macam panglima2 perang Islam dulu-dulu !

Adik :  Tu, kita panggil mati syahidlah ye !

Abang :  Yelah !

Adik :  Abis untunglah kawan Along tu ?

Abang : Kenapa pulak ?

Adik :  Yelah, nama dia syahid, kalau mati nanti orang cakap Mati Syahid !

All :   Ha Ha Ha

Me :  Bukanlah, mati syahid bukan pada nama, tapi cara bagaimana kita meninggal tu!

Adik : Oh, adik ingatkan kawan Along tu nanti meninggal mati syahidlah sebab nama diakan syahid !

Me :  Kalau macam tu ramailah bubuh nama syahid nak dapatkan mati syahid ! 

Adik :  AaAa lah.............


HA HA HA HA HA

Saturday, June 09, 2012

Antara Johan & Zizan, Mana Lebih Lawak ?

Entry lambat hari ni sebab bb semput cam siput.  Aduyai siap salah publish lagi sorry......

Belum terlambat rasanya nak ucapkan tahniah pada Zizan kerana berjaya bergelar Juara Super Spontan.  Juga pada Johan yang menjadi Naib Juara.  Dua nama yang punya peminat2 & pengikut2 yang tersendiri.  Popular dengan trademark mereka JOZAN bermula dengan rancangan Raja Lawak Astro, kedua-duanya mendaki puncak kerjaya dengan begitu cemerlang hingga kini.

 ( Google image)
Sedikit info ringkas tentang mereka dari carian google :-

Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz atau popular sebagai Johan Raja Lawak merupakan seorang pelawak dan pengacara popular Malaysia. Beliau mengacarakan program realiti Raja Lawak sejak musim kedua setelah memenangi tempat ketiga pada musim pertama. Beliau merupakan peserta Maharaja Lawak serta dinobatkan sebagai naib juara Maharaja Lawak. Beliau juga seorang penyampai radio Era.Fm dan mengendalikan riuh pagi era berasa Ray dan Hanif. Mereka bertiga dikenali sebagai JoHaRa pagi Era. Johan adalah anak saudara pelawak veteran,Salleh Yaakub. Johan juga adalah pemenang bagi kategori Artis Komedi Lelaki Paling Popular (ABPBH 2011). Johan sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ozlynn (Rozlinawaty Ismail) sebelum Johan bergelar selebriti lagi (katanya !).
 
Zizan Raja Lawak atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak ialah seorang pelawak, pelakon dan pengacara Malaysia. Beliau dilahirkan pada 15 April 1984 dan berasal dari Dungun, Terengganu. Beliau merupakan anak bongsu daripada dua beradik. Beliau ialah naib juara Raja Lawak musim pertama. Beliau juga merupakan peserta Maharaja Lawak dan bergandingan dengan Johan serta dinobatkan sebagai naib juara Maharaja Lawak. Menjadi pengacara tetap Melodi yang baru dan bergelar pengacara lelaki TV paling popular  dalam ABPBH baru2 ini.

Menariknya lagi, kedua2 mereka popular dengan filem hantu. Johan (Hantu Kak Limah Balik Rumah) and Zizan (Hantu Boceng). Bukan nak melaga2kan kedua nya ya!  Frankly speaking, saya sedikit lebih sukakan lawak Johan berbanding Zizan, bukan menidakkan bakat Zizan cuma saya lebih sukakan idea2 lawak Johan yang bagi saya bernas dan berwawasan (anyway, it's a lawak only ye).  But satu yang pasti, saya memang suka lawak JOZAN. Bagi saya mereka terbaik! Bila Johan & Zizan bergabung menjadi JOZAN, meletop kebabomm!!!.  Mereka sebenarnya saling lengkap melengkapi antara satu sama lain!. 

Apa pula pendapat dan pandangan anda ? Siapa yang lebih anda minati ? 

A Thousand Years By Christina Perri

Dengar kata, dia buat konsert kat Malaysia dua hari lepas dan katanya lagi memang best!.  Entahlah, tak ler minat sangat kat dia but, my second daughter lak minta giler kat lagu dia yang ni, so just buat2 layan je! (Kekadang tersilap juga antara dia and Kate Perry ....huhuhu)



Oklah buat kita dengar2 waktu weekend2 cam ni, sebab wording lyric dia menarik jugak!


