Tabung Masa Depan ...

Friday, August 31, 2012

Salam Merdeka Ke 55 Di Syawal Ke 13

Salam Kemerdekaan di pagi Jumaat  ini. Berkongsi sedikit cerita tentang Kemerdekaan Negara Kita Malaysia!

Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun. 
Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara. Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut. Hari kebangsaan disambut paling meriah di Kuala Lumpur terutama di Dataran Merdeka.
Sambutan hari kebangsaan secara besar-besaran juga dibuat di Putrajaya. Bangunan- bangunan perniagaan, rumah kediaman dan kereta-kereta akan memasang dan mengibarkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan ini menyemarakkan lagi suasana perayaan. Hari kebangsaan merupakan hari cuti am di Malaysia.

Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu merupakan peristiwa pengumuman kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Tarikh ini dipilih dalam mesyuarat antara Ketua Pemuda UMNO Tun Sardon Jubir dan timbalannya Haji Ahmad Badawi (bapa Perdana Menteri Malaysia ke-5) di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 1956. Mufti Pulau Pinang, Haji Abdullah Fahim (bapa Haji Ahmad Badawi) turut ikut serta dalam perbincangan tersebut.

 Pengisytiharan

 


Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman

Sebelum pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu dibuat, pada 30 Ogos 1957 pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, telah diadakan upacara menurunkan bendera Union Jack bagi menandakan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu dan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan semua negara-negara yang berdaulat di dunia. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sambil disaksikan sendiri oleh Tunku Abdul Rahman.
Upacara Pengisytiharan
Pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah menyaksikan peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu iaitu secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu.

Apapun sama2lah kita menjaga kemakmuran Negara kita, dan jangan lupa untuk memerdekakan diri sendiri dari anasir2 yang tak baik yek!.  KA sayangkan Negaraku, Malaysia!

( Auto publish sebab Berukband Celcom masih bermasalah )

Selamat Bercuti Di Hari Jumaat

Seronokkan bila dapat Cuti hari Jumaat, sambung ke Sabtu, terus bersambut ke Ahad.  Kalau agak2 Isnin tu lemau juga, sambung ajelah ye!.

Hari ini plannyer, InsyaAllah nak ziarah kubur Arwah Abah pagi2 dulu (kalau x uzurlah). Lepas tu ada hal sikit ngan adik2 KA yang len.  Nak pi cari2 barang sikit banyak..  He He He.

Happy holiday, happy weekend yer kawan2!

( Share Dari FB )



Thursday, August 30, 2012

Sempat Gaduh Balik Beraya Dengan Kisah Datuk Lee Chong Wei

Ini pulak kisah lucu waktu dalam perjalanan balik ke kampung En. Hubby hari tu.  KA duk sibuk berborak2 dengan anak2 tentang kisah Pandalela Rinong yang dapat gangsa dalam Olimpik. Bangga jugalah kitakan.  Lepas tu, anak bujang KA terus sambung cerita pasal Datuk Lee Chong Wei pulak yang menang perak. .  Dapat hampir setengah juta juga.  Boleh pulak tiba2 En. Hubby yang memandu tu jadi tukang sampuk cerita. Memang nak cari pasal !

Hubby :  Lee Chong Wei mana pulak Perak!
Along :   Betullah Lee Chong Wei Perak!
KA :      Peraklah!
Hubby :  Bukanlah Lee Chong Wei bukan Perak!
KA :       Habis tu apa !
Hubby :  Lee Chong Wei Penanglah!

Semua dok pulun gelak. Nak marah pown tak jadi dah.

KA :     Orang cerita tentang Pingat Perak dia duk cerita pasal asal usul Lee Chong Wei pulak.
Along :  Ni mesti Ummi nak bubuh cerita kat blog ni!
KA :     Ooo, itu sudah mesti...... hehehe
Adik :  UMMI ni..

Moral of the story, kalau memandu tu tolong concentrate sikit, jangan pandai2 nak menyampuk hokeyh.. Kihkihkih!

Satu lagi, congrate untuk Datuk Lee Chong Wei yang dijangka akan menamatkan zaman bujangnyer tahun depan 2013 dengan kekasih hati yang pernah break sekejap dulu. Wong Mew Choo!.  All  the best Datuk!



