Tabung Masa Depan ...

Tuesday, June 26, 2012

Rose Tu Kan Warna Merah ! Lucu2

Santai2 petang Selasa tapi yang ni bukan pasal petua ye!. Cerita ni ringkas aje. Cerita waktu balik bercuti ke kampung En Hubby, school holiday hari tu.

My MIL baru dapat menantu baru. Nama dia Che Rose. Untuk pengetahuan semua yang tak tau lagi, my hubby asal from Pantai Timur, Negeri Cik Siti Wan Kembang.

Saya : Eh, kenapa Mek panggil menantu baru tu Meroh (merah), bukan ke nama dia Rose. Kenapa tak panggil Mek Rose je?
En. Hubby : (Dengan selambanya) Entah,  rose tu kan warna dia merah, so Mek panggillah dia Merah !
Saya : Oh! camtu ke.. (Masih Tak puas hati)

Beberapa hari kemudian  saya tanya pula pada my SIL.

Saya :  Eh, kenapa Mek panggil Menantu baru tu Meroh (merah) , bukan ke nama dia Rose.  panggil jelah Mek Rose!
My SIL :  Ha Ha Ha bukan Meroh (merah) lah. Mek panggil dia Mek Rose.  Tapi dah dalam slang Kelantan, tu yang jadi Meroh, Meroh tu! Bukan Merah......................
Saya :   La, ye ke! Ha Ha Ha


( GOOGLE )
Moral of the story, kena lebih belajar lagi part dialek2 orang2 belah Pantai Timur ni.  Yang peliknya, En. Hubby sendiripun tak berapa nak reti, camner. Siap boleh cakap lagi, Rose itu kan warna merah, sebab tulah panggil Meroh!.  Ha Ha Ha

Petua Petang - Limau Nipis Pelbagai Guna

Kongsi petua yang mudah lagi sebab hari ni hari Selasa.  So, selagi ada petua akan dikongsikan pada setiap Selasa.

Kalau dalam entry petua2 saya sebelum ini, dah banyak kali tulis tentang khasiat dan kegunaan limau nipis ni. Cuba baca PETUA INI  Ataupun PETUA YANG INI JUGA 
Tapi, saja nak kongsikan satu lagi khasiat limau nipis ni.  Selain bagus untuk rawatan kulit kepala dan menghilangkan kelemumur, limau nipis juga bagus untuk melegakan sakit kepala.  Caranya ambil sebiji buah limau nipis.  Perahkan dalam secawan air suam dan minum.  Sentiasa mulakan dengan bismillah dan selawat.  InsyaAllah, sakit kepala akan reda dan rasa lega.  Setiap satu dan apa saja yang telah Allah swt ciptakan itu ada sebab, manafaat dan kegunaannyakan!

( google ler )

Kegunaan Asam Jawa Or Tamarind

Petua Di hari Selasa.  Yang mudah2 saja ye hari ini.

( Fr Google)
Antara kegunaan asam jawa :-

1.  Melegakan sakit tekak dan batuk. (Minum jus asam jawa yang dibuat sendiri).
2.  Menghilangkan hanyir ikan dengan mencuci menggunakan asam jawa. 
3.  Menampal kuali bocor.  Kalau kuali anda bocor (yg kecil ye). Ambil asam jawa. Pastikan tiada biji ye.  Kemudian sapu dan tampalkan pada bahagian belakang kuali atau tempat yang bocor tadi.  InsyaAllah, anda boleh memasak seperti biasa tanpa kebocoran selepas itu.
4.  Menghilangkan lebam benjol di kepala kalau anak2 terjatuh atau terhantuk sesuatu.  Sapu dan tampalkan asam jawa dan biarkan seketika. Kemudian boleh cuci dan bersihkan.  Cubalah! Asam jawa juga mudah didapati dan hargapun murah!

Petua2 dari pengalaman sendiri, kawan2 dan pembacaan.

That's What Friends Are For ! SESSI LUAHAN RASA

Maaf entry hari ini agak terlambat sikit, memikir dan tak tahu nak mulakan bagaimana sebenarnya!.  Maaf juga kalau entry ini agak panjang meleret.  Kalau bosan baca, komen2lah ye.

Selama hampir seharian semalam, memikirkan apa yang patut saya lakukan. Banyak perkara yang saya ambil kira antaranya kekangan kerja yang akan bertambah (insyaAllah another project on the way to be handle) dan project yg dah in-hand sekarang ni, mampukah saya nak menjengah blog nanti dan nak jenguk2 laman kawan2.  Mampukah saya menyajikan informasi yang bagus dan bermanafaat untuk semua dalam keadaan itu nanti.  Rasanya tidak adil bagi kawan2 kan. Saya jenis orang yang kalau membuat sesuatu itu, akan buat secara bersungguh2 dan tak reti nak buat sambil lewa saja. Dan saya akan pastikan hasilnyer nanti, baik dari segi kerja atau apa jua, adalah yang terbaik mampu saya lakukan. Namun sesuatu yang paling mengharukan adalah, sokongan dari kawan2. Menitis air dari hujung mata membaca komen2 kawan2 semua. Menyeka air mata yang tak sedar tumpah kala membaca komen2 yang ditinggalkan!.

Sesungguhnya, saya amat2 sayangkan satu2nya blog saya ini, sangat2 hargai persahabatan yang dibina bersama teman2 yang singgah berkunjung tanpa henti. Walau kekadang N3 merapu je yang dapat saya titipkan.  Kekadang rasa bersalah pun ada.  Sepatutnya sebagai tuan rumah kita perlu hidangkan sesuatu yang indah dan menarik untuk tetamu kan!. Saya beruntung punya kawan2 blogger yang baik2 dan sentiasa saya rindukan untuk singgah laman dan nak baca cerita berbaru tentang mereka!.

Apapun sekali lagi, jutaan terimakasih kepada kawan yang singgah meninggalkan komen dalam N3 saya semalam tu, SAYANG KAMU SEMUA Muah Muah Muah. ( kalau ada yang saya terlepas pandang mohon maaf.  List ini sehingga N3 ini ditulis pagi ini ).

