Tabung Masa Depan ...

Tuesday, August 07, 2012

Pengarang Jantung, Petua Berjaya Datuk Lee Chong Wei

Walau tak berjaya bawa pulang pingat emas, Datuk Lee Chong Wei tetap juara di hati kita dan hati si dia.  So, petua dan tips nak berjaya ala2 macam Datuk Lee Chong Wei, kenalah cari pasangan yang sehati sejiwa dan punya minat yang sama macam ini.

Apapun, tahniah ye Datuk!


Baca juga N3 KA sebelum ni yek! KAT SINI

GA raya, babe !

Memenuhi jemputan kawan2
So, KA pown sama2lah memeriahkan
Tutupnyer  2012, 14 hb Lapan
Nak join kena terjahlah kan!



GA dia best juga
Beg yang comel, KA memang suka
Apa tunggu joinlah sama
Tak susah cuma kena followe die
Dan tinggalkan komen saja
Boleh buat N3 kalau ada masa 
Mohlah sama2 kita !

Tips Merancang Anak Sihat, Pintar & Berakhlak Mulia

( pinjam google )
Anda Hamil?
 
Syukur Alhamdulillah, tentukan anda berjumpa doktor secepat mungkin. Mengapa? Anda perlu mengesahkan kehamilan, disamping kehamilan terletak di dalam rahim, (bukan di luar rahim yakni ectopic pregnancy! Ia amat merbahaya! ), ia normal dan janinnya hidup, bukan luarbiasa seperti hamil anggur ( Molar pregnancy – juga merbahaya! di mana janin tidak terbentuk dan digantikan gugusan daging dan darah berbentuk anggur).

Kesemua ini boleh dielakkan jika anda segera berjumpa doktor apabila terlambat datang haid yakni dua minggu lewat.

Tiga bulan pertama sangat penting !

Ini adalah tempoh janin dibentuk, dari 'nutfah' (air mani) kepada 'alaqah', seterusnya menjadi 'mugdah', akhirnya menjadi janin yang lengkap dengan organ-organ serta anggotanya. Organ yang pertama dibentuk ialah jantung. Denyutan jantung dapat dikesan oleh ultrasound se-awal 6 minggu kandungan.

Cegah keguguran !

Dianggarkan 10-20 % dari semua kehamilan akan gugur secara spontan.

Lebihkan rehat, cukupkan tidur ( 8 jam) – tidur awal dan bangun awal. Jauhkan stress, fizikal dan mental. Jangan buat perjalanan jauh atau berpanjangan. Kurangkan pendedahan terhadap penyakit berjangkit, suhu panas, pencemaran udara, racun sembur, bahan kimia, X-ray, ubat-ubat moden atau tradisional tanpa nasihat pakar.Bagi mereka yang pernah gugur atau berulang kali gugur, dapatkan cuti medikal atau tanpa gaji yang panjang. Jika perlu rehat di hospital. Hubungan seksual perlu dikurangkan, diperlahankan atau gunakan sarung kondom pada tiga bulan pertama kandungan.

Doktor mungkin beri suntikan atau ubat hormon untuk kuatkan kandungan.

Cegah Kecacatan bayi !

Makan ubat folik asid 5-10 mg. Setiap hari dua bulan sebelum dan terus- menerus hingga akhir kandungan.

Tentukan yang anda sudah mendapat pelalian terhadap Rubella.

Jangan cuba gugurkan kandungan dengan apa cara pun.

Jika gagal bayi boleh cacat. Jangan makan ubat-ubat seperti tranquilizer, ubat kanser tanpa nasihat doktor. Jika ada sejarah kecacatan dalam kekuarga, dapatkan khidmat ‘ genetic counselling’. Jauhkan hamil jika umur melebihi 45 tahun.

Berserah dan tawakkal kepada Allah s.w.t. Berdoalah setiap masa untuk mendapat zuriat yang cemerlang: ‘Rabbi habli miladunka zuriatan tayiba, inaka sami u doa’. ‘Ya Allah kurniakanlah kami zuriat yang terbaik, sesungguhnya Kau mendengar doa kami’.Lakukan suruhan Allah tanpa lalai, banyakkan membaca Quran, berzikir dan bertasbih sentiasa. Bacakan surah Fatihah, 3 'Qul', dan ayat 'Qursi' kepada bayi dalam kandungan setiap malam sebelum tidur.Mengikut orang tua-tua ketika isteri hamil, suami janganlah memburu, menganiyai atau membunuh binatang. Kononnya amalan ini boleh menyebabkan anak yang dikandung isteri akan lahir cacat.Tidak perlu jalani ujian-ujian untuk mengesan janin cacat, kerana jika benar demikian , undang-ujian negara dan hukum islam tidak membenarkan menggugurkan kandungan walaupun janin cacat.

Dipercayai roh ditiupkan ke dalam jasad bayi antara 4-5 bulan umur kandungan. Ketika inilah pergerakkan bayi mulai dirasai oleh ibunya.

Anak pintar.

Perancangan patut dimulakan sebelum hamil. Tentukan badan ibu sihat, keadaan mentalnya stabil, sentiasa ceria, hubungan suami-isteri mesra, rohani dan imannya kuat, dan kandungan ini memang dirancang serta dinantikan. Bacalah Bismillah sebelum bersetubuh. Dikatakan anak terbentuk sewaktu ini jadi anda secara tidak langsung membentuk peribadi dan perwatakan anak melalui cara anda bertindak, berfikir dan mengawal emosi.

Pembentukkan otak yang sempurna bermula dari 4 bulan kandungan. Mutu makanan adalah sangat penting. Protin adalah bahan asas untuk pembentukkan otak. Sumber-sumber protin terbaik ialah ikan, susu, makanan dari kacang soya seperti tauhu, tempe dan lain-lain, ayam , daging dan lain-lain. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Mulai tujuh bulan kandungan makan minyak ikan atau telur ikan yang dipercayai mengandungi DHA satu bahan penting untuk fungsi otak. Tingkatkan makan kaya dengan omega oil seperti sardin dan salmon. 

Rangsangan

1. Sentuh bayi setiap malam sebelum tidur. Mulai tujuh bulan kandungan bayi boleh mendengar.

2. Bacakan Al-Quran selama 10-15 minit dan mainkan ‘soft music’ untuk mencetuskan stimulasi intelek dan meningkatkan ko-ordinasi otak.

3. Sentuhan adalah rangsangan yang amat kuat dan menimbulkan mother and child bonding yang kuat dari kecil. Ia akan meningkatkan IQ anak dan perasaan self esteem atau jati-diri.