(Gambar2 pinjam google )

Memang sepadan ...........

Nuffnang Cash Rejection Oh! Nuffnang Cash Out

Sakit juga rasa hati KA, bila dapat email dari Nuffnang tentang cash rejection hari tu.  
Dah tanya balik, tapi tak dapat lagi apa2 feedback dari pihak Nuffnang tu.

So hari ini 30/08/2012, KA saja2 try cash outkan balik semula.  
Jumlah tu tak lah besar sangat cuma.. 
RM 72.15 untuk masa 5 bulan KA dah berblogging ni maksudnyer, 
dari awal blog hujung March, 2012 tu sehingga
 ke hari ni ler gamaknyer. 

Ingat nak peram dulu, 
 difikir2 biarlah merasa yang pertama tu, 
lepas tu barulah nak terus peram 
sampai ler jadi pekasam, 
boleh gitu Encik Nuffnang.  

( pinjam encik google )

Nak tengok, kena reject juga ke kali ini?.
Lepas tu, taulah KA nak men'cili'
Eh, ada ke perkataan ni!
He He He



( Sengaja diboldkan, tanda tengah geram)

Ada2 Aje Cerita Si Bongsu

Salam Syawal Ke 12 hari ini!.

Sekarang ni, hari2 anak bongsu KA dok sibuk suruh KA dengar dia baca buku2 cerita.  Semalam siap bagai tau, dia seorang saja dalam kelas Pra-Sekolahnyer, yang dapat hadiah dari cikgu sebab dah habis boleh membaca Kalam 3 dengan lancar.  Hadiah kipas tangan ini cenderahati dari Indonesia katanyer. Entah ia, entah tidak. Hadiah kedua yang dia dapat sepanjang pembelajaran di Pra-Sekolah tahun ni.

Lepas tu, KA pown bagilah hadiah juga kat dia. Yang ini, KA dapat dari Segmen Cik Jajika.  Hadiah tu ada dua, satu Topup Celcom RM5, yang ini KA guna, dan beg cute tu KA bagi present kat si bongsu atas pencapaian dia yang bagus.  Bukan main suka lagi dia. ( TQ Cik Jajika, KA dapat hadiah ni Isnin hari tu, dapat jugaklah redakan lemau2 baru masuk keje tu! )



Dalam sibuk2 KA tolong kemas barang2 nak masukkan dalam beg, terjumpa novel ni 'Aku Mahu Size S'.  Terus je dia bagi tau, " yang ini kak Najwa (her cousin sister) yang bagi, adik dah boleh baca sikit2".  Dalam hati KA duk sibuk kata "biar betik, faham ke dia'.  ( Cam jadi KA dulu2 pulak, pown kecik2 lagi dah minat baca novel2 ni bagai, walau waktu tu x berapa nak faham sangat).

KA pown terus cakap, kalau dah abis baca novel ni, nanti KA belikan novel yang baru pulak. Saja sebagai pembakar semangat !.  He He He

Tapi yang paling tak boleh blah, bila dia minta KA buat nasi goreng tengah2 malam.  Lapar !  Ikutkan ajelah................

Wednesday, August 29, 2012

Hebatnyer, Lukisan Pasir Pown Boleh Buat Airmata Mengalir !

                   

KISAH MISTERI : Aneh Tapi Benar, Resapan Semangat Sang Belang!

Kalau uols2 semua pernah baca tentang entry2 KA sebelum ini, pasti nak tahu ada lagi ke kesinambungan ceritanyer!.  Mana yang tak tahu lagi, kena baca dulu PART 1 & PART 2. 


Cerita2 ini sebenarnya berhubung kait. Dan tempatnyer pun sama juga!. Tengah berfikir2 bagaimana nak memulakan cerita.