(google)

Momo 

dan semua2 walau cuma singgah lalu serta setia menjadi pembaca dan pengunjung  laman saya ini.  Yang pasti atas dorongan dan sokongan anda semualah, KESUMA ANGSANA akan terus berblogging lagi. Tujuan saya berblogging sebenarnya lebih kepada kerana rasa ingin berkongsi sesuatu, dan setiap tulisan datang dari jiwa saya yang tulus ikhlas bukan kerana mengejar populariti atau wang ! Kalau adapun, itu saya anggap satu bonus. Sebab itu, kalau ada yang bertanya bagaimana nak dapat income dengan cepat, saya tak tahu bagaimana nak menjawabnya, kerana cara saya, setiap kali saya singgah di laman kawan2, InsyaAllah saya akan klik2 apa2 jua iklan yang ada dilaman mereka.  InsyaAllah mereka akan lakukan perkara yang sama juga bila singgah menjenguk kita.

Tapi, tapi tapi.........Andaikata, ada masa2 entry saya cam nan hado je, and tak dapat nak jenguk kawan2, harap2 dapat memahami ye. (That's what I call break time yek!).  Kadang2 kita terpaksa mendahulukan apa yang lebih utamakan. But  blog ini dan kawan2 tetap di hati!

Thank you again, kerana mengajar saya erti 'That's What Friends Are For"! ...............



Monday, June 25, 2012

Review KesumaAngsana - Continue or .. Let's Hug & Say SAYONARA Buat Seketika!

Salam Pagi Isnin semua !

Hari ini 25 June, 2012, genap sudah 3 bulan saya berblogging.  Hari ni juga nak review blog saya sendiri untuk tengok apa yang dah dicapai setakat hari ini.

                                 Target                    Pencapaian Setakat Hari Ini (sewaktu N3 ditulis)

Post N3                      90                                                            307
Kawan2                      50                                                            345
Page View                1500                                                         8282
Tabung Nuffnang        xde                                                      55.90 (alhamdullilah)
Tabung Heart             xde                                                      entahlah x check2pun          

Apa yang nak saya katakan, saya amat2 berbesar hati dan sangat2 bertuah diberi kesempatan untuk mengenali sebilangan kawan2 alam maya yang setia berziarah saban hari, sudi membaca dan meninggalkan jejak dan komen2 tanda sokongan.  Kadang2 hati dan jiwa saya  benar2 tersentuh apabila melihat kunjungan dan membaca komen2 dari kawan2 sepanjang tempoh 3 bulan ini. Terima kasih semua!


Apapun hari ini, entah mengapa, tiba2 saya rasa cam letih, lelah dan penat sangat2 and I think I should put a full stop for a while.  Back to my normal routine seperti sebelum ni dan bercuti dari berblogging buat seketika.  What say  U ols?. Ok tak ?

Saya nak tanya pendapat U ols semua.  Patut tak saya berhenti dari berblogging mungkin untuk satu, dua atau 3 bulan ni.  Dan sambung semula nanti bila waktu yang benar2 sesuai itu tiba.  (Ada U ols kesah, saya bukan blogger fofular pown kan!). Menantikan komen2 dari U ols semua!  Neway, ini satu2nyer entry saya untuk hari ini. (Akan tetap terjah and BW saja ari ni, kalau mampu). I need more time to think about this over and over again today and keputusannyer esok akan bergantung kepada komen2 dari U ols semua sepanjang hari ini !.  

Samada I will continue writing or let's us just hug here and say SAYONARA buat seketika di alam maya!. Wassalam.....   
              

Sunday, June 24, 2012

Bila Sang Adam Yang Digelar Lelaki Pulak Membebel

Jam belum pun pukul 12.00 tengahari.  But, saya dah siap setelkan kerja2 rumah.  Boleh siap terus masak lagi for lunch. Sayur campur kacang panjang, tempe, tahu dan cendawan, sambal ikan + kentang pedas, dan satu lagi paling simple ikan masin sepat goreng bawang. Taklah nanti En. Hubby tu2 bising bila balik dari kebun.  Kalau tak alamat peninglah kepala dengan bebelan dia.  Siapa kata orang lelaki ni tak membebel.  Selalu kalau membebel tu, mesti orang kaitkan dengan kaum hawa. Tapi sebenarnya, orang lelaki pun ada yang kuat membebel juga. ( Gambar bawah ni bukan lelaki2 yang kuat membebel ye, tapi peserta master chef celebriti yang sedang rancak bersiaran di TV sekarang ni. Kuat membebel juga ke mereka2 ni  ?) 

 ( bukan they all ni ye ! )



Kita mungkin juga terfikir, kenapa orang lelaki pun suka membebelkan.  Walaupun, ramai yang tak mengaku.  Sebabnya mereka membebel tanpa sedar.  Ada2 ajelah sebab dan alasan, kalau ditanya kenapa mereka membebel.
-  Salah satu cara melepaskan tekanan dan membebel bila perlu sahaja.
-  Bebelan orang lelaki lebih bersifat membina atau membetulkan kesilapan.
-  Orang lelaki lebih straight forward, tak simpan dalam hati, jarang merajuk so sebab tu mereka main cakap je (membebellah tu!).
-  Orang lelaki ni, kalau menegur lebih suka secara terus dan biasanya takkan ingat apa yang mereka telah mereka bebelkan.
-  Dah hangin satu badan bila isteri tak juga buat2 apa2 kerja yang disuruh, memang kena bebellah.
-  Orang perempuan pun apa kurangnya suka membebel juga so just give and take jelah (boleh !).

Memang tak boleh terima juga, kalau lelaki ni membebel tak tentu pasal.  Kekadang kita pulak yang membebel balik bila dah tak tahan.  Macam ni bila cerita nak habis!... Huhuhu...... What say Uols?

Acara Hujung Minggu Cuci Tingkap Sampai Berkilat!

Biasalah kalau cuti2 hujung minggu ni, banyak perkara 'ekstra' yang nak dibuatkan.  Antaranya, bersihkan dan cuci tingkap rumah yang kekadang lama dah tak berusik.  Kalau nak cepat kena buat aktiviti ini  secara beramai2lah kan!

Mula2 cuci dan tenyeh cermin tingkap rumah sampai ler bersih.  Lepas bilas. Check.  Masih kabur lagi. Tak berkilat.  Ok, then cuba pakai benda alah ini. TARA.............. Cuka Makan!

( DR GOOGLE)
Tuang satu sudu besar cuka makan dalam sebekas air.  Kacau2 dan kemudian bilaskan cermin tingkap itu semula.  Dah siap.  Pasti cermin tingkap jadi lebih berkilat dan tidak kabur lagi.  InsyaAllah. Cuba ajelah.  Baru je nak mula. OK..............Set............ Go!