Friday, June 08, 2012

Aduh, Nia Ramadhani, Tahniah !

Setelah selamat melahirkan bayi perempuan di rumah sakit Pondok Indah Jakarta pada 2 June, 2012 yang lalu, akhirnya Nia Ramadhani dibenarkan pulang bersama bayi kecilnya yang bernama Mikhayla Zalindra Bakrie pada Selasa yang lalu. Telahpun menyiapkan kamar buat si kecil mereka yang bertemakan warna soft pink. Menurut Nia, masih banyak yang perlu dia pelajari untuk mengurus sang buah hati dan memerlukan bantuan dari ibunya serta orang2 yang lebih berpengalaman.

Masih ingat lagi bila dia berlakon dalam sinetron Bawang Putih, Bawang Merah yang popular sangat2 dulu ! Cerita yang membawa fenomena yang besar di Malaysia ketika itu.  Tak suka, tak suka dengan Bawang Merah ... Hu Hu Hu

Kelihatan lebih berisi tapi masih tetap cantik.  Anyway, tahniah Nia Ramadhani & suami ! Wah,  nama baby : Mikhayla Zalindra Bakrie, berbelit lidah lak nak menyebut.

(credit mijamedia.com)

(Sumber berita & gambar credit : mijamedia.com)

Mana Lebih Utama Bakat Atau Rupa ?

Di Malaysia ni, kata orang kalau nak jadi artis or celebriti mesti lengkap dengan pakej.  Harus cantik and wajib bersuara merdu untuk penyanyi.  Kalau pelakon lak, mestilah cantik dan punya karisma tersendiri.  Betul ke?.  Kalau takde semua tu, jangan harap nak popular. Ye ke?. Masalahnya kekadang bila dah cantik tu, berlakon lak keras macam kayu.  Pastu kalau menyanyi pulak, muka dan gaya dah ada, bila bukak je mulut, suara aduyai ke laut !.  Bagi saya, Datuk Siti Nurhaliza antara penyanyi yang datang dengan pakej lengkap, wajah cantik dan suara merdu yang di kira bonus!.  But for me juga, Azlan (The Typewriter) walau tak berapa punya rupa tapi dia juara dari segi suara.  Memang power suara dia!

( Fr google )
Begitu juga celebriti2 dari luar negara. Dan paling saya kagumi adalah Oprah Winfrey. Kalau nonton program bual bicara beliau  memang lekat dah dan tak berganjak2 dah.  Memamg best dan tersendiri. Dikenali sebagai wanita berkulit hitam dan imej gemuk, beliau berjaya mengenepikan semua kekurangan itu dan menempatkan diri beliau dalam dunia glamour penyiaran yang selama ini dikuasai oleh orang berkulit putih.

Oprah Winfrey pernah berjaya menguruskan badannya sebanyak 60 pounds sewaktu zaman kemuncak kerjayanya dan menjadi inspirasi kepada ramai orang, namun mungkin Oprah umpama yoyo yang senang naik dan turun sehinggalah tubuh beliau kembali gemuk semula.  Apapun paling saya salute, dalam keadaan begitu, Oprah yang sememangnya dikenali dengan keyakinan diri yang tinggi, tetap terus laku dan digemari hingga kini. Bukan kerana tubuh atau rupa, tapi kebolehan dan bakatnya yang luar biasa. Itu yang jadi No. 1 dan utama!

So,  apa pendapat anda bakat atau rupa yang lebih penting ??  Tepuk dahi, tanya lah cik hati...................

Saja Nak "Berbaik Hati" Jumaat Ni !

Salam Jumaat semua ! Ada yang masih berpuasa Rejab ?. Alhamdulillah.
 

Sebab hari ini Jumaat, niat nak buat sesuatu yang baiklah untuk hari ini.  Bukan nak promote blog kawan yang satu ni tapi sebab dah berjanji akan tulis sedikit entry tentang blog dia ni jika berkelapangan (atau waktu2 ketandusan idea untuk entry hehehe). Kalau lembu dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinyer kan!. Oklah, nak citer kat you all semua alkisah. Baru-baru ini, saya ada joint satu segmen kat kawan blogger ni. INI TUAN TANAHNYA

Biarlah saya panggil dia AA (bukan Azwan Ali yer no no no) but Azrul Azmi... cam dekat2 je kan nama dia!.  Dia mencari blogger2 yang berminat untuk join bloglist June. Saya angkat tangan cepat2 nak join blog list dia. HuHuHu. So, alhamdulillah dah tersenarai pun untuk bloglist Bulan June ini. TQ to u, AA!