Memilih tarikh lahir bayi

Setengah pasangan ingin anaknya lahir pada bulan atau tarikh tertentu. Ini mungkin boleh dicapai jika kita faham tentang beberapa fakta penting tentang kesuburan isteri. Mengikut ilmu perubatan umur kandungan ialah 9 bulan 7 hari atau 40 minggu , jika dikira dari hari pertama haid terakhir sebelum hamil. Ini pun bergantung pada pusingan haid yang teratur iaitu 28-30 hari sekali.
Misalnya jika kita hendak anak kita lahir pada bulan Disember, percantuman benih perlu berlaku pada bulan Mac. Peluang untuk isteri hamil jika bersetubuh pada waktu subur ialah lebih kurang 20-30 % sahaja. Pasangan berkenaan perlu mencuba sejak bulan January dan February. Waktu subur perempuan yang haidnya teratur ialah antara hari 13,14,15 dikira dari hari pertama mula haid.

Kita hanya boleh merancang dan mencuba, tetapi Allah s.w.t. yang akan menentukan segala. 

KA saja2 kongsikan info ini, untuk mana2 kawan2 yang merancang hamil ataupun sedang hamil sekarang ini.  Moga dipermudahkan segalanya hingga selamat melahirkan nanti ye!


Petua Kulit Lembap, Awet Muda & Cantik Cik Tembikai



( google )
Hari ini , KA kongsi petua yang dipinjam dari sebuah magazine yang KA baca baru2 ni.  Siapa tak nak kulit cantik kan!

Ok, untuk mengekalkan kelembapan kulit wajah, gunakan saja buah tembikai ni.  Caranya dengan memerah jus tembikai yang telah cukup masak.  Sebelum disimpan ke dalam bekas, tapis jus itu terlebih dahulu.  Setelah itu, sapukan pada seluruh wajah dan jangan lupa pada bahagian leher juga.  Biarkan ia kering sebentar sebelum membasuhnya dengan menggunakan air bersih.  Petua ini kalau diamalkan katanya, mampu melambatkan penuaan dan sekaligus menjadikan kulit tampak lebih muda dan cantik !

Kalau rajin , cubalah!.  Ok, KA  nak berkejar layan kerenah kerja Mat2 Saleh ni  pulak ha.....

Aduhai Busy Lagi

Maaf banyak2.  
Pagi2 dah start busy.  
Biasalah bila kerja ngan Mat2 Saleh ni.  
Pagi2 dah terjerit2 itu dan ini.  
Nanti2 KA BW lagi yek, bila free2!
Salam.............

( google )

Monday, August 06, 2012

Sessi Berkelah Sambil Tonton Chong Wei Kalah

Weekend semalam memang penat.  Ada2 je kerja yang nak & terpaksa dibuat.  Dari berkejar membeli keperluan raya,  berkejar memasak untuk menu berbuka, sehinggalah part2 mengemaskinikan  dapur yang dah macam tongkang pecah tu.  Dapur yang masih duk tunggang langgang tak berkemas lagi, lepas sessi baik pulih bahagian dapur rumah baru je berakhir minggu ini.  Aduhai memang penat sungguh!.  Tak larat nak cari pinggan2 dan mangkuk2 yang cantik2 dah, main capai dan pakai apa yang ada je!

So, Sabtu dan Ahad, makan berbuka ala2 berpicnic gitu.  Letak selerak je.  Sapa nak ambil je sendiri.  He He He.  Sebabnya semua balik berbuka dirumah, jadi faham2 ajelah. Menu Sabtu macam biasa, nasi dan lauk pauk mesti ada, Spageti Bolognese (made by my 3rd sister from Putrajaya),  Hotdog roll, lemang, sambal ikan KA yang laku cam pisang goreng panas, vege satu kemestian dan pelbagai menu lagilah.

( Makan selerak kat dapur ni ! He He He )
( Sambal Ikan KA, yg  paling laris )
Menu Ahad, masih duk makan ala2 piknik lagi.

 ( Sponsored by my sister , TQ )
( 2 hari berturut2 makan lemang - sponsored by one of my brother )
( Made by my 4th sister & my anak dara tu )
 ( Sambal petai ikan bilis , my bongsu daughter feveret dish ni )
( Sponsored by my brother too! )
( Fried Kuey Tiaw by KA lah ni ! )
( Yang ni terbaik, pucuk betik tumis taucu by my mum makan ngan nasi putih panas2 , terangkat tu! )

Tq, to my 1st sister for Red velvet cake yang terbaik tu!.  Ni, sempat lagi second round anak2 & anak2 buah makan cake yang sedap tu sambil tonton life akhir badminton Olimpik.  


Mula2 semua cukup bersemangat bukan main, masuk aje game ke 3 dan berakhir dengan kekalahan,  semua senyap dah. Walaupun tewas, tetap berbangga dengan Datuk Lee Chong Wei. Yelah bak kata orang, kalau tak mampu nak sokong waktu kalah, janganlah bersorak gila waktu menang. Adat bertanding, ada kalah dan menangkan. Cuma KA terfikir lepas ini, siapalah yang boleh menggalas tanggungjawab ini pula ?  Kita ketandusan pemain pelapis bandminton negara yang hebat sebenarnya. Bukan mudah nak mendapatkan sebutir pingat di peringkat Olimpik, dan Perak pun sudah dikira sangat2 bagus !  Sekali lagi tahniah, Datuk Lee Chong Wei.

( google )

Hari ini bermulalah lagi, cerita baru dalam hidup KA, sekali lagi kena kerja di kelilingi oleh Mat2 Saleh.  Hurm... canmer lah my BM nak bagus macam ni!.  Dengan satu boss Mat Saleh sebelum ni pon dah poning, inikan pulak sampai 6 - 7 lagi yang datang hari ini even 4 - 5 orang tu KA dah kenal lama dan pernah bekerjasama dalam satu projek sebelum ini. (Projek yang KA work on hari tu dah berjaya dapat!)   Apapun welcome guys, hope boleh bekerjasama lagi with uols like 4 - 5 years back dulu2 yek!. Kerja KA dah bertambah, sempat lagi ke nak berblogging ni..........

Sorry... Busy Monday Lak!

( google )



Ke"busy"an sikit pagi2 Monday ni, nanti KA setle2 dulu n try BW laman kawan2 yek... Sorry2!

Nuzul Quran - Pengertiannya

Salam Isnin semua.  Rasanya ada yang bercuti lagi hari ini kan, bersempena dengan cuti Nuzul Quran. Jadi Salam Nuzul Quran juga.  Kalau waktu zaman2 kecik2 dulu, sibuklah cikgu cikgi & ustaz ustazah dok arrange2kan ceramah2 bila tiba Hari Nuzul Quran ni.  KA pown masa tu, dengar jelah, yang penting makan2 tu mestilah ada.  Tapi bila dah dewasa ini, barulah tau cerita sebenarnya disebalik Nuzul Quran ini. So, jom kita kongsi sama2 yek!.  

