Tabung Masa Depan ...

Tuesday, June 19, 2012

Minum Susu Untuk Tidur Lena Dan Nyenyak

Post entry petua terakhir malam ini sebelum masuk tidur.  Susu selain bagus untuk kesihatan tulang, juga baik untuk membantu kita tidur lena. Betul ke dengan minum susu suam sebelum tidur, kita akan dapat menikmati tidur yang lebih lena dan nyenyak.  Sebenarnya, tiada kajian saintifik yang dapat mengesahkan kebenarannya.  Cuma dari pengalaman orang2 yang telah mencuba, mengatakan kaedah ini berjaya membuatkan mereka tidur dengan lebih lena.
( CIK GOOGLE )
Apapun dari sudut psikologi pula, kita pasti akan teringatkan zaman2 waktu kita masih kecil2 bersama ibu, dimana setelah diberikan susu oleh ibu kita, pasti kita akan tidur dengan lebih tenang dan lena selepas itukan.  So, terpulanglah, tak salah mencubakan.  Tak rugi apa2pun!.

Oklah, bahasa pun dah berterabur ni.  Sebut pasal tidur2 ni, mata jadi layu dengan sendirinya. Jadi...................Salam & Nite !  Sentiasa akan doakan yang terbaik untuk kita semua.

Petua MacamMana Nak Jadi Bintang Termahal

( Kosmo Online )
Walaupun hari ini hari Selasa takkan satu hari nak dok entry pasal petuakan.  Nak juga post entry2 lainkan.  Takut kawan2 yang baca jadi bosan pulak. Tapi masih tak lari dari tema PETUA hari ini.

Baca kat Kosmo Online tadi. So macam biasa share dengan u ols juga!

KE tepi Shah Rukh Khan dan Salman Khan! Gelaran bintang termahal di Bollywood sebenarnya milik aktor veteran tersohor, Amitabh Bachchan. Amitabh juga telah mencatat sejarah apabila dia meraih kontrak bernilai puluhan juta ringgit yang disifatkan sebagai paling mahal pernah dicapai oleh pelakon di Bollywood.
Ia berikutan program TV yang dihoskan Amitabh, Kaun Banega Crorepati kini meraih populariti menggunung dalam kalangan penonton.
"Kaun Banega Crorepati adalah program TV yang sangat popular sekarang ini di India," ujar sumber kepada Daily Bhaskar.
Tambahnya: "Sebab itu, penerbit tidak teragak-agak untuk menawarkan kontrak baharu yang cukup lumayan."
Laporan tersebut menyebut Amitabh telah menandatangani kontrak untuk tiga musim baharu kuiz tersebut

So, PETUAnyer, kalau nak jadi bintang termahal kena tunggulah bila usia kita dah tua  (ni Amitabh Bachchan bagitau (He He He just joking! ).  But dia memang terbaik.  tetap unggul dari zaman waktu muda2 dulu berlakon dengan Zeenat Aman hinggalah sekarang.  Syabas buat pak mentua Aishwarya Rai ni ye!.

Sambung Petua Daging - Cara Nak Melembutkan Pulak

Oklah. Bila dah post entry tentang cara nak segarkan daging adalak yang bertanya cara nak lembutkan daging tu. Ok untuk Daddy Ziyyad  saya sharekan yang ini pula.  Jangan lupa bagitau Puan Wife ye. He He He ( Bapa Mithali ni ! )

( google image )

Petua yang pertama, biasanya apa yang orang kat kampung2 buat specially masa kenduri kendara rebuskan daging tu dengan meletakkan daun nangka (bahagian pucuk) ataupun daun salam masa memasak daging tu. Bila agak2 dah empuk bolehlah keluarkan daun tersebut dan masak macam biasa. Memang daging cepat empuk!

Tapi kalau kat bandar, susah sikit lah nak dapatkan daun2 ni kan.  So, petua paling senang.  Ambik je, sebatang dua sudu ataupun garpu besi lebih sikit pun xpe.  Lepas tu bubuh je sekali dalam masakan atau rebusan daging tadi .  Mesti daging cepat lembut.  Cubalah!

Yang lain2, kalau ada petua juga cara2 lembutkan daging bolehlah share sekali. Dialu2kan...........


Segarkan Kembali Daging

Salam Selasa Untuk Petua !. Mesti ada petua baru hari Selasa.

Kadang kala bila ke pasar tu dan terbeli banyak sangat segala jenis ikan, ayam dan daging bagai.  Terpaksalah disimpan separuh dalam peti sejuk. Takkan nak dimasak semuakan, pada satu masa.

( CIK GOOGLE )

Walaubagaimanapun, daging kalau dah tersimpan lama dalam peti sejuk memang tak bagus selain dah kurang sedap rasanya. Malah kadang2 daging agak berbau. Tapi janganlah dibuang begitu saja.  Sayang dan membazirkan.  So cuba buat cara ini.  Senang aje.  Ambil beberapa biji buah mentimun.  Parutkan mentimun tersebut dan kemudian gaul dan ramaskan dengan daging tersebut.  Biarkan dulu seketika.  Kemudian cuci dan bersihkan.  Bolehlah dimasak daging itu seperti biasa selepas itu.  InsyaAllah daging takkan berbau, lebih sedap dan segar.  Selamat mencuba ye !

Petua2 saya ni, biasanyer daripada pengalaman sendiri, pembacaan, mahupun dari kawan2 dan orang2 tua yang lebih berpengalaman dan sentiasa saya titipkan di sini untuk perkongsian kita bersama.

Monday, June 18, 2012

Dear Friends.....Words That Makes Me So Touched Today!

Petang2 ni rasa syahdu lak pulak. 

Kata orang berkawan biar beribu, berkasih biar satu.  Tapi nak mencari teman sejati itu bukan mudah.  Ramai akan sudi menjadi kawan ketawa, tapi tak ramai yang akan setia bersama kala susah menerpa.  Saat kita perlukan seseorang untuk memberi kita semangat untuk bangkit dari jatuh.  Sudi menemankan kita bertatih hingga mampu bangun semula.  Menjadi bahu tempat dimana jatuhnya airmata kita.  Terlalu sukar untuk mencari sahabat seperti ini. Saya pernah alaminya sendiri. Dan telah belajar dari pengalaman itu.  Kita hanya akan kenal sahabat sejati bila musibah terjadi. 

Harap2 ada teman2 blogger yang akan menjadi antara sahabat2 sejati saya,  sekurang2nya sudi  dan sentiasa memberi dorongan serta sama2 saling sokong menyokong dalam dunia saya yang serba baru ini, walau mungkin ikatan persahabatan itu hanya di alam maya hingga akhir nyawa kita!  Moga Allah swt memberkati dan merahmati kita semua ! Amin.....
 ( VIA GOOGLE )

Terbaru Tentang Oki Setiana Dewi

Oki Setiana Dewi!. Ataupun Anna (dalam filem lah)...............

 ( CIK GOOGLE )
Suatu nama yang tidak boleh dipisahkan kalau kita bercakap tentang Filem "Ketika Cinta Bertasbih" yang begitu popular suatu ketika dulu.  Saya sangat2 menghormati dan kagum dengan beliau kerana, walau bergelar pelakon popular tetapi masih tetap kekal dengan penampilan ayu bertudung.  Sangat sejuk mata memandang wajahnya.

