THE OTHER SIDE OF KESUMA ANGSANA: 2012-06-24

Tabung Masa Depan ...

Saturday, June 30, 2012

Jalan2 Ke Melaka Hari Ini ! Aku Terpaksa Dan Dipaksa HeHeHe

Andai roboh Kota Melaka
Papan di Jawa hamba dirikan
Pandai sungguh si bongsu berbicara
Kerana terpaksa saya turutkan ..... Boleh pantun ni!

Hari ini dipaksa (hehehe) ikut menemankan si bongsu tu mengikuti rombongan Pra-Sekolah, yang membuat lawatan ke bandar bersejarah Melaka. Tak nak pergi dengan orang lain kecuali dengan Ummi, katanya. (Terpaksalah kan!). So, maaf andai x sempat nak update blog, and BW laman kawan2 ye. Fuh ! mesti penat ari giler ni........ Belum pergi lagi, dah siap tanya, Buaya kat sana tu buaya hidup ke buaya tipu2  je? (sambil sengih2)

( GOOGLE )
Doakan selamat semuanya ye!.... SALAM...

Friday, June 29, 2012

Petua Doa Waktu Kita Sedih & Berdukacita

Kerana ramai sangat yang bersedih duka hari ini, saya nak kongsikan sesuatu yang istimewa.
Apa yang nak kongsikan di sini sangat2 istimewa, sesuatu yang saya memang amalkan. Semua orang ada masa2 yang kita rasa down kan.  Hidup tanpa masalah memang xde adventurelah kan. Susah senang, sedih, rasa gelisah, dan cabaran serta ujian2 yang datang itu semuanya ada hikmah disebaliknya. Cuba, amalkan doa ini, InsyaAllah, jiwa akan rasa lebih tenang dan kesedihan itu akan beransur2 hilang !.





Tahniah Buat Irma Hasmie Kini Dah Bergelar Isteri !

Dipetik dari Rotikaya.com 

Sekitar jam 3.40 petang tadi 29/6/2012, Irma Hasmie sah bergelar isteri kepada Reza Syah Azmeer dengan dua kali lafaz & pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Ibrahim Othman.

Ada juga berita gembira hari ini sebalik yang sedih2 tu.  Tahniahlah buat Irma Hasmie dan pasangannya.  Moga kekal hingga ke akhir hayat ye !.


Credit :  Rotikaya.Com

Janganlah Bersedih Duhai Kawan! I'll Always Be There For You!

Kenapa hari ini ramai sangat yang bersedih.  Baca kat blog kawan2 pun ada yang tengah bersedih. Kalau tak pun, ada yang tulis tentang cerita2 sedih!  Hari ini hari sedih sedunia ke?

Lepas tu pulak, tengah2 lunch tadi, dapat call dari one of my old colleague.  She's a Chinese Sarawakian. Let me start the story about her first ye! Dia salah seorang rakan yang terpilih bersama2 saya, untuk working on one big tender yang bermillion2 valuenyer few years back.  We all bekerja bersama2 another few staffs, together with my immediate boss now dan juga few Ausie staffs from another partner that is based in AUS.

We have to spend time working on the tender preparation, work late most of the time , and standby for almost 24 hours to gather all the information for tender bidding. Kadang2 terpaksa korbankan cuti weekend juga. Again, kena  working so hard during tender clarification, sebab waktu M'sia and AUS yg berbeza terpaksalah kerja di office hingga ke subuh.  Tetapi semua pengorbanan itu benar2 berbaloi, when we won the tender.  She and me, together with few staffs and also few staff from the other partner performed a team to manage the project. I was then the Project Administrator.

Rasanya, on the 2 year during construction time, she resigned.  Reason why, she need to go back to her hometown in Sarawak to look after her old parents.  As a friend even I'll miss her then, I'll support her on whatever decision that she had made.  She'll try to get a job there in Sarawak, that is nearer to her parents home. That's what her plan is.
 
