Tabung Masa Depan ...

Tuesday, September 25, 2012

Diana Amir Rahsia Pertunangan Kerana Ikut Syariat Islam


Salahkah kalau seseorang itu mahu merahsiakan berita pertunangannye.  Tepuk dada dan fikir2kan sendirilah ye!.  Apapown KA suka tengok dia ni, selepas dirinyer bertudung.



PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Diana Amir berkata keputusan merahsiakan majlis pertunangannya baru-baru ini adalah mengikut syariat Islam yang tidak mengesyorkan ia dihebohkan melainkan jika berkahwin.

Diana atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim, 26, berkata, dia berharap semua pihak menghormati keputusan itu dan tidak membuat sebarang spekulasi terhadap dia dan tunangnya Mohd Habib Bullah A. Rahman iaitu seorang petugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Kedah.
“Dalam Islam sendiri tidak menggalakkan kita menghebohkan majlis bertunang atau fasa bercinta kerana ia adalah perjanjian awal antara pasangan kekasih.
“Lainlah kalau majlis perkahwinan, memang ia perlu dihebahkan untuk mengelakkan fitnah.
“Sebenarnya tada jaminan lagi saya pasti akan berkahwin dengan dia (Habib). Atas sebab itu, saya hanya adakan majlis secara tertutup untuk keluarga kedua-dua belah pihak sahaja,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Difahamkan, Habib yang berusia 20-an itu bertugas di Jabatan Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Merbok dan sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana.
Mereka yang berkenalan menerusi seorang teman Diana kurang setahun yang lalu melangsungkan pertunangan di kediaman aktres itu di sini, pada baru-baru ini.

 Lelaki bernama Habib yang didakwa tunang kepada Diana.

Terpulanglah masing2kan! Cuma nak ucapkan tahniahlah buat tuan empunya badan, moga kekal hingga ke alam rumahtangga.

Dah Buat Penamaan KWSP Anda ?

Sudahkah anda membuat penamaan???. KA dan suami sudah!. Walau x banyak mana pown duit dalam akaun tu macam orang2 lain. He He He.  Sebabnyer, kita tak dapat menjangka apa yang akan menimpa kita di masa akan datang. Janganlah kita menganggap hanya disebabkan keadaan kita yang sihat, segar dan bertenaga sekarang, tidak mungkin kejadian yang malang akan menimpa kita kelak.  Ajal maut dan semuanyer bergantung kepada yang Maha Esa, Allah swt.  So, buatlah penamaan agar ada jaminan untuk kesejahteraan hidup anak2 dan keluarga andainyer berlaku kematian.  Disamping terus panjatkan doa, agar kita semua dikurniakan tubuh badan yang sihat dan umur yang panjang!.  Sekadar ingat mengingatkan sesama kita ye!

Penamaan KWSP Menjamin Masa Depan Mereka
Pernahkah terfikir bagaimana keluarga anda akan menguruskan kewangan mereka andai kata terjadi sesuatu tragedi? Dapatkah mereka mengharunginya sendiri?

Dengan perancangan awal, anda mampu melindungi mereka daripada penderitaan. Hanya dengan menamakan ahli keluarga anda sebagai penama simpanan KWSP, ia akan memberikan satu perlindungan kewangan kepada mereka, sekiranya kematian terjadi secara tiba-tiba.

Nasib keluarga berada dalam tangan anda. Sekiranya anda berusia 18 tahun dan ke atas, lengkapkan Borang Penamaan KWSP 4 dan serahkannya ke cawangan KWSP yang terdekat. Borang boleh diperoleh di mana-mana cawangan KWSP atau dimuat turun dari laman web myEPF. Mulakan langkah yang bijak dengan membuat penamaan dan mengemaskini penamaan anda.

Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai penamaan atau hubungi:

a.    Maklum balas online melalui enquiry
b.    Pusat Panggilan KWSP di talian  03-89226000 
c.    Mana-mana Pejabat KWSP.

Pengenalan
Penamaan merupakan proses menamakan individu sebagai penama/pentadbir (Wasi) untuk menerima/ mentadbir simpanan KWSP ahli apabila ahli meninggal dunia.