Biarpun sebelum ini Oki yang merupakan anak kelahiran Batam Indonesia ini mengakui, dia bukan seorang Muslimah sejati malah mula menutup kepalanya hanya selepas usianya mencecah 16 tahun, namun dia mempelajari lebih banyak ilmu agama sejak membintangi filem Ketika Cinta Bertasbih.

Filem itu berjaya menobatkan namanya sebagai Pendatang Baru Wanita Terbaik dan Pendatang Baru Wanita Popular menerusi Indonesia Movie Award 2010.  Walau sekuel kedua filem itu tidak sehebat sambutan filem yang pertama, Oki yang masih lagi solo, tetap terus cemerlang membina nama dipersada seni Indonesia.

Ini terbaru tentang beliau di KOSMO ONLINE. Bacalah!


Tahniah, dah jadi penulis novel yang hebat juga beliau kini.. Moga beliau terus sukses!

Jom Join Bloglist Cik Bunny

Saya ditag oleh salah seorang kawan WANTIE.  Jadi dah terjebaklah ni, so just follow ajelah. He He He

Banner cute die!



Berminat nak tau dan nak join sama2......... SEMUA ADA KAT LINK INI !



1st GiveAway .:: Memori Terindah ::. By HaryatiFaizal"

Memenuhi jemputan salah sorang kawan blogger.  Tahniah dari saya !  Blog dia dah berusia setahun.  Ni lah banner dia. Simple but serious giler cantikkan! Saya sangat2 suka !




Kalau ada yang berminat nak turut serta dan nak tau caranyer,   BOLEH KLIK KAT SINI YE!. Hope ada luck kali ini......................

Peribahasa Bagai Murai Tercabut Ekor

Happy Monday N salam semua. Macammana cuti semalam?. Me, penat but happy !

Aktiviti hujung minggu macam biasalah, cuma ditambah dengan extra aktiviti2 masak memasak.  Sebabnya ramai pulak yang balik dan berkunjung ke rumah minggu ini.  My sister satu family, then my another 2 sisters menambahkan lagi keriuhan, with another 2 brothers yang dah memang join sekaki. Pastu my Sister in Law & family ( my hubby's younger sister) turut datang berkunjung.  Cam dah hari raya lah pulak semalam. Riuh dari pagi hingga ke malam.

Dan biasalah yang paling bising dan banyak cakap tentulah my bongsu daughter tu.  Dok sibuk mengendalikan cousin2 dia tuk sessi main dan makan.  She kalau part bercakap2 memang macam bertih jagung non stop.  Ada2 je yang nak diceritakan.

Harap2 bila besar nanti taklah jadi macam burung murai tercabut ekor.  Tahu tak apa dia, maksudnya seorang perempuan yang banyak bercakap hehehe. Tapi kalau nak jadi DJ radio tu takpelah.  Masyukkkkkkkkk!

Apapun, bercerita tentang burung murai, teringatkan satu iklan ini yang meninggalkan kesan yang mendalam pada saya.  Tentang kasih sayang seorang ayah!.

                                                                  (credit : youtube)

Neway, tq to all my sisters, brothers, anak2 buah, nazirah, daniel, danish yang cute, najwa dan farhana yang comel sebab menceriakan suasana hari minggu !  Nanti kita gader2 lagi ye.

Sunday, June 17, 2012

Tanggungjawab Bapa Moden Lebih Mencabar... Setuju Tak ?

Salam Israk Mikraj & Selamat Hari Bapa!

Bagi saya antara tanggungjawab bapa yang utama adalah sebagai pelindung, tukang cari makan sama2 (walau sikit), penghibur serba boleh dan juga sebagai adiwira dalam hidup anak2.Tak lupa sebagai sahabat sejati buat sang isteri.  ( Lebih sangat ke permintaan saya ni ?). 

Bukan mudah menjadi seorang bapa yang baik sebenarnya. Bapa dulu dan kini amat2 bebeza. Peranan dan tanggungjawab bapa moden sekarang ini lebih mencabar. Dengan zaman serba moden dan kecanggihan teknologi maklumat dihujung jari tanpa sempadan. Nak mengawal dan memastikan kejayaan hidup dan anak2 bukan suatu benda yang mudah untuk dilaksanakan. Mungkin senang untuk bergelar bapa, tapi tidak semudah itu untuk menjadi bapa terbaik untuk anak2 tanpa melupakan kebahagiaan hidup sendiri bersama pasangan.

Tabik spring saya pada semua yang bergelar bapa, ayah, abah, daddy, papa, babah, ayah mahupun walid, yang berusaha keras untuk menjadi bapa terbaik untuk keluarga.

Sempena hari bapa yang disambut hari ini, ucapan selamat hari bapa untuk En. Hubby (tq setia waktu susah dan senang), MY FIL (sudi terima sebagai anak menantu seadanya) and semua bapa2 diluar sana.  Bukan kata merayakan untuk hari ini sahaja (setengah kata tak boleh sambut), kerana remember ye, setiap hari adalah hari bapa cuma hari ini adalah hari bapa yang paling2 istimewa di antara hari2 itu.

Buat Arwah Abah..................................... Alfatihah!.  Moga Israk & Mikraj tahun ini, akan membawa kesedaran dan keinsafan yang lebih buat kita !

  (FROM GOOGLE )






Saturday, June 16, 2012

Muhasabah Diri .... Dan Selamat Malam !

Sebelum tidur dan melelapkan mata, baik juga kalau kita bermuhasabah diri.  Cari apa2 yang perlu kita tambah dan perbaiki.  Mungkin dari sudut ibadat, mahupun dari sudut penambahan ilmu atau apa juga yang kita rasakan perlu. Fikirkan apa yang kita sering lupakan.  Mungkin kerana kesibukan kerja kita lupa untuk luangkan masa bersama anak2 dan keluarga.  Atau dek kerana kesibukan juga, kita lupa untuk mendoakan ibubapa dan keluarga atau terkadang lupa pada yang SATU!.  Selagi nyawa dikandung badan, selagi itu kita masih punya masa untuk memperbaiki diri dan kembali ke jalan yang benar.  Moga hari esok akan menjadi suatu hari yang lebik baik untuk kita dari hari ini!. 

Saya dah maafkan semua orang malam ini dan mohon maafkan saya juga, andai ada bahasa yang menyinggung perasaan kawan2 semua selama saya berblogging sehingga ke hari ini.  MEMBERI MAAF ITU UBATkan.  Kita tak tahu apa yang ada dan telah dijanjikan untuk kita esok !.

Tinggalkan kawan2 dengan ucapan ini .............................................................. awal sikit malam ni!

( cik google )

Menangani Masalah Suka Bertangguh

Salam Pagi Sabtu semua and happy weekend!.  Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk bernafas lagi hari ini.  So, dahpun breakfast dengan beberapa slice buah mangga, nasi lemak dan air suam macam biasa dan telanlah pulak ubat gula2 sebijik (cam tu ler kalau ade penyakit).  Untuk yang lain2 dah preparekan satu teko air nescafe tu. Kasi perabis ye!. (Syukur atas rezeki ini!).