From my point of view, blog dia best juga, banyak informasi pelbagai serta punya gaya dan cara penulisan yang berbeza. Satu lagi, blog dia tidak terlampau "berlebih-lebih" kata orang tu macam sesetengah blog yang dah macam Krismas Tree kekadang. He He He (pandai je komen blog orang). To AA, cuma nak komen yang background blog tu saya x berapa nak gemarlah.  Mungkin untuk saya saja, mungkin yang lain2 suka sebab manusia ni kan berbeza2 rasa dan citarasanya. Apapun keep it up AA! and thank you for being one of my ALAM MAYA friend.

To all those kawan2 yang singgah, komen atau dah follow, please tinggalkan link URL you all yang betul dan tepat, so that saya boleh singgah dan follow you all back immediately. Terima kasih!

Wish You All Happy blogging!

Thursday, June 07, 2012

1st Segment By: Amy Fendi

Macam biasa bila ada masa 'free2' sikit saya suka joint segmen2 cenggini.  Ni banner dia.  Suka suki tak?


Cara2 nak turut serta tu and apa2 yang you all (termasuk saya) akan dapat, kenalah pegi gali dan cangkul sendiri dari tuan tanah kat link dia ni ha>>>>Cekidout !!!!!

Tag je lah kawan2 blogger saya ni... (jangan mare ya)

Kalau agak2 ada masa tu jemput2 dan sila2lah joint sekaki ye!. Dan  Ini Penting yer  : Tarikh Tutup
4 July 2012 pada pukul 12 Tengahari.  Panjang lagipun masa.  Jom4 kita joint2! 

Congrat tu Mrs Nurul Deep!

Dengan hanya dengan sekali lafaz dan berwalikan hakim, penyanyi cantik hitam manis, Noorulhuda Abd Wahab, 35, atau nama komersialnya Nurul Wahab, secara rasminya telah menjadi isteri kepada jejaka Perancis, Eric Daniel Depp, 47 atau Eric Depp. Nurul Wahab telah selamat diijab kabulkan dengan Eric Depp dalam upacara akad nikah serba ringkas yang telah diadakan di Dutches Place, Jalan Ampang,  tengahari semalam .  Baca entry saya sebelum ini tentang  *Nurul Bakal Nikah Baru*

(credit mystar online)
Majlis akad nikah hanya dihadiri lebih kurang 200 tetamu jemputan terdiri dari sanak saudara, rakan2, rakan2 artis dan wakil2 media serta tak ketinggalan satu2nyer anak Nurul dari perkahwinan yang terdahulu, Ayu. 

Apa yang menariknya, majlis ini diacarakan oleh dua teman rapat Nurul Wahab iaitu personaliti TV dan juga penulis lagu popular Shah Shamshiri yang turut ditemani artis Ieda Moin dengan menggunakan tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Perancis.

Sekali lagi tahniah dan Selamat Pengantin Baru Nurul, dan moga perkahwinan kali ini kekal hingga ke hujung nyawa! Amin.................
 

Pernah Makan Buah Durian Belanda? Banyak Khasiat Tu


Buah ni dipetik dari halaman rumah my FIL masa balik ke sana baru2 ini. Durian Belanda punya rasa yang berbeza dari durian2 biasa. Rupa kulit dan isinya juga tak sama. Sayapun, tak berapa makan buah ni tapi menurut kata orang, buah Durian Belanda sangat2 berkhasiat dan  hampir 10,000 kali lebih baik dari kemoterapi untuk penyakit kanser.  Wallahualam. (Mengikut kajian lah)

Yang saya tahu dan nak sharekan kat sini, adalah kegunaan Daun Durian Belanda ni.  Kalau kat rumah tu ada kaum kerabat Cik2 Siti, ambil aje daunnyer dan letakkan di tempat2 yang anda suspek menjadi tempat Keluarga Cik Siti beriadah tu.  Insyallah, tak de lah lagi Cik2 Siti sekeluarga berkeliaran di dapur or kawasan rumah anda.  Cubalah!

