THE OTHER SIDE OF KESUMA ANGSANA: 2012-08-05

Tabung Masa Depan ...

Saturday, August 11, 2012

Jangan Lupa Tengok Fenomena Okultasi Planet Musytari Esok


( google image )

Orang ramai berpeluang menyaksikan Okultasi Planet Musytari pada Ahad ini(esok) bermula dari pukul 2.20 pagi hingga 3.20 pagi.

Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), seluruh Malaysia akan dapat melihat planet Musytari dilindungi oleh bulan lebih kurang satu jam dengan waktu sedikit berbeza (bergantung pada lokasi).
Masyarakat di Sabah dan Sarawak bertuah kerana berpeluang menyaksikan keseluruhan proses fenomena manakala di Semenanjung dapat menyaksikan proses akhir fenomena itu sahaja.
Kata ANGKASA dalam kenyataan itu lagi, fenomena itu hanya dengan menggunakan mata kasar tanpa memerlukan sebarang peralatan khas.

Kali terakhir fenomena itu berlaku adalah pada 23 Februari 2009.

Untuk maklumat lanjut mengenai fenomena itu, sila layari Portal Pendidikan Sains Angkasa www.astronomi.angkasa.gov.my atau hubungi Planetarium Negara di talian 03-22734303/4301. - BERNAMA

sumber 

Bolehlah tengok dan  terus ke sahur lepas tu.  Aduhai, sah2 mengantuk ler pulak nanti.  Biasanyer benda2 cam ni En. Hubby lah yang akan pasti dok sibuk2 nanti. Itulah dulu2, suh jadi pengkaji bintang bulan tak nak.  Dah tua2 ni sibuk lah pulak nak tengok bulan bintang. He He He

Selamat Berhujung Minggu Kawan2

Friday, August 10, 2012

Belajar Kenal Erti Kehidupan Sebenar Dari Blogger PLHIV Ini

Tak tahu bagaimana KA nak memulakan N3 ini. takut tersalah tulis pula nanti.  Sedangkan niat KA hanya ingin berkongsi. Baiklah, sebenarnya waktu KA mencari2 info dan membaca tentang pencarian "Malam Lailaitul Qadar" tersinggah di salah satu laman kawan blog KA.  Dari blog beliau, KA terjah ke satu blog ini.  Allahu Akhar!.Membaca N3 penulis blog itu, membuatkan KA benar2 tersentuh.  Terus KA cari N3 terawal beliau untuk tahu cerita sebenar.  Terus lagi membaca N3 yang lain di dalam blog, sesungguhnya banyak pengajaran yang KA dapat dalam mengenal erti kehidupan yang sebenarnya. Kagum dengan semangat beliau,  terpanggil KA untuk follow agar sentiasa update & tahu apa2 cerita terbaru beliau nanti. 

Mungkin, bagi sesetengah orang akan ada rasa ketidak selesaan dengan keadaan tuan blog.  But for KA semua orang x lari dari membuat kesilapan bak kata pepatah Bumi Mana Yang Tidak Ditimpa Hujan kan. Apa yang membezakan kita adalah samada kita belajar sesuatu dari kesilapan itu dan bertaubat.  Sesungguhnya Allah swt itu Maha Penyasih, Maha Penyayang dan Maha Pengampun.  Mungkin tak banyak, tapi at least ada sedikit cerita yang boleh kita jadikan panduan dan pengajaran.

Kalau ada yang sudi baca, boleh tengok kat sini ye Najmi @ Hidup Mesti Diteruskan!

For KA, just doakan yang terbaik for him & akan sentiasa sokong mana yang termampu. InsyaAllah.

