THE OTHER SIDE OF KESUMA ANGSANA: 2012-06-03

Tabung Masa Depan ...

Saturday, June 09, 2012

Antara Johan & Zizan, Mana Lebih Lawak ?

Entry lambat hari ni sebab bb semput cam siput.  Aduyai siap salah publish lagi sorry......

Belum terlambat rasanya nak ucapkan tahniah pada Zizan kerana berjaya bergelar Juara Super Spontan.  Juga pada Johan yang menjadi Naib Juara.  Dua nama yang punya peminat2 & pengikut2 yang tersendiri.  Popular dengan trademark mereka JOZAN bermula dengan rancangan Raja Lawak Astro, kedua-duanya mendaki puncak kerjaya dengan begitu cemerlang hingga kini.

 ( Google image)
Sedikit info ringkas tentang mereka dari carian google :-

Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz atau popular sebagai Johan Raja Lawak merupakan seorang pelawak dan pengacara popular Malaysia. Beliau mengacarakan program realiti Raja Lawak sejak musim kedua setelah memenangi tempat ketiga pada musim pertama. Beliau merupakan peserta Maharaja Lawak serta dinobatkan sebagai naib juara Maharaja Lawak. Beliau juga seorang penyampai radio Era.Fm dan mengendalikan riuh pagi era berasa Ray dan Hanif. Mereka bertiga dikenali sebagai JoHaRa pagi Era. Johan adalah anak saudara pelawak veteran,Salleh Yaakub. Johan juga adalah pemenang bagi kategori Artis Komedi Lelaki Paling Popular (ABPBH 2011). Johan sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ozlynn (Rozlinawaty Ismail) sebelum Johan bergelar selebriti lagi (katanya !).
 
Zizan Raja Lawak atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak ialah seorang pelawak, pelakon dan pengacara Malaysia. Beliau dilahirkan pada 15 April 1984 dan berasal dari Dungun, Terengganu. Beliau merupakan anak bongsu daripada dua beradik. Beliau ialah naib juara Raja Lawak musim pertama. Beliau juga merupakan peserta Maharaja Lawak dan bergandingan dengan Johan serta dinobatkan sebagai naib juara Maharaja Lawak. Menjadi pengacara tetap Melodi yang baru dan bergelar pengacara lelaki TV paling popular  dalam ABPBH baru2 ini.

Menariknya lagi, kedua2 mereka popular dengan filem hantu. Johan (Hantu Kak Limah Balik Rumah) and Zizan (Hantu Boceng). Bukan nak melaga2kan kedua nya ya!  Frankly speaking, saya sedikit lebih sukakan lawak Johan berbanding Zizan, bukan menidakkan bakat Zizan cuma saya lebih sukakan idea2 lawak Johan yang bagi saya bernas dan berwawasan (anyway, it's a lawak only ye).  But satu yang pasti, saya memang suka lawak JOZAN. Bagi saya mereka terbaik! Bila Johan & Zizan bergabung menjadi JOZAN, meletop kebabomm!!!.  Mereka sebenarnya saling lengkap melengkapi antara satu sama lain!. 

Apa pula pendapat dan pandangan anda ? Siapa yang lebih anda minati ? 

A Thousand Years By Christina Perri

Dengar kata, dia buat konsert kat Malaysia dua hari lepas dan katanya lagi memang best!.  Entahlah, tak ler minat sangat kat dia but, my second daughter lak minta giler kat lagu dia yang ni, so just buat2 layan je! (Kekadang tersilap juga antara dia and Kate Perry ....huhuhu)



Oklah buat kita dengar2 waktu weekend2 cam ni, sebab wording lyric dia menarik jugak!


Friday, June 08, 2012

Aduh, Nia Ramadhani, Tahniah !

Setelah selamat melahirkan bayi perempuan di rumah sakit Pondok Indah Jakarta pada 2 June, 2012 yang lalu, akhirnya Nia Ramadhani dibenarkan pulang bersama bayi kecilnya yang bernama Mikhayla Zalindra Bakrie pada Selasa yang lalu. Telahpun menyiapkan kamar buat si kecil mereka yang bertemakan warna soft pink. Menurut Nia, masih banyak yang perlu dia pelajari untuk mengurus sang buah hati dan memerlukan bantuan dari ibunya serta orang2 yang lebih berpengalaman.