( google )

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah: 

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Sunday, August 05, 2012

Tip Urus Kewangan Elak Pokai Lepas Raya

1st of all, KA nak mohon maaf sebab no N3 semalam. Banyak sebab antaranya, BB Celcom x berfungsi dengan baik semalam.  Duanya, semalam terpaksa ,bershopping lagi dari pagi hingga ke petang.  Dan balik pulak dah kena siap2kan menu untuk berbuka so memang xde masa nak berblog.  Tq pada kawan2 yang masih sudi jenguk ye.  Ini pun gagahkan juga menaip N3 lepas sahur sementara menanti subuh.
 
KA nak bercerita tentang tips yang ini pula dengan kawan2.  Rasanya sesuai sangat2 untuk kita sama2 ambil perhatian.

BIAR banyak atau sedikit, peruntukan kewangan penting bagi mempersiapkan diri menghadapi Aidilfitri. Pakaian baru, peruntukan duit raya, kos perjalanan pulang ke kampung hinggalah juadah makanan - semuanya menjadi bajet yang perlu diberi perhatian.

Bagi mereka yang berkemampuan, tidak timbul masalah baik sebelum atau selepas hari raya. Namun, bagaimana pula mereka yang tidak berhemah ketika berbelanja atau memiliki tabungan yang cukup selepas cuti raya?

Kebanyakan daripada kita cenderung mengutamakan perbelanjaan menyambut Aidilfitri, bagaimana pula selepas cuti raya?

Itulah sebabnya tabungan amat penting. Tabungan adalah langkah alternatif mengatasi krisis kewangan selepas musim perayaan. Bayangkan andai berlaku kecemasan yang memerlukan kita membelanjakan banyak wang.

Tidak dapat banyak, sedikitpun harus kita menabung... Jadikan ia suatu amalan.

TIP: Belanja berhemah:

    * Senaraikan barang keperluan yang ingin dibeli
    * Letakkan dalam bajet jumlah barangan yang dikehendaki
    * Lakukan penelitian premis yang hendak dikunjungi untuk lebih berjimat
    * Elak menggunakan kad kredit
    * Usah berbelanja ketika perut lapar kerana ini mendorong kita berbelanja lebih
    * Beli barang keperluan secukupnya dan elak pembaziran
    * Pastikan barang yang dibeli mempunyai nilai berpatutan
    * Elak membeli barang diimport sedangkan anda barangan buatan tempatan memiliki kualiti sama

Bagi KA yang penting, bersederhanalah dalam apa jua pun ! Nanti  kalau semuanya OK, KA BW laman kawan2 yek!................Salam.............

Sumber : Berita Harian

Friday, August 03, 2012

Terbaru Cerita Ella Selepas Kahwin

Sunyi sekejap cerita Ella lepas dia kahwin hari tu kan.  Ni ha gambar terbaru Ella. Baca jugalah cerita dia di bulan Ramadan  ni ye!

 Ella seronok dapat menunaikan solat Terawih bersama suami pada 1 Ramadan yang lalu. 


SHAH ALAM: Penyanyi Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin melahirkan rasa gembira apabila hasratnya untuk melakukan solat Tarawih bersama suami akhirnya tercapai pada awal Ramadan lalu.

Ella, 46, berkata, saat itu adalah antara paling manis yang pernah berlaku dalam hidupnya kerana dia telah memendam hasrat berkenaan sejak sekian lama.
"Walaupun sudah bergelar suami isteri tetapi kami jarang dapat bersama kerana tuntutan kerja masing-masing yang agak sibuk dan padat.
"Bagaimanapun hasrat saya untuk ke masjid menunaikan solat Terawih bersama suami sudah pun tercapai dan ia saat paling indah buat diri saya," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui selepas rakaman program Mentor Raya 6 di sini pada Rabu.

Tambah Ella, selepas menunaikan solat Terawih juga, dia dan suaminya iaitu Azhar Ghazali, 30-an sempat menghabiskan masa dengan melepak di kedai mamak untuk menikmati teh tarik bersama-sama.
Dalam pada itu, Ella memberitahu dia dan Azhar masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dan mengakui perkahwinan yang dilalui banyak mengubah dirinya sebagai seorang wanita.
"Kehidupan selepas sebulan berumah tangga sangat menyeronokkan tetapi masih banyak perkara yang perlu saya pelajari dan ia perlu dilakukan secara perlahan-lahan.
"Jika sebelum ini saya tidak perlu meminta pendapat orang lain tentang sesuatu perkara atau membuat keputusan kini saya perlu berbincang dengan suami terlebih dahulu," katanya.

Sementara itu, Ella turut memberitahu dia sempat menyediakan juadah sahur untuk suaminya selain menyifatkan Azhar tidak banyak kerenah soal memilih makanan.

Ella dan Azhar bernikah pada 7 Julai lalu di rumah keluarga wanita itu di Klang, dekat sini.
 
Sumber berita DARI SINI

Apapun, kita doakan yang terbaik ajelah for Ella dan suami ye!
 

Segmen : Giveaway Raya by shu-sya

Saja2 KA menfree2kan diri untuk join.  Ini banner tuan tanah dier............


Kalau ada rezeki untuk anak2. Closing date : 10/8/2012.  
Lanjut terjah lah

Ending Dejavu Di Kinabalu (Alternatif) - TQ tonton.com.my

Terubat juga kecewa di hati
Bila google2 dapat tahu ini
Ending Dejavu Di Kinabalu ada lagi satu versi
Tapi di tonton.com.my, kenalah tengok sendiri!
Sebab yang ini, KA sangat puas hati
Walau berakhir dengan sedih sekali

Bagi KA ending yang satu lagi itu
100% lebih baik dari yang semalam sebu
Sampai KA terasa  nak nangis tersedu2
Dengan pengakhiran kematian Nadira yang cukup pilu
Sehabis Ammar bernyanyi syahdu
Lagu kenangan di Kinabalu....




Masih teringat2 lafaz kata Ammar
'Dengan Nama Allah
Saya berjanji akan mencintai awak sehingga nafas terakhir saya!'
Uols tengok sendirilah ye!
Ok, habis sudah cerita ni..............! Layan je ini untuk kenang2an




( gambar2 pinjam google )


BerSedekahlah di Bulan Ramadan

Setiap Hari Jumaat, KA pastikan akan berkongsi sesuatu yang baik2 !. Kali ini, tentang hikmah bersedekah di Bulan Ramadan.......

Allah telah mengistimewakan bulan Ramadan dari bulan lainnya. Bulan penuh berkat ini selalu dinanti oleh setiap mukmin. Bagaimana tidak, beribu keutamaan ditawarkan. Pahala dan keampunan Allah bertebaran memenuhi setiap ruang dan waktu.

Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk menjemput pahala dari bulan Ramadan iaitu melalui sedekah. Islam menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah dan pada bulan Ramadan, amalan ini menjadi lebih dianjurkan lagi.

Rasulullah saw adalah orang yang paling dermawan, dan kedermawanan beliau lebih dahsyat lagi di bulan Ramadan. Hal ini diceritakan oleh Ibnu Abbas r.a: "Rasulullah saw adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Quran. Dan kedermawanan Rasulullah saw melebihi angin yang berhembus." (HR. Bukhari, no.6).

 
Rasulullah saw memberi teladan untuk lebih bersemangat dalam bersedekah di bulan Ramadan, disebabkan bersedekah di bulan ini lebih dahsyat dibanding sedekah di bulan lainnya. Di antara keutamaan sedekah di bulan Ramadan adalah:

1) Jaminan surga bagi orang yang bersedekah.
Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya di surga terdapat ruangan-ruangan yang bagian luarnya dapat dilihat dari dalam dan bagian dalamnya dapat dilihat dari luar. Allah menganugerahkannya kepada orang yang berkata baik, bersedekah makanan, berpuasa, dan salat di kala kebanyakan manusia tidur." (HR. At Tirmidzi no.1984, Ibnu Hibban di Al Majruhin 1/317, dihasankan Ibnu Hajar Al Asqalani di Hidayatur Ruwah, 2/47, dihasankan Al Albani di Shahih At Targhib, 946).

2) Mendapatkan tambahan pahala puasa dari orang lain.
Rasulullah saw bersabda: "Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapatkan pahala orang tersebut tanpa sedikit pun mengurangi pahalanya." (HR. At Tirmidzi no 807).

3) Allah melipatgandakan pahala orang yang bersedekah.
Allah Ta'ala berfirman: "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah [166] adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha mengetahui." (QS. Al Baqarah [2]: 261).

4) Sedekah dapat menghapus dosa.
Rasulullah saw bersabda:"Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api." (HR. Tirmidzi, di shahihkan Al Albani dalam Shahih At Tirmidzi, 614).

5) Sedekah dapat membebaskan dari siksa kubur.
Rasulullah saw bersabda:"Sedekah akan memadamkan api siksaan di dalam kubur." (HR. Thabrani, di shahihkan Al Albani dalam Shahih At Targhib, 873).

6) Orang yang bersedekah merasakan dada yang lapang dan hati yang bahagia.
Rasulullah saw memberikan permisalan tentang orang yang dermawan dengan orang yang pelit: "Perumpamaan orang yang pelit dengan orang yang bersedekah seperti dua orang yang memiliki baju besi, yang bila dipakai menutupi dada hingga selangkangannya. Orang yang bersedekah, dikarenakan sedekahnya ia merasa bajunya lapang dan longgar di kulitnya. Sampai-sampai ujung jarinya tidak terlihat dan baju besinya tidak meninggalkan bekas pada kulitnya. Sedangkan orang yang pelit, dikarenakan pelitnya ia merasakan setiap lingkar baju besinya merekat erat di kulitnya. Ia berusaha melonggarkannya namun tidak bisa." (HR. Bukhari no. 1443).

Sungguh dengan bersedekah kekayaan akan bertambah dan berlipat. Ibarat orang mendapat mangga, maka yang dimakan cukup isinya, sedangkan bijinya harus disisihkan, ditanam hingga kelak akan menjadi pohon yang berlipat-lipat buahnya.

Banyak keutamaan yang terkumpul dalam satu amalan ini, iaitu sedekah. Maka sangat menghairankan bagi orang-orang yang mengetahui dalil-dalil tersebut dan ia tidak terpanggil hatinya serta tidak tergerak tangannya untuk banyak bersedekah. 


Jadi marilah kita sama2 bersedekah walau hanya dengan sekadar senyuman ! Bukan hanya di bulan Ramadan saja, tapi pada bulan2 yang lain juga.

KA Sedikit Kecewa Gara2 Ending Dejavu Di Kinabalu

Salam Jumaat semua.  Pagi2 dah cakap pasal kecewa !

Tajuk N3 pown dah terang2 tulis KA sedikit kecewa.  Apapun, perlu akur bila majoriti penonoton memilih Bazli untuk Nadira.  Sesungguhnya, KA harap sangat2 Nadira akan pilih Ammar,  rasanya Ammar lebih berhak mendapat kebahagiaan itu, setelah apa yang beliau alami sebelum ini.  Kecewa KA dan sedikit confius dengan endingnyer dan ada beberapa scene perkara yang tak berapa nak logik antaranya;-

-    Ada ke lelaki sebaik Bazli dalam dunia ni ! ( Seribu satu susah nak jumpa kan)
-   Babak Bazli mengejar Ammar dalam kereta, semata2 nak bagitau yang Nadira hanya menipu dan sebenarnya masih cintakan Ammar.  Pastu, Ammar ikut balik dan cuma jadi saksi pernikahan Bazli dan Nadira.  Come on lah!. Apa ni!

Part paling2 confius, lepas 3 tahun  Nadira dan Ammar bertembung lagi di airport.   Saat itu jantung Nadira (selepas pemindahan jantung kedua) berdegup kencang menandakan cintanya masih pada Ammar !.  Aduhai, KA harap2 adalah season 2 cerita ini, macam kata Pengarahnya Erma Fatima mungkin akan ada part 2 of cerita ini but with tajuk yang lain.  KA pernah alami situasi yang hampir2 sama dengan keadaan ini dulu2, dimana terpaksa membuat pilihan antara Ammar dan Bazli.  Akhirnya KA pilih Ammar!.  I'm happy !


Sekalung tahniah kepada pelakon2 dan semua yang terlibat dalam 'Dejavu Di Kinabalu' ini.  Ada kelainan sedikit dari drama2 melayu sebelum ini. So, taklah membosankan, but again sedikit kecewa huhuhu!


(Foto2 dari cik google )
 
( Pst2...........Pagi2 ini ada kebusyan sikit , senang2 nanti KA jenguk laman kawan2 yek! )


Thursday, August 02, 2012

Pengakhiran Dejavu Di Kinabalu Hari Ini

Mula2 dulu, KA follow juga cerita ni, but dah sampai ke ending2 ni, cam mengarut je jalan cerita dia. Apapun, petang ni kena tengok jugaklah sebab nak tau macammana ending die samada NADIRAMMAR ataupun NADIRABAZLI.

