Tabung Masa Depan ...

Tuesday, September 11, 2012

Jom Naikkan Trafik Blog !

Saja2 menjoinkan diri.
Manalah tahu ada rezeki
Pembaca setia bertambah lagi
He He He suka suki


Apa nak dicerita tentang blog KA yang seusia hampir 6 bulan ni ye
Tak ade apa yang istimewa
Cuma cerita2 biasa saje
Sama macam blogger2 lain juga

Tapi ditulis ikhlas dari hati
Dan niat KA ingin berkongsi
Samada kisah2 hidup sendiri
Ataupun kongsi cerita menarik yang dicopy

Pada yang baru bertandang
KA nak ucap salam kenal & selamat datang
Sudi membaca blog ini pun KA dah riang
Apalagi kalau sudi jadi follower yang akan datang!

Nak join juga 
 Untuk pengetahuan semua
Tarikh tutup segmen ni hari ini jam 6.00 Petang ye!


NOTA PENTING!! (Pesan Mak Dara)
Jika anda telah menyertai segmen ini anda perlulah terjah ke blog blog yang bakal mak berikan listnya nanti dengan sebanyak mungkin ye dan jangan lupa untuk tinggalkan jejak anda di blog itu.. Dan jika blog anda menerima lawatan dari yang menyertai segmen ini anda haruslah membalas lawatan mereka itu.. Dengan cara itu kita dapat membantu dalam menaikkan trafik ke blog kita .. 



Petua & Tips Supaya Tak Bertepuk Sebelah Tangan


Kata orang bertepuk sebelah tangan takkan berbunyikan. Maksud mudahnyer, bila kita je yang terhegeh2, si dia tu xde apa2 rasa pown. Pernah KA bagi tips ni pada seseorang dolu2, yang x reti2 bahasa. He He He

Antara 5 Tanda2 Yang Biasa
 
No. 1 -  Kita je yang dok calling2 dia.  Dia x pernah pon nak bersusah payah call kita.

No. 2 -  Bila kita call pulak, dia macam nak tak nak layan je kita berbual. Diam je.  Kalau x pown cuma cakap A, O or E je !

No. 3 -  Bila kita ajak keluar, ade2 saje alasan yang diberi.  Selalunyer alasan yang sama, contohnyer, memanjang letih or sakit kepala.

No. 4 -  Kalau berkesempatan berbual berdua, si dia x memandang pown ke arah kita atau tak memberikan tumpuan.  Lebih suka memandang2 ke arah lain.

No. 5 -  Kalau terserempak kita berdua dengan orang lain,  si dia buat tak tau aje.  Memang x kisah langsung.

Kalau dah semua yang kat atas ni ada, pelan2 angkat kaki, cari orang lain aje lah ye. Kih Kih Kih.  

Just sharing, no heart feeling hokeyh!  Setiap orang tu sebenarnyer, dah tertulis jodoh masing2 InsyaAllah............!


Hati Sedikit BerBunga2 Di Pagi Ceria

Di Hari Selasa yang ceria, Hati KA sedikit berbunga
So kongsi sedikit cerita bersama, Pembaca blog KA yang setia
Kalau mood sudah mari, Nak wat N3 pown cam nak berlari
Idea datang mencurah2 lagi, Sampai x tahu yang mana untuk memulai

3 hadiah yang anak bongsu KA menangi, Atas kejayaan pertandingan yang disertai
Hadiah yang 1, 2 & 3 ini, Sangat 2 beliau gemari

 ( 1 SET UNTUK  TEMPAT PERTAMA )
 ( YANG ATAS TEMPAT KE 3, YANG BAWAH TEMPAT PERTAMA)

2 Hadiah untuk tempat petama, Bersaing sesama kawan2 seusia
1 Hadiah untuk tempat ketiga, Bersaing dengan rakan2 setahun lebih tua

Hati ibu mana yang tak bangga, Melihat kejayaan anak2 walau sekecil mana
Terus sokong dan beri semangat jua, Agar kecemerlangan berkekalan hingga bila2

Syukur dipanjat ke hadrat ilahi, Atas nikmat yang telah diberi
Moga2 kejayaan seperti ini, Tidak akan mengalpakan diri!
Wahai anak2 yang ku sayangi.......