She called today, saying she's in KL now for a week and wanna see me. She told me this :
She :   I've resigned from my previous company.  So many politics there. I can't stand lah!
Me :   I think every office also sama leh!.  Sure got politic one, even a bit2!
She :  You know what, I really missed you when I'm working there.  There's nobody there that I can turn to when I've problem.
Me :   You dun hv any friend there ma?
She :   Most of them are so selfish.  You dun know who to trust and whom can be trusted also!
Me  :  Really ?
She :  You know I missed someone like you, who are really supportive, understanding, know how to differentiate between work and personal things, always willing to help each other and the best part is you always spare your shoulder for me to cry on ! ( She was almost cried at that them !)
Me :   Maybe you need some time.  You'll find one good friend, one day! 
She ;  No,lah, if there is an award for the best colleague I have ever had, I would like to give it to you!.  I really missed you and always hope you are here !
Me : ( I burst into tears already)... Your darling is there right! You can look for him!
She :  Yes, but it's not the same,  I really need someone like you!
Me :   (Speechless)................

(That's are part of the long telephone conversation hari ini.  Ada sikit2 kena alter kat part2 tertentulah ye!).

Menarik nafas panjang2 saya selepas talian dihentikan.  I got nothing to say now!.........Apa yang boleh saya katakan, for you my dear friend, saya akan sentiasa mendoakan yang terbaik dalam hidup awak! All the best dear !  And remember I will always be there for you!

Memori waktu bekerja bersama2 dulu -Jane & Me ( waktu tu saya preggie yg ke 3)


(Maaf, kalau bahasa2 saya dok berterabur sakan...... harap2 faham lah ye!

Penggunaan MasyaAllah dan Astaghfirullah

Salam Jumaat semua !

Entry hari ni, saya pinjam dari FB. Untuk renungan kita bersama!


Saya terpanggil untuk menulis sedikit tentang perkara ini yang pada kebelakangan ini terlalu banyak digunakan salah pada tempatnya terutamanya di dalam cerita-cerita/drama-drama di dalam TV dan juga di dalam kehidupan seharian. Terdapat banyak blog yang telah menulis tentang ini tetapi saya terpanggil juga untuk menegur atau membetulkan apa yang salah.

Mari kita memahami maksud-maksud ayat di bawah:

» MasyaAllah – Allah Maha Agung
» Astaghfirullahhal’azim – Aku memohon keampunan Allah
» SubhanAllah – Maha Suci Allah
» Nauzubillah – Kami memohon perlindungan Allah
Jadi penggunaan “MasyaAllah” ketika berhadapan dengan situasi yang tidak elok adalah salah dan tidak diajarkan. Yang patut kita lafazkan ialah “Astagfirrullahhalazim” ataupun “Innalillah” (Kepada Allah kita kembali) ataupun “Nauzubillah”.

Kebanyakkan yang saya perhatikan, menggunakan “MasyaAllah” ketika terlihat perkara-perkara maksiat terutamanya wanita-wanita yang tidak menutup aurat. Ini banyak berlaku di dalam TV. Sepatutnya, kita beristighfar (memohon keampunan Allah) apabila melihat perkara-perkara yang di tegah Allah.

Jika kita melalui/melihat sesuatu perkara yang menggembirakan kita ataupun perkara-perkara yang hebat lagi ajaib, maka sebutlah “SubhanAllah”.

p/s: Jadi, jom kita sama-sama menggunakan perkataan-perkataan tersebut di tempat yang sepatutnya ♥♥♥ 


SUMBER: (http://myibrah.com/penggunaan-masyaallah-dan-astaghfirullah)


Thursday, June 28, 2012

SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST JULAI HAZWAN HAIRY


Memenuhi pelawaan salah seorang teman blogger.  Tq dik for invitation!.  Mudah je caranye :-

Mula2 letak banner ni


Lepas tu >>>>>>>Jom Terjah Yang Ini!