Lajunyer Airmata, Lihat Iklan Raya 2012 Bernas Semalam

Baru je tengok iklan ni semalam di TV3
Bibir KA kelu tak terkata apa 
Tanpa sedar menitis airmata
Sayu hiba terasa
Rindu menerpa menggetar dijiwa
Hibanya hati tidak terkira
Hanya yang pernah merasa
Akan mengerti erti kehilangan yang sama
Al-Fatihah jua untuk Arwah Abah tercinta
Di pagi Jumaat yang mulia
 

Lampu Cantik Dari Bahan Terbuang

Kalau dah kreatif tu, barang2 terbuang pown boleh diolah dan dijadikan rekaan yang sangat2 menarik.  Macam botol2 terbuang ni ditransformkan menjadi satu deko lampu yang cantik untuk hiasan rumah.  





Nanti KA nak suruh paksa anak dara KA cuba belajar buat benda2 cam ni.  Tu botol kicap, botol sos, segala bagai botol banyak kat dapur rumah tu bolehlah nanti diguna pakai.  Umi dia yang nak jimat duit, anak pulak yang jadi mangsa . He He He.  Let's go green, selamatkan bumi kita.

( gambar2 google )

Patuhi Had Laju Di Musim Perayaan

Salam Jumaat semua. Hari ini bermulalah Ops Sikap sempena musim perayaan hari raya ni.  Bagi KA buatlah banyak mana Ops2 pown, kalau sikap pemandu2 itu sendiri tak mahu berubah maka kemalangan2 yang tidak diingini akan terus terjadi.  Masih relevankah peribahasa " Biar lambat asalkan selamat " ?  Tepuk dahi jawab sendiri ye!

( Dari google )
KUALA LUMPUR: Had laju di jalan persekutuan dan jalan negeri di seluruh negara akan dikurangkan sebanyak 10km sejam (km/j) dalam usaha memastikan keselamatan pengguna jalan raya ketika perjalanan 'balik kampung' untuk menyambut Aidilfitri.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, pengurangan kadar had laju itu akan dikuatkuasakan selama dua minggu bermula 12 Ogos sehingga 26 Ogos.

Katanya, sehubungan itu had laju bagi jalan persekutuan diturunkan kepada 80km/j daripada 90km/j dan jalan negeri ialah 70km/j daripada 80km/j.

"Langkah ini diambil bagi memberi kesedaran pada orang ramai mengenai keselamatan jalan raya yang mana kelajuan tinggi merupakan faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan angka kemalangan saban tahun.

Kong berkata, semua kenderaan barangan yang membawa muatan berat bukan bekalan keperluan harian juga dilarang menggunakan lebuh raya di seluruh negara pada 17 dan 18 Ogos serta 25 dan 26 Ogos. Katanya, larangan tersebut dikeluarkan bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengguna lebuh raya yang akan pulang ke kampung masing-masing sebelum dan selepas Aidilfitri.

Sementara itu, beliau berkata, Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) masih didalam peringkat percubaan dan dijangka beroperasi sepenuhnya selewatnya hujungtahun ini.

Katanya, pada masa ini, sistem tersebut telah dibangunkan di 10 lokasi 'blackspot' di seluruh negara dan sedang diuji keberkesanannya sebelum ianya dilaksanakan secara berperingkat.

"Kesemua kamera akan dipasang secara berperingkat dan buat masa ini kitalakukan percubaan terhadap sistem tersebut bagi memastikan pelaksanaannya nanti berjalan lancar dan berfungsi dengan betul".
Beliau berkata, sebagai langkah peringatan kepada pemandu, papan tanda pemberitahuan 'Zon Operasi Kamera' yang mencukupi akan dipasang dalam lingkungandua kilometer daripada lokasi kamera.
Sistem itu yang akan dilaksanakan di 825 kawasan berisiko kemalangan dan kawasan lampu isyarat pada mulanya dijangka dilaksana sepenuhnya di seluruh negara bermula 12 Ogos ini.

SUMBER BERITA

Apapun sentiasa berhati2 di jalanraya!

Thursday, August 09, 2012

Sama2 Mencari Malam Lailatul Qadar

(  Pinjam google )
Moga2 kita antara insan2 yang terpilih !


