Rasanya dah banyak kali dengar cerita tentang Ratu Rock Kita Ella, nak mendirikan rumahtangga. Tapi semuanyer tak pernah menjadi kenyataan sebelum ini. Akhirnya di usia beliau yang menjangkau 46 tahun, Ella bakal dinikahkan dengan jejaki pilihan beliau Azhar Ghazali hari ini, 7/7/2012 di kediaman keluarga beliau di Kelang, Selangor.
Dalam pada itu, Ella berkata, majlis pernikahan itu nanti akan
diadakan secara sederhana dan hanya keluarga terdekat kedua belah pihak
dan kenalan rapat sahaja diundang. Ella menjelaskan, pihaknya bukan tidak mahu menjemput ramai orang
tetapi menghormati permintaan keluarga yang inginkan kesederhanaan untuk
majlis pernikahan tersebut.
"Insya Allah majlis resepsi nanti pada 1 Disember depan di Pusat
Konvensyen Antarabangsa Putrajaya saya akan jemput lebih ramai tetamu,"
katanya.
Ella bersama Azhar iaitu seorang juruterbang syarikat penerbangan
Firefly yang berusia awal 30-an mula mengenali antara satu sama lain
sejak sembilan tahun lalu, namun hubungan itu menjadi lebih serius tiga
tahun kebelakangan ini.
Tahniah buat Ella. Moga kekal selamanya!
Cerita lanjut leh baca lagi Mstar Online
Katanya yang ini gambar Ella dan bakal suami beliau Azhar (si pilot itu ). No komen!
( Neway Happy Weekend Semua! )
