Dan bagi tau je, kekerapan berblogging.... 
For Me.... Saban hari, mesti ada je lah cerita2 yang nak dikongsi2... HeHeHe

Tarikh last boleh join : 30 June, 2012 ini. 
JOM JOIN SEKALI!

Sasha Saidin Pula Mohon Cerai

Baru je baca, tentang kisah Raja Azmi dan bekas jaguh badminton negara Jalani Sidek yang sah bercerai talak satu semalam.  Hari ini, seorang lagi celebriti tempatan mengesahkan telah membuat permohonan cerai. Sasha Saidin bekas ahli kumpulan Elite dulu !. Beliau  mengaku yang ketika ini,  memang mahu bercerai dengan suami beliau, Salyo Priyanto Nutosoemarsono. Untuk makluman, pasangan ini telah bernikah pada 11 November, 2007 dan ini merupakan perkahwinan yang kedua buat Sasha, yang juga merupakan kakak kepada artis Zain Saidin.  Melalui perkahwinan ini juga, mereka telah dikurniakan seorang cahayamata yang comel. ( Sayang sungguh, andai perkahwinan ditakdirkan berakhir! Kasihan pada anak tu!)
 
 ( FROM GOOGLE )
Lanjut boleh baca kat sini ye KosmoOnline

Doakan saja yang terbaik untuk mereka ye!

Sesuatu Yang Anda Perlu Tahu Tentang Autism!


Mungkin ada yang dah tahu, dan mungkin ramai juga yang masih tak tahukan tentang Autism ini. Info yang ingin dikongsikan dari salah seorang rakan di FB.
Autisme adalah suatu gangguan neurobiologis yang terjadi pada anak di bawah umur 3 tahun. Gejala yang   nyata adalah gangguan dalam bidang perkembangan: maksudnya perkembangan interaksi dua arah, serta perkembangan perilaku. Bagaimanapun perlu diingatkan  bahawa autisme BUKANLAH suatu penyakit mental.

Autisme boleh  terjadi kepada siapa saja, tidak mengenal keadaan sosial ekonomi serta latar belakang intelektual keluarga, budaya serta bangsa. Autisme lebih sering dialami oleh anak laki-laki daripada anak perempuan. Perbandingan antara anak laki-laki dan anak perempuan yang mengalami autisme adalah 4:1. Kecerdasan anak-anak autisme sangat bervariasi, dari yang sangat cerdas sampai yang sangat kurang cerdas dan beberapa diantaranya bahkan memiliki bakat khusus tertentu. Bahkan Albert Einstein juga salah seorang daripadanya!

So , just share info di atas untuk kita sama2 mengenal tanda2 awal Austism.

Info :   ( pembacaan internet & FB )

Tuesday, June 26, 2012

Rose Tu Kan Warna Merah ! Lucu2

Santai2 petang Selasa tapi yang ni bukan pasal petua ye!. Cerita ni ringkas aje. Cerita waktu balik bercuti ke kampung En Hubby, school holiday hari tu.

My MIL baru dapat menantu baru. Nama dia Che Rose. Untuk pengetahuan semua yang tak tau lagi, my hubby asal from Pantai Timur, Negeri Cik Siti Wan Kembang.

Saya : Eh, kenapa Mek panggil menantu baru tu Meroh (merah), bukan ke nama dia Rose. Kenapa tak panggil Mek Rose je?
En. Hubby : (Dengan selambanya) Entah,  rose tu kan warna dia merah, so Mek panggillah dia Merah !
Saya : Oh! camtu ke.. (Masih Tak puas hati)

Beberapa hari kemudian  saya tanya pula pada my SIL.

