THE OTHER SIDE OF KESUMA ANGSANA: 2012-07-15

Tabung Masa Depan ...

Saturday, July 21, 2012

My 1st Day Of Ramadhan

Salam pagi Sabtu semua!.  Hari pertama kita semua berpuasa Ramadan tahun ini.

Dah sahur pagi tadi ? atau ade yang terlepas untuk bersahur ke ?.  Harap2 xdelah ye.  KA, alhamdulillah bersahur dengan sedikit nasi, buah kurma dan air suam.  Berulamkan 2 biji pil gula untuk gastrik & pil coklat untuk diabetes.  Lepas tu cuit sikit aiskrim dalam mangkuk anak.  He He He .... Burpppp kenyang!

Sambil menunggu Subuh, membelek2 hadiah GA dari Gincomerahjambu.blogspot tu!. Thank you, dah sampai pown.  Yang kedua antara 3 GA yang KA menang bulan ini.  Mood : Of course, Happy ler!


Dalam GA tu ade dua color, satu purple, satu pink.  KA dapat yang color purple tu. Cantik !.  Oklah, bercerita tentang purple and pink ini, KA plan nak buat dadih keladi dan dadih strawberry sebagai pencuci mulut untuk buka puasa petang ini.  Feveret anak2, anak2 buah juga adik beradik KA yang akan balik berbuka hari ini.  Resepi leh tengok kat N3 KA sebelum ini "Resepi Dadih Mudah".  Oklah, nak mulakan operasi, tumpang lalu dulu!.  Kalau berukband x buat hal, KA BW laman kawan2 lepas tu yek.......

Tinggalkan uols sekejap dengan ucapan ini.  Semoga Ramadan ini, Allah jadikan Subuh kita cahaya, Zuhur kita bahagia, Asar kita gembira, Maghrib kita keampunan dan  Isyak kita keberkatan serta dibukakan pintu Syurga tanpa sempadan ! Amin2!

Friday, July 20, 2012

Nilai Sekeping Roti Bakar RM 1,119

Aduhai, menggeleng kepala KA dibuatnya, bila baca cerita ni di akhbar Utusan. Nak gelak pown ade!. Apa yang special sangat kat roti bakar tu ?. Bukan boleh buat sahur pon kan ! Untuk berbuka lagilah tidak ! He He He
 
Roti bakar Putera Charles dilelong AS$361

LONDON 20 Julai - Sekeping roti bakar yang ditinggalkan oleh Putera Charles ketika bersarapan pada hari perkahwinannya dengan Puteri Diana pada 1981, dilelong dengan harga AS$361 (RM1,119).
Roti bakar tersebut disimpan oleh seorang bekas pembantu istana, Rosemarie Smith sebagai kenangan perkahwinan Charles dan Diana yang ditonton oleh 750 juta orang di seluruh dunia.
Roti bakar tersebut dijual dalam satu acara lelong anjuran Syarikat Charles Hanson di Etwall, Derbyshire, semalam.

Dan baca juga kat sini ye!

( google )
 Charles' wedding toast fetches £230

A bidding war has broken out over a piece of toast believed to have been served to the Prince of Wales for breakfast on the day he married Lady Diana Spencer.
Two bidders fought it out over the telephone for the slice of white toast, which went under the hammer at Charles Hanson Auctioneers in Etwall, Derby. The winning bidder, based in the UK, eventually paid £230 for the 30-year-old memento.

A spokeswoman for the auction house said: "The slice of toast went to a UK buyer. There were two telephone bidders fighting it out for the slice. It was exciting.
"There was a round of applause when the gavel dropped then it was like 'Oh crumbs... it's sold!'"
More than 750 million people around the world tuned in to see Charles marry Diana in St Paul's Cathedral on July 29 1981.

The slice of toast was sold on Thursday on behalf of Rosemarie Smith, from Derby. She took the leftover slice from a tray after visiting her daughter at Buckingham Palace just hours before the royal wedding.
Ahead of the auction, the 83-year-old said: "At the time my daughter was a maid at the Palace and one of her duties was to collect Prince Charles's breakfast tray from outside his room. I was with her in the corridor and saw that Prince Charles had left some toast on the tray. I had been thinking about a keepsake from the wedding and saw the toast and thought to myself 'Why not?'"
She kept the slice of toast in a cup on a shelf at home until last year when the wedding of Prince William and Kate Middleton made her curious about its value.