Masih ingat lagi bila dia berlakon dalam sinetron Bawang Putih, Bawang Merah yang popular sangat2 dulu ! Cerita yang membawa fenomena yang besar di Malaysia ketika itu.  Tak suka, tak suka dengan Bawang Merah ... Hu Hu Hu

Kelihatan lebih berisi tapi masih tetap cantik.  Anyway, tahniah Nia Ramadhani & suami ! Wah,  nama baby : Mikhayla Zalindra Bakrie, berbelit lidah lak nak menyebut.

(credit mijamedia.com)

(Sumber berita & gambar credit : mijamedia.com)

Mana Lebih Utama Bakat Atau Rupa ?

Di Malaysia ni, kata orang kalau nak jadi artis or celebriti mesti lengkap dengan pakej.  Harus cantik and wajib bersuara merdu untuk penyanyi.  Kalau pelakon lak, mestilah cantik dan punya karisma tersendiri.  Betul ke?.  Kalau takde semua tu, jangan harap nak popular. Ye ke?. Masalahnya kekadang bila dah cantik tu, berlakon lak keras macam kayu.  Pastu kalau menyanyi pulak, muka dan gaya dah ada, bila bukak je mulut, suara aduyai ke laut !.  Bagi saya, Datuk Siti Nurhaliza antara penyanyi yang datang dengan pakej lengkap, wajah cantik dan suara merdu yang di kira bonus!.  But for me juga, Azlan (The Typewriter) walau tak berapa punya rupa tapi dia juara dari segi suara.  Memang power suara dia!

( Fr google )
Begitu juga celebriti2 dari luar negara. Dan paling saya kagumi adalah Oprah Winfrey. Kalau nonton program bual bicara beliau  memang lekat dah dan tak berganjak2 dah.  Memamg best dan tersendiri. Dikenali sebagai wanita berkulit hitam dan imej gemuk, beliau berjaya mengenepikan semua kekurangan itu dan menempatkan diri beliau dalam dunia glamour penyiaran yang selama ini dikuasai oleh orang berkulit putih.

Oprah Winfrey pernah berjaya menguruskan badannya sebanyak 60 pounds sewaktu zaman kemuncak kerjayanya dan menjadi inspirasi kepada ramai orang, namun mungkin Oprah umpama yoyo yang senang naik dan turun sehinggalah tubuh beliau kembali gemuk semula.  Apapun paling saya salute, dalam keadaan begitu, Oprah yang sememangnya dikenali dengan keyakinan diri yang tinggi, tetap terus laku dan digemari hingga kini. Bukan kerana tubuh atau rupa, tapi kebolehan dan bakatnya yang luar biasa. Itu yang jadi No. 1 dan utama!

So,  apa pendapat anda bakat atau rupa yang lebih penting ??  Tepuk dahi, tanya lah cik hati...................

Saja Nak "Berbaik Hati" Jumaat Ni !

Salam Jumaat semua ! Ada yang masih berpuasa Rejab ?. Alhamdulillah.
 

Sebab hari ini Jumaat, niat nak buat sesuatu yang baiklah untuk hari ini.  Bukan nak promote blog kawan yang satu ni tapi sebab dah berjanji akan tulis sedikit entry tentang blog dia ni jika berkelapangan (atau waktu2 ketandusan idea untuk entry hehehe). Kalau lembu dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinyer kan!. Oklah, nak citer kat you all semua alkisah. Baru-baru ini, saya ada joint satu segmen kat kawan blogger ni. INI TUAN TANAHNYA

Biarlah saya panggil dia AA (bukan Azwan Ali yer no no no) but Azrul Azmi... cam dekat2 je kan nama dia!.  Dia mencari blogger2 yang berminat untuk join bloglist June. Saya angkat tangan cepat2 nak join blog list dia. HuHuHu. So, alhamdulillah dah tersenarai pun untuk bloglist Bulan June ini. TQ to u, AA!

From my point of view, blog dia best juga, banyak informasi pelbagai serta punya gaya dan cara penulisan yang berbeza. Satu lagi, blog dia tidak terlampau "berlebih-lebih" kata orang tu macam sesetengah blog yang dah macam Krismas Tree kekadang. He He He (pandai je komen blog orang). To AA, cuma nak komen yang background blog tu saya x berapa nak gemarlah.  Mungkin untuk saya saja, mungkin yang lain2 suka sebab manusia ni kan berbeza2 rasa dan citarasanya. Apapun keep it up AA! and thank you for being one of my ALAM MAYA friend.