Saya :  Eh, kenapa Mek panggil Menantu baru tu Meroh (merah) , bukan ke nama dia Rose.  panggil jelah Mek Rose!
My SIL :  Ha Ha Ha bukan Meroh (merah) lah. Mek panggil dia Mek Rose.  Tapi dah dalam slang Kelantan, tu yang jadi Meroh, Meroh tu! Bukan Merah......................
Saya :   La, ye ke! Ha Ha Ha


( GOOGLE )
Moral of the story, kena lebih belajar lagi part dialek2 orang2 belah Pantai Timur ni.  Yang peliknya, En. Hubby sendiripun tak berapa nak reti, camner. Siap boleh cakap lagi, Rose itu kan warna merah, sebab tulah panggil Meroh!.  Ha Ha Ha

Petua Petang - Limau Nipis Pelbagai Guna

Kongsi petua yang mudah lagi sebab hari ni hari Selasa.  So, selagi ada petua akan dikongsikan pada setiap Selasa.

Kalau dalam entry petua2 saya sebelum ini, dah banyak kali tulis tentang khasiat dan kegunaan limau nipis ni. Cuba baca PETUA INI  Ataupun PETUA YANG INI JUGA 
Tapi, saja nak kongsikan satu lagi khasiat limau nipis ni.  Selain bagus untuk rawatan kulit kepala dan menghilangkan kelemumur, limau nipis juga bagus untuk melegakan sakit kepala.  Caranya ambil sebiji buah limau nipis.  Perahkan dalam secawan air suam dan minum.  Sentiasa mulakan dengan bismillah dan selawat.  InsyaAllah, sakit kepala akan reda dan rasa lega.  Setiap satu dan apa saja yang telah Allah swt ciptakan itu ada sebab, manafaat dan kegunaannyakan!

( google ler )

Kegunaan Asam Jawa Or Tamarind

Petua Di hari Selasa.  Yang mudah2 saja ye hari ini.

( Fr Google)
Antara kegunaan asam jawa :-

1.  Melegakan sakit tekak dan batuk. (Minum jus asam jawa yang dibuat sendiri).
2.  Menghilangkan hanyir ikan dengan mencuci menggunakan asam jawa. 
3.  Menampal kuali bocor.  Kalau kuali anda bocor (yg kecil ye). Ambil asam jawa. Pastikan tiada biji ye.  Kemudian sapu dan tampalkan pada bahagian belakang kuali atau tempat yang bocor tadi.  InsyaAllah, anda boleh memasak seperti biasa tanpa kebocoran selepas itu.
4.  Menghilangkan lebam benjol di kepala kalau anak2 terjatuh atau terhantuk sesuatu.  Sapu dan tampalkan asam jawa dan biarkan seketika. Kemudian boleh cuci dan bersihkan.  Cubalah! Asam jawa juga mudah didapati dan hargapun murah!

Petua2 dari pengalaman sendiri, kawan2 dan pembacaan.

That's What Friends Are For ! SESSI LUAHAN RASA

Maaf entry hari ini agak terlambat sikit, memikir dan tak tahu nak mulakan bagaimana sebenarnya!.  Maaf juga kalau entry ini agak panjang meleret.  Kalau bosan baca, komen2lah ye.

Selama hampir seharian semalam, memikirkan apa yang patut saya lakukan. Banyak perkara yang saya ambil kira antaranya kekangan kerja yang akan bertambah (insyaAllah another project on the way to be handle) dan project yg dah in-hand sekarang ni, mampukah saya nak menjengah blog nanti dan nak jenguk2 laman kawan2.  Mampukah saya menyajikan informasi yang bagus dan bermanafaat untuk semua dalam keadaan itu nanti.  Rasanya tidak adil bagi kawan2 kan. Saya jenis orang yang kalau membuat sesuatu itu, akan buat secara bersungguh2 dan tak reti nak buat sambil lewa saja. Dan saya akan pastikan hasilnyer nanti, baik dari segi kerja atau apa jua, adalah yang terbaik mampu saya lakukan. Namun sesuatu yang paling mengharukan adalah, sokongan dari kawan2. Menitis air dari hujung mata membaca komen2 kawan2 semua. Menyeka air mata yang tak sedar tumpah kala membaca komen2 yang ditinggalkan!.