Monday, September 10, 2012

The Best City For Food On The Globe - 10 Yang Terbaik

Spanish city has best food on the globe.
San Sebastian in northern Spain named best place in the world for food lovers going on holiday abroad.

Panoramic views across San Sebastian in northern Spain © RexIt’s good news for food lovers today as consumer group Which? has named Spanish city San Sebastian the best place for foodies in the world – and it’s only two hours from the UK.
The city, which borders the south of France and overlooks the Atlantic Ocean, beat off stiff competition from other foodie cities in the world including Tokyo, Sydney, New York and Paris.
It received an expert score of 81 per cent by the Which? panel, which included food and travel writer Nina Caplan, restaurant critic Andy Hayler and food blogger and cookbook author Niamh Shields.

The team debated the quality of high-end, mid-range and budget eateries. They looked at street food, markets, delis, local food producers, tours and food festivals and they discussed local food culture, specialities and produce.
San Sebastian scored particularly highly for its exceptional eating experiences offered at all budgets, as well as the depth of its food culture and for the creativity of the city’s chefs.
“Many cities can provide you with a fantastic Michelin-starred meal, but to be able to walk into almost any eatery, order three dishes and be confident they’ll all be fantastic, is very rare,” said Nina.

Tokyo came in a close second with 78 per cent and in third place was Sydney with a respectable 77 per cent - beating favourites New York and Paris who were tied in fourth place.
San Sebastian is a city of just 200,000 people – but it has more Michelin stars per head than anywhere else in the world.
We’re certainly hoping to take a visit.

Top 10 holiday destination for food lovers
1. San Sebastian, Spain
2. Tokyo, Japan
3. Sydney, Australia
4 and 5. New York, USA and Paris, France (joint)
6. Emilia Romagna, Italy
7. Hong Kong
8. Melbourne, Australia
9. Sicily, Italy
10. Copenhagen, Denmark

Tak acilah macam ni, pesal nama MALAYSIA xde kat sini. Cuba suh orang luar makan sambal belacan tengok, sampai mati theyalls akan ingat kesedapannyer  kepedasannyer yang asli. HE HE HE

Credit Info SINI

Cerita Motivasi Si Anak Kerang Buat KA Sedikit Girang

 

Pada suatu hari ....seekor anak kerang di dasar laut mengadu dan mengaduh pada ibunya sebab sebutir pasir tajam memasuki tubuhnya yang merah dan lembek.

Anakku, kata sang Ibu sambil bercucuran air mata, Tuhan tidak memberikan kita bangsa kerang sebuah tangan pun sehingga Ibu tak bisa menolongmu. Sakit sekali, aku tahu. Tetapi terimalah itu sebagai takdir alam. Kuatkan hatimu. Jangan terlalu lincah lagi. Kerahkan semangatmu melawan rasa pedih dan sakit yang menggigit. Balutlah pasir itu dengan getah perutmu. Hanya itu yang bisa kau perbuat, kata Ibunya dengan sendu namun lembut.