Kenapa Perlu Membuat Penamaan?
Anda digalakkan membuat penamaan bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan pengeluaran simpanan KWSP anda kepada orang yang dinamakan itu apabila berlakunya kematian. Rasional, sekiranya anda tidak membuat penamaan untuk simpanan KWSP anda, waris anda akan menghadapi kesukaran untuk menuntut simpanan anda daripada KWSP.

Adakah Anda Layak Membuat Penamaan?
Anda layak menamakan sesiapa sahaja sebagai penama sekiranya:
  • Anda berumur 18 tahun atau lebih.
  • Anda seorang warganegara Malaysia.
    ATAU
    Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudiannya memilih untuk  mencarum semula dengan KWSP;
    ATAU
    Bukan Warganegara Malaysia yang
    • Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998;
    ATAU
    • Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)

    LAIN MAKLUMAT DI KWSP INI 

( N3 AUTO PUBLISH YE )

Tips & Adab2 Kita Bersahabat

KA terbaca tentang ini, sewaktu jalan2 mencari info di internet.  Rasanyer bagus dan tak rugi kalau KA sharekan sesama kitakan.  Sebab uols2 semualah, antara sahabat2 terbaik yang KA pernah kenal!

 ( GOOGLE )

a. Seseorang yang menjalinkan persahabatan hendaklah saling mengutamakan kepentingan sahabatnya dengan harta, tenaga, kepandaian dan sebagainya disamping memenuhi keperluan masing masing tanpa dipinta.

b. Teguh menyimpan rahsia dan keaiban sahabatnya samada di hadapan atau di belakangnya.

c. Sentiasa menjaga percakapan masing masing dengan kata kata yang menggembirakan dan sentiasa hormat menghormati di antara satu sama lain.

d. Memanggil nama sahabatnya dengan nama yang disukai oleh sahabatnya.

e. Bersedia untuk memaafkan kelemahan dan kesalahan dengan cara yang disenangi. Seperti tidak memarahinya tetapi sebaliknya memberikan nasihat dan teguran yang baik.

f. Mendoakan sahabatnya agar sentiasa di dalam petunjuk dan mampu menunaikan amanah semasa hidup atau matinya.

g. Berusaha meringankan beban keluarganya semasa adanya atau setelah ketiadaanya.

h. Tidak memberatkan sahabatnya dengan bebanan yang menyulitkan serta bersedia untuk sama sama menghadapi kegembiraan atau kesedihan dan sentiasa berbuat baik kepadanya.

i. Tidak memotong percakapannya ketika dia sedang bercakap dan mendengar sehingga selesai percakapannya.

j. Sentiasa mendahuluinya memberi salam dan memberi penghormatan padanya
 
Credit Info Dari Sini 

Moga kita semua sama2 mendapat manafaatnyer ye! 

(N3 AUTO PUBLISH )

Blog Kesuma Angsana Genap 6 Bulan !

Salam Selasa  &  Guess what, I'm six today ...........................

( FR GOOGLE )

Kalau KA jadi baby, rasanyer banyak ler suntikan2 yang KA dapat bila berumur 6 bulan ni.  Tapi suntikan semangat dari kawan2 blogger, yang bukan saja sudi menjadi follower tetapi juga pembaca setia merupakan satu2nyer hadiah paling berharga buat KA hari ini.

Terima kasih & thank you again sebab sudi untuk terus menjadi sahabat KA di alam maya ini.  Mungkin bukan sekarang atau masa terdekat  tetapi, InsyaAlah satu hari nanti, jika ada izinnyer dapat kita berjumpa & bertentang mata di luar alam maya pula.

Tak perlulah nak cerita tentang pencapaian blog KA selama 6 bulan ini. Walau rasanyer perlu juga KA berterimakasih pada En Nuffnang Yang Baik Hati Tapi nak bercerita tentang jalinan persaudaraan dan persahabatan yang telah terjalin sepanjang tempoh masa 6 bulan, memang sesuatu di luar jangkaan KA. 

Again, terima kasih kerana terus menyokong KA even yang jenguk2 aje & jadi silent reader.  Sangat2 KA hargai. Keep in touch yer kawan2!

Pertama kali menukar header blog kepada yang baru ini....


Tq atas kerja kreatif CIK NURANIS YANG MANIS.  KA suka sangat, sebab ianyer sesuatu yang simple, menarik tapi tidak berlebih2. Nak buat juga terjah ler ke blog die yer!.