Sesungguhnya, saya amat2 sayangkan satu2nya blog saya ini, sangat2 hargai persahabatan yang dibina bersama teman2 yang singgah berkunjung tanpa henti. Walau kekadang N3 merapu je yang dapat saya titipkan.  Kekadang rasa bersalah pun ada.  Sepatutnya sebagai tuan rumah kita perlu hidangkan sesuatu yang indah dan menarik untuk tetamu kan!. Saya beruntung punya kawan2 blogger yang baik2 dan sentiasa saya rindukan untuk singgah laman dan nak baca cerita berbaru tentang mereka!.

Apapun sekali lagi, jutaan terimakasih kepada kawan yang singgah meninggalkan komen dalam N3 saya semalam tu, SAYANG KAMU SEMUA Muah Muah Muah. ( kalau ada yang saya terlepas pandang mohon maaf.  List ini sehingga N3 ini ditulis pagi ini ).

(google)

Momo 

dan semua2 walau cuma singgah lalu serta setia menjadi pembaca dan pengunjung  laman saya ini.  Yang pasti atas dorongan dan sokongan anda semualah, KESUMA ANGSANA akan terus berblogging lagi. Tujuan saya berblogging sebenarnya lebih kepada kerana rasa ingin berkongsi sesuatu, dan setiap tulisan datang dari jiwa saya yang tulus ikhlas bukan kerana mengejar populariti atau wang ! Kalau adapun, itu saya anggap satu bonus. Sebab itu, kalau ada yang bertanya bagaimana nak dapat income dengan cepat, saya tak tahu bagaimana nak menjawabnya, kerana cara saya, setiap kali saya singgah di laman kawan2, InsyaAllah saya akan klik2 apa2 jua iklan yang ada dilaman mereka.  InsyaAllah mereka akan lakukan perkara yang sama juga bila singgah menjenguk kita.

Tapi, tapi tapi.........Andaikata, ada masa2 entry saya cam nan hado je, and tak dapat nak jenguk kawan2, harap2 dapat memahami ye. (That's what I call break time yek!).  Kadang2 kita terpaksa mendahulukan apa yang lebih utamakan. But  blog ini dan kawan2 tetap di hati!

Thank you again, kerana mengajar saya erti 'That's What Friends Are For"! ...............



Monday, June 25, 2012

Review KesumaAngsana - Continue or .. Let's Hug & Say SAYONARA Buat Seketika!

Salam Pagi Isnin semua !

Hari ini 25 June, 2012, genap sudah 3 bulan saya berblogging.  Hari ni juga nak review blog saya sendiri untuk tengok apa yang dah dicapai setakat hari ini.

                                 Target                    Pencapaian Setakat Hari Ini (sewaktu N3 ditulis)

Post N3                      90                                                            307
Kawan2                      50                                                            345
Page View                1500                                                         8282
Tabung Nuffnang        xde                                                      55.90 (alhamdullilah)
Tabung Heart             xde                                                      entahlah x check2pun          

Apa yang nak saya katakan, saya amat2 berbesar hati dan sangat2 bertuah diberi kesempatan untuk mengenali sebilangan kawan2 alam maya yang setia berziarah saban hari, sudi membaca dan meninggalkan jejak dan komen2 tanda sokongan.  Kadang2 hati dan jiwa saya  benar2 tersentuh apabila melihat kunjungan dan membaca komen2 dari kawan2 sepanjang tempoh 3 bulan ini. Terima kasih semua!


Apapun hari ini, entah mengapa, tiba2 saya rasa cam letih, lelah dan penat sangat2 and I think I should put a full stop for a while.  Back to my normal routine seperti sebelum ni dan bercuti dari berblogging buat seketika.  What say  U ols?. Ok tak ?