Saturday, June 23, 2012

Betulkan Posisi Tidur Dulu & Good Night Semua!

( FROM GOOGLE )
Sengaja nak ingat - mengingatkan bahawa posisi tidur yang paling baik adalah bertumpu pada sisi kanan tubuh (menghadap ke kanan), kerana ianya lebih menyihatkan dari 3 posisi yang berikut ini.

Posisi Telentang : Tidur berbaring dengan posisi telentang kurang sihat, sebab ianya akan menekan atau menyesakkan tulang punggung kita, bahkan kadangkala akan menyebabkan kita kerap ke tandas ( bukan sebab kencing manis ye!)

Tidur Menelungkup  : Amat2 tidak baik untuk pernafasan kita. Tidak dibenarkan telungkup dengan posisi perut sebagai tumpuannya baik ketika tidur malam mahupun tidur siang. “Sesungguhnya (posisi tidur menelungkup itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla.”)

Posisi Kiri :  Tidur dengan bertumpu pada sisi kiri badan (menghadap ke kiri) akan menyebabkan himpitan pada  posisi jantung sehingga aliran darah akan terganggu serta aliran darah ke otak berkurangan. Dengan berkurangnya aliran darah ke otak dengan tidur pada posisi kiri dapat mengakibatkan kita sering mengalami mimpi-mimpi tidak baik (nightmares), serta berjalan dalam keadaan tidur (somnabulisme).

Apapun kalau dah tidur mati tu, memang dah tak tahu dan tak ingat mana dah posisi kita kan! He He He..... Nite kawan2!

(sumber pembacaan internet)

Peribahasa Pelanduk Dua Serupa - Bila Tersalah Tegur Malunya!!

Pernah tak Uols terserempak atau happen terjumpa somebody yang seakan2 sama paras wajah dengan salah seorang teman atau saudara mara kita.  Atau pernah tak, uols2 ade pengalaman menegur orang yang kita sangkakan kenalan kita.  Pernah ?  Saya pernah alami kedua2 pengalaman ini. Tertegur salah orang.  Malulah jugak masa tu. HeHeHe.  Sebabnya wajah mereka saling tak tumpah dah hampir2 sama dengan seseorang yang saya kenali.  Bak kata orang, Bagai Pelanduk Dua Serupa.  Maksudnyer, dua orang yang mempunyai wajah yang sama atau hampir sama.  Dan mereka bukan kembar serta bukan dari keturunan yang sama.

Contohnya macam artis kita yang satu ini, Ziana Zain and artis nun jauh kat  hollywood tu si J Lo.  Ramai yang kata mereka ini punya iras wajah hampir sama. Ye ke?.  Entahlah, tapi kata orang dalam dunia ini sebenarnya, ada 7 orang yang mempunyai wajah dan rupa yang sama. Katanye! Betul ke?

Cuba tengok yang ini...............

( DARI GOOGLE )

Dan gambar 2 yang ini pulak...............    Lepas tu Uols2 komen ye !

( PUN DARI GOOGLE )

Did U Know ? Khasiat & Kebaikan OREN

( ehsan cik google)

Sapa2 suka makan buah Oren sila angkat tangan ?.  Wah ramainya.  Sebab ianya senang untuk didapati dan harganya pula sangat2 berpatutan. Mampu belilah senang citer!. Sebalik semua itu , Oren juga sememangnya kaya dengan vitamin dan mineral, antaranya:

1.  Vitamin C
Vitamin C berperanan dalam pembentukan kolagen (komponen dasar pembentukan jaringan saraf dalam tubuh). Pembentukan kolagen yang baik sangat diperlukan untuk pembentukan ligamen, tendon, kulit, pembuluh darah dan tulang. Ia juga membantu proses penyembuhan luka.
Vitamin C juga berperanan menyerap zat besi bukan organik (zat yang bukan berasal dari haiwan) yang membantu mencegah anemia (kekurangan sel darah merah). Ia terbukti mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas yang mencetuskan pelbagai penyakit, juga mencegah pembentukan sel kanser.
Selain itu, pengambilan vitamin C ini berupaya mencegah kenaikan LDL (lemak jahat) yang merupakan faktor utama penyakit jantung. Ia juga bertindak sebagai agen antioksidan yang mampu melawan radikal bebas dan dapat mencantikkan kulit dengan memperkuatkan sel-sel kulit dan mempercepatkan pembaikpulihan jaringan yang rosak.

2.  Karbohidrat
Oren mengandungi karbohidrat dalam bentuk fruktosa, glukosa dan sukrosa. Serat di dalam karbohidrat melambatkan proses pengosongan perut, pencernaan dan penyerapan khasiat makanan. Oleh yang demikian, ia sesuai untuk sesiapa yang sedang berusaha menurunkan berat badan.

3.  Folat
Folat dapat menurunkan kadar homocysteine, sejenis asid amino yang merupakan racun bagi dinding pembuluh darah. Demikian, ia berupaya menurunkan risiko penyakit kardiovaskular.
Selain itu buah oren juga mengandungi potasium, kalsium, thiamin (vitamin B1), riboflavin (vitamin B2), niasin (vitamin B3), asid pantotenik (vitamin B5), vitamin B6 dan fosforus.
Tidak perlu banyak, sebiji oren bersaiz sederhana setiap hari adalah mencukupi untuk keperluan tubuh badan anda. Jadi, nak tunggu apa lagi? Makanlah oren hari ini untuk mendapatkan jantung yang baik, kulit yang cantik dan badan yang sihat!

Pendek kata buah oren ini mempunyai kaitan dengan kesihatan jantung kita, penglihatan, pelalian dan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser.  Di samping memiliki kelebihan sebagai antioksidan, membantu perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah. Hebatkan !

Jom makan buah Oren sebiji hari ni!. Tak payahlah nak tunggu sampai Tahun Baru Cina tiba untuk makan buah Oren free. Hu Hu Hu

(Sumber google dan pembacaan internet )

Entry awal2 pagi ini, sambil tonton EURO 2012 boleh gitu ! hehehe

Friday, June 22, 2012

Lawaknyer Jawapan Teka Teki Main Tembak

Petang tadi, masa dok sedap mengadap minum petang cucur ikan bilis+bawang panas2 yang sempat saya buat untuk anak2 waktu hujan tu, tiba2 yang si kecil tu buat teka teki dan suruh saya jawab.