Yang ini penyokong blog KA No. 1 ( My Die Hard Fan )

  (  Walau suka gaduh dgn Angah, tetap nak suruh Angah tolong jahitkan manik di baju raya hehehe  p)

 Nak ucapkan juga selamat maju jaya, Pada si bongsu KA ni
Yang terpilih mewakili daerah, Ke sukantara peringkat Selangor mewakili Sekolah hari ini

Bukan nombor ataupun hadiah, yang menjadi keutamaan
Tapi berjuang tanpa mengalah, moga kecemerlangan akan berkekalan

Dari jauh Umi doakan, Moga Adik mendapat kejayaan!
 Walau Umi tiada disisi memberi sokongan, Umi titipkan doa sebagai peneman!

 ( Hari ini masih kebusyan lagi, but akan cuba juga BW & jalan2 ye, Jgn Lupa Masih Ada Masa Untuk Join BLIST KA ye!)

Monday, September 24, 2012

Hukum Bedah Mayat @ Post Mortem

Saja2 berkongsi N3 ini.  Rentetan dari peristiwa kematian mengejut salah seorang saudara KA baru2 ini.  Arwah tidak sakit, bertubuh sihat, masih bujang dan meninggal dunia dalam usia yang muda.  Dan pihak keluarga  arwah enggan dilakukan post morten untuk mengetahui punca kematian kerana sudah redha dan menerima takdir Ilahi.

 ( DARI GOOGLE )
SOALAN:
Apakah hukum melakukan pembedahan ke atas mayat samada untuk tujuan forensik ataupun pembelajaran?

JAWAPAN:

Dinyatakan di sini bahawa Lembaga Ulama Besar Kerajaan Arab Saudi telah membincangkan isu ini dan bagi mereka isu ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
1.  Pembedahan mayat untuk tujuan forensik iaitu mencari bukti tentang perlakuan sesuatu jenayah.
2.  Pembedahan mayat untuk tujuan mengesan penyakit berjangkit bagi mencari langkah-langkah yang boleh mengawasinya.
3.  Pembedahan mayat untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran.
Setelah mengadakan perbincangan dan kajian mendalam dalam isu ini, majlis memutuskan sebagaimana berikut:

Bahagian yang pertama dan kedua, majlis mengharuskannya kerana mengandungi maslahat yang besar kepada lapangan keselamatan, keadilan dan penjagaan masyarakat daripada penyakit berjangkit. Kerosakan akibat pencerobohan kehormatan jenazah yang dibedah, tenggelam dalam kepentingan yang besar dan umum, yang terdapat di sebaliknya.

Dan bahagian yang ketiga, majlis telah memperakui dengan sebulat suara tentang keharusan melakukan pembedahan untuk tujuan pembelajaran. Ini memandangkan syariat yang datang dengan tujuan menghasilkan maslahat dan memperbanyakkannya dan membendung kerosakan dan mengurangkannya. Juga bertujuan melakukan salah satu daripada dua bentuk kemudaratan yang lebih ringan dengan menghilangkan kemudaratan yang lebih besar. Tambahan pula, pembedahan yang dilakukan ke atas binatang tidak mencukupi untuk digunakan sebagai bahan pembelajaran untuk pembedahan manusia. Pembedahan yang dilakukan ke atas manusia mendatangkan banyak maslahat, iaitu memajukan lapangan sains perubatan lagi.

KEPUTUSAN FATWA

Fatwa tentang bedah siasat mayat:
“Pembedahan mayat orang Islam hanya boleh dilakukan jika keadaan benar-benar memerlukan (darurat) sahaja seperti terlibat di dalam kes-kes jenayah yang sangat memerlukan post-mortem atau si mati tertelan benda yang berharga atau si mati yang sedang mengandung sedangkan kandungannya masih hidup.” – Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-25 yang bersidang pada 13 Disember 1989.
Dan berhubung bedah siasat mayat yang kematiannya bukan dikategorikan sebagai kes jenayah:
“Hukum asal pembedahan mayat adalah haram tetapi dibolehkan sekiranya dalam keadaan dharurat dan terdapat keperluan yang mendesak seperti membuat kajian terhadap penyakit, mengenal pasti punca kematian dan penyelidikan serta pendidikan khususnya dalam bidang perubatan.” – Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-61 yang bersidang pada 27 Januari 2004.
ETIKA BEDAH SIASAT MAYAT DARI PERSPEKTIF ISLAM
 