Macam biasa cuti2 hujung minggu ni nak kena settlekan semua kerja2 atau aktiviti2 yang tertangguh contoh basuh membasuh, kemas mengemas dan paling tak boleh blah kerja lipat melipat kain yang dah berbakul2 tu.  Tulah masalahnya, suka sangat bertangguh kalau part kena lipat2 kain ini.  Sudahnya naik lenguh ler kang nak settlekan 2 bakul tu.  Bukan tak boleh buat hari2 tapi dah jadi tabiat kot suka sangat bertangguh2.   Kalau kat office buat macam ni, alamatnyer En. Boss tu menyinga lah. He He He. 

Terbaca kat majalah wanita tentang tips2 untuk menangani masalah bertangguh ni.  Kongsi sama2 ye antaranye saya petik yang ini !.

1.  Sentiasa buat jadual harian sendiri;
2.  Tiap kali bangun tidur, rancang apa yang ingin dilakukan pada hari itu;
3.  Sentiasa disiplinkan diri dan ikut aktiviti dan masa yang telah kita tetapkan;
4.  Sentiasa lakukan aktiviti dengan tenang ; dan
5.  Sifat malas tu pasti akan menggoda, so be strong ye jangan lak kita mudah tergoda hihihi

Oklah, nak mulakan aktiviti pertama hari ini.  Tarik nafas panjang2, bertenang dan mula........ melipat. Hihihi

Friday, June 15, 2012

Peristiwa Israk dan Mikraj

Tau tak apa dia Peristiwa Israk Dan Mi'raj ni.  Kalau masa kecik2 dulu kat sekolah Ustaz akan buat ceramah2 dan lepas tu mesti ada jamuan makan kecik2 punyalah.  (Kekadang pulut kuning dan rendang, best2 !). So, masa tu makan jadi No.1, dengar ceramah jatuh No.2. Cuma bila dah meningkat dewasa baru tau, betapa besar ertinya peristiwa ini kepada kita umat Islam. Kita patut mengambil iktibar dari peristiwa besar ini. (Jangan ingat nak cuti je!)

Peristiwa Israk dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab (bagi tahun ini Hari Ahad 17/6/2012) tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, bersamaan 662 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Mekah ke Madinah. Dikenali juga Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib bin Abdul Mutalib dan isterinya Siti Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid bin Harisah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah .Peristiwa israk mikraj ini tercatat dalam surah al Isra ayat 1 (Al Quran:17:1). Surah al Najm ayat 60 juga menceritakan peristiwa ini .(al Quran:53:13-18).

Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar . Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di Jerusalem / Baitul Maqdis di Israel / Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitul Maqdis. Selepas peristiwa ini , arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid , buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di Madinah, Madyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa , Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam , Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.

Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunya Halimatun Saadiah. Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa.

Panjang lagi ceritanya... boleh sambung  BACA KAT SINI YER !



Siti Fazurina Pula Berhijrah

Salam Tengahari Jumaat semua !

Entry lambat sikit hari ini.  Setengah hari tak jumpa ngan Cik PC maupun Cik Lappy ku.  Terpaksa ke HQ settlekan benda2 yang perlu untuk projek baru.  And back to office lepas Zohor tadi. Kalau kat office camner sibuk pun, boleh BW lagi. Macam super woman ! Buat 10 kerja dalam satu masa.  He He He.  Maaf kalau tak sempat jenguk lagi blog kekawan.  Busy sangat2 separuh hari ni.  Harap u olls mengerti ye!.  Nanti saya singgah jenguk ye!.

Tak mahu tulis panjang2 sebab kejar masa ni, cuba nak ucap ini je Alhamudillah.  Happy dan gembira dengan penghijrahan seorang lagi pelakon Malaysia yang telah bertudung. Terkenal dengan watak Anita dalam ‘Dunia Anita’ sebelum ini, Siti Fazurina  baru saja mencecah usia beliau yang ke 30 tahun .

 ( ohartis.com )
Siti Fazurina yang juga pelakon drama bersiri ‘Trilogi Cinta’ mengambil keputusan untuk bertudung selepas dia menyambut ulang tahunnya yang ke-30. Biasalah artis, tiba-tiba bertudung mesti menimbulkan persoalan membuat apa sahaja. Apabila ditanya mengapa tiba-tiba dia bertudung, Fazurina menegaskan semuanya datang dari keikhlasan hatinya sendiri bukan paksaan sesiapa. Baguslah macam tu! Moga kekal sebegini hingga nafas terakhir. Amin.

Thursday, June 14, 2012

1, 2, 3, 4, 5 Roses ... & Good Night !

 ( Cik google )
One Rose ... 
True
Only  you in my heart!

Two Roses ...
You and Me Will Be Together
Forever

Three Roses....
Our beautiful princess & charming prince
Love Them All

Four Roses...
I Love You Dear !
Hug Hug Hug Hug

Five  Roses.........
Me &
You &
Our Son &
Our Beautiful Daughters
Our Lovely Family ......................
May Allah s.w.t bless our family  always!............ Amin.

 And bless you all too ye readers..............................  Good Nite Semua !!!!!!!!!!!!



Goreng Pisang Ke Pisang Goreng? Goreng Sukun Ke Sukun Goreng ?

Walau apapun sebutan, tiba2 teringat lak nak cari makan benda2 ini petang2 ni.   Makan benda ni, lain tempat lain pula caranya.  Ada yang makan kosong gitu je.  Ada pulak yang makan dengan sambal kicap bercili.  Setengah tempat dengan siap sambal ikan bilis bagai.  Yang lain makan dengan sos cili or sos kuih udang tu.  Apapun caranya dua2 ni memang best dan saya pilih untuk makan dengan .......................... sambal ikan bilis pedas meletop!



 ( GAMBAR2  DARI EN GOOGLE )

Ok, nak pergi cari ni!.  U olls punya citarasa camner pulak ? And kat mana yang paling sedap pernah u olls makan ? Cer citer, cer citer....... 

( pst2... tapi jangan makan kerap2 sangat ye! kalau nak jugak minum air masak banyak2,hokeh! )


Buah Apa Yang U Ols Suka Makan ?

Apa menu lunch hari ini ?. Opps, jangan lupa makan buah dulu sebelum makan nasi ye. Makan buah ni memang bagus tau, apalagi kalau dimakan at least 15 minit sebelum kita jamah  nasi tu.  Dan bukan dijadikan sebagai pencuci mulut selepas makan  Kata orang kalau makan nasi dulu baru makan buah2an akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan sukar untuk memahami pelajaran andai bersekolah atau akan menurunkan konsentrasi jika kita bekerja.

Ini adalah kerana asid amino, L-tryptophan yang ada di dalam perut yang menjadi dasar terbentuknya vitamin B lain iaitu Niacin yang digunakan untuk menghasilkan serotonin. Zat serotonin akan menghantar signal ke otak kita seterusnya akan mewujudkan perasaan nyaman dan menyebabkan kita merasa mengantuk.