Mrs Smith said: "I just wandered into the auctioneers out of curiosity and asked them if it was worth anything. I was pleasantly surprised to hear them agree with me that it could be of quite some value to royal collectors."

Sehari Menjelang Ramadan

InsyaAllah, esok seluruh umat Islam di Malaysia akan mula menjalani ibadah puasa.  Semoga ditetapkan iman kita dan diberikan kesabaran dalam menempuh cabaran berpuasa ini.



SUMBER DARI SINI

Akhir tinta,

Tiada hari seindah JUMAAT,
Tiada kata seindah ZIKIR,
Tiada ibadah seindah SOLAT,
Tiada bulan seindah RAMADHAN,

Salam Ramadhan Al-Mubarak untuk semua dan again, Selamat Berpuasa!

Thursday, July 19, 2012

Salam Ramadhan Giveaway

KA jarang2 juge join GA atau segmen.  Sebabnyer masa tak mengizinkan, lebih2 lagi kalau kena klik2 dan like2 bagai.  Tapi yang ini, mudah dan simple je.  So, join ajelah.  Mana tau ada rezeki di bulan Ramadan nanti kan.  Bermula 17/7/2012 sehingga 31/7/2012 ni!

Yang ini banner tuan tanah die



Kalau nak tau cara2 dan hadiah2 nyer yang best tu, kena lah uols2 semua jengok blog tuan tanah  okey !
>
>
>
>

Sebak Dengar Lagu "Aku Yang Berdosa"

Entah kenapa semakin hampir Ramadan tiba, semakin sebak rasa.  Mengenangkan segala dosa2.  Betapa kecil dan kerdilnye kita disisi yang Maha Esakan!. Menyusur bait2 lirik lagu ini, tak sedar ada airmata yang bergenang dan hampir tertumpah!

AKU YANG BERDOSA  By Shahir AF8

Sejauh mana langkah ku di sana
Aku melupakan mu
Seluas mana kau beri padaku
Masih ku angkuh padamu
Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadamu
Atas dosaku

Ya Allah ku hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu

Segalanya Dusta
Gelap mengaburi ku
Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadamu
Atas dosaku

Ya Allah ku hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu

Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadamu
Atas dosaku

Ya Allah hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu

Source:  KAT SINI
 
Sekadar menginsafi diri menjelang Ramadan ini..............

Selamat Datang Ramadan !

Salam pagi Khamis yang sejuk, sebab pagi2 kat KL ni dah hujan.  Boleh nampak ke anak bulan hari ini.  Apapun, InsyaAllah kita di Malaysia akan mula berpuasa pada hari esok Jumaat ataupun pada hari Sabtu ini.  

Teringat2 waktu KA kecik2 dulu, antara perkara wajib dan momen paling tak boleh lupa adalah, waktu duduk tercongok di depan tv menunggu2 pengumuman bila jatuhnya puasa dan juga pengumuman hari raya.  Pastu, akan bersorak gembira bila x jadi berpuasa(ada sehari untuk makan lagi) dan jadi berhariraya. Indahnya, kenangan itu.  Dan yang pasti waktu itu, Arwah Abahlah yang paling sibuk.......... (Tiba2 KA jadi sebak bila teringatkan Arwah Abah - Alfatihah).  

Oklah, berkongsi sedikit pengertian puasa sebagai persediaan untuk kita bersama.

( google )
Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.
Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

Niat puasa Ramadhan

Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.

Lafaz niat

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.
Lafaz lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
  • Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.
Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:
Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
  • Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
  • Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:
“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

Waktu berniat

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

Sumber & lanjut baca kat sini ye

For KA, biarlah kita bersederhana dalam apa juapun.  Selamat berpuasa, mohon maaf andai ada kata2 KA diblog yang menyinggung rasa kawan2 tanpa sedar.  Moga kita sama2 beroleh keberkatan dan diterima segala amal ibadah ! 

Tuesday, July 17, 2012

Petua & Rahsia Kejayaan Dato' Fazley Sebagai Juara Master Chef Selebriti Malaysia Pertama

Wah, KA tak sangka sungguh, nak jadi Juara Master Chef Selebriti pun ada petua dan resepinyer.  Macam Dato' Fazley ni,  rahsia dan petuanya kata beliau adalah, kena selalu menjadi pengacau di dapur.  Ala2, sweetnyer! KA suka, KA suka! . Tapi, KA pantang pulak kalau orang kacau waktu sibuk di dapur ni, siaplah suara jeritan ala2 Tarzan tu keluar nanti. He He He.  Kalau nak anak2 berjaya dan jadi Chef terkenal kenalah ikut petua Dato' Fazley ni kan!. 