Note :  Mana2 laman kawan2 yang x sempat KA nak terjah tu, KA akan jenguk pelan2 yek.  Kerja dah bertambah2 ni, harap faham2 ajelah. InsyaAllah KA datang intai2 ye! Mungkin x dapat komen, tapi jd silent reader aje pun dah cukup, sekadar untuk nak tau cerita terbaru kawan2.

Kasut, Selipar, Sandal Or Capal For Raya ? Tips Memilih




TRADISI AIDILFITRI… Menjelang sambutan Aidilfitri, A Wahab Samaruddin, 45, sibuk menyiapkan tempahan capal di kedai miliknya di Keramat Mall di sini, Rabu. Capal untuk kanak-kanak dan dewasa dijual pada harga RM10 hingga RM70 sepasang dan mampu menyiapkan 30 pasang capal buatan tangan dalam sehari. -Foto BERNAMA.


KA terbaca berita ni tadi.  Kalau dah namanya raya, apa pown laku macam goreng pisang panaskan. Bukan nak promosikan  capal tu, tapi saja2 nak tanya kawan2 apa yang dibeli untuk disarungkan di kaki raya2 nanti.  Kasut tumit tinggi ke, Selipar simple je ke, atau mungkin Capal mahupun Sandal.  So, KA nak kongsikan yang ini !

Tips & Cara-Cara Memilih Kasut
  1. Beli kasut pada waktu petang atau malam sebab pada waktu ini seluruh otot kaki mengembang dan membesar sedikit.
  2. Sarungkan kasut pada kedua-dua belah kaki. Pastikan kasut tidak menghimpit kaki. Berdiri tegak dan cuba jalan. 
  3. Pilih kasut yang sesuai dengan aktiviti.
  4. Pilih kasut yang yang berkusyen tebal & diperbuat daripada bahan ringan bagi meminimumkan kecederaan. 
  5. Kalau nak cari kasut untuk aktiviti berjalan kaki atau jogging, pilih kasut yang berlapik tebal utk menahan hentakan tumit dengan tanah.
  6. Pastikan tumit kaki dan jari kaki tidak terkeluar daripada saiz asal kasut. 
  7. Jangan pilih kasut yg dirasakan ketat. Walaupun ada yang kata lama2 kaki akan biasa tetapi hakikatnya boleh menyebabkan kaki sakit dan melecet.
  8. Kasut yang selesa adalah kasut yang diperbuat dengan cermat dan kemas, tumit tak terlalu tinggi dan mampu menampung kaki dengan stabil. 
  9.  Jangan terpedaya dgn promosi dan tawaran kasut murah sehingga mengabaikan faktor keselesaan dan ciri2 kasut yg diingini. 
  10.  Ketahui materialnya. Pastikan material tu membenarkan kaki bernafas seperti kulit. 
  11.  Jangan jadi mangsa fesyen! 
 Credit Info :

Ok, selamat memilih kasut sesuai untuk Cik & Encik kaki ye kawan2 ! Dengar cerita Cik Puan Sue_Ria Qistina  pown nak gi shopping kasut hari ni. He He He.  Selamat bershopping kasut raya ye!

Percuma Satu Datang Lagi Di McD

Anak dara KA yang form 1 tu dan sibongsu KA yang baru 6 tahun tu minat sangat dengan yang ini.  Dah berkira2 sebenarnya nak membeli. So, kebetulan masih ada lagi dari 6 - 15 Ogos, 2012 ni, boleh lah pi beli kan!. Jaga hati my bongsu yang rajin sungguh puasa tanpa komplen apa2, dan juga hati my anak dara yang dok komplen penat  menjahit manik2 baju raya  KA anak beranak   InsyaAllah beli hari ini. He He He

Sharekan juga pada kawan2 lain andai ada yang berminat , hokeyh!



Top 10 Makanan Pelik Di Dunia, Pelik Ke?