Jadi, sudah tentu selepas menjamah nasi atau makanan berat, kita akan mengantuk dan ingin tidur. Khasiat buah yang mengandungi Fruktosa dapat meningkatkan kadar insulin dan kerana itulah memakan buah-buahan sebelum makan nasi dapat mengelakkan perkara ini terjadi. So, lebih baik makan buah dulu baru kita makan nasi.

Nak listkan antara buah-buahan feveret saya .... Tara..



Jambu & Betik - Banyak Vitamin C.  Jambu kaya serat dan baik untukk sembelit dan betik ada karotin yang baik untuk mata seorang blogger cam saya. hehehe

Epal  - Makan sebij Epal sehari menjauhkan kita dari EN. doktor. (Betul ke). Walau kandungan Vitamin C dalam epal agak rendah tetapi ia ada anti oksidan dan flavonoids yang dapat menolong menurunkan risiko barah kolon, sakit jantung dan angin ahmar ( saya kan ada diabetes walaupun under control!).

Kiwi - Sumber terbaik untuk kalsium, magnesium selain Vitamin E dan serat. Vitamin C dalam kiwi 2 kali ganda lebih banyak dari sebiji oren tau!

Strawberi - ( jarang2 beli sebab harga mahal ler untuk buah yang fresh! ). Punya kuasa anti oksidan paling tinggi antara buah2an dan boleh melindungi badan dari penyakit barah.
  
Mangga - Bagus untuk ibu hamil, sebab mangga ada fosfurus. kabohidrart dan protein. Juga karotena sejenis anti oksidan yang dapat melindungi badan dari beberapa jenis kanser seperti kanser usus dan kanser tulang. Kaya Vitamin C dan serat. 

Kurma - Penuh khasiat. Menolong mencerdaskan minda (dapat ler idea2 tuk entry dalam blog) dan mengurangkan risiko bagi penyakit jantung dan kencing manis.  Ia mengandungi potasium, kalsium dan zat besi yang menyihatkan sel darah merah.  Baik untuk kanak2 yang sedang membesar bagi membentuk minda yang sihat dan cergas. (Kurma katogeri buah ke ? buah keringkan..... hentamlah labu!)

Hakikatnya semua buah2an bagus, asalkan saja tidak diambil secara berlebihan.  Tapi satu aje Raja Buah tu saya tak makan ye.  Durian... No No No!

Sumber info dan gambar ( cik google, baca dan pengetahuan sendiri )

Apa Nak Buat Kalau Terperangkap Lagi (Lagi ??) Dalam Lif

Sebelum ini takde pengalaman terperangkap dalam lif.  Ingatkan traffic jammed je, rupa2nyer lif pun boleh jammed.  Sebab takde pengalaman tu lah, tak tahu apa nak buat.  Cuma satu saja, saya tetap berpegang pada yang ini.  Iaitu dalam apa jua keadaan jangan sesekali kita panik.  Cuba bertenang dan tarik nafas panjang2. Dan lihat apa perkara yang pertama yang kita patut buat.  Tekan bell or interkom minta bantuan.

Ok, Untuk 15 mint yang pertama memang boleh relaks lagi.
Lepas tu 15 minit yang kedua, mulalah rasa resah sikit2.
Dan 15 minit yang ketiga, dah mula pikir macam2 pikir hubby and anak2 kat rumah.
.... 15 minit yang terakhir dengan peluh yang mula merembas, rasa nak jerit kuat2... Tolong!!!!!!!!!! ( Sebab ini melibatkan perkara hidup dan mati juga tau!)

So, lepas kejadian tempohari mulalah start google dan cari apa yang patut dibuat, if this happen again. (Minta2lah dijauhkan!).  Share with u olls juga!.

                                       ( Pagi ni tengok, lif tu masih "Under Maintenance" lagi )

Tips keselamatan jikalau benda ini terjadi dengan kita  
(credit to : apader.blogspot.com... TQ)

1. Jika lif berhenti dengan sendirinya. Cuba tekan butang keluar atau butang lain-lain dalam lif. Jika tiada respon sila tekan butang kecemasan dan berhubung dengan pengendali lif.

2. Cuba tenangkan fikiran, beritahu kedudukan lif anda. Lokasi dan tingkat dimana lif itu berhenti. Jikalau lif itu ada butang stop. Sila tekan butang itu.

3. Sila semak signal henpon anda (selalunya takde signal). Kalau ada signal sila hubungi rakan pejabat anda juga.

4. Jangan cuba menolak pintu lif dengan cara paksa. Apa yang anda perlu lakukan ialah bertenang. Seperti cuba duduk untuk rehat sebentar, bersembang dengan rakan-rakan terperangkap, bermain permainan dalam henpon, atau makan/minum sesuatu. Menyanyi jugak bagus, sekurang-kurang ada orang luar tahu yang kita terperangkap dalam lif tersebut.

5. Jangan hisap rokok dalam lif jika terperangkap.

6. Jangan cuba untuk memanjat dan membuka pintu kecemasan yang terletak dibahagian atas lif. Sila tunggu sehingga anda diselamatkan dan tunggu arahan selanjutnya dari pengendali lif.

Dulu2 pernah baca citer  artis Linda Rafar yang pernah terperangkap dalam lift dan dia really heavy trauma lepas incident itu.  Saya pulak nak buat macam manakan,  cari makan saja! Nak tak nak, terpaksa naik juga lah lif tu. Salam.....

Wednesday, June 13, 2012

WW - Last One For Today.. Nite All!

 ( Cik google ler )

WW No. 3 - Jaclyn Victor @ Indonesian Idol 2012 Superb! Even Not Her Very Best Performance!

                                                                    (credit : youtube.com)

SEGMEN : TINGKATKAN VISITOR DAN FOLLOWERS VERSI XTRA

WW No. 2 - Princess Kate Middleton Vs Princess Diana - No Matter What, I'm Still Admire Lady D




                                                                   ( credit : celebuzz.com)

WW No. 1 - Tengah Kecoh Battle & Perbalahan of 2 Divas Sesama Retis Ni ! ( Diva Ke ? )

 ( BUKAN SAJA KAT MALAYSIA )

 (  KAT  OBERSEAS PUN SAMA JUGAK )

Tuesday, June 12, 2012

Trauma nyer..............Walau Hanya 1 Jam Saja!

Masih trauma selepas terperangkap dalam lift hampir sejam petang tadi waktu balik dari pejabat nak ke parking lot.  Pengalaman pertama sebegini dalam hidup.  Kaki masih rasa menggigil2 lagi ni.  Nasib baik ada 5 - 6 orang lagi dalam lift.  Dengan seorang dari mereka yang memang trauma sangat2 dengan kes lift2 yang macam ni.  (Dah selalu kena katanyer). Lift pulak sekejap2 bagai terhenjut2.  Saya buat macam biasa je.  Padahal dalam hati tuhan saya yang tau.  (Tolong !) . Bell tu entah dah berapa ratus kali saya tekan. Sambil tu tekan2 juga button yang lain mana tau kot2 lift boleh terbuka.  Dari berdiri, pastu duduk mencangkung sampai duduk bersila kami semua dalam lift tadi. Nasib baik juga ada seorang Pak Lawak yang menghiburkan kami sementara menunggu bantuan sampai.  Seorang Chinese yang fasih berbahasa Melayu sampai nak pecah perut dibuatnya. Tq Mr. Sunny!