Maka si anak kerang pun melakukan nasihat ibundanya. Ada hasilnya, tetapi rasa sakit bukan alang kepalang. Kadang di tengah kesakitannya, ia meragukan nasihat ibunya. Dengan air mata ia bertahan bertahun-tahun. Tetapi tanpa disadarinya sebutir mutiara mulai terbentuk dalam dagingnya. Makin lama makin halus. Rasa sakit pun makin berkurang. Makin lama mutiaranya makin besar. Rasa sakit menjadi terasa wajar. Akhirnya sesudah sekian tahun, sebutir mutiara besar, utuh mengkilap, dan berharga mahal pun terbentuk dengan sempurna. Dirinya kini, sebagai hasil derita bertahun-tahun, lebih berharga daripada seribu ekor kerang lain yang cuma disantap orang sebagai kerang rebus di pinggir jalan.

~~~

Sahabat, Kekecewaan dan penderitaan akan selalu ada dalam hidup kita. Seakan-akan Tuhan selalu mengambil kebahagiaan yang ada pada kita. Tidak...tidak seperti itu. Kita hanya harus bersabar terhadap segala sesuatu yang menimpa kita dan menanti ketetapan Tuhan. Dan semuanya akan berakhir dengan indah. Karena segala sesuatu yang baik akan selalu mengarah pada kebaikan. Kekecewaan dan penderitaan telah membuat seekor kerang biasa menjadi kerang luar biasa. Kekecewaan dan penderitaan pun akan dapat mengubah orang biasa menjadi orang luar biasa.

Credit Sepenuhnyer PADA BLOG INI

Membaca cerita ini, buat KA menilai diri sendiri dan sangat pasti bahawa sesungguhnya Tuhan itu maha adil & pasti ada hikmah sebalik tiap kejadian!

Mood Tiba2 Hadir Bila Dengar Lagu Faizal Tahir

Mood tu ada datang sikit2. Sebab lagu ini memang best sangat2. Lirik yang memotivasikan KA.  Share ini dulu dan nanti2 postkan lain2 N3 yek! 




Saat graviti lepaskan ku pergi
Meninggalkan semua terbang ku tinggi
Ku mula semua baru

Bebas berlalu waktu yang takkan menunggu
Walau jauh ku tetap milikmu
Mahu ku satu
Mahu kau senyum selalu
Memikirkan diriku yang memikirkanmu selalu

Antigraviti aku
Graviti aku, kamu

Saat graviti lepaskan ku pergi
Meninggalkan semua terbang ku tinggi
Ku mula semua baru
Biarkan bulan bersandarkan bahu
Bintang berlegar di kiri kanan aku
Tetap pulang ku padamu

Jangan dibimbang
Waktu ku tamat di sini
Dan bermula episod baruku
Mahu ku satu
Mahu kau senyum selalu
Memikirkan diriku yang memikirkanmu selalu

Antigraviti aku
Graviti aku, kamu

Saat graviti lepaskan ku pergi
Meninggalkan semua terbang ku tinggi
Ku mula semua baru
Biarkan bulan bersandarkan bahu
Bintang berlegar di kiri kanan aku
Tetap pulang ku padamu

Berdegup laju menunggu saat bersatu
Nantikan aku kembali ke pangkuanmu
Dambakan kamu menerima aku
Mampukah waktu mengubati segala pilu yang lalu

Aku pulang
Aku pulang padamu
Kembaliku
Kembali padamu

Biarkan bulan bersandarkan bahu
Bintang berlegar di kiri kanan aku
Tetap pulang ku padamu

TQ - FT!

Friday, September 07, 2012

Sesuai Sangat Lagu Ini Dengan Mood KA Hari Ini

Salam pagi Jumaat yang indah
Walaupun mood KA masih x boleh blah!
Letakkan lagu ini sudahlah
Dengarkan lirik dan faham2kan ajelah


Terimakasih kawan2 semua
Tetap sudi berkunjung tiba
Bukan setakat jadi follower saja
Tapi menjadi pembaca blog KA yang setia

Hari ini KA cuma plan
Nak cuba jalan2
Jenguk2 laman kawan2
Sebagai tanda sokongan

KA seketika undur diri
Cuti sekejap, tak lama sehari dua ini
Memberi ruang pada sang diri dan hati sendiri