To all those kawan2 yang singgah, komen atau dah follow, please tinggalkan link URL you all yang betul dan tepat, so that saya boleh singgah dan follow you all back immediately. Terima kasih!

Wish You All Happy blogging!

Thursday, June 07, 2012

1st Segment By: Amy Fendi

Macam biasa bila ada masa 'free2' sikit saya suka joint segmen2 cenggini.  Ni banner dia.  Suka suki tak?


Cara2 nak turut serta tu and apa2 yang you all (termasuk saya) akan dapat, kenalah pegi gali dan cangkul sendiri dari tuan tanah kat link dia ni ha>>>>Cekidout !!!!!

Tag je lah kawan2 blogger saya ni... (jangan mare ya)

Kalau agak2 ada masa tu jemput2 dan sila2lah joint sekaki ye!. Dan  Ini Penting yer  : Tarikh Tutup
4 July 2012 pada pukul 12 Tengahari.  Panjang lagipun masa.  Jom4 kita joint2! 

Congrat tu Mrs Nurul Deep!

Dengan hanya dengan sekali lafaz dan berwalikan hakim, penyanyi cantik hitam manis, Noorulhuda Abd Wahab, 35, atau nama komersialnya Nurul Wahab, secara rasminya telah menjadi isteri kepada jejaka Perancis, Eric Daniel Depp, 47 atau Eric Depp. Nurul Wahab telah selamat diijab kabulkan dengan Eric Depp dalam upacara akad nikah serba ringkas yang telah diadakan di Dutches Place, Jalan Ampang,  tengahari semalam .  Baca entry saya sebelum ini tentang  *Nurul Bakal Nikah Baru*

(credit mystar online)
Majlis akad nikah hanya dihadiri lebih kurang 200 tetamu jemputan terdiri dari sanak saudara, rakan2, rakan2 artis dan wakil2 media serta tak ketinggalan satu2nyer anak Nurul dari perkahwinan yang terdahulu, Ayu. 

Apa yang menariknya, majlis ini diacarakan oleh dua teman rapat Nurul Wahab iaitu personaliti TV dan juga penulis lagu popular Shah Shamshiri yang turut ditemani artis Ieda Moin dengan menggunakan tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Perancis.

Sekali lagi tahniah dan Selamat Pengantin Baru Nurul, dan moga perkahwinan kali ini kekal hingga ke hujung nyawa! Amin.................
 

Pernah Makan Buah Durian Belanda? Banyak Khasiat Tu


Buah ni dipetik dari halaman rumah my FIL masa balik ke sana baru2 ini. Durian Belanda punya rasa yang berbeza dari durian2 biasa. Rupa kulit dan isinya juga tak sama. Sayapun, tak berapa makan buah ni tapi menurut kata orang, buah Durian Belanda sangat2 berkhasiat dan  hampir 10,000 kali lebih baik dari kemoterapi untuk penyakit kanser.  Wallahualam. (Mengikut kajian lah)

Yang saya tahu dan nak sharekan kat sini, adalah kegunaan Daun Durian Belanda ni.  Kalau kat rumah tu ada kaum kerabat Cik2 Siti, ambil aje daunnyer dan letakkan di tempat2 yang anda suspek menjadi tempat Keluarga Cik Siti beriadah tu.  Insyallah, tak de lah lagi Cik2 Siti sekeluarga berkeliaran di dapur or kawasan rumah anda.  Cubalah!

Opps... lupa  lak, lagi satu kata one my blogger friend <lydsunshine.blogspot.com> Daun Durian Belanda juga boleh digunakan untuk meredakan demam panas sepertimana daun limau purut dan daun bunga raya.  Apapun, kalau nak cuba, silakan!

Wednesday, June 06, 2012

Wordless Wednesday ! Kisah Nenek Kebayan @ Kosmo Online

( Credit Kosmo Online)
Baca more @ SINI YE!

Wordless Wednesday 2 - Teringin Lak Nak Ngap2 Ni Lagi Hari Ini ! Sila2



Wordless Wednesday - Lagu Pembakar Semangat Untuk Buat Kerja Lepas Cuti2 Malaysia


Wordless Wednesday Yang Tak Berapa Nak Wordless !