Bila saja lift terbuka, terus semuanya bersorak.  Alhamdullilah, tiada apa2 kejadian buruk berlaku.  Waktu memandu pulang tadi, kaki rasa cam kebas2 lagi dan cam menggigil2.  Macammana nak kerja esok ni,  pandang pintu lift pun cam trauma lagi ni.  Nak naik tangga aduhai tinggi melangit lak tingkat office saya tu!

Apa nak buat ni!!!!!!!!!!!!!!

Entry Khas Untuk Kaki Bola EURO 2012

Entry Petang2 ni !

Baca kat Kosmo Online ler  ni!.  Sesuailah untuk semua kaki2 bola yang sentiasa nak tengok dan dapatkan update2 terbaru sempena wabak demam EURO 2012 yang baru aje melanda. Nasib baik saya tak terkena jangkitan virus tu walaupun, hampir2 nak kena sipi2 akibat penangan orang2 sekeliling. Takut juga, sebab penyakit ini membawa kepada gejala2 tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang hanya ingat bola, bola, bola dan gol, gol, gol. Hu Hu Hu ( Takpe antibody saya kuat ni !)



SEJAK mula ditubuhkan pada tahun 1996, beberapa inovasi telah dilakukan oleh stesen TV satelit berbayar negara, ASTRO Malaysia Holdings Sdn Bhd (Astro) bagi memberi khidmat terbaik kepada para pelanggannya.

Setelah tampil dengan kemudahan seperti saluran Definisi Tinggi (HD), 3 Dimensi (3D), Astro First dan, Video Atas Permintaan (VOD) Astro B.yond Perakam Video Peribadi (PVR), kini Astro memperkenalkan perkhidmatan terbaharu yang dikenali sebagai saluran Astro On-The-Go. Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Datuk Rozana Rozhan berkata, perkhidmatan tersebut memberi kemudahan kepada pelanggan untuk menonton saluran menerusi peranti sama ada melalui iPad atau komputer riba.

“Buat permulaan, sebanyak 11 saluran yang disediakan merangkumi hiburan dan informasi serta ditawarkan secara percuma kepada para pelanggan Astro sehingga 31 Ogos ini.

“Bagaimanapun, untuk fasa pertama ini, Astro On-The-Go hanya boleh ditonton menerusi komputer riba dan iPad. Kemudian pada fasa kedua yang akan bermula pada 1 September ini, pengguna iPhone dan Android boleh menikmati perkhidmatan ini,” ujarnya. 

Berita lanjut klik kat SINI LER KAKI2 BOLA MALAYSIA!


Petua Agar Minyak Tak Terpercik Waktu Menggoreng

Ok, sebab hari ni hari Selasa, special day untuk berkongsi petua, saya nak kongsikan satu lagi petua tengah2 hari buta ni ha. Yang ini, khas untuk semua yang rajin ke dapur atau yang tengah belajar merajin2kan diri ke dapur.  (he he he)

 ( Cik google )
Macammana nak mengelakkan dari minyak terpercik waktu sedang menggoreng. Tak kisahlah goreng ikan ke, ayam ke, kuih2 ke or benda2 lain.  Sakit juga kalau terkena percikan minyak panas ni.  Tu satu hal, lepas tu nak mengelap keliling dapur yang kotor dengan minyak lagi dah jadi dua hal.  

Cara paling mudah, letakkan sedikit garam halus dalam minyak sebelum menggoreng.  Lepas tu bolehlah mula menggoreng seperti biasa.  InsyaAllah minyak takkan terpercik keluar.  Taklah anak2 dara nanti, boleh bagi alasan takut terpercik minyak panas bila suruh memasak di dapurkan. Padahal, malas... HeHeHe  Cubalah! (Ada orang siap boleh celup tangan lagi dalam minyak waktu menggoreng.... jangan tiru aksi tu ye!).  

Ala, kalau dah terkena minyak panas sikit tu cepat2 jelah sapu ubat gigi or kicap ! .... Cheersssssss

LUCKY DRAW BY WWW.MYADYNA.COM

Hajat nak join lucky draw ni dah lama sebenarnya.  Tapi sebabkan sibuk ngan benda2 lain, bercuti2 Malaysia dan lain2 kerja yang nak disettlekan dulu sampai hampir2 terlupa.  Check2 tengok, alamak closing nyer esok 13/6/2012.  Sempat lagi ni.  Kat bawah ni banner tuan tanah.


You all kena jenguklah kat   BLOG INI YE!        

Cepat2 sebelum tarikh tutup esok.  Lucky tak lucky tu lain cerita.  Penyertaan itu yang lebih pentingkan. He He He .

Mabuk Ubat Atau Makanan , Apa Nak Buat ?

Pagi Selasa untuk Petua!. Pernah tak u olls tetiba rasa cam mabuk atau loya2, lepas makan ubat or makan apa2 makanan.  Saya selalu juga alami perkara yang sama.   Kekadang bila tersalah makan, mulalah rasa macam hamil or dah termengandung sebulan, pening2, loya2 dan mual2 macam tu.


( Cik google image )
Jadi nak kongsikan petua ini.  Mudah aje, gunakan air kelapa muda.  Selain bagus untuk meredakan panas badan or demam, ia juga baik untuk melegakan rasa loya dan mual akibat tersalah makan ubat or tersalah makan makanan.  Sebaik2nyer sebelum minum air kelapa muda tu, bacalah bismillah dan selawat 7 kali. Insyallah, akan menjadi. 

Tapi kalau masih juga rasa mabuk2 tu, baik cepat2 pergi check ke doktor lah.  Mana tau, nak tambah umat Muhammad lagi. He He He...........

Monday, June 11, 2012

Bila Hajat Tak Kesampaian... Hanya Ucap Selamat Malam

Hajat di hati nak berblogwalking lagi malam ini,
Apakan daya penyakit semput BB ku datang menyerang lagi,
So, terpaksalah pelan2 undurkan diri,
Dan tinggalkan u olls dengan pantun ini,

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Esok pagi kita berblogging lagi,

Bila hajat tak kesampaian,
Hanya ucap Selamat Malam,
Tanda ingatan pada follower dan teman-teman,
Tak pernah padam dalam ingatan....

Good nite semua, sleep tight, sweet dreams.... Salam>>>>>>>>

Zizan Sayang Juliana Evans

Johan, pasangan serasi Zizan dalam JOZAN Raja Lawak, memang dah lama berumahtangga dan dah punya anakpun. (Berapa orang, entah! terr berr.. ). Sekarang tengah menunggu2, bila pula akan tiba giliran Zizan. Dah lama dengar tentang keakraban dan hubungan mesra Zizan dengan pelakon Juliana Evans.  Semuanya bermula selepas mereka berlakon bersama dalam filem Hantu Bonceng dulu.  Lepas tu senyap seketika, bila Juliana atau lebih mesra di panggil Jue melanjutkan pelajaran di Universiti Michigan USA.  Tup2 baca kat Kosmo Online yang Jue telah kembali ke Malaysia dan akan bercuti hingga Aidilfitri ini.