( Mstar online)

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pakar motivasi, Datuk Fazley Yaacob menjelaskan tidak pernah menyangka akan menyandang gelaran juara MasterChef Selebriti Malaysia kerana berasakan dirinya tidak mahir memasak.

Fazley, 33, berkata, pada awalnya beliau hampir menarik diri selepas dimaklumkan namanya disenaraikan sebagai peserta dan bukannya pakar motivasi dalam program itu.
"Saya pada mulanya memang rasa tiada keyakinan untuk memasak kerana jarang ke dapur tetapi apabila mempertimbangkan objektif program ini yang ingin membantu golongan kurang bernasib baik saya terus bersetuju.

Dalam pada itu, ditanya mengenai rahsianya dalam menghasilkan masakan yang enak, Fazley memberitahu dia tidak mempunyai sebarang rahsia sebaliknya sering menjadi pemerhati apabila isteri dan ibunya memasak di dapur.

Fazley berkata, walaupun tidak pernah mencuba masakan yang dihasilkan oleh isteri atau ibunya, dia mengingati cara-cara dan bahan yang ingin digunakan untuk memasak sesuatu hidangan itu.

"Saya suka lihat dan mengingati perkara yang saya lihat dan begitu juga masakan. Setiap kali menjadi penyibuk di dapur saya akan memerhatikan bagaimana sesuatu hidangan itu dibuat. "Alhamdulillahlah saya juga tidak menyangka semua percubaan pertama kali ketika menyediakan hidangan itu memenuhi kehendak juri," katanya.

(mstar online)

Penyanyi yang terkenal dengan lagu “Asmara Ini” itu menerima wang tunai sebanyak RM57,000 untuk disumbangkan kepada Yayasan Jantung Malaysia yang diwakilinya setelah memberikan persembahan konsisten sepanjang 13 minggu program itu berlangsung.

Petua Petang - Guna Ais Kurangkan Peluh Di Wajah

Ok, KA tertarik nak kongsikan satu lagi petua ini, yang KA baca disebuah majalah (Wanita kot) baru2 ini! Share with uols petang2 ni.

Negara kita Malaysia, dengan cuaca yang panas macam ni, memang kita x boleh larilah dari mengeluarkan peluh.  Lainlah kalau duduk 24 jam aje di bawah aircondkan!. Uols perasaan tak, kadang2 tengah2 bermekap2 pun peluh leh turun menitik2 .  Memang sangat2 merimaskan, walaupun berpeluh itu bagus dan sesuatu yang sihat.  Apalagi  bila dah bersolek cantik2 tiba2 peluh lak datang!. Aduhai...

( Pinjam google )
Petua turun temurun ini katanya boleh membantu.  Mula2 basuh muka sehingga bersih dan lapkan kering2.  Lepas tu ambil ketulan ais dan sapukan pada seluruh wajah.   Tak perlu dilap, tapi biarkan saja kering dengan sendirinya.  Selepas itu bolehlah kita bersolek seperti biasa.  Sekiranya ini diamalkan beberapa kali, kita akan dapati yang peluh diwajah akan berkurangan berbanding sebelumnya.  

KA pown nak cubalah!.  Jom kita cuba sama2!

Petua Mudah Di Dapur

Hari Selasa memang x sah kalau xde N3 tentang petua.

FROM GOOGLE
Malas nak pikir2 sangat, hari ni KA berkongsi petua yang simple mimple je! (Ade ke perkataan ni !).  Cara mudah nak bersihkan pinggan atau piring dari kesan sisa krim kek.  Almaklumlah KA tengok ramai blogger2 yang sambut hari jadi sebelum pose ni!.  Kalau nak berbuka pose dengan kek pun, apa salahnyer kan.  Apalah yang KA dok membebel ni.  Apapun, memang susah jugak nak membersihkan sisa krim kek yang tertinggalkan. Betul tak ?

Ok, petuanya.  Mula2, bersihkan dulu sisa2 krim pada pinggan atau piring itu dengan menggunakan tisu. Kemudian siramkan dengan air panas.  Dan last sekali baru cuci dengan menggunakan sabun pencuci pinggan seperti biasa.  Pasti xdelah lagi kesan2 berminyak pada pinggan ataupun piring tu.  Mudahkan.