Sedikit Sinopsis Cerita

KEABADIAN CINTA INARA TERSEMADI DI JIWA NADIRA
Kehilangan dan kekosongan dalam hati Ammar masih terasa walaupun insan yang tercinta sudah 3 tahun meninggalkannya. Mungkinkah ini hanya satu kebetulan ataupun takdir apabila dipertemukan dengan Nadira yang mempunyai ciri-ciri sama seperti arwah tunangnya? Perasaan dejavu yang dirasai setiap kali mereka berjumpa telah mewujudkan satu ikatan yang istimewa antara Ammar dan Nadira.

Mengisahkan kehidupan Nadira selepas pemindahan jantung, tanpa disedari dia juga menerima sebahagian sifat-sifat penderma tersebut. Takdir menemukan Nadira dengan Ammar, teman lelaki kepada penderma jantung tersebut. Pertemuan pertama di KLIA antara Ammar yang baru pulang dari Australia dengan Nadira yang hendak bercuti ke Kundasang, Sabah telah membawa seribu satu kisah.

Kaki Nadira tercedera ketika bergegas untuk bertemu dengan kawannya, Yuzra. Nadira telah jatuh di hadapan Ammar. Ammar terpaksa membantu Nadira membeli kasut baru dan membalut kakinya. Ketika bersama dengan Nadira, wujud satu perasaan yang sukar dijelaskan dalam hati Ammar kerana perwatakan Nadira yang mirip kepada arwah tunangnya, Inara.

Benarkah cinta Ammar untuk Nadira atau sebenarnya hanya untuk Inara? Apakah kesudahan bagi cinta tiga segi antara Ammar, Nadira dan Bazli?.  Sama2 kita tunggu petang ni yek!



Kecoh Hidangan Barakah & Chef Ammar El-Ali

Amboi3, bukan main lagi makcik2 sekarang ni. Sana sini duk sibuk berstory, citer tentang Chef Ammar El-Ali.  Semuanyer, gara2 rancangan masakan beliau 'Hidangan Barakah' yang  sedang meletup2 bersiaran dari TV-AlHijrah.

Suka sangat bila dengar dia cakap dalam bahasa Melayu dengan pelat arab tu. He He He. Tersenyum meleret2,  makcik2 tu bila Chef tu sebut, " MashaAllah sedapnyer".  Pastu siap Chef cakap lagi " suka hati taruk" sambil bagi nasihat juga 'jangan lupa zikir ketika masak' & berhati2 panas.!    Dan yang best sekali tagline dia " masak dari hati, masak with iman'!. Bersiaran setiap 5.30 ptg dan katanya ada ulangan jam 12.00 tgh malam.
 
KA pown nak cuba layan jugaklah nanti.  Ada juga cari kot2 ade video dier kat youtube, but masih xde lagi.  Leh tengok promo rancangan dia ni dulu.
 
 
Rasa KA, lepas ni ramailah nanti, mak2 buyung yang duk cadang2 nak bubuh nama anak, ala2 nama Chef ni. Chef Ammar El-Ali . ( Dekat2 nama anak bujang KA je. !).  Apapun, Chef ni memang terbaik lah, boleh speaking 3 bahasa lagi.  Fuh!. KA tabik spring ler..........

Tips Berpuasa Jika Ada Gastrik



 ( Google )

KA masih nak ucapkan Salam Ramadan untuk semua kawan2 di hari ke 13  kita berpuasa ni !.

Membaca blog2 kawan2, ramai yang bercerita tentang penyakit gastrik, yang sangat2 sinonim dengan bulan puasa.  Bukan untuk jadikan alasan untuk tidak berpuasa, tetapi tentang bagaimana sukarnya buat penghidap gastrik ini untuk menghabiskan puasa dalam sehari itu.  KA sendiri pown ada gastrik.  So, 2 - 3 hari sebelum puasa Ramadan ni, KA dah berlatih puasa dulu untuk tengok sejauh mana kemampuan 'perut' ni bertahan !.  Kongsikan juga panduan ini untuk kawan2 ye.

Petik dari sumber : hmetro,.com.my

Perunding Pembedahan Gastrointestin Pusat Perubatan Tropicana, Dr Kwan Keat Leong pernah berkata, individu yang ada gastrik sepatutnya boleh berpuasa tanpa sebarang masalah jika mengamalkan kaedah pemakanan seperti disarankan agama dan pakar pemakanan iaitu melambatkan bersahur, menyegerakan berbuka dan makan secara sederhana.

Selagi mengamalkan corak pemakanan 3-S iaitu sederhana, seimbang dan sihat, semua orang boleh menjalankan ibadat puasa dengan baik. Antara panduan umum yang berguna:
  • -Melambatkan sahur.
  • -Menyegerakan berbuka. Mulakan dengan makanan yang ringan seperti kurma, air kosong, buah-buahan atau sup rendah lemak. Elak mengambil air manis atau kuih-kuih manis.
  • -Makan secara bersederhana ketika berbuka dan pada waktu malam.
  • -Kurangkan makan makanan manis ketika berbuka atau sahur.
  • -Banyakkan minum air kosong.
  • -Mengelak makan berlebihan ketika berbuka dan pada waktu malam.
  • -Melakukan aktiviti fizikal ringan ketika berpuasa tidak mendatangkan kemudaratan.
  • -Ambil lauk atau juadah rendah lemak, kurang pedas atau berempah.
  • -Elak minum minuman berkafein ketika berbuka. Bagaimanapun, kopi atau teh boleh diambil selepas solat Tarawih, bukan ketika berbuka.
  • -Makan secara sederhana, secukupnya dengan melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Sebaik-baiknya, berhenti makan sebelum kenyang.
Kalau cara KA, ubat gastrik mesti makan sebelum bersahur.  Kena makan juga walau sedikit dan pastikan KA ambil sekurang2nya 3 biji kurma.  Air masak mesti minum tau!.  Alhamdulillah, sehingga ke hari ini tiada masalah gastrik.  Mungkin berkat bulan ramadan yang mulia inikan. 

Tuesday, July 31, 2012

Tips Penjagaan Kuku Tangan dan Kaki, Nak Raya Ni!

Part2 ini, memang ramai yang tak ambil peduli sangat. Betul tak! Cuma maintain potong kuku bila dah panjang.  Samalah kita, KA pown dulu2 macam tu juga. Yang penting kuku kena bersih je. Tapi, lepas ada minor diabetis dulu, memang KA beri perhatian yang lebih tang menjaga kuku tangan dan kaki ni. So, lepas tu KA pown cari2 info, cara penjagaan kuku tangan & kaki yang betul. 

Share info ini with uols juga ye!.  Bukan sebab dah nak raya tau!
 