( credit : Kosmo Online )
Apatah lagi, kepulangan Jue sekaligus untuk mempromosikan filem Mael Lambung yang dijangka akan ditayangkan di pawagam2 seluruh Malaysia pada 21 Jun , 2012 ini. Watak Mael Lambung diangkat dari watak Zizan sewaktu program Maharaja Lawak bersama Johan.  ( Kalau dalam lawak ke der... Semua KL kenal saya Ha Ha Ha ). Dalam filem ini Zizan dan Juliana sekali lagi berlakon bersama. Tapi standardlah jawapan retis2 kita bila ditanya biasanya jawapan klise "sekadar teman rapat sahaja".  Tapi kalau dah cakap sayang dan rindu tu..  Hermmmm......You alls semua baca lah sendiri kat sini ye, kenyataan dari mereka berdua dan nilaikan sendiri kawan ker kekasih ! .
 
Apapun, as dua2 masih solo, so just go with the flow ler !   Ado den kisah.....

Puteri Caroline & Ella Juara Mentor 6

Sepertimana yang ramai dah tahu, Mentor Ella dan Protegenya Puteri Caroline telah berjaya muncul sebagai Juara Mentor 6.  Mereka membawa pulang wang tunai RM 100,000 setiap seorang dan hadiah iringan yang lain.  Unggul dengan 71 markah meninggalkan Mentor Ogy / Protege Zatul denga 60 mata dan Mentor Faizal Tahir / Protege Anas dengan 50 mata. 

( Fr google)
Walau tidak mengikuti sepenuhnya perkembangan Mentor 6, sejujurnya dari seawal minggu pertama mentor bersiaran lagi, saya sukakan penampilan dan suara Anas Protege Faizal Tahir.  But this is all about rezekikan.  Malam tadipun, Anas mengalami sedikit gangguan kesihatan bila suara tidak berapa nak all out. Dan Puteri Caroline telah memberikan persembahan yang sangat2 bagus dn terbaik. Zatul pula, memang satu peningkatan yang mengejutkan. Apapun, syabas dan tahniah pada semuanya.  Dan antara persembahan yang saya suka adalah, Anas dengan lagu Najwa Latiff (Cinta Muka Buku - nice arrangement music FT),duet Caroline bersama Azlan (The Typewriter) terbaik  & duet Zatul & Ziana Zain !

KISAH MISTERI - Orang Bunian



Salam Pagi Isnin. Saja nak kongsikan satu lagi cerita misteri dengan you alls pepagi Isnin ni!


Masih ingat dengan cerita kisah-misteri-batu-hampar-sarang hari tu.  Yang ini pun berlaku di tempat yang sama.  Dulu2 arwah abah suka sangat pergi membersihkan kebun ini, bila we all balik kampung bercuti.  Satu hari, sewaktu menebas, tiba2 hujan panas turun waktu tengahari.  Abah terus berteduh di bawah sebatang pokok hinggalah tertidur.  Bila sedar, alih2 dia telah berada di tempat yang lain pula.  Terkejut dengan keadaan itu, beliau segera pulang ke rumah tanpa bercerita kepada sesiapa. Petangnya Abah tiba2 diserang demam panas dan badan rasa lemah2.

Malam itu pula, tiba2 Abah memanggil2 emak.  Anehnya, suara beliau kedengaran lain. Agak garau dan kuat dari biasa.  Suara itu mengatakan Abah harus menggantikan sesuatu yang telah Abah rosakkan.  Berulang2 kali dia memberitahu pada emak perkara yang sama hingga tertidur.

Awal2 pagi esoknya Arwah Atuk menyuruh saya memanggil salah seorang pakcik(Arwah) saya yang mahir dalam pengubatan tradisional ini.  Sebaik sampai, beliau memulakan sessi perawatan dan menanyakan Abah apa yang dia mahukan.  Abah memberitahu, ada seorang lelaki berbadan tegap dan berjubah datang dan memberitahu bahawa Abah telah terduduk di atas telur yang menjadi permainan anaknya sewaktu hujan panas semalam.  Sekarang anak beliau menangis tak berhenti2 dan meminta Abah menggantikan telur yang telah pecah itu. Bukan itu saja beliau juga mahukan seekor ayam hitam dan juga ibu pulut untuk memujuk anak beliau.

Pakcik saya mengangguk2kan kepala dan terus mengatakan yang beliau berjanji akan menggantikan telur yang tersebut dan lain2 yang diminta sebagai tanda minta maaf dengan kadar segera. Tengahari itu juga emak dan arwah nenek menyediakan segala yang diminta dan petangnya Pakcik saya telah menghantarkan semua yang diminta ke tempat di mana Abah saya telah tertidur sewaktu hujan panas tempuh hari.

Alhamdullillah, selepas itu, Abah kembali pulih dari demam panas yang menyerang dan sakit2 badan juga hilang.  Menurut Pakcik, kawasan kebun saya itu memang merupakan kawasan mainan dan laluan orang bunian. Entahlah, peristiwa ini telah berlaku hampir lebih 25 tahun dulu.  En. Hubby setakat ini, alhamdullilah tidak ada apa2 yang pelik berlaku cuma ada sedikit kisah aneh.  (Yang ini saya akan cerita di next entry ye).  Mungkin sekarang tempat itu dah menjadi laluan ramai orang ke kebun masing2kan. Jadi tak lah sunyi dan semak samun lagi macam dulu2. Apapun ini kisah yang benar2 berlaku.  Terpulang samada nak percaya ataupun  tidak. Walllahua'lam................


Sunday, June 10, 2012

Kebaikan & Khasiat Kubis


Suka makan kubis tak ?. Kubis or Kobis ni adalah antara sayur yang paling kerap saya masak untuk menu kat rumah.  Kekadang tumis2 macam tu saja, or masak gulai lemak putih atau pun jadi sayur tambah sebagai pengganti salad.  Bila baca2 kat magazine, baru tahu kubis ni ternyata punya khasiat tersendiri.

Menurut kajian, Kubis sebenarnya sangat2 berkhasiat apalagi jika dimakan mentah. Ia dikatakan telah ditanam lebih 4000 tahun yang lalu (dah lamakan!) dan amat2 popular dikalangan orang2 Rome and Mesir kuno. Ada pula kajian menunjukkan bahawa sayur kubis mempunyai elemen2 penting yang dapat meningkatkan kekebalan dalaman tubuh serta membantu melambatkan proses penuaan. Malah kalau nak kuruspun boleh amalkan makan kubis atau dibuat salad..  Kerana 100 gram kubis boleh membekalkan 27 kalori tenaga dan akan membuatkan perut kita sentiasa penuh dan kenyang. So, taklah kita makan banyak!

Satu lagi nak sharekan, kelopak kubis ini juga berfungsi sebagai bahan tuaman untuk melegakan luka dan kesakitan kulit. Tapi yang selalunya, saya gunakan sebagai tuaman untuk melegakan susu dada yang membengkak sewaktu selepas melahirkan anak. Caranya mudah saja, ambil kelopak daun kubis tu, bersihkan dan lekatkan (tuamkan) pada susu badan yang membengkak tu.  InsyaAllah akan lega sedikit. You all pernah lakukan perkara yang sama tak?.  