Nak cerita panjang2 pun, penat tak hilang lagi.  So, layan je gambar sepanjang percutian saya hari tu .... Banyak yang nak diupload tapi rasa tak perlulah... nanti readers baca, sampai nak muntah lak ! Huhuhu (peace.....)

DAY ONE - ( Jejalan  Dulu kat PANTAI Cherating , Pahang )

DAY ONE - ( Belek2 Key Chain for my two daughters yang sibuk, nak bagi kekawan , huh borong habis they all @ Cherating Beach, PAHANG, tu belum citer pasal beli T-shit2 lagi.... me dah rabak )
DAY ONE  - ( Tiba di Negeri Trengganu, Darul Iman )
DAY ONE - ( Memang unik giler Bas kat Trengganu , cam rupa rumah dah ! )
DAY ONE  - Cantik nyer langit on the way to KUALA BESUT Trengganu , Cam burung helang lak)
DAY TWO - ( JJCM makan Sata yang sedap kat sinilah, PANTAI BISIKAN BAYU, Pasir Putih, Kelantan )

(Dah siap resort ni, nak try check-in next time !  @ PANTAI BISIKAN BAYU )

DAY TWO - ( Cari Ikan Segar di TOK BALI, KELANTAN )
DAY THREE - ( Prepare barang hantaran, sebelum ikut rombongan menghantar pengantin di Gua Musang,  Kelantan) with my MIL and sister2  IL
DAY THREE -(  Selamat  Menerima Menantu Untuk my BIL & family  )

DAY THREE - Makan Ikan Bakar yng best @ Pasir Putih KELANTAN ,  Tu Ha My son & En. Hubby sibuk memilih2 !

DAY THREE - NI ha,  Ikan Kerapu, Ikan Merah N Sotong yang sedap, segar  dan murah walau waktu dah larut malam !
DAY FOUR - Memenuhi Jemputan kahwin, my son ex-teacher Cikgu Mazlan @ SALOR, Kota Bharu Kelantan
DAY FOUR - Selamat Pengantin Baru Cikgu, Tq dari kami sekeluarga atas undangan di FB !
 ( Yang ini on the way balik dari Gua Musang di KUALA KRAI (kalau tak silap lah) dan singgah minum petang sambil makan roti canai dalam cuaca hujan lebat... Roti, kari dan dalca dia memang sedap .. Eh eh... WANTIE Punyer Kedai Ke ?? He He He )

DAY FIVE - Berangkat balik... malas nak citer sebab warghhhhhhhhhh jammed giler!.. Ada kes lori terbalik, kes kereta rosak ler , road block lagi and kemalangan2 sepanjang perjalanan balik.... tension giler!

Tuesday, June 05, 2012

Aduyai ! Pecah Perut !


 
Ni gambar dalam kereta waktu memandu pulang bercuti baru2 ini.  Macam biasa, my bongsu daughterlah yang jadi tukang amik gambar dari belakang ni sambil mulut dia tak henti2 bercakap macam bertih jagung. (Masa kecik2 dulu terlebih bagi makan kismis kot! hi hi hi)

She :    Eh, jauhkan dari Selangor nak pergi Kelantan ni.
My hubby :    Memanglah.
She :    Abahkan lahir kat Kelantan, macam mana Abah boleh sampai kat Selangor Ha?
My hubby :    Nanti adik tanyalah Tok Mek!
She :   Tak payahlah, Adik tau dah!
My hubby :   Apa die ?
She :  Mesti Abah ni lari dari rumah kan kan?
Me :    Ha Ha Ha, mana ada!
She :   Yelah sekarang ni kan ramai budak2 lari dari rumah...
Me:    Apa2 jelah adik ni!

( Budak2 kecik pun tahu pasal kes lari2 dari rumah yang banyak sangat sekarang ni!)

Damai Setenang Noorkhiriah

Back to work hari ni dengan hati yang sebu. Dah ler penat sesangat, pastu tengok pulak kerja atas meja yang bertimbun2 dan  nak kena siapkan today untuk monthly meeting ... esok ? Haru nye.  Tapi hati jadi tenang bila baca citer terbaru tentang penghijrahan pelakon NoorKhiriah ini.  Sejuk aje rasa hati.  