Katanyer, makruh kalau duk tayang2 makanan sedap waktu2 bulan pose ni.  Hari tu, KA pown terpost juga N3 tentang makanan.  Ter......maksudnyer x sengaja, so xpe lah kan! Mintak ampun maaf byk2 yek!.  Tapi yang ini, makanan pelik2 dari seluruh dunia, 10 yang terpelik gitu.  Layan ajelah!  Tapi, semalam my bongsu daughter cakap, her friend's mother yang KA bagi Spaggeti Bolognese (betul ke spelling ni) tu cakap.  Sedap sungguh !..He He He.  Yang masaknyer adik perempuan KA. KA cuma jadi tukang supervise & pantau2 aje!

Ok, here we go, top ten strangest foods from around the world ~ ~ ~~ ~ Tak faham, buat2 paham jelah dan tengok gambar !

They say one man's trash is another man's treasure. The same could be said about food: one man's nightmare may just be another man's delicacy. From cow's tongue and pig's snout to chicken's feet, from fried worms and frog's legs to sautéed snails, the list of weird stuff we eat is endless (and often quite tasty). If you've been indulging lately and need a reason to diet, take a read, you may just lose that appetite. Here is the list of the ten strangest foods from around the world.

10. Fried - brain sandwiches
Fried - brain-sandwiches
Long before the era of Mad-Cow Disease, a sandwich made from fried calves' brain, thinly sliced on white bread was a common item on the menus in St. Louis, Missouri, USA. The sandwich is still available in the Ohio River Valley, where the brains are now heavily battered and served on hamburger buns. In El Salvador and Mexico beef brains, lovingly called sesos in Spanish, are used in tacos and burritos. The brains have a mushy texture and very little flavor on their own so the addition of copious amounts of hot sauce definitely helps.

9. Haggis
Haggis
A traditional Scottish dish, haggis is made with the minced heart, liver and lung of a sheep mixed with onion, spices, oatmeal, salt and stock, and boiled in the sheep's stomach for a few hours. Larousse Gastronomique, a popular encyclopedia of gastronomic delights, claims that haggis has "an excellent nutty texture and delicious savory flavor." Haggis is available year-round in Scottish supermarkets and made with an artificial casing rather than a sheep’s stomach. In fact some are sold in cans to be heated in a microwave before eating. Similar dishes can be found in other European countries with goat, pork or beef used instead of sheep.

8. Bugs
Bugs
The practice of eating insects for food is called entomophagy and is fairly common in many parts of the world, with the exceptions of Europe and North America (though bugs are apparently a favorite with the television show "Fear Factor"). It is not uncommon to find vendors selling fried grasshoppers, crickets, scorpions, spiders and worms on the streets of Bangkok, Thailand. Insects are high in protein and apparently consist of important fatty acids and vitamins. In fact flour from drying and grinding up mealworm can be and is often used to make chocolate chip cookies. So next time you think there is a fly in your soup, it may actually just be part of the presentation.

7. Rocky Mountain Oysters
Rocky-Mountain-Oysters
What is so strange about oysters? Probably the fact that they're not the kind you find at the bottom of the ocean, but rather a fancy name given to deep-fried testicles of a buffalo, bull or boar. Rocky Mountain oysters (also called Prairie Oysters) are well-known and regularly enjoyed, in certain parts of the United States and Canada, generally where cattle ranching is prevalent. The testicles are peeled, boiled, rolled in a flour mixture, and fried, then generally served with a nice cocktail sauce.

6. Stuffed Camel
Stuffed-Camel
The recipe for a whole stuffed camel kind of reads like a bad joke, with ingredients that include one whole camel, one whole lamb and 20 whole chickens. The Guinness Book of World Records lists the recipe as the largest item on any menu in the world, conveniently leaving out any concrete examples of this dish actually being eaten. Legend has it that that a whole stuffed camel is a traditional Bedouin dish seemingly prepared like a Russian Stacking Doll, where a camel is stuffed with a whole lamb, the lamb stuffed with the chickens and the chickens stuffed with eggs and rice. The entire concoction is then barbecued until cooked and served. Fact or fiction, the shear amount of food created by this dish makes it deserving of a place on the list.