P/s.: My daughter memang suka buat salad dari kubis, but kubis yang warna purple tu lah!

Senyum Pagi Ahad ! Syahid.....

Aduyai, bak kata Johan, memang aduyai BB still lembab terr berr... he he he.  So sorry lah kalau x sempat nak reply n komen2 sehari dua ini.  So so soli ye!. Tq pada yang singgah dan follow. When BB back to normal, pasti saya akan singgah dan follow balik ye. Tapi nak story citer ni je dulu.

Waktu balik kampung dan bercuti hari tu, macam biasalah my bongsu daughter tanya macam2 waktu dalam kereta.  Sampai kekadang tak larat nak jawab dah!. Terus pas baton pada my son and second daughter tuk layan dia.

Si kakak mulalah bercerita tentang pahlawan2 Islam dulu2 dan kisah Mashitah yang mati syahid waktu zaman Firaun.

Kakak :  Mati syahid tu mati kalau kita mempertahankan agama, mempertahankan maruah ke, atau untuk jalan kebenaranlah.. Kang cakap lebih2 bukannyer faham !

Adik :  Oh, adik taulah dah mati syahid tu !

Kakak :  Lepas tu kalau mati syahid kita kebumikan dengan baju2 yang berdarah tulah, macam panglima2 perang Islam dulu-dulu !

Adik :  Tu, kita panggil mati syahidlah ye !

Abang :  Yelah !

Adik :  Abis untunglah kawan Along tu ?

Abang : Kenapa pulak ?

Adik :  Yelah, nama dia syahid, kalau mati nanti orang cakap Mati Syahid !

All :   Ha Ha Ha

Me :  Bukanlah, mati syahid bukan pada nama, tapi cara bagaimana kita meninggal tu!

Adik : Oh, adik ingatkan kawan Along tu nanti meninggal mati syahidlah sebab nama diakan syahid !

Me :  Kalau macam tu ramailah bubuh nama syahid nak dapatkan mati syahid ! 

Adik :  AaAa lah.............


HA HA HA HA HA

Saturday, June 09, 2012

Antara Johan & Zizan, Mana Lebih Lawak ?

Entry lambat hari ni sebab bb semput cam siput.  Aduyai siap salah publish lagi sorry......

Belum terlambat rasanya nak ucapkan tahniah pada Zizan kerana berjaya bergelar Juara Super Spontan.  Juga pada Johan yang menjadi Naib Juara.  Dua nama yang punya peminat2 & pengikut2 yang tersendiri.  Popular dengan trademark mereka JOZAN bermula dengan rancangan Raja Lawak Astro, kedua-duanya mendaki puncak kerjaya dengan begitu cemerlang hingga kini.

 ( Google image)
Sedikit info ringkas tentang mereka dari carian google :-

Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz atau popular sebagai Johan Raja Lawak merupakan seorang pelawak dan pengacara popular Malaysia. Beliau mengacarakan program realiti Raja Lawak sejak musim kedua setelah memenangi tempat ketiga pada musim pertama. Beliau merupakan peserta Maharaja Lawak serta dinobatkan sebagai naib juara Maharaja Lawak. Beliau juga seorang penyampai radio Era.Fm dan mengendalikan riuh pagi era berasa Ray dan Hanif. Mereka bertiga dikenali sebagai JoHaRa pagi Era. Johan adalah anak saudara pelawak veteran,Salleh Yaakub. Johan juga adalah pemenang bagi kategori Artis Komedi Lelaki Paling Popular (ABPBH 2011). Johan sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ozlynn (Rozlinawaty Ismail) sebelum Johan bergelar selebriti lagi (katanya !).
 
Zizan Raja Lawak atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak ialah seorang pelawak, pelakon dan pengacara Malaysia. Beliau dilahirkan pada 15 April 1984 dan berasal dari Dungun, Terengganu. Beliau merupakan anak bongsu daripada dua beradik. Beliau ialah naib juara Raja Lawak musim pertama. Beliau juga merupakan peserta Maharaja Lawak dan bergandingan dengan Johan serta dinobatkan sebagai naib juara Maharaja Lawak. Menjadi pengacara tetap Melodi yang baru dan bergelar pengacara lelaki TV paling popular  dalam ABPBH baru2 ini.

Menariknya lagi, kedua2 mereka popular dengan filem hantu. Johan (Hantu Kak Limah Balik Rumah) and Zizan (Hantu Boceng). Bukan nak melaga2kan kedua nya ya!  Frankly speaking, saya sedikit lebih sukakan lawak Johan berbanding Zizan, bukan menidakkan bakat Zizan cuma saya lebih sukakan idea2 lawak Johan yang bagi saya bernas dan berwawasan (anyway, it's a lawak only ye).  But satu yang pasti, saya memang suka lawak JOZAN. Bagi saya mereka terbaik! Bila Johan & Zizan bergabung menjadi JOZAN, meletop kebabomm!!!.  Mereka sebenarnya saling lengkap melengkapi antara satu sama lain!. 

Apa pula pendapat dan pandangan anda ? Siapa yang lebih anda minati ? 

A Thousand Years By Christina Perri

Dengar kata, dia buat konsert kat Malaysia dua hari lepas dan katanya lagi memang best!.  Entahlah, tak ler minat sangat kat dia but, my second daughter lak minta giler kat lagu dia yang ni, so just buat2 layan je! (Kekadang tersilap juga antara dia and Kate Perry ....huhuhu)



Oklah buat kita dengar2 waktu weekend2 cam ni, sebab wording lyric dia menarik jugak!


Friday, June 08, 2012

Aduh, Nia Ramadhani, Tahniah !

Setelah selamat melahirkan bayi perempuan di rumah sakit Pondok Indah Jakarta pada 2 June, 2012 yang lalu, akhirnya Nia Ramadhani dibenarkan pulang bersama bayi kecilnya yang bernama Mikhayla Zalindra Bakrie pada Selasa yang lalu. Telahpun menyiapkan kamar buat si kecil mereka yang bertemakan warna soft pink. Menurut Nia, masih banyak yang perlu dia pelajari untuk mengurus sang buah hati dan memerlukan bantuan dari ibunya serta orang2 yang lebih berpengalaman.

Masih ingat lagi bila dia berlakon dalam sinetron Bawang Putih, Bawang Merah yang popular sangat2 dulu ! Cerita yang membawa fenomena yang besar di Malaysia ketika itu.  Tak suka, tak suka dengan Bawang Merah ... Hu Hu Hu

Kelihatan lebih berisi tapi masih tetap cantik.  Anyway, tahniah Nia Ramadhani & suami ! Wah,  nama baby : Mikhayla Zalindra Bakrie, berbelit lidah lak nak menyebut.

(credit mijamedia.com)

(Sumber berita & gambar credit : mijamedia.com)

Mana Lebih Utama Bakat Atau Rupa ?