Saya nak tanya pendapat U ols semua.  Patut tak saya berhenti dari berblogging mungkin untuk satu, dua atau 3 bulan ni.  Dan sambung semula nanti bila waktu yang benar2 sesuai itu tiba.  (Ada U ols kesah, saya bukan blogger fofular pown kan!). Menantikan komen2 dari U ols semua!  Neway, ini satu2nyer entry saya untuk hari ini. (Akan tetap terjah and BW saja ari ni, kalau mampu). I need more time to think about this over and over again today and keputusannyer esok akan bergantung kepada komen2 dari U ols semua sepanjang hari ini !.  

Samada I will continue writing or let's us just hug here and say SAYONARA buat seketika di alam maya!. Wassalam.....   
              

Sunday, June 24, 2012

Bila Sang Adam Yang Digelar Lelaki Pulak Membebel

Jam belum pun pukul 12.00 tengahari.  But, saya dah siap setelkan kerja2 rumah.  Boleh siap terus masak lagi for lunch. Sayur campur kacang panjang, tempe, tahu dan cendawan, sambal ikan + kentang pedas, dan satu lagi paling simple ikan masin sepat goreng bawang. Taklah nanti En. Hubby tu2 bising bila balik dari kebun.  Kalau tak alamat peninglah kepala dengan bebelan dia.  Siapa kata orang lelaki ni tak membebel.  Selalu kalau membebel tu, mesti orang kaitkan dengan kaum hawa. Tapi sebenarnya, orang lelaki pun ada yang kuat membebel juga. ( Gambar bawah ni bukan lelaki2 yang kuat membebel ye, tapi peserta master chef celebriti yang sedang rancak bersiaran di TV sekarang ni. Kuat membebel juga ke mereka2 ni  ?) 

 ( bukan they all ni ye ! )



Kita mungkin juga terfikir, kenapa orang lelaki pun suka membebelkan.  Walaupun, ramai yang tak mengaku.  Sebabnya mereka membebel tanpa sedar.  Ada2 ajelah sebab dan alasan, kalau ditanya kenapa mereka membebel.
-  Salah satu cara melepaskan tekanan dan membebel bila perlu sahaja.
-  Bebelan orang lelaki lebih bersifat membina atau membetulkan kesilapan.
-  Orang lelaki lebih straight forward, tak simpan dalam hati, jarang merajuk so sebab tu mereka main cakap je (membebellah tu!).
-  Orang lelaki ni, kalau menegur lebih suka secara terus dan biasanya takkan ingat apa yang mereka telah mereka bebelkan.
-  Dah hangin satu badan bila isteri tak juga buat2 apa2 kerja yang disuruh, memang kena bebellah.
-  Orang perempuan pun apa kurangnya suka membebel juga so just give and take jelah (boleh !).

Memang tak boleh terima juga, kalau lelaki ni membebel tak tentu pasal.  Kekadang kita pulak yang membebel balik bila dah tak tahan.  Macam ni bila cerita nak habis!... Huhuhu...... What say Uols?

Acara Hujung Minggu Cuci Tingkap Sampai Berkilat!

Biasalah kalau cuti2 hujung minggu ni, banyak perkara 'ekstra' yang nak dibuatkan.  Antaranya, bersihkan dan cuci tingkap rumah yang kekadang lama dah tak berusik.  Kalau nak cepat kena buat aktiviti ini  secara beramai2lah kan!

Mula2 cuci dan tenyeh cermin tingkap rumah sampai ler bersih.  Lepas bilas. Check.  Masih kabur lagi. Tak berkilat.  Ok, then cuba pakai benda alah ini. TARA.............. Cuka Makan!

( DR GOOGLE)
Tuang satu sudu besar cuka makan dalam sebekas air.  Kacau2 dan kemudian bilaskan cermin tingkap itu semula.  Dah siap.  Pasti cermin tingkap jadi lebih berkilat dan tidak kabur lagi.  InsyaAllah. Cuba ajelah.  Baru je nak mula. OK..............Set............ Go!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...