5. Hakarl
Hakarl
Anthony Bourdain, known for eating some of the strangest foods in the world, claims that hakarl is the most disgusting thing he has ever eaten. Made by gutting a Greenland or Basking shark and then fermenting it for two to four months, hakarl is an Icelandic food that reeks with the smell of ammonia. It is available all year round in Icelandic stores and often served in cubes on toothpicks.

4. Fugu
Fugu
Fugu is the Japanese word for the poisonous puffer fish, filled with enough of the poison tetrodotoxin to be lethal. Only specially-trained chefs, who undergo two to three years of training and have passed an official test, can prepare the fish. Some chefs will choose to leave a minute amount of poison in the fish to cause a tingling sensation on the tongue and lips as fugu can be quite bland. Perhaps the fuss of fugu is more in surviving the experience than the actual taste of the deadly fish.

3. Casu Marzu
Casu-Marzu
Found in the city of Sardinia in Italy, casu marzu is a cheese that is home to live insect larvae. These larvae are deliberately added to the cheese to promote a level of fermentation that is close to decomposition, at which point the cheese’s fats are broken down. The tiny, translucent worms can jump up to half a foot if disturbed, which explains why some people prefer to brush off the insects before enjoying a spoonful of the pungent cheese.

2. Sannakji
Sannakji
With sashimi and sushi readily available the world over, eating raw seafood is no longer considered a dining adventure. The Korean delicacy sannakji however, is something quite different, as the seafood isn't quite dead. Live baby octopus are sliced up and seasoned with sesame oil. The tentacles are still squirming when this dish is served and, if not chewed carefully, the tiny suction cups can stick to the mouth and throat. This is not a dish for the fainthearted.

1. Balut
Balut
Balut seems to be on every "strange food" list, usually at the top, and for good reason. Though no longer wriggling on the plate like the live octopus in Korea, the fertilized duck or chicken egg with a nearly-developed embryo that is boiled and eaten in the shell is easily one of the strangest foods in the world. Balut is very common in the Philippines, Cambodia and Vietnam and usually sold by street vendors. It is said balut tastes like egg and duck (or chicken), which is essentially what it is. It is surprising to many that a food that appears so bizarre—often the with the bird's features clearly developed--can taste so banal. In the end, apparently everything does indeed, just taste like chicken.

SUMBER INFO

Eh, theyals2 ni x tau lagi, kat Malaysia lagi banyak makanan pelik2 yang sedap, even 'Tahi Itik' pown orang Malaysia makan. Ha Ha Ha ( jangan marah ye, nanti kena jual!)

Tuesday, August 07, 2012

Pengarang Jantung, Petua Berjaya Datuk Lee Chong Wei

Walau tak berjaya bawa pulang pingat emas, Datuk Lee Chong Wei tetap juara di hati kita dan hati si dia.  So, petua dan tips nak berjaya ala2 macam Datuk Lee Chong Wei, kenalah cari pasangan yang sehati sejiwa dan punya minat yang sama macam ini.

Apapun, tahniah ye Datuk!


Baca juga N3 KA sebelum ni yek! KAT SINI

GA raya, babe !

Memenuhi jemputan kawan2
So, KA pown sama2lah memeriahkan
Tutupnyer  2012, 14 hb Lapan
Nak join kena terjahlah kan!



GA dia best juga
Beg yang comel, KA memang suka
Apa tunggu joinlah sama
Tak susah cuma kena followe die
Dan tinggalkan komen saja
Boleh buat N3 kalau ada masa 
Mohlah sama2 kita !

Tips Merancang Anak Sihat, Pintar & Berakhlak Mulia

( pinjam google )
Anda Hamil?
 