Ringkaskan ajelah. Hari tu, beberaapa minggu sebelum puasa, En Hubby pergi lagi ke sini untuk membersih2kan kawasan.  Yelah, dalam bulan puasa nanti, pasti x mampu nak ke ke kebun selalu.  Kebetulan waktu itu, ada jiran KA yang mengadakan kenduri kahwin dan mengundang satu pasukan silat untuk membuat persembahan.  Sebaik muzik pencak silat bermula, dan kedengaran sayup2 di kebun, tiba2 En. Hubby terasa bagai ada semacam satu semangat yang cuba menyerap masuk ke dalam tubuh badan beliau.  Cepat2 beliau beristigfar beberapa kali dan bertenang sehingga muzik pencak silat itu berakhir. Bila agak tenang, En. Hubby terus bergegas pulang ke rumah.

Malam itu, En. Hubby pun bertanya KA tentang muzik pencak silat yang didengarnya tengahari tadi.  Terus beliau ceritakan apa yang terjadi.  Sewaktu bercerita, tiba2 En. Hubby semacam menggigil2 menahan sesuatu. Beliau mengatakan seolah2 ada suatu semangat yang cuba menyerap masuk.  Terus KA suruh bertenang, beristigfar dan duduk dulu di sofa. Barulah semuanya Ok lepas tu.. Tak taulah apa kaitannyer, sebab En. Hubby pernah belajar ilmu tomoi dan bunyi peralatan muzik silat itu pula ada kaitan dengan persilatan harimau.  Sampai hari ini, KA masih tertanya2. Benarkah tempat ini memang masih ada benda2 yang misteri itu. Wallahua'lam.

Apapun, En. Hubby ni jenis orang yang kuat semangat, habis je raya, kebun tu jugalah yang dia jenguk.  Niat kita ikhlas, hanya nak berbudi kepada tanah katanyer, InsyaAllah xde apa2!

Rainbow Oh Pelangi







( Gambar2 pinjam cik google)

Tuesday, August 28, 2012

Petua Hilangkan Bau Pada Bekas Plastik

Raya2 hari tu, dok sibuk kalut cari bekas2 plastik nak bubuh biskut raya untuk My MIL. Aduhai, pening bila nak cari bekas plastik ni. Bukan takde,  tapi sebab dah dok perap simpan lama tak guna, bau dia faham2 ajaleh.  Apalagi, kalau bekas tu kita guna bubuh makanan, mesti ada bau yang tak sedap bila tak digunakan lama. So, terpaksalah buat macam ni dulu.

Rendamkan beberapa helai kertas suratkhabar di dalam bekas tersebut.  Lepas tu, kena biarkan selama beberapa jam.  InsyaAllah,  bau tersebut akan diserap oleh kertas suratkhabar dan bekas itu tak lagi berbau.

( google )


NOTA KAKI :  Sehari dua  ni tak tau apa dah jadi kat blogspot.com ni, poning kepala KA, bukak laman ni, x boleh, laman tu x boleh, asyik2 try again, try again, berapa banyak kali nak cuba, kalau x dapat nak terjah laman kawan2 tu, harap maklum ajelah! Naik feed up lah bila kena cuba banyak kali, error je memanjang!!!!!!!!!! Mood : GERAM

Petua Cara Halau Semut Di Selasa Syawal 10

Salam Syawal ke 10 ye!

Musim2 raya ni, dengan segala benda manis2, pasti ada masalah dengan kerabat2 sang semut nikan. So, boleh cuba petua berikut untuk menghalau semut di rumah anda hokeyh.



1) Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Jangan risau, bau asam keping atau bunga cengkih tidak akan menghilangkan atau menukar rasa manis gula.

2) Siat-siatkan beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

3) Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.

4) Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumuni semut seperti balang gula, disekeliling meja dan sebagainya.

5) Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tak perlu kupas kulit bawang tersebut.

6) Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

Satu lagi, bos cina KA kata semburkan aje dengan serbuk lada hitam, mesti semut lari. He He He. Ok, nak settle kerja jap, nanti KA try BW yek............

Cubalah!

Monday, August 27, 2012

Salam 9 Syawal Dan Sedikit Cerita Raya

Salam 9 Syawal & KA dah mula kerja hari ini dengan rasa2 lemau yang masih bersisa.