Satu lagi, kalau dah malas sangat nak cuci bagai, pakai ajelah piring pakai buang tu.  Lagi mudah kan! He He He.

Tahniah Dato' Fazley Juara Master Chef Selebriti Yang Pertama

KA terlepas tengok MCSM Finale malam tadi.  ( Menemankan si bongsu tu tidur, terus terlelap sekali.  Tau2 je, anak bujang KA yang sulung tu cakap Dato' Fazley menang! ).  Sekalung tahniah ler pada Dato' Fazley.  Taklah terkejut sangat.  Sebab dah boleh jangka siapa winner nyer.  KA lebih terkejut bila Angah turut diumumkan layak ke final semalam.  Yang itu lebih mengejutkan for KA.  Mungkin dah tertulis rezeki buat Dato' Fazley.  Dia pown memang konsisten dari awal2 lagi. 

GOOGLE IMAGE


Tahniah juga untuk Angah ! ( My bongsu daughter suka dia ni ! )


Sekarang ni, tengah dok selak2 magazine yang KA dapat menerusi GA hari tu.  Tq POSLAJU dan to Adyna, dah sampai pown pagi semalam.  Isi2nya memang best tau!.  Nanti kalau ada apa2 yang interesting2 tu KA sharekan ok!.



Monday, July 16, 2012

Citer Weekend Dengan Kenduri & Melunas Janji Yang Masih Berbaki

Ni, cerita2 weekend hari tu.  Macam tulah KA. Setiap kali weekend ade2 je halnyer. Mula2, menghadiri jemputan kenduri di rumah my cousin, sempena kedatangan bulan Ramadhan dan sedikit kenduri arwah.

Pagi2 lagi, dok tolong makcik2 ni  yang dah bertukar jadi ala2 Michael Jackson semua, dengan sarung tangan putih untuk sessi menyiang dan membersihkan ikan keli untuk menu malam.  Tak sempat nak snap banyak lagi, sebab KA lepas ni dah terjatuh kat belakang, akibat licin ketika membantu membersihkan pinggan mangkuk.  Sakitnyer masih terasa hingga hari ini.

( Tengok tu , semua dah siap sedia dengan sarung tangan putih )


Tengahari, dalam sakit2 tu, sempat juga lari sekejap. Plannnyer, nak jemput  my second daughter yang form 1 tu, cause dia ada aktiviti di sekolah.  Satu lagi, dah berjanji nak belikan sesuatu buat dia.  Sebenarnya, ini belated hadiah sempena pencapaian cemerlang dia, waktu UPSR tahun lepas.  Sengaja KA tak beli lagi.  Kena memikir2 kan pro and cons sebelum belikan.  Takut leka pulak nanti.  Dia x mau ke asrama dan mahu duduk di rumah tapi berada didalam kelas KRK (Kelas Rancangan Khas untuk pelajar2 cemerlang yang tidak ke asrama penuh) di sebuah sekolah berasrama harian. So, melihat kepada keputusan peperiksaannye baru2 ini, terpaksalah KA tunaikan janji juga. Manusia dipegang pada janjinyer kan!

Yang my bongsu daughter, siap bagi nasihat dah ceramah gile2 kat kakak dia tu. Tak eloklah beli benda ini.  Nanti leka lah, alat musik ni tak baguslah macam2 lagi.  Tapi bila dah beli, siap boleh cakap, nanti kita main sama2 ye Angah !

Nak tau apa yang dibeli G.I.T.A.R................... Terbang jugalah ratusan ringgit !.  Janji ye Kak Ngah, pelajaran kena still maintain okeyhhh!.  Kata Angah, saja2 nak main waktu free timelah Umi, I'm not going to be another Najwa Latiff, promise! . Tapi KA tengok, yang si bongsu tu pulak yang lebih2 berminat je.  Dok ralit petik tali gitar tu! Hu Hu Hu.  Cuma En. Hubby je yang x berapa nak gemar !

( Antara yang ada dari  puluhan ke ribuan ringgit )


 ( Menunggu gitar di tune sebelum boleh angkut balik )

Malam pulak, sekali lagi terjah kenduri.
Gambar2 dari  hujung dapur je, sebab KA x larat dah nak berdiri. Duduk di kerusi saja boleh, akibat sakit belakang dan kaki.  Gambar2 sekitar majlis waktu sessi makan di luar rumah pown x sempat nak snap!.