Syukur Alhamdulillah, tentukan anda berjumpa doktor secepat mungkin. Mengapa? Anda perlu mengesahkan kehamilan, disamping kehamilan terletak di dalam rahim, (bukan di luar rahim yakni ectopic pregnancy! Ia amat merbahaya! ), ia normal dan janinnya hidup, bukan luarbiasa seperti hamil anggur ( Molar pregnancy – juga merbahaya! di mana janin tidak terbentuk dan digantikan gugusan daging dan darah berbentuk anggur).

Kesemua ini boleh dielakkan jika anda segera berjumpa doktor apabila terlambat datang haid yakni dua minggu lewat.

Tiga bulan pertama sangat penting !

Ini adalah tempoh janin dibentuk, dari 'nutfah' (air mani) kepada 'alaqah', seterusnya menjadi 'mugdah', akhirnya menjadi janin yang lengkap dengan organ-organ serta anggotanya. Organ yang pertama dibentuk ialah jantung. Denyutan jantung dapat dikesan oleh ultrasound se-awal 6 minggu kandungan.

Cegah keguguran !

Dianggarkan 10-20 % dari semua kehamilan akan gugur secara spontan.

Lebihkan rehat, cukupkan tidur ( 8 jam) – tidur awal dan bangun awal. Jauhkan stress, fizikal dan mental. Jangan buat perjalanan jauh atau berpanjangan. Kurangkan pendedahan terhadap penyakit berjangkit, suhu panas, pencemaran udara, racun sembur, bahan kimia, X-ray, ubat-ubat moden atau tradisional tanpa nasihat pakar.Bagi mereka yang pernah gugur atau berulang kali gugur, dapatkan cuti medikal atau tanpa gaji yang panjang. Jika perlu rehat di hospital. Hubungan seksual perlu dikurangkan, diperlahankan atau gunakan sarung kondom pada tiga bulan pertama kandungan.

Doktor mungkin beri suntikan atau ubat hormon untuk kuatkan kandungan.

Cegah Kecacatan bayi !

Makan ubat folik asid 5-10 mg. Setiap hari dua bulan sebelum dan terus- menerus hingga akhir kandungan.

Tentukan yang anda sudah mendapat pelalian terhadap Rubella.

Jangan cuba gugurkan kandungan dengan apa cara pun.

Jika gagal bayi boleh cacat. Jangan makan ubat-ubat seperti tranquilizer, ubat kanser tanpa nasihat doktor. Jika ada sejarah kecacatan dalam kekuarga, dapatkan khidmat ‘ genetic counselling’. Jauhkan hamil jika umur melebihi 45 tahun.

Berserah dan tawakkal kepada Allah s.w.t. Berdoalah setiap masa untuk mendapat zuriat yang cemerlang: ‘Rabbi habli miladunka zuriatan tayiba, inaka sami u doa’. ‘Ya Allah kurniakanlah kami zuriat yang terbaik, sesungguhnya Kau mendengar doa kami’.Lakukan suruhan Allah tanpa lalai, banyakkan membaca Quran, berzikir dan bertasbih sentiasa. Bacakan surah Fatihah, 3 'Qul', dan ayat 'Qursi' kepada bayi dalam kandungan setiap malam sebelum tidur.Mengikut orang tua-tua ketika isteri hamil, suami janganlah memburu, menganiyai atau membunuh binatang. Kononnya amalan ini boleh menyebabkan anak yang dikandung isteri akan lahir cacat.Tidak perlu jalani ujian-ujian untuk mengesan janin cacat, kerana jika benar demikian , undang-ujian negara dan hukum islam tidak membenarkan menggugurkan kandungan walaupun janin cacat.

Dipercayai roh ditiupkan ke dalam jasad bayi antara 4-5 bulan umur kandungan. Ketika inilah pergerakkan bayi mulai dirasai oleh ibunya.

Anak pintar.