Opps... lupa  lak, lagi satu kata one my blogger friend <lydsunshine.blogspot.com> Daun Durian Belanda juga boleh digunakan untuk meredakan demam panas sepertimana daun limau purut dan daun bunga raya.  Apapun, kalau nak cuba, silakan!

Wednesday, June 06, 2012

Wordless Wednesday ! Kisah Nenek Kebayan @ Kosmo Online

( Credit Kosmo Online)
Baca more @ SINI YE!

Wordless Wednesday 2 - Teringin Lak Nak Ngap2 Ni Lagi Hari Ini ! Sila2



Wordless Wednesday - Lagu Pembakar Semangat Untuk Buat Kerja Lepas Cuti2 Malaysia


Wordless Wednesday Yang Tak Berapa Nak Wordless !

Nak cerita panjang2 pun, penat tak hilang lagi.  So, layan je gambar sepanjang percutian saya hari tu .... Banyak yang nak diupload tapi rasa tak perlulah... nanti readers baca, sampai nak muntah lak ! Huhuhu (peace.....)

DAY ONE - ( Jejalan  Dulu kat PANTAI Cherating , Pahang )

DAY ONE - ( Belek2 Key Chain for my two daughters yang sibuk, nak bagi kekawan , huh borong habis they all @ Cherating Beach, PAHANG, tu belum citer pasal beli T-shit2 lagi.... me dah rabak )
DAY ONE  - ( Tiba di Negeri Trengganu, Darul Iman )
DAY ONE - ( Memang unik giler Bas kat Trengganu , cam rupa rumah dah ! )
DAY ONE  - Cantik nyer langit on the way to KUALA BESUT Trengganu , Cam burung helang lak)
DAY TWO - ( JJCM makan Sata yang sedap kat sinilah, PANTAI BISIKAN BAYU, Pasir Putih, Kelantan )

(Dah siap resort ni, nak try check-in next time !  @ PANTAI BISIKAN BAYU )

DAY TWO - ( Cari Ikan Segar di TOK BALI, KELANTAN )
DAY THREE - ( Prepare barang hantaran, sebelum ikut rombongan menghantar pengantin di Gua Musang,  Kelantan) with my MIL and sister2  IL
DAY THREE -(  Selamat  Menerima Menantu Untuk my BIL & family  )

DAY THREE - Makan Ikan Bakar yng best @ Pasir Putih KELANTAN ,  Tu Ha My son & En. Hubby sibuk memilih2 !

DAY THREE - NI ha,  Ikan Kerapu, Ikan Merah N Sotong yang sedap, segar  dan murah walau waktu dah larut malam !
DAY FOUR - Memenuhi Jemputan kahwin, my son ex-teacher Cikgu Mazlan @ SALOR, Kota Bharu Kelantan
DAY FOUR - Selamat Pengantin Baru Cikgu, Tq dari kami sekeluarga atas undangan di FB !
 ( Yang ini on the way balik dari Gua Musang di KUALA KRAI (kalau tak silap lah) dan singgah minum petang sambil makan roti canai dalam cuaca hujan lebat... Roti, kari dan dalca dia memang sedap .. Eh eh... WANTIE Punyer Kedai Ke ?? He He He )

DAY FIVE - Berangkat balik... malas nak citer sebab warghhhhhhhhhh jammed giler!.. Ada kes lori terbalik, kes kereta rosak ler , road block lagi and kemalangan2 sepanjang perjalanan balik.... tension giler!

Tuesday, June 05, 2012

Aduyai ! Pecah Perut !


 
Ni gambar dalam kereta waktu memandu pulang bercuti baru2 ini.  Macam biasa, my bongsu daughterlah yang jadi tukang amik gambar dari belakang ni sambil mulut dia tak henti2 bercakap macam bertih jagung. (Masa kecik2 dulu terlebih bagi makan kismis kot! hi hi hi)

She :    Eh, jauhkan dari Selangor nak pergi Kelantan ni.
My hubby :    Memanglah.
She :    Abahkan lahir kat Kelantan, macam mana Abah boleh sampai kat Selangor Ha?
My hubby :    Nanti adik tanyalah Tok Mek!
She :   Tak payahlah, Adik tau dah!
My hubby :   Apa die ?
She :  Mesti Abah ni lari dari rumah kan kan?
Me :    Ha Ha Ha, mana ada!
She :   Yelah sekarang ni kan ramai budak2 lari dari rumah...
Me:    Apa2 jelah adik ni!