Di Malaysia ni, kata orang kalau nak jadi artis or celebriti mesti lengkap dengan pakej.  Harus cantik and wajib bersuara merdu untuk penyanyi.  Kalau pelakon lak, mestilah cantik dan punya karisma tersendiri.  Betul ke?.  Kalau takde semua tu, jangan harap nak popular. Ye ke?. Masalahnya kekadang bila dah cantik tu, berlakon lak keras macam kayu.  Pastu kalau menyanyi pulak, muka dan gaya dah ada, bila bukak je mulut, suara aduyai ke laut !.  Bagi saya, Datuk Siti Nurhaliza antara penyanyi yang datang dengan pakej lengkap, wajah cantik dan suara merdu yang di kira bonus!.  But for me juga, Azlan (The Typewriter) walau tak berapa punya rupa tapi dia juara dari segi suara.  Memang power suara dia!

( Fr google )
Begitu juga celebriti2 dari luar negara. Dan paling saya kagumi adalah Oprah Winfrey. Kalau nonton program bual bicara beliau  memang lekat dah dan tak berganjak2 dah.  Memamg best dan tersendiri. Dikenali sebagai wanita berkulit hitam dan imej gemuk, beliau berjaya mengenepikan semua kekurangan itu dan menempatkan diri beliau dalam dunia glamour penyiaran yang selama ini dikuasai oleh orang berkulit putih.

Oprah Winfrey pernah berjaya menguruskan badannya sebanyak 60 pounds sewaktu zaman kemuncak kerjayanya dan menjadi inspirasi kepada ramai orang, namun mungkin Oprah umpama yoyo yang senang naik dan turun sehinggalah tubuh beliau kembali gemuk semula.  Apapun paling saya salute, dalam keadaan begitu, Oprah yang sememangnya dikenali dengan keyakinan diri yang tinggi, tetap terus laku dan digemari hingga kini. Bukan kerana tubuh atau rupa, tapi kebolehan dan bakatnya yang luar biasa. Itu yang jadi No. 1 dan utama!

So,  apa pendapat anda bakat atau rupa yang lebih penting ??  Tepuk dahi, tanya lah cik hati...................

Saja Nak "Berbaik Hati" Jumaat Ni !

Salam Jumaat semua ! Ada yang masih berpuasa Rejab ?. Alhamdulillah.
 

Sebab hari ini Jumaat, niat nak buat sesuatu yang baiklah untuk hari ini.  Bukan nak promote blog kawan yang satu ni tapi sebab dah berjanji akan tulis sedikit entry tentang blog dia ni jika berkelapangan (atau waktu2 ketandusan idea untuk entry hehehe). Kalau lembu dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinyer kan!. Oklah, nak citer kat you all semua alkisah. Baru-baru ini, saya ada joint satu segmen kat kawan blogger ni. INI TUAN TANAHNYA

Biarlah saya panggil dia AA (bukan Azwan Ali yer no no no) but Azrul Azmi... cam dekat2 je kan nama dia!.  Dia mencari blogger2 yang berminat untuk join bloglist June. Saya angkat tangan cepat2 nak join blog list dia. HuHuHu. So, alhamdulillah dah tersenarai pun untuk bloglist Bulan June ini. TQ to u, AA!

From my point of view, blog dia best juga, banyak informasi pelbagai serta punya gaya dan cara penulisan yang berbeza. Satu lagi, blog dia tidak terlampau "berlebih-lebih" kata orang tu macam sesetengah blog yang dah macam Krismas Tree kekadang. He He He (pandai je komen blog orang). To AA, cuma nak komen yang background blog tu saya x berapa nak gemarlah.  Mungkin untuk saya saja, mungkin yang lain2 suka sebab manusia ni kan berbeza2 rasa dan citarasanya. Apapun keep it up AA! and thank you for being one of my ALAM MAYA friend.

To all those kawan2 yang singgah, komen atau dah follow, please tinggalkan link URL you all yang betul dan tepat, so that saya boleh singgah dan follow you all back immediately. Terima kasih!

Wish You All Happy blogging!

Thursday, June 07, 2012

1st Segment By: Amy Fendi

Macam biasa bila ada masa 'free2' sikit saya suka joint segmen2 cenggini.  Ni banner dia.  Suka suki tak?


Cara2 nak turut serta tu and apa2 yang you all (termasuk saya) akan dapat, kenalah pegi gali dan cangkul sendiri dari tuan tanah kat link dia ni ha>>>>Cekidout !!!!!

Tag je lah kawan2 blogger saya ni... (jangan mare ya)

Kalau agak2 ada masa tu jemput2 dan sila2lah joint sekaki ye!. Dan  Ini Penting yer  : Tarikh Tutup
4 July 2012 pada pukul 12 Tengahari.  Panjang lagipun masa.  Jom4 kita joint2! 

Congrat tu Mrs Nurul Deep!

Dengan hanya dengan sekali lafaz dan berwalikan hakim, penyanyi cantik hitam manis, Noorulhuda Abd Wahab, 35, atau nama komersialnya Nurul Wahab, secara rasminya telah menjadi isteri kepada jejaka Perancis, Eric Daniel Depp, 47 atau Eric Depp. Nurul Wahab telah selamat diijab kabulkan dengan Eric Depp dalam upacara akad nikah serba ringkas yang telah diadakan di Dutches Place, Jalan Ampang,  tengahari semalam .  Baca entry saya sebelum ini tentang  *Nurul Bakal Nikah Baru*

(credit mystar online)
Majlis akad nikah hanya dihadiri lebih kurang 200 tetamu jemputan terdiri dari sanak saudara, rakan2, rakan2 artis dan wakil2 media serta tak ketinggalan satu2nyer anak Nurul dari perkahwinan yang terdahulu, Ayu. 

Apa yang menariknya, majlis ini diacarakan oleh dua teman rapat Nurul Wahab iaitu personaliti TV dan juga penulis lagu popular Shah Shamshiri yang turut ditemani artis Ieda Moin dengan menggunakan tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Perancis.

Sekali lagi tahniah dan Selamat Pengantin Baru Nurul, dan moga perkahwinan kali ini kekal hingga ke hujung nyawa! Amin.................
 

Pernah Makan Buah Durian Belanda? Banyak Khasiat Tu


Buah ni dipetik dari halaman rumah my FIL masa balik ke sana baru2 ini. Durian Belanda punya rasa yang berbeza dari durian2 biasa. Rupa kulit dan isinya juga tak sama. Sayapun, tak berapa makan buah ni tapi menurut kata orang, buah Durian Belanda sangat2 berkhasiat dan  hampir 10,000 kali lebih baik dari kemoterapi untuk penyakit kanser.  Wallahualam. (Mengikut kajian lah)

Yang saya tahu dan nak sharekan kat sini, adalah kegunaan Daun Durian Belanda ni.  Kalau kat rumah tu ada kaum kerabat Cik2 Siti, ambil aje daunnyer dan letakkan di tempat2 yang anda suspek menjadi tempat Keluarga Cik Siti beriadah tu.  Insyallah, tak de lah lagi Cik2 Siti sekeluarga berkeliaran di dapur or kawasan rumah anda.  Cubalah!

Opps... lupa  lak, lagi satu kata one my blogger friend <lydsunshine.blogspot.com> Daun Durian Belanda juga boleh digunakan untuk meredakan demam panas sepertimana daun limau purut dan daun bunga raya.  Apapun, kalau nak cuba, silakan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...