Kenali Kuku Anda
Kuku adalah keratin protein yang juga boleh ditemui dalam kulit dan rambut. Kuku terbahagi kepada beberapa bahagian:
  1. Nail Plate (lapisan kuku paling atas) – Bahagian yang jelas dilihat pada kuku jari dan kaki.
  2. Nail Bed dan matrix – Kawasan di bawah kulit kuku (cuticle), bahagian kuku yang tersembunyi ketika proses pertumbuhan kuku.
  3. Lunula – Sebahagian daripada matrix dan ia berwarna putih. Berbentuk seperti bulan sabit di bahagian pangkal kuku dan jelas dilihat di ibu jari.
  4. Kulit kuku (cuticle) – Tisu yang bertindan antara lapisan pangkal dan bingkai kuku.
  5. Lekuk kuku (nail folds) – Lekuk kulit yang membingkai dan menyokong kuku dari tiga arah.
Kuku Rosak
Ada banyak faktor menyebabkan kuku tidak sihat. Selain trauma kecederaan atau tabiat menggigit kuku, jangkitan juga boleh menjadi satu faktor mengapa kuku tidak sihat.
Fungus pada kuku menyebabkan perubahan warna, tekstur dan bentuk kuku. Jangkitan bakteria boleh menyebabkan perubahan warna dan jika jangkitan itu serius anda mungkin hilang ‘nail plate’ (lapisan kuku paling atas).
Kuku juga boleh rosak sebagai tanda kaitannya dengan penyakit kronik seperti berikut:
  • Sakit berkaitan hati – Kuku yang berwarna putih
  • Sakit buah pinggang – Kuku yang separuh berwarna pink dan separuh berwarna putih
  • Sakit jantung – Nail bed berwarna merah
  • Sakit paru-paru – Kuku berwarna kuning, tebal dan lambat panjang
  • Kurang darah (anemia) – Kuku berwarna pucat
  • Diabetes – Kuku berwarna kuning dan sedikit kemerahan di pangkalnya
Tip Penjagaan Kuku Tangan dan Kaki
  • Guna losyen tangan lepas selesai membuat kerja rumah seperti membasuh pinggan.
  • Rajin urut cuticles supaya kuku naik dengan baik.
  • Makan banyak buah-buahan dan protein.
  • Ambil makanan tambahan jika rasa pengambilan diet seharian tidak cukup, ia bukan saja untuk kuku tapi untuk seluruh tubuh.
  • Penjagaan kuku kaki dan tangan sedikit berbeza. Kaki haris discrub untuk membuang tumit keras terutama di tumit.
  • Basuh kaki setiap hari menggunakan sabun terutama di celah jari dan keringkan sebaiknya.
  • Jangan potong kuku terlalu pendek dan jangan mengorek cekam kerana ia akan mendatangkan rasa sakit.
  • Jika anda berstokin, tukar setiap hari, jangan pakai stokin yang terlalu ketat atau singkat.
  • Pakai kasut yang sesuai dengan saiz anda. Mereka yang memakai kasut ketat sebenarnya menzalimi kaki sendiri. Kaki yang tersumbat dalam kasut ketat menyebabkan pertumbuhan kuku juga terjejas. Ia akan menyebabkan jangkitan bakteria apatah lagi memakainya dalam masa lama dan kerap.
  • Sesetengah orang cepat berpeluh, justeru pertimbangkan untuk memakai kasut yang diperbuat daripada kulit atau kanvas tapi bukan sintetik. Sandal mungkin sesuai.
  • Bagus jika anda boleh bertukar kasut setiap hari.
  • Sapukan bedak khas untuk kaki.
  • Jika berhadapan dengan masalah cekam yang serius dan membimbangkan, jumpa doktor jangan cuba mengoreknya.
SUMBER INFO DARI SINI

Petua Serikan Wajah Di Aidifitri Tanpa Ke Spa


(Pinjam Google)
Salam Selasa yang macam biasa, mesti ada petua hari ini !.  Cara mudah serikan wajah, dengan murah dan mudah.  Tips & petua yang ini, KA dah tau lama, lepas baca dalam satu magazine few years back.  So, just kongsikan semula dengan kawan2.

Ok, cara2nya. Kupaskan sebiji kentang. Cuci bersih dan kisarkan kentang tersebut.  Kemudian campurkan dengan sedikit susu tepung digaul dan buat seperti masker. Pupurkan ke wajah dan  kalau boleh lakukan 2 kali sehari, pagi dan  malam, kalau tak, buat malam jelah.  Selepas 10 - 15 minit, bilas dengan air suam dahulu kemudian dengan air sejuk.  Lakukan seminggu 2 kali, InsyaAllah,  wajah anda akan berseri-seri menjelang aidilfitri nanti.  Duit untuk ke Spa tu, bolehlah simpan untuk guna beli benda2 lain ye. HeHeHe

Apapun kena rajin lah ye! Dan selamat mencuba..................

Monday, July 30, 2012

Salam Kenal & Terima Kasih - Follower KA Dah 500

DARI GOOGLE

Melepasi masa 4 bulan berblogging ini
Saja2 me'review' diri sendiri
Apa yang dicapai selama ini
Sudah tercapaikah apa yang dicari
Sudah puaskah rasa dihati

Banyak sudah yang KA pelajari
Erti persahabatan & teman sejati
Sentiasa sudi berkunjung kembali
Menjengah laman yang tak seberapa ini
Tanpa noktah dan tanda berhenti

Duhai teman sahabat sejati
Terima kasih sekalung budi
Tak jemu singggah dan memenuhi
Laman KA saban hari
Tanpa bosan membaca setiap N3
 
Alang kepalang rasa terkejut di hati
Melihat jumlah sahabat di sudut laman tepi
Alhamdulillah, angka 500 telahpun KA lepasi
Tak terjangka sekalipun  akan sebanyak ini
Apatah lagi hadir di bulan yang mulia ini
Bagaikan bayangan sinar di aidilfitri nanti

Terima kasih sekali lagi
Buat sekalian teman2 lama nan sejati
Kerana banyak mengajar KA ini
Erti persahabatan yang suci murni
Dan buat kenalan2 yang baru KA kenali
Moga persahabatan yang baru bermula ini
Akan kekal sepanjang hayat kita nanti....Amin2

Kasih sayang abadi & penghargaan
Dari
KA(With Luv)

Tips Hilangkan Tabiat Buruk

Semua orang ada tabiat buruk seperti mengumpat, malas, tidak menjaga kebersihan, suka menggigit2 kuku contohnya dan juga sebagainya boleh diubah asalkan diiringi dengan niat dan usaha yang tinggi.  TABIAT buruk kadangkala perlu diubah kerana ia terkadang boleh merosakkan hubungan sesama manusia.

KA tulis N3 ini, atas dasar nak sama2 membantu KakZakie yang bertanya KA, kerana salah seorang anak dia, suka sangat menggigit2 kuku.  He He He.  Bagi KA, sesetengah orang melakukan tabiat (buruk) ini terutama ketika gelisah dan stress. Harap2 ini dapat membantu ye Kak!