Perancangan patut dimulakan sebelum hamil. Tentukan badan ibu sihat, keadaan mentalnya stabil, sentiasa ceria, hubungan suami-isteri mesra, rohani dan imannya kuat, dan kandungan ini memang dirancang serta dinantikan. Bacalah Bismillah sebelum bersetubuh. Dikatakan anak terbentuk sewaktu ini jadi anda secara tidak langsung membentuk peribadi dan perwatakan anak melalui cara anda bertindak, berfikir dan mengawal emosi.

Pembentukkan otak yang sempurna bermula dari 4 bulan kandungan. Mutu makanan adalah sangat penting. Protin adalah bahan asas untuk pembentukkan otak. Sumber-sumber protin terbaik ialah ikan, susu, makanan dari kacang soya seperti tauhu, tempe dan lain-lain, ayam , daging dan lain-lain. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Mulai tujuh bulan kandungan makan minyak ikan atau telur ikan yang dipercayai mengandungi DHA satu bahan penting untuk fungsi otak. Tingkatkan makan kaya dengan omega oil seperti sardin dan salmon. 

Rangsangan

1. Sentuh bayi setiap malam sebelum tidur. Mulai tujuh bulan kandungan bayi boleh mendengar.

2. Bacakan Al-Quran selama 10-15 minit dan mainkan ‘soft music’ untuk mencetuskan stimulasi intelek dan meningkatkan ko-ordinasi otak.

3. Sentuhan adalah rangsangan yang amat kuat dan menimbulkan mother and child bonding yang kuat dari kecil. Ia akan meningkatkan IQ anak dan perasaan self esteem atau jati-diri.

Memilih tarikh lahir bayi

Setengah pasangan ingin anaknya lahir pada bulan atau tarikh tertentu. Ini mungkin boleh dicapai jika kita faham tentang beberapa fakta penting tentang kesuburan isteri. Mengikut ilmu perubatan umur kandungan ialah 9 bulan 7 hari atau 40 minggu , jika dikira dari hari pertama haid terakhir sebelum hamil. Ini pun bergantung pada pusingan haid yang teratur iaitu 28-30 hari sekali.
Misalnya jika kita hendak anak kita lahir pada bulan Disember, percantuman benih perlu berlaku pada bulan Mac. Peluang untuk isteri hamil jika bersetubuh pada waktu subur ialah lebih kurang 20-30 % sahaja. Pasangan berkenaan perlu mencuba sejak bulan January dan February. Waktu subur perempuan yang haidnya teratur ialah antara hari 13,14,15 dikira dari hari pertama mula haid.

Kita hanya boleh merancang dan mencuba, tetapi Allah s.w.t. yang akan menentukan segala. 

KA saja2 kongsikan info ini, untuk mana2 kawan2 yang merancang hamil ataupun sedang hamil sekarang ini.  Moga dipermudahkan segalanya hingga selamat melahirkan nanti ye!


Petua Kulit Lembap, Awet Muda & Cantik Cik Tembikai



( google )
Hari ini , KA kongsi petua yang dipinjam dari sebuah magazine yang KA baca baru2 ni.  Siapa tak nak kulit cantik kan!

Ok, untuk mengekalkan kelembapan kulit wajah, gunakan saja buah tembikai ni.  Caranya dengan memerah jus tembikai yang telah cukup masak.  Sebelum disimpan ke dalam bekas, tapis jus itu terlebih dahulu.  Setelah itu, sapukan pada seluruh wajah dan jangan lupa pada bahagian leher juga.  Biarkan ia kering sebentar sebelum membasuhnya dengan menggunakan air bersih.  Petua ini kalau diamalkan katanya, mampu melambatkan penuaan dan sekaligus menjadikan kulit tampak lebih muda dan cantik !

Kalau rajin , cubalah!.  Ok, KA  nak berkejar layan kerenah kerja Mat2 Saleh ni  pulak ha.....