( Budak2 kecik pun tahu pasal kes lari2 dari rumah yang banyak sangat sekarang ni!)

Damai Setenang Noorkhiriah

Back to work hari ni dengan hati yang sebu. Dah ler penat sesangat, pastu tengok pulak kerja atas meja yang bertimbun2 dan  nak kena siapkan today untuk monthly meeting ... esok ? Haru nye.  Tapi hati jadi tenang bila baca citer terbaru tentang penghijrahan pelakon NoorKhiriah ini.  Sejuk aje rasa hati.  


Tahniah moga akan kekal dalam imej ini hingga ke akhir nyawa, Amin... Lanjut you all boleh baca kat sini ye! NOORKHIRIAH @ Kosmo.

Yakin boleh...............

Monday, June 04, 2012

KISAH MISTERI Batu Hampar Sarang Harimau

Akhirnya sampai jua dengan selamat @ my home sweet home even dah lewat malam2 ni.  Internet pun dah back to normal tapi since masih penat simpan dulu citer2 tentang cuti2 malaysia saya tu.  Lama rasanya, tak kongsikan cerita2 misterikan.  Oklah, malam ini saya nak sharekan citer yang ini!

Nampak tak gambar kat bawah ini!


Kat kawasan kebun ini sebenarnya terdapat satu batu hampar besar yang bergaung.  Ceritanya begini. Dulu2 kawasan perkampungan ini selalu diganggu oleh seekor harimau yang sering berkeliaran dan menyebabkan ramai orang kampung tidak berani keluar ke kebun untuk menoreh getah.  Sedangkan itu merupakan mata pencarian utama penduduk kampung pada masa itu.  Oleh kerana sudah tidak tahan lagi dengan gangguan harimau yang tersebut, maka penduduk2 kampung telah bermuafakat untuk memasang perangkap.  Seekor lembu telah diletakkan di atas batu hampar yang tersebut sebagai perangkap harimau.

Keesokan harinya, beberapa penduduk telah datang ke gaung tersebut dan memang benar harimau tersebut telahpun terkena perangkap dan berada di bawah gaung tersebut di atas kawasan batu hampar itu.  Keputusanpun diambil untuk membunuh saja harimau yang tersebut.  Malangnya, tidak ada seorangpun dikalangan orang2 kampung yang berani untuk membunuh harimau itu.  Puncanya kerana mereka sendiri, tidak pasti samada ianya benar2 seekor harimau ataupun seekor HARIMAU JADIAN.  Sudahnya, mereka membiarkan saja Harimau itu terperangkap di batu hampar yang tersebut hingga berpuluh2 tahun masa berlalu. Bagi mereka harimau yang terperangkap itu tidak mungkin akan dapat keluar dari lembah bergaung itu. Dan tanpa punca makanan pasti lambat laun ia akan mati juga. Tetapi sejak dari peristiwa itulah, tidak ada sesiapapun yang berani berada di kawasan tersebut hinggalah ke hari ini.  Sebab itu, bila En. Hubby tebas dan bersih2kan kawasan kebun ini, semua orang terkejut dan bertanya2.  Takde ke benda2 pelik berlaku?. Alhamdullilah, takde pulak apa2 yang terjadi setakat ini. Ramai orang masih percaya kewujudan harimau jadian itu hingga kini, walau kita tidak dapat melihat dengan mata kasar kita sebagai manusia. Wallahua'lam.

Tapi, ada satu lagi cerita di kawasan kebun ini yang akan saya sharekan di lain entry.  Penuh misteri dan benar2 berlaku di depan mata !.  So tunggu ye! Salam & Nite Semua....................