Adik :  Ummi jawab ye kalau pandai
Me : Ok...
Adik : Teka teki teka takok ular mati dalam mangkok... aaaa apa dia
Me : ( Terus jawab tanpa pikir lagi ) Ubat nyamuk
Adik : Salah lah Ummi
Me : Betullah! ubat nyamuk kan mati bila kita letak dalam mangkok
Adik :  Bukanlah Ummi, salah!
Me :  Abis apa?
Adik : Mee Maggilah, kan maggi tu cam bentuk ular
Me :  Eh, ye ke! Hihihi
Adik : Yelah....
Abang : Ubat nyamuk tu teka teki lainlah. Yang tu ular mati hisap rokoklah Ummi
Me :  He he ... betullah silap dengar soalan adik tadi!
Adik :  Tulah Ummi, len kali pikirlah dulu betul2 sebelum jawap tu
Me :  Bertuah punya anak!

So, moral of the story adalah, dengar soalan betul2 kemudian fikir betul2 sebelum jawab apa2 soalan, walau semudah manapun soalan itu. Aduhai saya pun dah pening ni!  HU HU HU

Smile Lebar2 & Happy Weekend

Tak sangka ye, sesunguhnya senyuman itu juga punya kebaikan2 yang tersendiri antaranya :-.

- meningkatkankan sistem imun kita dan jadi bertambah baik
- melegakan stress
- mengurangkan kesakitan
- menurunkan tekanan darah
- menjadikan wajah awet muda dan anggun
- menukar mood tidak selesa or sedih kepada suka dan gembira serta banyak lagi.

So, jangan lupa senyum, kerana senyuman itu juga satu sedekahkan. Tapi kena ingat, bukan senyuman palsu atau dibuat2 ye kawan2, but senyuman yang benar2 ikhlas.  Cheer up your days and keep smiling !!!. Jangan lah pulak tersenyum2 sendiri  hanya sebab esok cuti !.

( GOOGLE LER)



6 Tahun Faizal Tahir Dalam 60 Minit

Anda peminat Faizal Tahir !  (Superman tu.... syhhhhhhhh)

Faizal Tahir. Satu nama yang tak perlu diperkenalkan lagi.  Bermula dengan satu kumpulan Nasyid Nirwana (kalau x silaplah) sebelum mengundur diri untuk bergelar penyanyi solo. Dirinya mula menonjol selepas bergelar naib juara One In A Million yang disandang si manis Suki.  Di dalam pertandingan realiti tv inilah bakat luar biasa yang ada pada Faizal Tahir begitu terserlah. Dan Malaysia mula memandang bakat besar seorang anak muda bernama Faizal Tahir.  Namun beberapa insiden selepas itu, seakan cuba menenggelamkan bakat beliau.  Tapi itulah, kalau sudah tertulis rezeki beliau, dengan kejayaan terbesar beliau meraih beberapa kemenangan dalam Anugerah Juara Lagu 23 pada tahun 2008, Persembahan Terbaik juga Vokal Terbaik menerusi lagu "Sampai Syurga' sekaligus meletakkan nama Faizal Tahir dalam kelasnya yang tersendiri. Persembahan hebat dan kemenangan bergaya yang cukup2 superb dan awesome bagi saya. Dan kejayaan demi kejayaan yang menyusul kemudiannya, terus meledak dan membuatkan nama beliau meniti di bibir peminat2 seni tempatan. Kejayaan yang berjaya diraih selepas itu membuktikan kehebatan satu2 nya Faizal Tahir.

Bertolak dari kejayaan2 itulah bersama pengalaman yang dihimpun selama 6 tahun, Faizal Tahir julung kalinya akan mengadakan Konsert solo beliau yang pertama pada 1 Julai,2012 hari Ahad bertempat KL Live Kuala Lumpur dalam satu persembahan yang dijanjikan pasti hebat selama 60 minit. So, kepada semua peminat2 Faizal Tahir jangan lupa cepat2 cari tiket konsert sebelum kehabisan.  Takut menyesal nanti.  (Hajat hati nak pergi juga tapi En Hubby tu jawabnyer.......... sori sorilah nanti !). Info tiket di www.ticketpro.com.my.

Sejujurnya saya sendiri sangat2 meminati lagu "SYAMPAI SYURGA" ini yang dinyanyikan dengan cara yang tersendiri oleh Faizal Tahir.  Dan menjadi antara lagu wajib sessi suka suki karaoke bersama anak beranak sehingga hari ini. Tak suka?...... Layannnnnnnnn jelah!

                                                              (  credit : youtube.com )

Sentiasa BerWaspada & Berhati2 Wahai Kawan2Ku...

 
Artikel ini wajib dibaca semua pemandu kereta tak kira lelaki atau perempuan!

Kisah ini di ambil dari forum carigold.com..
Kisah ini terjadi sekitar jam 9 malam tadi setelah diminta oleh isteri yang sedang sarat mengandung untuk membelikan nasi goreng. Terbayang wajah isteri yang sedang kelaparan di rumah, saya memecut laju sedikit.

Setibanya di hadapan Petronas SKVE menghala ke Shah Alam/Banting, sebuah kereta Wira menghentam kereta saya dari belakang. "Bam!" Lantas saya berhenti ke tepi. Keadaan agak gelap walaupun banyak kereta sedang melalui lebuhraya tersebut.

Seorang lelaki berbangsa India turun dari kereta tersebut yang berhenti di belakang. Lagak jalannya macam gengster dengan tubuhnya yang besar. Saya buka tingkap dan tanya "Apa sudah jadi?"

"Brek tada makan la, bang!" katanya sambil memandang pada belakang kereta saya. Saya masih berada di dalam kereta.

"Macam mana ni, bang? teruk ni.. kemek ni.." katanya sambil menggaru-garukan kepalanya.

Saya jadi serba salah juga, nampak muka mamat ni macam betul-betul bersalah. Namun saya juga teringat kisah-kisah 'langgar dan rompak' sebegini. Untuk keselamatan saya masih bertahan di dalam kereta.

"Bang, boleh turun tengok tak kalau boleh setel kat sini ke?" umpan mamat tu.

Saya pun jadi tidak menentu, antara mahu turun dan lihat atau teruskan berada di dalam kereta.