1.  Menghormati, menjaga hak dan kemuliaan mayat sebagai manusia.
2.  Menyegerakan urusan bedah siasat mayat.
3.  Kebenaran Waris.
4.  Melakukan bedah siasat dengan cermat (tidak kasar).
5.  Melakukan bedah siasat mayat setakat yang diperlukan sahaja.
6.  Menjaga aurat mayat.
7.  Menjaga rahsia mayat.
8.  Tidak menghina, mencemuh dan memaki mayat.
9.  Mengambil langkah-langkah keselamatan.
10.  Menguruskan mayat dan sampel kajian (organ atau tisu) selepas bedah siasat dengan sebaik-baiknya.
11.   Tidak mengambil tisu atau organ mayat.
12.  Hanya petugas bedah siasat mayat dan pihak berkuasa yang berkaitan sahaja dibenarkan berada di dalam bilik bedah siasat semasa bedah siasat dijalankan.

 Wallahu’alam.

 Credit Info DARI SINI

( N3 Auto publish )

Persandingan Puteri Sultan Brunei

Sukanyer KA tengok gambar ini !


Berita KA share dari : KOSMO ONLINE

BANDAR SERI BEGAWAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri Majlis Santapan Diraja di Istana Nurul Iman di sini malam tadi. 

Majlis itu diadakan sempena perkahwinan Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, anakanda kelima Sultan Brunei Darussalam dengan Pengiran Muhammad Ruzaini.

Istiadat bermula sebaik keberangkatan masuk pengantin diraja ke Dewan Bankuet Diraja pada kira-kira 8.30 malam.

Pasangan mempelai itu diiringi Sultan Hassanal Bolkiah dan Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Saleha serta tetamu kenamaan lain termasuk Najib dan Rosmah.

Turut hadir ke istiadat berkenaan ialah Putera Faisal Saud dari Arab Saudi; Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra; Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen dan Menteri Pertahanan Singapura, Dr. Ng Eng Hen.

Doakan yang baik2 ajelah ye!

Aktiviti Hari Minggu KA

Hari Minggu semalam tak dapat nak kemana2
Sebab anak2 tak sihat semuanyer
So layankan aje selera mereka
Demam2 pun nak makan yang sedap2 aje

Si bongsu dan lain2 request nak nasi ayam
Aduhai permintaan, macam orang mengidam
Padahal cuma ada sikit aje demam
Tapi asyik duk minta2 buat dari malam

Yang ini nasi ayam yang mudah
Resepi tak payah KA tepeklah
Semuanyer main masak campak2 ajelah
Janji boleh masuk perut kenyang sudahlah

Nak minum air yang sedap aje
Limau ais memang sesuai ler
Buat sejug pown macam tak cukup aje
Siap request nak suruh tambah pula







Petang pulak nak cucur bilis yang garing
Dan nak minum dengan Milo Beng
Katanyer, barulah ada feeling
Amboi2 sakit2 pown bikin KA pening

Demi anak2 terpaksalah KA buat
Walau diri sendiri macam dah x cukup kuat
Rupa2 selera dan permintaan orang2 yang x sihat 
Memang ler cukup2 hebat!




Hari ini syukur Alhamdulillah
Anak2 beransur sembuh sudah
Itupun KA dok kena suh makan ubat sampai nak termuntah
Senang hati KA bila semuanyer sembuh & dapat ke sekolah!

Nota Kaki :  Seminggu ini KA agak kebusyan, terpaksa menyiapkan "Monthly Report" so, BW agak terbatas, Mungkin akan buat N3 auto publish dan harap semua mengerti ye.  Jangan lupa join " Bloglist KA" sebelum tutup ye!

Sunday, September 23, 2012

Aduhai.... Bila SemuaNyer Sakit!

Hari ini memang x boleh nak buat apa2.  Pagi2 dah kena bawak anak2 ke klinik lagi.  Masih batuk, demam dan selsema.  So terpaksalah, melayankan selera orang2 yang sakit ni.  Kita sendiri pown boleh pening kepalakan.  Ditambah2 Berukband pown macam biasa sakit2 semput.  So maaflah x dapat nak BW sangat.  Nak wat N3 pendek cam ni pown kena tunggu setengah hari.