Sunday, June 03, 2012

Penjagaan Mata Di Depan Komputer

Pernah alami masalah macam ini tak?. Bila pandangan kita seakan2 kabur. Apatah lagi setelah berjam2 mengadap screen komputer ataupun screen cik lappy tu!. Tengok papan keyboard pun nampak huruf dah cam blur2 je! (contoh blur2 macam kat bawah ini) kejap nampak kejap tak nampak!



Yang pastinya, bukan anda seorang saja. Ramai juga yang alami masaalah yang sama. So, jangan lupa rehatkan mata kita sekurang2nya 10 minit selepas mengadap screen tu.  Cuba pandang benda2 yang paling jauh boleh you all nampak.  Paling penting posisi duduk juga perlu diambil kira. Jarak antara kita dan screen tu kalau boleh biarlah di antara 50- 100 cm) ikut keselesaan kita lah.

Kalau ada kaca mata anti radiasi tu pun pakai2lah. Simpan pun buat apa ke kan!. Tapi paling2 penting bila berhenti sekejap tu, buatlah senaman ringkas untuk melonggarkan otot2 terutamanya bahagian pinggang dan punggung so kita akan rasa lebih relak dan selesa sebelum meneruskan lagi taipan jari jemari di keyboard tu.  Happy blogging you all ! ( saya masih lagi bercuti ni... see u!)

Saturday, June 02, 2012

Terbaru Azlan & The Typewriter - Idola

Sebenarnya, banyak yang nak ditulis ni dan byk gambar nak di uploadkan tapi sebab internet cam nan hado aje so kena sabo2 lah dulu.  Nipun tgh naip dalam kereta dari Pasir Putih nak ke wedding di Gua Musang.  So , just nak share ini dulu dengan you all!

Entah kenapa, dari dulu saya dah admire suara Lan ni.  Since dia with Meet Uncle Hussein band dulu2 lagi.  Suara dia tersendiri dan tak sama dengan penyanyi yang ada. Antara penyanyi generasi baru yang saya respect dengan bakatnya. Selain Azlan saya juga mengagumi suara Black (Mentor) & Hazama (AF 9). Kebetulankan saya minat ngan artis2 yang pernah berkobalarasi dengan Meet Uncle Hussein.(Memang bestpun suara diarong ni. Takde bunyi macam klon2 mana artis). So, jom dengar lagu terbaru dari Azlan & The Typewriter - Idola (OST Horee Horee). Cuma mungkin they all ni kurang dari segi paras rupa but ade xfactor yang lain dari segi suara n vocal luarbiasa. Setuju tak?

                                                             (tq youtube.com)

Saya bagi 5 ***** untuk ini Azlan! Superb.....

Friday, June 01, 2012

TERIMA KASIH Kawan2 !

Salam Petang Jumaat !. Hari terbaik untuk ucapkan sesuatu yang baik. TERIMA KASIH !

(google ler)

Terima Kasih pada semua yang sudi baca blog saya yang tak seberapa ni. Blog yang baru saja bermula pada hujung March 2012 lalu, menjadi tempat saya meluah rasa dan berkongsi apa jua cerita, and tak sangka dalam perjalanan hampir2 ke 3 bulan ini, saya dapat kenal ramai kawan2 baru.  ( Nak menyebut beberapa nama, takut yang lain kecil hati ). Yang tak jemu2 singgah, jenguk dan komen.  Really appreciate that! ... Pada yang dah follow, saya dah letakkan semua link2 you all kat sebelah kanan bawah ini, so rajin2lah update blog ye so, blog you all akan appear every time kat blog saya "The Other Side Of Kesuma Angsana". (Kalau saya termiss, pls bagitau ye!). Fair & Squarekan untuk semua kekawan. Once again thank you! Moga ikatan silaturrahim ini akan kekal sampai hujung nyawa walau kita hanya bersua di ALAM MAYA !. Banyak lagi yang saya perlu belajar dari kamu semua kawan2 !

(P/s .. masih lagi on cuti2 malaysia... and berukband slow ya amat2 cam siput, so faham2 lah).
Salam.......................Luv u All !

Thursday, May 31, 2012

Cuti... Argghhhhhh Susahnya Pulak Nak Tidur!