"Mari tengok ni bang, kemek jugak ni. Kena settle ni.." tambah mamat tersebut.

Saya pun matikan enjin kereta. Tarik nafas dalam-dalam dan beristighfar. Kemudian saya buka pintu perlahan-lahan. Lain macam pula rasa di dalam hati ni, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Saya terus tutup pintu kereta dan meminta nombor telefon mamat tersebut.

Pada mulanya mamat itu macam gabra semacam untuk berikan no telefonnya kemudian dia minta saya tunggu sekejap dan dia terus ke keretanya di belakang.

Setelah itu dia berikan no telefon kepada saya untuk saya salin. Katanya itu nombor kawannya seorang lagi yang berada di dalam kereta.

"Besok saya call" kata saya.

"Tak nak turun tengok ke ni, bang?" tanya mamat tersebut.

Saya gelengkan kepala dan terus memecut ke hadapan. Saya perasan ada sebuah kereta Proton Perdana berhenti di hadapan sedikit dari tempat saya berhenti tadi.

Setelah sampai di restoran di Taman Equine, saya turun dan terus memeriksa belakang kereta saya.

Apa yang saya dapati ialah LANGSUNG TIADA SEBARANG KEROSAKAN!

Menggeletar lutut setelah mengetahui situasi yang amat menakutkan berlaku sebentar tadi. Alhamdulillah tiada sebarang perkara yang buruk terjadi.

Kepada rakan-rakan, semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita termasuk saya sendiri. Nyawa lebih penting dari kerosakan kereta yang tidak seberapa.

Memang kita akan berasa geram, marah atau bengang sebab yang dilanggar itu adalah sebuah kenderaan yang kita bayar setiap bulan. Tetapi pertimbangan juga HARUS diberikan kepada keselamatan nyawa sendiri.

Semoga menjadi iktibar kepada kita semua.

Seri Kembangan, 10:15 malam, 1 jam setelah kejadian, 18 Jun 2012

*****************************************************
Bumper belakang kereta bersifat 'anjal' tambahan perlanggaran berlaku sewaktu dua-dua kereta sedang berjalan. Untuk menjawab persoalan mengapa ada bunyi hentaman tetapi tiada sebarang kerosakan.


Amalan Yang Bagus Sewaktu Kehamilan

Salam Pagi Jumaat!.  Macam biasa di hari yang mulai ini kongsikan apa2 perkongsian yang baik2 saja ye!

( Share dari FB )

Bagus sangat2 untuk diamalkan sepanjang kehamilan.  Moga dipermudahkan hingga selamat melahirkan nanti. InsyaAllah ye!.  Kalau nak tau petua2 berkenaan kehamilan, leh tengok kat koleksi MY PETUA SAYA .

Thursday, June 21, 2012

Nukilanku : Andai Malam Ini Dan Esok!


GOOGLE
Andai Malam Ini
Dapat Ku Petik Bintang2 Yang Bertaburan Di Langit
Sambil Berzikir Memuji Ciptaan Mu Ya Allah
Dan Berselawat Atas Nama Kekasih Mu Nabi Muhammad S.A.W
Akan Ku Persembahkan Satu Persatu Bintang Itu
Untuk Semua Sahabat2 Dan Kawan2
Yang Tetap Setia Berkunjung
Singgah Menjenguk Laman

GOOGLE
Dan Andainya Esok Hari
Dapat Ku Kutip Bunga2an Yang Tumbuh Mekar
Dengan Warna2 Menawan
Sambil Mengucap Syukur Atas Kurniamu Ilahi
Serta Mengimbas Sejarah Para Nabi
Akan Ku Hadiahkan
Satu Persatu Pada Teman2
Tanda Perhargaan Ingatan Tak Padam
Atas Ikatan Di Namakan PERSAHABATAN !

Al-Kisah Lucu Bedak Sejuk

( google )
Uols2 semua pernah pakai tak bedak sejuk macam ni.  Kata orang elok kalau pakai kat muka.  Nanti muka jadi bersih, licin dan lebih cerah.  So, my second daughter pun asked me to buy one for her. But dah disponsor pown oleh her untie Mak Uda.  Dan macam biasalah,  my bongsu daughter yang paling2 sibuk nak tau apa ke bende and apa pulak kegunaan bende alah yang dipanggil bedak sejuk tu.

Adik :  Bedak ni untuk apa Angah?

Kakak :  Kalau pakai ni nanti wajah kita lebih cerahlah! Putihlah nanti....

Adik :  Betul ke ? Adik nak cuba boleh tak?

Kakak : Tak payahlah.

Adik :  Ala, bolehlah Angah!

Kakak :  Oklah, cepat baring sini Angah buat.

Adik :  Tengoklah Ummi, adik nak buat rawatan muka ni. Nanti muka Adik lebih cerah, boleh putih nanti Ummi

Me :  Yelah tu

After few seconds later...........

Kakak :  Ok dah siap cuba tengok kat cermin tu!

Adik :  (Menjerit dan menangis )  Angah , kenapa muka adik putih sangat ni.  Adik tak naklah, Angah buat muka  Adik macam ni!. (Menangis dengan kuat !)

Kakak :  Memang lah camtu nanti kita cuci dia bersih  hilanglah ...Kata nak putihkan!

Adik : ( Sambil menangis) Adik taknaklah,  ini putih lain lah.... Macammana ni Angah (terus menangis)

Me : (Nak tergelak pun ada ).  Cepat pergi cuci  muka Adik kat bilik air..

Adik : ( Menangis terus sambil ke bilik air).

Me :  Tulah, len kali jangan nak cuba semuanya...

Adik : (Masih menangis). Adik nak putih sikit aje, mana adik tahu jadi putih sangat sampai macam tu.  Adik taknaklah.. Itu dah putih terlampau2 sangat lah Ummi ! (Mula berhenti menangis)

Me :  Ha Ha Ha

( fr google )

(Budak2 sekarang semuanya dia nak cuba  bereksperimen !)

Saya Join Giveaway SyieMazlan

Dalam sibuk2 berblogging ni , tersinggah lah pulak kat blog ni  dan  cam terasa ada interest lah pulak nak  join sekali . Ni  banner dia   >>>>>>>>>>>>>>>>>>>

  Nak TAG DUA kekawan blogger ............... siapa ye ????.......