InsyaAllah, kita jumpa lagi Isnin depan nanti!

 ( google )


Thursday, September 06, 2012

Selamat Malam, Tidur & Tenanglah Wahai Hati !


( Google )

Bulan Oh Bulan
Tolong aku lenakan
Tidur ku semalaman

Moga esok hari
Akan ceria hati
Dan dapat menulis lagi N3

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim..... Good Night semua!

My Lunch Oh My Mood

Sebab mood masih x boleh blah
So lunch dengan ini ajelah
3 keping kuih & buah
Itu pown kira oklah
Asal boleh makan dah
Dan buat kenyang perut sudah



X tau kenapa ari ni haru biru
Mungkin sebab KA pakai serba biru
Eh! Eh, ade kena mengena ke tu
Taip N3 ni pown laju2
Untuk kawan2 yang setia menunggu
Nak baca cerita2 terbaru
KA luv U,  thank U, thank U, thank U

Biasalah kekadang mood melayang2
Tapi demi kawan2 tersayang
Yang tak jemu2 bertandang
Semua mood2 negatif tu KA terajang
Aura2 yang tak baik KA tendang & buang
Perlahan2 nanti KA akan mula berkarang................

Terimakasih sekali lagi atas sokongan kawan2 !

Mood Haru Biru Bak Laut Hari Ini

Entah kenapa  hati haru
Mengenang rasa yang membuku
Dalam jiwa yang membiru
Kawan2 tolonglah aku
Yang masih duduk menunggu2
Aduhai hari ni kenapa macam sebu!


Tiada titik cerita nak ditulis
Hinggakan rasa nak menangis
Pedih sakit bagai dihiris2
Datanglah kawan2 ceriakan dengan kata2 manis
Agarkan dapat menepis
Dari airmataku jatuh menitis

Tak tau entah kenapa
Tiba2 jiwa jadi lara
Mood berblogging hilang entah kemana
Tak tahu apa yang nak dicerita
Dalam jiwa yang sarat berduka
Lepaskan rasa yang seakan membisa

Mood hari ni memang ke laut
Nanti KA buat apa2 yang patut

Bila mood itu datang balik
KA cuba buat entry terbaik

Tunggu!


Tuesday, September 04, 2012

Follower KA Ke 555 - Ena's Palace

Check2 tengok rupa2nyer follower KA dah ada 555 hari ni. Nice number kan.  So, nak kenal sapa dia??? Ini ha orangnyer............TARA


Tq sudi follow blog KA yek.  Moga jambatan perkenalan ini berkekalan selamanyer !  Tak lupa juga terima kasih sekali lagi pada semua follower2 yang masih sudi follow blog KA.  You all memang terbaik!

Busy Bee................

Baru dapat wat 1- 2 N3, dah busy ler pulak.  Nanti2 KA terjah laman kawan2 yek, InsyaAllah! Camtu lah kalau jadi kuli!.... Tq pada yang terus follow dan mengerti, sangat2 KA hargai!

GOOGLE LER


Petua Untuk Sakit Kaki

Biasalah hari Selasa, mesti KA bubuh sikit petua.

  ( Pinjam Google )
Kebetulan KA sendiri pown sakit kaki, specially bahagian betis gara2 berdiri lama hari tu.  Walau dah reda sikit sakitnya hari ini.  Selain rendamkan kaki dalam air suam panas berisi garam (dalam N3 petua KA sebelum ini), petua lain yang boleh diamalkan dan dicuba ialah, sebelum tidur angkatlah kaki ke atas setinggi mungkin dengan cara duduk berlunjur dan badan bersandar pada dinding selama 10 -15 minit.  Kalau dapat diamalkan setiap hari lagi bagus. Cubalah ye!

Lebih baik wat cara kat atas tu, dari menari ala2 kuda tempang macam lagu Gangnam Style ni.  (Hurmmmmmmmm........Apa yang special sangat pown KA x tau. Mungkin lain orang lain caranye kan! )




Majlis Hari Lahir Yang Dah Jadi Mini Open House

Sepatutnya buat N3 ni semalam, tapi sebab kebusyan sangat2 baru boleh nak publish hari ini. Seperti yang dijangka terjadi................Kan KA kata nak buat majlis ni hari tu Baca Kat Sini!