Alhamdulillah dah selamat jejakkan kaki ke negeri Cik Siti Wan Kembang lepas Maghrib tadi.  Singgah menyinggah kat banyak sangat tempat.  Biasalah bawak 3 anak dengan feel masing2 macam bawak satu bala tentera!. (Ada juga citer lucu dalam perjalanan tadi, nanti saya post entry!) Bila bercuti2 ni, rindulah pulak pada sang bantal dan sang tilam kat rumah.  Mulalah, terkebil2 mata tu susah nak tidur. Pandang siling, pandang dinding pun tak leh nak lelap2 lagi. Hisssh!, tu yang malas nak bercuti ni. Mungkin ini masalah biasa bagi sesetengah orang.  Kadang tu dah tidur lama tapi masih rasa mengantuk.  Tidur tak sempurna la tu! Atau memang ada penyakit susah nak tidur !.

Ok, boleh ikut TIP2 ini (dari pembacaan)  :-
# Belajarlah cara atau teknik rehatkan mental dan fizikal;
# Sentiasa bertenang dan belajar menangani tekanan;
# Tetapkan waktu tidur . (Seboleh2nya pada waktu dan masa yang sama);
# Elakkan tidur waktu tengahari;
# Lakukan aktiviti senaman (Bila dah penat senanglah nak tidur!);
# Elakkan minum coffee or tea lewat petang atau lewat malam;
# Berhenti atau kurangkan merokok;
# Pastikan kita selesa dengan persekitaran bilik.  Letakkan apa2 yang kita suka di persekitaran bilik. Contohnya bau2an yang anda suka dan lampu tidur dengan cahaya minima; ataupun
# Membaca sebelum tidur.

Insya Allah boleh tidur lena macam ni >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

( fr google) 
Jangan pulak sebelum tidur tu, main tarik2 rambut macam ni alamatnyer ......................... ( opps ! lain cerita nanti)

( fr google)
Ok, last2 ni ye, lagi satu minum susu suam yang dicampurkan sedikit badam/serbuk badam.   Cuba jelah!. ....and Nite semua! ZZZZZZZZZZZZZZZZZZ (Tidur awal sebab dah penat & letih seharian!)

Bercuti Balik Kampung Ala Cuti2 Malaysia

Salam Pagi Khamis yang dingin sebab pagi2 subuh ni dah hujan!.  Yea, yea, balik kampung !

Seronok kan bila balik kampung. Walaupun balik ke kampung En. Hubby, keseronokannya tetap sama dan terasa. Kali ini bercuti mungkin dalam 5 hari dan menempuh perjalanan 5 negeri.  Selangor, Wilayah Persekutuan K.L, Pahang, Trengganu dan baru ke Kelantan. Saja2 ambil jalan jauh. Nak tengok pemandangan cantik sepanjang perjalanan ke negeri Cik Siti Wan Kembang ni! Bercuti sempena cuti sekolah ni. ( Sambil2 attend jemputan majlis kenduri kahwin juga! Ada 2 -3 jemputan juga ni ).  Yang letihnya persiapan sebelum balik kampung tu, nak servis keretalah, tukar tayarlah, tengok2 apa yang patut, check itu ini, dan tak termasuk citer packing2 lagi.....................Lotih!

Happy sesangat budak2 ni, apalagi bila dengar lagu ini !..... Balik Kampung By Sudirman
 
My son pulak siap cakap, lama dah tak naik "Ducati Bike" Tok Ayah ni. ( Nak mengusik  My FIL ler tu )


Doakan kami sekeluarga selamat pergi dan selamat kembali ye.  Kalau entry2 tu macam xde and sendu2 aje dua tiga hari ni, you all buat2 faham2 jelah.  But will try my best untuk update entry ye! Maaf juga jika tak sempat jenguk blog kekawan.  Again, Salam semua......

Tuesday, May 29, 2012

WWW 1, Siapa Punya ?


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar


Macammana yang kita semua dah tahu, atau mungkin ada yang tak tau lagi, ni nak khabar2kan, nombor WWW 1 adalah milik Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang telah berjaya membida pada harga RM520,000 (memetik berita Kosmo Online).

Keputusan itu diketahui melalui pengumuman yang dibuat oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semalam dan boleh dilayari di laman portal agensi tersebut.
Keputusan tersebut turut dipamerkan di tiga buah pejabat cawangan JPJ Wilayah Persekutuan-Kuala Lumpur masing-masing di Wangsa Maju, Maju Junction dan Bandar Sri Permaisuri.