 OK 



JugA
Semua2 yang baca entry ni ! He He He

Giveaway ini bermula dari 10/6/2012 dan bakal berakhir pada 1/7/2012.  Dun worry, banyak lagi masa tu. Dan the lucky winner akan diumumkan pada 5/7/2012  nanti!
Kalau u olls out there nak tau lebih lanjut  pergilah singgah jenguk
 Dan

JJCM & Iqram Dinzly Apa Kes?

Wah3, TV3 membuat pertukaran yang paling drastik kali ini.  Selepas Awal Ashari diumum pengacara baru Melodi bersama Zizan Razak, kini giliran Iqram Dinzly pula disambar pihak TV3.  Katanya, beliau diangkat sebagai pengacara baru rancangan Jalan Jalan Cari Makan.

 ( google image )
Jalan Jalan Cari Makan, satu program rancangan yang memperkenalkan tempat2 makan yang best, istimewa dan menarik yang begitu popular di TV3 sejak dari dulu lagi.  Dengan pertukaran pengacara yang bersilih ganti, sehinggalah kini tiba giliran pelakon Iqram Dinzly.  Bolehkah rancangan yang sinonim dengan Maria Tunku Sabri (I like waktu dia mengacara dolu2) ini terus gah bersiaran dan kekal mencuri perhatian peminat2 tempatan.

Mampukah Iqram membawa JJCM kembali seperti zaman kegemilangannya sebelum ini.  Dua pengacara Shiha Mentor dan Iqbal Mazlan yang sebelum ini yang menggantikan Qi Razali, dikritik hebat gara2 dikatakan gagal mengacarakan rancangan tersebut dengan baik.  Bagaimanapun kedua2nya menolak andaian bahawa pengunduran mereka berpunca dari sebab2 itu, tetapi mengatakan kesibukan jadual kerja lain yang padat, membuatkan mereka terpaksa mengundurkan diri.

Apapun, kita tengok jelah nanti bagaimana JJCM yang baru bermula 1 Julai , 2012 ini. Akan bersiaran seperti biasa di TV setiap Ahad, jam 12.00 tengahari. Tak ler minat sangat dengan teman tapi mesra pelakon cantik Fauziah Gaous ni. Tapi, still nak wish, all the best to you ......Iqram Dinzly!

Apa itu JPAM ? Dan Apa Tugas Mereka Sebenarnya ?

Saja2 nak berkongsi informasi di pagi Khamis ni!.

My second daughter join badan beruniform ni kat sekolah.  Wat happened beberapa hari lepas, dia tanya saya soalan macam kat atas tu.  Terdiam ler jugak sekejap.  Tahu sebenarnya tapi sebelum nak jawab tu, kenalah cari betul2 dan explain kat dia kan.. So, nampak ler cerdik sikit mak dia ni. HuHuHu. Details lagi boleh cari dan baca kat sini  TENTANG JPAM  or JABATAN PERTAHANAN AWAM.
( civildefence.com)

Fungsi Pertahanan Awam

Berikut adalah fungsi pertahanan di dalam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia :
  • Menggubal dasar – dasar yang sesuai mengenai Pertahanan Awam.
  • Mengelola dan menyelenggara Angkatan Pertahanan Awam melalui perkhidmatan sokongan dan logistik yang memadai.
  • Melatih dan mendidik orang ramai mengenai Pertahanan Awam supaya mereka dapat menerima dan memberi tindak balas yang sewajarnya kepada program yang penting bagi Keselamatan diri mereka.
  • Mengubah dan menyusun jenis-jenis latihan yang sesuai bagi Angkatan Pertahanan Awam mengikut keadaan semasa.
  • Menyediakan khidmat bantuan kecemasan dan talian 999 di seluruh Negara.
  • Melakukan tugas–tugas menyelamat dan menyelia mangsa bencana dan kemalangan di seluruh Negara.

Peranan Pertahanan Awam

  • Melatih seramai mungkin rakyat yang mempunyai pengetahuan dalam aspek keselamatan dan Pertahanan Awam - Seksyen 3(2)c Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221).
  • Mengelola, menubuh, menyenggara, melengkapi, melatih dan mendisiplin Angkatan dan Perkhidmatan Pertahanan Awam - Seksyen 3(2)a Akta 221.
  • Melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi menjamin keselamatan nyawa, orang atau harta benda penduduk awam sekiranya berlaku atau akan berlaku bencana serta memudahkan pemulihan mangsa selepas bencana tersebut-Seksyen 8(1) Akta 221. 

Kita pun boleh memohon untuk menjadi Sukarelawan  JPAM ini kalau berminat .  Bila explain panjang lebar cenggini kat dia, mesti my second daughter tu ternganga2 nanti and angguk2 sambil cakap OOOOOOO. HeHeHe.  Taklah nanti bila ditanya apa itu JPAM, kita jawab lak macam ni, kalau ada Ular besar boleh panggil mereka tangkap, atau kalau  tetiba air banjir masuk rumah, boleh panggil JPAM tolong.  Sebab skop kerja dan peranan mereka lebih luas lagi sebenarnya. Ok sampai sini dulu pagi ni ye!

Tuesday, June 19, 2012

Minum Susu Untuk Tidur Lena Dan Nyenyak

Post entry petua terakhir malam ini sebelum masuk tidur.  Susu selain bagus untuk kesihatan tulang, juga baik untuk membantu kita tidur lena. Betul ke dengan minum susu suam sebelum tidur, kita akan dapat menikmati tidur yang lebih lena dan nyenyak.  Sebenarnya, tiada kajian saintifik yang dapat mengesahkan kebenarannya.  Cuma dari pengalaman orang2 yang telah mencuba, mengatakan kaedah ini berjaya membuatkan mereka tidur dengan lebih lena.
( CIK GOOGLE )
Apapun dari sudut psikologi pula, kita pasti akan teringatkan zaman2 waktu kita masih kecil2 bersama ibu, dimana setelah diberikan susu oleh ibu kita, pasti kita akan tidur dengan lebih tenang dan lena selepas itukan.  So, terpulanglah, tak salah mencubakan.  Tak rugi apa2pun!.

Oklah, bahasa pun dah berterabur ni.  Sebut pasal tidur2 ni, mata jadi layu dengan sendirinya. Jadi...................Salam & Nite !  Sentiasa akan doakan yang terbaik untuk kita semua.