Layan ajelah gambar2 ni ye!.  Majlis kecil2an untuk sambutan hari jadi my mum and my second daughter dengan dua kek, Red for my mum & Purple cake for my daughter, teruslah jadi jamuan kecil raya  pada mana2 yang datang nak beraya tu.  Hari Sabtu 1/9/2012.

ANTARA menu Mee Hoon Soto, Keuh Tiaw Sup, Nasi Putih, Pucuk paku goreng pedas, Rendang daging+ limpa, Lemang, Gulai betik muda with ikan masin, Salad Telur Rebus, Kastard jagung, Roti jala, Dadih, Kek kurma, Keropok Ikan yang best, Oren juice &  Teh O panas, Buah Tembikai and satu lagi, Murtabak Keramat yang sedap (tq to one of my friend yang bawak).  Kongsi gambar2 sikit2 jelah. Banyak sangatkan bosan pulak tengokkan. He He He. Kecuali Lemang, Cakes & Roti Jala yang terpaksa diorder yang lain2 KA pulun masak sendiri, (Tq En. Hubby yg. banyak membantu.  Adik beradik yang lain tolong2 set up tempat, bancuh air minuman dan acara cuci pinggan!)

Yang ini antara menu yang KA pulun masak ! ( KA memang minat masak!)
 ( SUP AYAM UNTUK MEE HOON SOTO / KUEW TIAW SUP )



( MEREBUS NASI HIMPIT YO YO O )

( DAPUR YANG X SIAP LAGI DAN SEMAK DENGAN BARANG2 UTK MAJLIS )
( ANTARA YG DATANG )

 ( FOR MY MUM )

 ( ANTARA YANG SAMPAI AWAL )

 ( LAYAN2 BORAK SAMBIL MAKAN )


 ( BUAL DALAM RUMAH SAMBIL MAKAN )


 ( SEMPAT JUGA ADA SESSI BERGAMBAR, LAMA X JUMPA NI )

( FOR MY DAUGHTER !  DAH POTONG BARU INGAT NAK AMBIK GAMBAR )

( ROTI JALA HIJAU KUNING CAM BLOG KA )




Tq pada semua saudara mara rakan taulan yang sudi hadir and pada adik beradik KA yang sponsor2 sikit2 and tolong bantu kerja2 sikit banyak.  Tapi sebabkan majlis inilah,  kedua2 kaki KA sakit sampailah ke hari ini, gara2 berdiri lama !.  InsyaAllah, kalau ada rezeki lain kali nak buat majlis macam ini dan jemput rakan2 blogger juga ye!

( Nanti ada gambar lebih2, KA upload lagi yek, HeHeHe)


Monday, September 03, 2012

Busy Ler Pulak!

KA ade kerja nak kena settle2 dulu.  Tak sempat nak jgk semua laman kawan2, nanti2 KA cuba BW laman kawan2 yang len pulak yek!. 

Tarik nafas panjang dan mula buat tugas  HeHeHe................

Ada Tak Ayat2 Motivasi Menangani Masalah Lemau Pagi

Salam Pagi Isnin semua !

Ada sesiapa tahu tak, ayat2 yang ala2 bermotivasi yang mana boleh menangani masalah lemau dan dapat menaikkan semangat bekerja semula (lepas cuti panjang) kita terutamanya pada hari Isnin. Paham2 jelah istilah “Monday Blues” cam dah sinonim dengan kita hehehe dimana kebanyakan orang automatik akan menjadi lemau dan malas sangat untuk gerak buat apa2 kerja bila tiba je hari senin.

Cuba share apa2 kata semangat kat sini !


Ok, KA mula dengan yang ini dulu ye......... Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.  Betul tak ?

( google ler )

Sunday, September 02, 2012

Antara Yang Menarik Di Legoland Malaysia

Tarikan utama di Legoland Malaysia, miniatur Menara Berkembar Petronas.

SEKUMPULAN 15 jurubina Lego hanya memerlukan tempoh kira-kira setahun untuk menyiapkan pemasangan miniatur Menara Berkembar Petronas, salah sebuah projek gergasi taman tema Legoland Malaysia yang terletak di Nusajaya, Johor.
Miniatur bangunan pencakar langit setinggi 10 meter itu adalah menara tertinggi yang terdapat di taman tema Legoland seluruh dunia.

 
Seorang pekerja melakukan kemasan terakhir pada model lego.