Bidaan bagi nombor pendaftaran WWW 1 oleh Sultan Ibrahim itu mengatasi nombor pendaftaran termahal yang dicatatkan sebelum ini iaitu MCA 1 dengan harga RM300,100 diikuti TAY 1 (RM220,000) dan WVW 1 (RM202,000).
Selain WWW 1, turut mencatat rekod menerima bidaan tertinggi ialah WWW 3.
Nombor tersebut dibida pada harga RM360,000 oleh syarikat One Power International Sdn. Bhd.
Nombor pendaftaran siri WWW lain yang mencatat nilai bidaan ketiga tertinggi ialah WWW 9 yang dimiliki oleh Aspen Sunrise Sdn. Bhd. Harga WWW 9 ialah RM350,000.

Nombor tu memang satu hal lah, but ......>>...Wow, manalah datang duit berkepok2 macam ni kan! ( Kalaulah..., Berangan2 ... ). Lebih baik pergi ukur baju di badan sendirilah, raya dah nak dekat ni..... huhuhu.

Bahaya Placenta Previa

Terbaca artikel ini kat akhbar Utusan Malaysia baru2 ini.
Uri adalah organ yang terdapat di dalam rahim wanita hamil dan bertanggungjawab membawa oksigen dan nutrisi daripada ibu kepada bayinya. Kedudukan uri yang normal apabila ia berada di tengah atau di bahagian atas rahim. Ini bermakna ia jauh daripada kawasan bayi sepatutnya keluar dari rahim.
Uri di kedudukan bawah pula berada di kawasan bawah rahim, menutup ruang laluan bayi (pintu rahim) semasa kelahiran. Ini seterusnya akan memberikan komplikasi semasa proses bersalin. Yelah, kalau ada yang dah halang kat pintu tu, camne bayi tu nak keluar kan! Info lanjut baca lah kat sini ye!
 
(fr. Utusan.com.my)
Saya sendiri pernah alami masalah ini pada kehamilan ketiga.  Uri or placenta berada di bawah hinggakan doktor siap cakap, kalau takde apa2 perbezaan next checkup, saya kena sign for operation.  No no no!.  Siap doktor tu pesan lagi, jangan nak pergi urut2 ke apa ke! (Masa ni angguk ajelah)

Tapi saya memang tak mahu bersalin secara pembedahan.  Jadi apa yang saya buat.  Saya berusaha berjumpa dengan Mak Bidan kampung yang saya dah biasa pergi tu.  Bila dia tengok dan rasa, memang uri saya berada di bawah.  So, dia urut2 sikit sambil baca2kan sedikit doa. Lepas tu bila nak balik, dia pesan, setiap malam sebelum tidur, beri salam dan bercakap2lah dengan anak (bayi) dalam perut kita tu, (Kalau boleh, mesti buat setiap malam). Suruh bayi kita tu duduk baik2 di tempat dia di bawah tu, jangan menyusahkan kita dan sebut kita sayangkan bayi itu. InsyaAllah nanti bayi itu akan berpusing ke bawah dan uri akan naik ke atas. Kata Mak Bidan, bayi biasanya akan dengar cakap ibunya. Itu saja petuanyer!. Dan memang saya amalkan. Alhamdullilah, bila pemeriksaan doktor dan scan seterusnya, bayi sudah berada di bawah dan uri sudah naik ke atas. Doktor pun terperanjat bila tengok ianya sudah berada di kedudukan yang betul.  Siap doktor tu tanya lagi. "Awak pergi urut ke?".  Saya cuma cakap "taklah ini kuasa tuhan". (Macam tak logik kan!). Tapi itulah kekuasaan dan kebesaran Allah swt. Satu lagi saya nak pesan, waktu hamil tu, jagalah kata2 dan perbuatan kita terutamanya kepada suami.  Kalau suami reda, InsyaAllah semuanyer  akan. selamat.

Tapi yang itu kisah saya , terpulanglah kepada you all semua.  Yang penting, mesti dapatkan nasihat doktor terbaik untuk kita sewaktu kehamilan ye!. Oklah cukuplah dulu kot share2 petua untuk hari ini.

Salam..............
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...