( google )

Anda ingin mengikis dan seterusnya membuang tabiat buruk itu agar orang di sekeliling tidak jelek melihatnya? Disini beberapa tip bagaimana menghilangkan tabiat buruk.

Berperingkat-peringkat
Jika anda menginginkan suatu perubahan, jangan lakukan perubahan itu secara drastik, lakukanlah secara berperingkat-peringkat.
Perubahan secara drastik dan mendadak akan membuat anda tertekan. Ini membuatkan anda merasa putus asa dan kembali pada tabiat yang asal.
JANGAN memaksa diri untuk membuang tabiat buruk dengan drastik sebaliknya lakukan secara beransur-ansur.

Beringat selalu
Jika anda telah ditegur rakan disebabkan tabiat buruk, cuba untuk berubah. Sentiasa beringat untuk tidak melakukan tabiat buruk tersebut pada masa akan datang.
Tabiat buruk yang berulang-ulang menyebabkan rakan merasa jemu dan benci pada diri anda.

Kena ada kemahuan dan niat
Anda ingin berubah tetapi tidak memiliki kemahuan dan niat yang sungguh-sungguh. Jangan berharap perubahan itu akan berlaku jika tiada niat untuk berubah.
Setiap satu perubahan yang diinginkan memerlukan kemahuan yang tinggi dan keazaman yang tidak berbelah bahagi.

Selami dan fahami
Selami dan fahami dahulu tabiat buruk anda. Fikirkan impak negatif yang bakal anda peroleh jika tabiat buruk itu masih anda praktikkan.

Bersabar
Jangan mudah berputus asa jika anda masih mengulangi tabiat buruk tersebut.
Memang tabiat buruk susah untuk dibuang. Ini kerana, perubahan melalui tahap dan proses yang panjang. Mungkin anda beringat untuk tidak melakukannya sekarang. Namun, tanpa disedari anda mengulangi semula tabiat buruk itu kemudian harinya.

Berdoa
Jika anda merasakan rakan-rakan menjauhkan diri disebabkan tabiat buruk anda itu, berdoalah memohon pada Tuhan agar tabiat buruk itu dapat anda buang.
Jangan pula berdoa tetapi anda tidak berusaha untuk membuangnya. Seiringkan doa dengan usaha, lama-kelamaan tabiat buruk itu dapat dibuang dari dalam diri anda.

kredit : kosmo.com.my

Masih Tak Serik2 Lagi Ke !

Pagi2 Isnin, dah tak syok baca berita ini.  Mengapalah, saban tahun, berita macam ini  akan jadi front page akhbar2 utama di Malaysia, bila tiba bulan puasa.  Masih tak serik2 lagi ke ?.  Bukankah bulan Ramadan itu untuk kita menambahkan amal ibadat dan melakukan kerja2 yang lebih berfaedah.



ALOR SETAR – Seorang pemuda bersama anak jirannya yang berusia lapan tahun terpaksa dirawat di hospital malam kelmarin selepas sumbu mercun yang dipasang jatuh ke dalam bungkusan 40 biji mercun bola sebelum berlaku letupan kuat di Kampung Kuala Kangkong di sini.

Dalam kejadian pada pukul 7 malam kelmarin, pekerja syarikat percetakan, Mohd. Sohibollah Saad, 27, buta mata kiri akibat letupan tersebut sementara jirannya, Tuah Mohd. Hafiz Mohd. Razli cedera di muka dan beberapa anggota badan.

Kejadian tersebut berlaku di hadapan rumah Mohd. Sohibollah di Kampung Kuala Kangkong.
Kedua-dua mangsa yang dibawa ke sebuah klinik berdekatan kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini dengan ambulans berikutan kecederaan mereka serius.

Mohd. Sohibollah terpaksa menjalani pembedahan mata kiri dan kini dilaporkan stabil. Bagi Tuah pula, nasib kanak-kanak itu lebih baik apabila dia dibenarkan pulang selepas diberi rawatan.

Mohd. Sohibollah menceritakan, kejadian berlaku ketika dia bermain mercun bola di depan rumahnya selepas membelinya di bazar Ramadan di Tandop di sini.
“Pada mulanya saya bermain seorang diri tetapi anak jiran (Tuah) datang dan minta nyalakan api pada satu mercun bola yang dipegangnya.

 “Ketika sumbu mercun dicucuh tiba-tiba ada api terpercik dan terjatuh ke dalam bungkusan 40 biji mercun bola sebelum meletup serentak,” katanya semasa ditemui di HSB di sini.

What say uols ??. For KA,  dah tak tau nak komen ape !

Sunday, July 29, 2012

World's Most Colorful Towns

Some cities don't need neon to brighten up the landscape. From pastel towers on the Italian coast to a crayon-colored artist colony in Argentina, these 10 towns make color the primary focus.

 
Manarola, Italy (Jenifoto406 / Dreamstime.com)

Manarola, Italy


Manarola is the oldest of the Italian towns known as the Cinque Terre—the Five Lands along the country's northwestern coast that cling, lichen-like, to the rugged rocks above the Ligurian Sea. All five localities—Riomaggiore, Manarola, Corniglia, Vernazza, and Monterosso al Mare—are part of a UNESCO World Heritage Site recognized for its "harmonious interaction between people and nature." UNESCO obviously knows its color wheel: The sea's rich blues complement the sunset-colored shops and Genovese-style tower homes of Manarola with panache, and the buildings appear almost cultivated, like a flower garden tucked into the craggy slopes. Particularly stunning is the vista from the narrow rock ledge across the harbor at Punto Bonfiglio, when the retiring sun deepens and perfects the town's palette.

 
Jodhpur, India (Plotnikov / Dreamstime.com)Jodhpur, India

That wash of blue on the horizon isn't a sunny sky (though Jodhpur has plenty of those, too—with barely a foot of rain each year). Rather, the wave unfolding from the foot of the massive fortress Mehrangarh is a cornflower-colored settlement, aptly termed the "Blue City." The color may originally have had social and cultural significance, indicating the habitations of upper-caste Brahmins (today, it is less prone to indicating religious boundaries). Few communities are this coordinated: Steady blues give the settlement an airy, fantastical look, like a magical town drawn from the spiritual pages of the Hindu Bhagavad Gita. Towering Mehrangarh completes the mythological look. Begun in 1459 and expanded over the centuries, the fortress is now open to visitors and provides panoramic views of the old city's heavenly patchwork.