Menurut pereka bentuk Legoland, Eric Hunter yang juga ketua jurubina untuk projek tersebut, pasukannya telah berkunjung ke Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur untuk mengkaji pembinaan dan struktur bangunan tersebut.
Beliau berkata, pasukannya mengambil masa selama 5,500 jam untuk memasang lebih 542,000 kepingan lego bagi membina menara berkembar itu.
"Di dalam menara berkembar itu, lapan meter besi dan logam dipasang untuk menampung miniatur tersebut.

Miniatur bangunan Perdana Putra turut tersergam indah.

"Jika sesiapa saja ingin cuba membina bangunan tersebut dengan sendiri, ia akan mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan," kata Hunter ketika ditemui di tapak miniatur menara berkembar itu di Legoland Malaysia, baru-baru ini.
Miniatur Menara Berkembar Petronas itu adalah satu daripada 12 model lego yang mewakili 17 bangunan terkemuka di Asia Tenggara yang terdapat di taman tema itu.
Salah seorang jurubina berasal dari Taiping, Muhammad Khairul Zainon Noor, 27, yang diberi penghormatan untuk memasang kepingan lego terakhir di puncak menara berkembar itu berkata ia adalah pencapaian terbaiknya setakat ini.
Ikon terkemuka India, Taj Mahal.
"Ini adalah saat paling membanggakan dalam hidup saya," katanya.
Pengurus Besar Legoland Malaysia, Siegfried Boerst berkata, kerja-kerja pembinaan taman tema seumpamanya pertama di Asia hampir siap dan akan dibuka kepada umum pada 15 September ini.
"Taman tema itu hampir siap dengan kebanyakan laluan dan infrastruktur sudah dipasang sepenuhnya.
"Dalam tempoh beberapa minggu lalu, kami sudah melakukan kemasan terakhir di taman itu dengan menguji laluan untuk roller coaster, memasang 15,000 model lego dengan 50 juta kepingan lego," katanya.

Masjid Putrajaya antara model bangunan yang dipasangkan di taman tema ini.
Boerst berkata, kira-kira 45,000 pas tahunan telah dijual dalam tempoh tiga bulan lalu.
Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.legoland.my. 

Sumber Dari SINI

Adik beradik KA dah berkira2 sibuk nak berkunjung ke sini bila dah dibuka nanti ! Hurmm... apapun tunggu jelah.


( N3 Auto Publish ) 

Saturday, September 01, 2012

Jadi Tak Jadi Ni, InsyaAllah Jadi.......

Hari ni, cadangnyer nak buat sedikit Majlis Sambutan Hari Lahir for my mum and my second daughter.  Suprise Party entah jadi x jadi ! He He He. Dah prepare sikit2... ( Mungkin akan jadi mini open house raya juga ! )

Apapun KA Luv both of u ....................

 ( Google )

Friday, August 31, 2012

Salam Merdeka Ke 55 Di Syawal Ke 13

Salam Kemerdekaan di pagi Jumaat  ini. Berkongsi sedikit cerita tentang Kemerdekaan Negara Kita Malaysia!

Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun. 
Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara. Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut. Hari kebangsaan disambut paling meriah di Kuala Lumpur terutama di Dataran Merdeka.
Sambutan hari kebangsaan secara besar-besaran juga dibuat di Putrajaya. Bangunan- bangunan perniagaan, rumah kediaman dan kereta-kereta akan memasang dan mengibarkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan ini menyemarakkan lagi suasana perayaan. Hari kebangsaan merupakan hari cuti am di Malaysia.

Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu merupakan peristiwa pengumuman kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Tarikh ini dipilih dalam mesyuarat antara Ketua Pemuda UMNO Tun Sardon Jubir dan timbalannya Haji Ahmad Badawi (bapa Perdana Menteri Malaysia ke-5) di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 1956. Mufti Pulau Pinang, Haji Abdullah Fahim (bapa Haji Ahmad Badawi) turut ikut serta dalam perbincangan tersebut.

 Pengisytiharan

 


Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman

Sebelum pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu dibuat, pada 30 Ogos 1957 pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, telah diadakan upacara menurunkan bendera Union Jack bagi menandakan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu dan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan semua negara-negara yang berdaulat di dunia. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sambil disaksikan sendiri oleh Tunku Abdul Rahman.
Upacara Pengisytiharan
Pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah menyaksikan peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu iaitu secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu.

Apapun sama2lah kita menjaga kemakmuran Negara kita, dan jangan lupa untuk memerdekakan diri sendiri dari anasir2 yang tak baik yek!.  KA sayangkan Negaraku, Malaysia!

( Auto publish sebab Berukband Celcom masih bermasalah )

Selamat Bercuti Di Hari Jumaat

Seronokkan bila dapat Cuti hari Jumaat, sambung ke Sabtu, terus bersambut ke Ahad.  Kalau agak2 Isnin tu lemau juga, sambung ajelah ye!.

Hari ini plannyer, InsyaAllah nak ziarah kubur Arwah Abah pagi2 dulu (kalau x uzurlah). Lepas tu ada hal sikit ngan adik2 KA yang len.  Nak pi cari2 barang sikit banyak..  He He He.

Happy holiday, happy weekend yer kawan2!

( Share Dari FB )



Thursday, August 30, 2012

Sempat Gaduh Balik Beraya Dengan Kisah Datuk Lee Chong Wei

Ini pulak kisah lucu waktu dalam perjalanan balik ke kampung En. Hubby hari tu.  KA duk sibuk berborak2 dengan anak2 tentang kisah Pandalela Rinong yang dapat gangsa dalam Olimpik. Bangga jugalah kitakan.  Lepas tu, anak bujang KA terus sambung cerita pasal Datuk Lee Chong Wei pulak yang menang perak. .  Dapat hampir setengah juta juga.  Boleh pulak tiba2 En. Hubby yang memandu tu jadi tukang sampuk cerita. Memang nak cari pasal !

Hubby :  Lee Chong Wei mana pulak Perak!
Along :   Betullah Lee Chong Wei Perak!
KA :      Peraklah!
Hubby :  Bukanlah Lee Chong Wei bukan Perak!
KA :       Habis tu apa !
Hubby :  Lee Chong Wei Penanglah!

Semua dok pulun gelak. Nak marah pown tak jadi dah.

KA :     Orang cerita tentang Pingat Perak dia duk cerita pasal asal usul Lee Chong Wei pulak.
Along :  Ni mesti Ummi nak bubuh cerita kat blog ni!
KA :     Ooo, itu sudah mesti...... hehehe
Adik :  UMMI ni..

Moral of the story, kalau memandu tu tolong concentrate sikit, jangan pandai2 nak menyampuk hokeyh.. Kihkihkih!

Satu lagi, congrate untuk Datuk Lee Chong Wei yang dijangka akan menamatkan zaman bujangnyer tahun depan 2013 dengan kekasih hati yang pernah break sekejap dulu. Wong Mew Choo!.  All  the best Datuk!



(Gambar2 pinjam google )

Memang sepadan ...........

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...