Alhamdulillah, masih berkesempatan lagi untuk KA sekeluarga meraikan Aidilifitri tahun ini.  Maaflah sebab lama tak update N3.  Masih ade yang follow lagi ke?  Kebusyan raya2 dan internet line yang x berapa nak ok, antara sebab2 blog x dapat diupdate.  Tapi yang paling utama, bak kata En. Hubby, please no story mory pagi2 Aidilifitri ini.  Neway, tq pada kawan2 yang masih sudi jenguk & singgah!.

Sedikit cerita raya yang nak dikongsi.  Banyak gambar2 sebenarnya, tapi KA letak sikit2 aje lah ye.

Beberapa hari sebelum raya, sempat layan anak2 & anak2 buah KA main bunga api dilaman rumah sebelum berangkat balik ke kg En. Hubby.




 
 


Dalam perjalanan balik ke Kelantan,  highway Karak pown dah mula jammed gila.

 


Sedikit cerita raya2 di kampung Encik Hubby bersama FIL & MIL, saudara mara, ipar duai dan anak2 buah sampailah ke acara barbeque hingga pukul 3 pagi.

 
 
 
 
 

Maraton raya dari Batu 9, Kg. Melaka, Putrajaya, Nilai N.Sembilan, Semenyih Selangor, Keramat Kuala Lumpur  sedara mara belah KA pulak!
 
 
 
 
Ada kerja yang perlu dibuat dulu. Akan cuba BW jika berkesempatan dan sementara itu tinggalkan semua dengan lagu ini ye!


 

Friday, August 17, 2012

Tips Solekan Hari Raya

 Saja2 KA kongsi tips ni untuk kita semua, kalau nak digunapakai waktu hari raya nanti.

make-up-for-face

Bahagian pertama kita akan memerhatikan seseorang ialah mukanya. Mata sudah tentu ialah sisi paling menonjol pada wajah anda, selain bibir dan hidung. Ada orang, seperti Zooey Deschanel dan Rozita Che Wan, mempunyai pandangan mata yang memikat. Seperti orang lain ialah pada bibir. Namun penonjolan setiap bahagian itu bergantung juga pada bentuk muka orang itu sendiri, kerana kalau bibir cantik sekali pun, tetapi tidak masuk dengan bentuk muka, ia tetap tidak akan cantik.

Oleh itu sebelum anda mula bersolek pada mata, hidung, dan bibir anda, kenali dahulu bentuk wajah.

1. Bentuk Wajah Bulat



Antara benda pertama anda patut lakukan ialah membuat leher anda nampak lebih panjang. Jadi letakkan sedikit bedak cerah di kawasan tengah dagu. Kemudian anda perlukan solekan shading. Kawasan dahi dan tepi ialah tempat untuk letakkan warna tebal yang gelap.






2. Bentuk Wajah Empat Segi.

Kalau anda lihat gambar Agelina Jolie ini, bahagian rahang yang sangat menonjol. Kalau bukan kerana bibirnya yang tebal dan cantik itu, mungkin akan lebih jelas bentuk rahangnya. Tetapi anda tidak perlu ada bibir Angelina Jolie. Anda hanya memerlukan berus shading yang besar. Mula dari tepi dahi dan turun sampah ke bawah rahan dan tebalkan di situ.




 
3. Bentuk Wajah Tiga Segi



Cara untuk menyerikan wajah bentuk ini mudah sahaja: gunakan bedak cerah pada dahi supaya ia akan nampak lebar. Kemudian letakkan juga bedak pada dagu supaya ia tidak kelihatan terlalu runcing. Fesyen rambut anda juga dapat membantu menaikkan raut wajah disamping menyembunyikan pipi yang cengkung sekiranya anda jenis kurus kering macam isteri Beckham dalam gambar ini.


Sumber Info

Satu lagi paling penting dan elok diamalkan selalu, waktu bercermin membelek wajah tu, jangan lupa baca Selawat 3 kali.  InsyaAllah, berseri2 lah wajah di Aidilfitri.

Salam semua, KA akan mula bercuti, mungkin xde BW, tapi akan curi2 post N3 ( kalau en Hubby tau ni, habis KA he he  he, xpe dia yang drive, so KA masih boleh mengadap cik lappy lagi !)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...