Aduhai Busy Lagi

Maaf banyak2.  
Pagi2 dah start busy.  
Biasalah bila kerja ngan Mat2 Saleh ni.  
Pagi2 dah terjerit2 itu dan ini.  
Nanti2 KA BW lagi yek, bila free2!
Salam.............

( google )

Monday, August 06, 2012

Sessi Berkelah Sambil Tonton Chong Wei Kalah

Weekend semalam memang penat.  Ada2 je kerja yang nak & terpaksa dibuat.  Dari berkejar membeli keperluan raya,  berkejar memasak untuk menu berbuka, sehinggalah part2 mengemaskinikan  dapur yang dah macam tongkang pecah tu.  Dapur yang masih duk tunggang langgang tak berkemas lagi, lepas sessi baik pulih bahagian dapur rumah baru je berakhir minggu ini.  Aduhai memang penat sungguh!.  Tak larat nak cari pinggan2 dan mangkuk2 yang cantik2 dah, main capai dan pakai apa yang ada je!

So, Sabtu dan Ahad, makan berbuka ala2 berpicnic gitu.  Letak selerak je.  Sapa nak ambil je sendiri.  He He He.  Sebabnya semua balik berbuka dirumah, jadi faham2 ajelah. Menu Sabtu macam biasa, nasi dan lauk pauk mesti ada, Spageti Bolognese (made by my 3rd sister from Putrajaya),  Hotdog roll, lemang, sambal ikan KA yang laku cam pisang goreng panas, vege satu kemestian dan pelbagai menu lagilah.

( Makan selerak kat dapur ni ! He He He )
( Sambal Ikan KA, yg  paling laris )
Menu Ahad, masih duk makan ala2 piknik lagi.

 ( Sponsored by my sister , TQ )
( 2 hari berturut2 makan lemang - sponsored by one of my brother )
( Made by my 4th sister & my anak dara tu )
 ( Sambal petai ikan bilis , my bongsu daughter feveret dish ni )
( Sponsored by my brother too! )
( Fried Kuey Tiaw by KA lah ni ! )
( Yang ni terbaik, pucuk betik tumis taucu by my mum makan ngan nasi putih panas2 , terangkat tu! )

Tq, to my 1st sister for Red velvet cake yang terbaik tu!.  Ni, sempat lagi second round anak2 & anak2 buah makan cake yang sedap tu sambil tonton life akhir badminton Olimpik.  


Mula2 semua cukup bersemangat bukan main, masuk aje game ke 3 dan berakhir dengan kekalahan,  semua senyap dah. Walaupun tewas, tetap berbangga dengan Datuk Lee Chong Wei. Yelah bak kata orang, kalau tak mampu nak sokong waktu kalah, janganlah bersorak gila waktu menang. Adat bertanding, ada kalah dan menangkan. Cuma KA terfikir lepas ini, siapalah yang boleh menggalas tanggungjawab ini pula ?  Kita ketandusan pemain pelapis bandminton negara yang hebat sebenarnya. Bukan mudah nak mendapatkan sebutir pingat di peringkat Olimpik, dan Perak pun sudah dikira sangat2 bagus !  Sekali lagi tahniah, Datuk Lee Chong Wei.

( google )

Hari ini bermulalah lagi, cerita baru dalam hidup KA, sekali lagi kena kerja di kelilingi oleh Mat2 Saleh.  Hurm... canmer lah my BM nak bagus macam ni!.  Dengan satu boss Mat Saleh sebelum ni pon dah poning, inikan pulak sampai 6 - 7 lagi yang datang hari ini even 4 - 5 orang tu KA dah kenal lama dan pernah bekerjasama dalam satu projek sebelum ini. (Projek yang KA work on hari tu dah berjaya dapat!)   Apapun welcome guys, hope boleh bekerjasama lagi with uols like 4 - 5 years back dulu2 yek!. Kerja KA dah bertambah, sempat lagi ke nak berblogging ni..........

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...