( My Uncle bagi ucapan sikit sebelum majlis tahlil dan bacaan yassin bermula )
Apapun terimakasih tuan rumah atas undangan.  Siap bungkus balik lagi ! Paling KA suka gulai pisang muda ngan ikan masin. Pekat, pedas dan terangkat !........He He He

Petua Kenyang Lama Di Bulan Puasa, Cuba Makan Aiskrim


AISKRIM bukan sahaja sedap malah mengenyangkan.

Salam Pagi Isnin !

AISKRIM sering digambarkan sebagai makanan yang tidak sihat serta menggemukkan.

Bagaimanapun, penyelidikan oleh Majlis Tenusu Kebangsaan Amerika Syarikat mendapati makanan kegemaran kanak-kanak itu sebenarnya mampu membuatkan seseorang berasa kenyang lebih lama.


Malah, aiskrim seberat 75 gram cuma mengandungi 110 kalori berbanding 510 kalori yang terdapat dalam kek keju dengan berat yang sama.

Selain itu, aiskrim yang diperbuat daripada susu lembu kaya dengan vitamin A, vitamin B12, vitamin D dan vitamin K.

Ada juga dakwaan mengatakan, ia berpotensi menurunkan risiko penyakit jantung dan darah tinggi. Begitupun, lebih baik ia diambil dalam jumlah yang sederhana dan tidak berlebih.

Boleh lah cuba bagi aiskrim kat anak2 dalam bulan Puasa nanti kan!.

SUMBER @ KOSMO

(P/S. Tak sabar2 nak tunggu siapa bakal jadi MCSM yang pertama malam ini,  Tahniah buat Dato' Fazley yang akan mencabar Angah(tahniah juge) di final malam nanti.  Macam dah boleh agak siapa juara je! )

Sunday, July 15, 2012

Khasiat Yogurt Untuk Kulit Kering

Uols2 semua suka tak Yogurt.  Kalau KA suka buat macam kat bawah ni kalau terlebih rajin sikit, sebelum suap ke mulut.  Kalau terlebih malas banyak, hirup makan selalu jelah Yogurt tu. He He He
google image
Just nak sharekan tips yogurt, untuk Uols2 yang berwajah kering.  Macam KA, wajah mix normal to berminyak sikit  atau kata orang jenis kulit lambat tua. Ye ke ?.  Petik info dari bacaan di majalah mingguan wanita.

Caranya:-

-  Campurkan satu sudu besar dadih, setengah sudu besar minyak kacang almond, sebiji telur dan satu sudu besar madu.
-  Kacau sebati dan tampalkan pada wajah selama lebih kurang 15 minit.
-  Lepas tu bersihkan dan cuci muka seperti biasa.

Jika rajin dilakukan selalu, InsyaAllah dalam 3 - 4 minggu wajah kulit yang kering akan menjadi lebih lembap.  Ini kerana Yogurt bagus dan berfungsi untuk mengecilkan pori2 kulit wajah sekaligus melembutkannya.  Boleh cuba yek!

Kongsikan juga khasiat terbaik Yogurt kat bawah ni!

Google Juga

10 Reasons Yogurt is a Top Health Food -  

Kisah2 Cuti Hujung Minggu & Sedikit Lucu


Pagi2 semalam dah dok kat kedai makan breakfast.  Dapur masih x boleh nak diguna pakai lagi.  Dan kebetulan semalam pown, ada kenduri hingga ke malam. So, layan makan kenduri jelah!.  (Cuma my bongsu daughter yg sibuk2 complain, ramai sangat sedara Umi ni, penat dah tangan Adik nak salam, He He He). Celcom pula bermasaalah di tempat saya sehari dua ni, jadi terpaksa cari kedai yang agak jauh untuk berblogging.  Maaf x sempat nak pg jenguk laman kawan2.  Pasti akan terjah bila keadaan back to normal nanti.

Cuma masih teringat2 conversation antara my two daughters tu..........

Kakak :  Bagilah Angah pinjam kipas tangan tu ! Panas ni...
Adik :  Adik pun nak pakai jugaklah Angah...
Kakak :  Ala, kedekutlah tu!
Adik  :  Angah, Adik bukan kedekutlah, cuma Adik tak nak kasi aje.
Kakak :  Bertuah punya Adik!
Me :  Ha Ha Ha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...