Petua MacamMana Nak Jadi Bintang Termahal

( Kosmo Online )
Walaupun hari ini hari Selasa takkan satu hari nak dok entry pasal petuakan.  Nak juga post entry2 lainkan.  Takut kawan2 yang baca jadi bosan pulak. Tapi masih tak lari dari tema PETUA hari ini.

Baca kat Kosmo Online tadi. So macam biasa share dengan u ols juga!

KE tepi Shah Rukh Khan dan Salman Khan! Gelaran bintang termahal di Bollywood sebenarnya milik aktor veteran tersohor, Amitabh Bachchan. Amitabh juga telah mencatat sejarah apabila dia meraih kontrak bernilai puluhan juta ringgit yang disifatkan sebagai paling mahal pernah dicapai oleh pelakon di Bollywood.
Ia berikutan program TV yang dihoskan Amitabh, Kaun Banega Crorepati kini meraih populariti menggunung dalam kalangan penonton.
"Kaun Banega Crorepati adalah program TV yang sangat popular sekarang ini di India," ujar sumber kepada Daily Bhaskar.
Tambahnya: "Sebab itu, penerbit tidak teragak-agak untuk menawarkan kontrak baharu yang cukup lumayan."
Laporan tersebut menyebut Amitabh telah menandatangani kontrak untuk tiga musim baharu kuiz tersebut

So, PETUAnyer, kalau nak jadi bintang termahal kena tunggulah bila usia kita dah tua  (ni Amitabh Bachchan bagitau (He He He just joking! ).  But dia memang terbaik.  tetap unggul dari zaman waktu muda2 dulu berlakon dengan Zeenat Aman hinggalah sekarang.  Syabas buat pak mentua Aishwarya Rai ni ye!.

Sambung Petua Daging - Cara Nak Melembutkan Pulak

Oklah. Bila dah post entry tentang cara nak segarkan daging adalak yang bertanya cara nak lembutkan daging tu. Ok untuk Daddy Ziyyad  saya sharekan yang ini pula.  Jangan lupa bagitau Puan Wife ye. He He He ( Bapa Mithali ni ! )

( google image )

Petua yang pertama, biasanya apa yang orang kat kampung2 buat specially masa kenduri kendara rebuskan daging tu dengan meletakkan daun nangka (bahagian pucuk) ataupun daun salam masa memasak daging tu. Bila agak2 dah empuk bolehlah keluarkan daun tersebut dan masak macam biasa. Memang daging cepat empuk!

Tapi kalau kat bandar, susah sikit lah nak dapatkan daun2 ni kan.  So, petua paling senang.  Ambik je, sebatang dua sudu ataupun garpu besi lebih sikit pun xpe.  Lepas tu bubuh je sekali dalam masakan atau rebusan daging tadi .  Mesti daging cepat lembut.  Cubalah!

Yang lain2, kalau ada petua juga cara2 lembutkan daging bolehlah share sekali. Dialu2kan...........


Segarkan Kembali Daging

Salam Selasa Untuk Petua !. Mesti ada petua baru hari Selasa.

Kadang kala bila ke pasar tu dan terbeli banyak sangat segala jenis ikan, ayam dan daging bagai.  Terpaksalah disimpan separuh dalam peti sejuk. Takkan nak dimasak semuakan, pada satu masa.

( CIK GOOGLE )

Walaubagaimanapun, daging kalau dah tersimpan lama dalam peti sejuk memang tak bagus selain dah kurang sedap rasanya. Malah kadang2 daging agak berbau. Tapi janganlah dibuang begitu saja.  Sayang dan membazirkan.  So cuba buat cara ini.  Senang aje.  Ambil beberapa biji buah mentimun.  Parutkan mentimun tersebut dan kemudian gaul dan ramaskan dengan daging tersebut.  Biarkan dulu seketika.  Kemudian cuci dan bersihkan.  Bolehlah dimasak daging itu seperti biasa selepas itu.  InsyaAllah daging takkan berbau, lebih sedap dan segar.  Selamat mencuba ye !

Petua2 saya ni, biasanyer daripada pengalaman sendiri, pembacaan, mahupun dari kawan2 dan orang2 tua yang lebih berpengalaman dan sentiasa saya titipkan di sini untuk perkongsian kita bersama.

Monday, June 18, 2012

Dear Friends.....Words That Makes Me So Touched Today!

Petang2 ni rasa syahdu lak pulak. 

Kata orang berkawan biar beribu, berkasih biar satu.  Tapi nak mencari teman sejati itu bukan mudah.  Ramai akan sudi menjadi kawan ketawa, tapi tak ramai yang akan setia bersama kala susah menerpa.  Saat kita perlukan seseorang untuk memberi kita semangat untuk bangkit dari jatuh.  Sudi menemankan kita bertatih hingga mampu bangun semula.  Menjadi bahu tempat dimana jatuhnya airmata kita.  Terlalu sukar untuk mencari sahabat seperti ini. Saya pernah alaminya sendiri. Dan telah belajar dari pengalaman itu.  Kita hanya akan kenal sahabat sejati bila musibah terjadi. 

Harap2 ada teman2 blogger yang akan menjadi antara sahabat2 sejati saya,  sekurang2nya sudi  dan sentiasa memberi dorongan serta sama2 saling sokong menyokong dalam dunia saya yang serba baru ini, walau mungkin ikatan persahabatan itu hanya di alam maya hingga akhir nyawa kita!  Moga Allah swt memberkati dan merahmati kita semua ! Amin.....
 ( VIA GOOGLE )

Terbaru Tentang Oki Setiana Dewi

Oki Setiana Dewi!. Ataupun Anna (dalam filem lah)...............

 ( CIK GOOGLE )
Suatu nama yang tidak boleh dipisahkan kalau kita bercakap tentang Filem "Ketika Cinta Bertasbih" yang begitu popular suatu ketika dulu.  Saya sangat2 menghormati dan kagum dengan beliau kerana, walau bergelar pelakon popular tetapi masih tetap kekal dengan penampilan ayu bertudung.  Sangat sejuk mata memandang wajahnya.

Biarpun sebelum ini Oki yang merupakan anak kelahiran Batam Indonesia ini mengakui, dia bukan seorang Muslimah sejati malah mula menutup kepalanya hanya selepas usianya mencecah 16 tahun, namun dia mempelajari lebih banyak ilmu agama sejak membintangi filem Ketika Cinta Bertasbih.