Tahniah moga akan kekal dalam imej ini hingga ke akhir nyawa, Amin... Lanjut you all boleh baca kat sini ye! NOORKHIRIAH @ Kosmo.

Yakin boleh...............

Monday, June 04, 2012

KISAH MISTERI Batu Hampar Sarang Harimau

Akhirnya sampai jua dengan selamat @ my home sweet home even dah lewat malam2 ni.  Internet pun dah back to normal tapi since masih penat simpan dulu citer2 tentang cuti2 malaysia saya tu.  Lama rasanya, tak kongsikan cerita2 misterikan.  Oklah, malam ini saya nak sharekan citer yang ini!

Nampak tak gambar kat bawah ini!


Kat kawasan kebun ini sebenarnya terdapat satu batu hampar besar yang bergaung.  Ceritanya begini. Dulu2 kawasan perkampungan ini selalu diganggu oleh seekor harimau yang sering berkeliaran dan menyebabkan ramai orang kampung tidak berani keluar ke kebun untuk menoreh getah.  Sedangkan itu merupakan mata pencarian utama penduduk kampung pada masa itu.  Oleh kerana sudah tidak tahan lagi dengan gangguan harimau yang tersebut, maka penduduk2 kampung telah bermuafakat untuk memasang perangkap.  Seekor lembu telah diletakkan di atas batu hampar yang tersebut sebagai perangkap harimau.

Keesokan harinya, beberapa penduduk telah datang ke gaung tersebut dan memang benar harimau tersebut telahpun terkena perangkap dan berada di bawah gaung tersebut di atas kawasan batu hampar itu.  Keputusanpun diambil untuk membunuh saja harimau yang tersebut.  Malangnya, tidak ada seorangpun dikalangan orang2 kampung yang berani untuk membunuh harimau itu.  Puncanya kerana mereka sendiri, tidak pasti samada ianya benar2 seekor harimau ataupun seekor HARIMAU JADIAN.  Sudahnya, mereka membiarkan saja Harimau itu terperangkap di batu hampar yang tersebut hingga berpuluh2 tahun masa berlalu. Bagi mereka harimau yang terperangkap itu tidak mungkin akan dapat keluar dari lembah bergaung itu. Dan tanpa punca makanan pasti lambat laun ia akan mati juga. Tetapi sejak dari peristiwa itulah, tidak ada sesiapapun yang berani berada di kawasan tersebut hinggalah ke hari ini.  Sebab itu, bila En. Hubby tebas dan bersih2kan kawasan kebun ini, semua orang terkejut dan bertanya2.  Takde ke benda2 pelik berlaku?. Alhamdullilah, takde pulak apa2 yang terjadi setakat ini. Ramai orang masih percaya kewujudan harimau jadian itu hingga kini, walau kita tidak dapat melihat dengan mata kasar kita sebagai manusia. Wallahua'lam.

Tapi, ada satu lagi cerita di kawasan kebun ini yang akan saya sharekan di lain entry.  Penuh misteri dan benar2 berlaku di depan mata !.  So tunggu ye! Salam & Nite Semua....................

Sunday, June 03, 2012

Penjagaan Mata Di Depan Komputer

Pernah alami masalah macam ini tak?. Bila pandangan kita seakan2 kabur. Apatah lagi setelah berjam2 mengadap screen komputer ataupun screen cik lappy tu!. Tengok papan keyboard pun nampak huruf dah cam blur2 je! (contoh blur2 macam kat bawah ini) kejap nampak kejap tak nampak!



Yang pastinya, bukan anda seorang saja. Ramai juga yang alami masaalah yang sama. So, jangan lupa rehatkan mata kita sekurang2nya 10 minit selepas mengadap screen tu.  Cuba pandang benda2 yang paling jauh boleh you all nampak.  Paling penting posisi duduk juga perlu diambil kira. Jarak antara kita dan screen tu kalau boleh biarlah di antara 50- 100 cm) ikut keselesaan kita lah.

Kalau ada kaca mata anti radiasi tu pun pakai2lah. Simpan pun buat apa ke kan!. Tapi paling2 penting bila berhenti sekejap tu, buatlah senaman ringkas untuk melonggarkan otot2 terutamanya bahagian pinggang dan punggung so kita akan rasa lebih relak dan selesa sebelum meneruskan lagi taipan jari jemari di keyboard tu.  Happy blogging you all ! ( saya masih lagi bercuti ni... see u!)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...