 

The La Boca neighborhood in Buenos Aires (National Geographic / SuperStock) La Boca, Buenos Aires, Argentina

From its humble beginnings as a slave settlement in the 16th century, Buenos Aires's La Boca neighborhood has become one of the capital's most culturally diverse districts—and certainly its most colorful. Paint-by-numbers conventillo homes, built by Italian immigrants and daubed with vibrant primaries, give the neighborhood a lively air. Caminito Street, La Boca's most popular drag, is particularly rich in these shared tenements—but it's also rich in oglers. Away from Caminito's throngs, the colors might not be quite as loud, but creativity abounds throughout the district—painters and sculptors of all stripes have transformed the neighborhood into an artistic hub. For a look at modern La Boca art, head for the galleries at Fundación Proa, which also offers a library, restaurant, and rooftop terrace for a birds-eye perspective on Buenos Aires's luminous playground.

T
he candy-colored, barn-like homes in Ittoqqortoormilt, Greenland (Arctic-Images / SuperStock)Ittoqqortoormiit, Greenland

Scattered across the bleak lunar landscape like a handful of candy drops, the barn-like homes in Ittoqqortoormiit (pronounced it-doc-cut-door-meet) lend a surprising touch of domesticity to one of the world's most desolate regions. Even the interior of the circa-1928 church is as richly colored as its façade. Perched dramatically on a fjord-laced peninsula, the town is the entryway to Northeast Greenland National Park, the world's most northerly and flat-out hugest national park—topping 240 million acres, the park could accommodate more than a hundred Yellowstones. But even without wandering into the beyond, Ittoqqortoormiit provides a keen glance into frontier life in Greenland. The 70 colonists who arrived in the area in 1925 speckled the rugged coastline with houses painted in burnt ochers and royal blues. With a winter that never ends—the sea here is frozen seven months of the year—those warm colors aren't just pretty, they're a psychological necessity.

San Francisco's Chinatown (Jeff Whyte / Dreamstime.com)San Francisco, California

Diverse and unrepentantly eccentric, the City by the Bay wears its colors proudly, from the displays of elaborately embroidered cheongsamin Chinatown windows to the Seven Sisters, the famous lineup of delicately-tinted Victorian homes on Alamo Square. For more freestyle paint jobs, check out the murals at Clarion Alley, a narrow sliver connecting Mission and Valencia Streets. A multiplicity of art styles drawn in innumerable hues covers the walls and fences of the alleyway, providing the (mostly) consenting community with a dynamic gallery of homegrown creations. If that's still too restrained for your tastes, join a million other revelers at the annual San Francisco Pride Celebration and Parade (usually held on the last full weekend of June). It's the biggest LGBT event in the country, and, as such, one of the biggest tsunamis of color on the planet.

 
Willemstad, Curaçao (Federico Donatini / Dreamstime.com)Willemstad, Curaçao

From a distance, Willemstad's waterfront looks positively unreal, like a doll city plunked down into the Caribbean. The oldest section of Curaçao's capital dates back to 1634, and the commingling of Dutch architecture and a Caribbean palette has resulted in a riotous cityscape rivaling the town's own Carnival for vibrancy. One island legend claims that the painting began in earnest when a Dutch governor proscribed white houses, believing the tropical sun's powerful glare a medical risk. See the buildings up close and then cross the Swinging Old Lady (the local name for the pontoon-supported, 1888 Queen Emma Bridge) for a view from the across the river. Gouverneur de Rouville restaurant has a terrace with the perfect vantage point (the wide selection of rums is also a plus).

 
Longyearbyen, Norway (Science Faction / SuperStock)Longyearbyen, Svalbard, Norway

At Longyearbyen's latitude, about the only warm things around are the rusty reds of many of this coal-mining town's homes. The capital of the Svalbard archipelago lies a full 12 degrees north of the Arctic Circle—which means it's not just Nordic, it's the most Nordic of all Nordic lands (according to its proud inhabitants, anyway). The rows of identically constructed homes—done up in rich, Crayola oranges, blues, and reds—stand out starkly from the snow-strewn hills and crevasses of Longyearbyen's otherworldly surroundings. The entrances to some defunct mines remain open to visitors, with Mine No. 2B being particularly endorsed. "As a matter of fact," Norway's official tourism guide blithely asserts, "this mine is where Santa Claus lives." Those rosy homes? That's where the elves work.

 
Cape Town's Bo-Kaap district (Photononstop / SuperStock)Bo-Kaap, Cape Town, South Africa

Settled by the successors of African and South Asian slaves brought by the Dutch beginning in the 1500s, and subsequently influenced by the migration of Islam, Cape Town's Bo-Kaap district has over time developed into a candyland of lemon, lime, and grape-tinged houses. For more on the neighborhood's past, head to the Bo-Kaap Museum, housed in a historic building largely unchanged from its original 1760s form. Then trek up Wale Street and turn off onto Chiappini Street for a particularly striking row of Dutch and Georgian terraces, cheery aquas and pistachio greens, and glimpses of the surrounding cloud-draped hills.

 
Gdansk, Poland (Travel Library Limited / SuperStock)Gdańsk, Poland

A millennial city that wears its age proudly, Gdańsk has a dazzling collection of preserved structures that tower above the cobbled streets of the Główne Miasto (Main Town). While the Baltic port has more than its share of stoic structures (check out St. Mary's Church, which, with its 256-foot tower, is purportedly the largest brick church on earth), parts of the city are draped in surprisingly upbeat tones. The sentinel-like mansions along Długa, the main pedestrian drag, form solid walls of peach, olive, and mauve. Their combination of jovial colors and dignified sculpture and ornamentation reflects Gdańsk's split personality: Centuries after the height of its prosperity as a trading hub in the 1500s, the city fell hard under the spell of collectivism. The Solidarity movement that eventually helped topple communism in Europe began in the city's shipyards, and today Gdańsk is still on the ascent after its postwar dreariness.

 
The neighborhood of Quiapo in Manila (Hrlumanog / Dreamstime.com)Quiapo, Manila, Philippines

At the center of the Philippine capital, the market-rich neighborhood of Quiapo packs in a bewildering variety of cultural, culinary, and corporeal colors that makes the rest of Manila pale in comparison. On any given day, the rugged streets fill beyond bursting with vendors hawking traditional gold-trimmed barong tagalog shirts, sweet sun-yellow mangoes from the island of Guimaras, and fierysiling labuyo (birds-eye chilis) in Christmassy reds and greens. But the real star of Quiapo's dappled streets is the classic Philippine jeepney. Modeled after American army jeeps, the flamboyant minibuses are ubiquitous on the capital's crowded roadways, and each is a unique work of art. The vehicles are painted with slogans, patterns in blaring primary colors, and gaudier-than-life portraits of pop stars and cultural icons—think Mother Mary riding shotgun, with Madonna bringing up the rear.

Agak2 uols, ade tak bandar yang mostly colornyer hijau he he he !


SUMBER INFO DARI SINI !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...