Filem itu berjaya menobatkan namanya sebagai Pendatang Baru Wanita Terbaik dan Pendatang Baru Wanita Popular menerusi Indonesia Movie Award 2010.  Walau sekuel kedua filem itu tidak sehebat sambutan filem yang pertama, Oki yang masih lagi solo, tetap terus cemerlang membina nama dipersada seni Indonesia.

Ini terbaru tentang beliau di KOSMO ONLINE. Bacalah!


Tahniah, dah jadi penulis novel yang hebat juga beliau kini.. Moga beliau terus sukses!

Jom Join Bloglist Cik Bunny

Saya ditag oleh salah seorang kawan WANTIE.  Jadi dah terjebaklah ni, so just follow ajelah. He He He

Banner cute die!



Berminat nak tau dan nak join sama2......... SEMUA ADA KAT LINK INI !



1st GiveAway .:: Memori Terindah ::. By HaryatiFaizal"

Memenuhi jemputan salah sorang kawan blogger.  Tahniah dari saya !  Blog dia dah berusia setahun.  Ni lah banner dia. Simple but serious giler cantikkan! Saya sangat2 suka !




Kalau ada yang berminat nak turut serta dan nak tau caranyer,   BOLEH KLIK KAT SINI YE!. Hope ada luck kali ini......................

Peribahasa Bagai Murai Tercabut Ekor

Happy Monday N salam semua. Macammana cuti semalam?. Me, penat but happy !

Aktiviti hujung minggu macam biasalah, cuma ditambah dengan extra aktiviti2 masak memasak.  Sebabnya ramai pulak yang balik dan berkunjung ke rumah minggu ini.  My sister satu family, then my another 2 sisters menambahkan lagi keriuhan, with another 2 brothers yang dah memang join sekaki. Pastu my Sister in Law & family ( my hubby's younger sister) turut datang berkunjung.  Cam dah hari raya lah pulak semalam. Riuh dari pagi hingga ke malam.

Dan biasalah yang paling bising dan banyak cakap tentulah my bongsu daughter tu.  Dok sibuk mengendalikan cousin2 dia tuk sessi main dan makan.  She kalau part bercakap2 memang macam bertih jagung non stop.  Ada2 je yang nak diceritakan.

Harap2 bila besar nanti taklah jadi macam burung murai tercabut ekor.  Tahu tak apa dia, maksudnya seorang perempuan yang banyak bercakap hehehe. Tapi kalau nak jadi DJ radio tu takpelah.  Masyukkkkkkkkk!

Apapun, bercerita tentang burung murai, teringatkan satu iklan ini yang meninggalkan kesan yang mendalam pada saya.  Tentang kasih sayang seorang ayah!.

                                                                  (credit : youtube)

Neway, tq to all my sisters, brothers, anak2 buah, nazirah, daniel, danish yang cute, najwa dan farhana yang comel sebab menceriakan suasana hari minggu !  Nanti kita gader2 lagi ye.

Sunday, June 17, 2012

Tanggungjawab Bapa Moden Lebih Mencabar... Setuju Tak ?

Salam Israk Mikraj & Selamat Hari Bapa!

Bagi saya antara tanggungjawab bapa yang utama adalah sebagai pelindung, tukang cari makan sama2 (walau sikit), penghibur serba boleh dan juga sebagai adiwira dalam hidup anak2.Tak lupa sebagai sahabat sejati buat sang isteri.  ( Lebih sangat ke permintaan saya ni ?). 

Bukan mudah menjadi seorang bapa yang baik sebenarnya. Bapa dulu dan kini amat2 bebeza. Peranan dan tanggungjawab bapa moden sekarang ini lebih mencabar. Dengan zaman serba moden dan kecanggihan teknologi maklumat dihujung jari tanpa sempadan. Nak mengawal dan memastikan kejayaan hidup dan anak2 bukan suatu benda yang mudah untuk dilaksanakan. Mungkin senang untuk bergelar bapa, tapi tidak semudah itu untuk menjadi bapa terbaik untuk anak2 tanpa melupakan kebahagiaan hidup sendiri bersama pasangan.

Tabik spring saya pada semua yang bergelar bapa, ayah, abah, daddy, papa, babah, ayah mahupun walid, yang berusaha keras untuk menjadi bapa terbaik untuk keluarga.

Sempena hari bapa yang disambut hari ini, ucapan selamat hari bapa untuk En. Hubby (tq setia waktu susah dan senang), MY FIL (sudi terima sebagai anak menantu seadanya) and semua bapa2 diluar sana.  Bukan kata merayakan untuk hari ini sahaja (setengah kata tak boleh sambut), kerana remember ye, setiap hari adalah hari bapa cuma hari ini adalah hari bapa yang paling2 istimewa di antara hari2 itu.

Buat Arwah Abah..................................... Alfatihah!.  Moga Israk & Mikraj tahun ini, akan membawa kesedaran dan keinsafan yang lebih buat kita !

  (FROM GOOGLE )






Saturday, June 16, 2012

Muhasabah Diri .... Dan Selamat Malam !

Sebelum tidur dan melelapkan mata, baik juga kalau kita bermuhasabah diri.  Cari apa2 yang perlu kita tambah dan perbaiki.  Mungkin dari sudut ibadat, mahupun dari sudut penambahan ilmu atau apa juga yang kita rasakan perlu. Fikirkan apa yang kita sering lupakan.  Mungkin kerana kesibukan kerja kita lupa untuk luangkan masa bersama anak2 dan keluarga.  Atau dek kerana kesibukan juga, kita lupa untuk mendoakan ibubapa dan keluarga atau terkadang lupa pada yang SATU!.  Selagi nyawa dikandung badan, selagi itu kita masih punya masa untuk memperbaiki diri dan kembali ke jalan yang benar.  Moga hari esok akan menjadi suatu hari yang lebik baik untuk kita dari hari ini!. 

Saya dah maafkan semua orang malam ini dan mohon maafkan saya juga, andai ada bahasa yang menyinggung perasaan kawan2 semua selama saya berblogging sehingga ke hari ini.  MEMBERI MAAF ITU UBATkan.  Kita tak tahu apa yang ada dan telah dijanjikan untuk kita esok !.

Tinggalkan kawan2 dengan ucapan ini .............................................................. awal sikit malam ni!

( cik google )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...