Bila semuanyer sakit, apa pown x boleh !!!!!!!!!!!!!!


Saturday, September 22, 2012

Bila BerukBand Slow, Kena Buat N3 Maraton Lor....

1 - Sutera Vietnam

Ini kisah kain sutera vietnam
Pemberian dari sorang Makcik KA katakau Kak Nam
Nak dipakai di wedding sebab nak semua  seragam
Senang nak kenal mana saudara waktu bersalam salam

Warna oren terangnya amat
Dah orang bagi KA, camner  nak buat
Kata2 Dato Fadzilah Kamsah masih KA ingat2
Jangan dibagi pakai kaler oren kalau anak aktif sangat2

2 -  Kisah Entry Maaf Semalam

Sibongsu KA ada jamuan disekolah
Dibedalnyer makan Laksa Kedah
Sampai sakit gigi dan berdarah2
Telefon KA cakap dah tak tahan dah

Nak pergi terus klinik gigi
Suruh doktor check itu dan ini
Kalau boleh nak cabut sekali
Eh2, dia ni memang tak takut kat doktor2 ni

Hari ini lepas cabut, sakit gigi dah kebah
Cuma badan ada rasa macam nak demam pulak dah
Tapi masih nak juga pergi ke sekolah
Katanyer, Cuti ganti untuk sukan sekolah nanti lah

3 -  Bloglist Kesuma Angsana

Terimakasih sekalung budi
Pada semua yang dah sudi menjoinkan diri
Datang berkomen di N3 pun sangat2 KA hargai
Apalagi bila sudi buat tentang ini di blog N3

4 - Cerita Hujung Minggu

Bila cuti2 kat rumah
Guna berukband yang dah tahap parah
Kalau kat office ada jugak Unifi yang gagah
Lajunyer bak roket yang berlepas dah

Bila berukband dah slow
Buat N3 terpaksa secara maraton lor
Nak jenguh kawan2 pown susah lor
Janganlah ada yang kata KA poyo

Akan cuba juga KA terjah2
Tapi uols kena faham2lah
Jadi silent reader pown jadilah
Tanda sokongan KA buat kawan2lah

Nota kaki :  Entah kenapa semenjak dua menjak ni, suka buat N3 macam ni, harap2lah uols x bosan membaca nanti,    HAPPY WEEKEND ! Dah hampir tengahari baru boleh wat N3 ye, wahai encik Berukband!!!!!!!

Friday, September 21, 2012

Harap Maaf.....

Maaf sangat2.  Ada sesuatu hal sikit banyak  yang KA kena attend whole petang ni.  Biasalah , hal anak2!.  

( Fr google )

Mana2 laman kawan2 yang x sempat KA terjah lagi, pelan2 KA akan datang yek. Pagi dah kebusyan sikit, petang ada hal lain pulak.  Again sorry ye.  Siapalah KA tanpa kawan2 semua.  Luv uols ketat2!

Got to go now.......Moga dipermudahkan ye! Ok, dear, Ummi coming!!!!!!!!!!




Sesungguhnya Mati Itu Pasti

Berkongsi cerita sambil ingat mengingatkan sesama kita!
 
Bercerita tentang kematian yang kita sendiri tidak pasti bila, apa punca dan sebab dan bagaimana kita akan mati nanti. Namun sesungguhnyer 'Mati Itu Pasti'.  Dimana kita pasti akan kembali kepada pemilik kita yang hakiki, Allah swt.

Sama2lah kita panjatkan doa buat insan2 yang kita sayangi yang telah pergi dulu mendahului kita.  Terima dengan rela dan redha ketentuan tuhan kerana sesungguhnyer Allah swt lebih menyayangi mereka.

Sayangi & hargailah insan2 yang masih ada disekeliling kita sementara kita masih ada waktu ini.

Menjawab pertanyaan tentang punca kematian salah saudara KA semalam. Cuma apa yang boleh dikatakan sebagai 'kematian mengejut'.  Elok duduk bersembang di tempat kerja, tiba2 jatuh x sedarkan diri, dihantar ke hopital dan ditempatkan di ICU dan terus saja menyahut panggilan Ilahi.  Senang dan mudahnyer cara kematian beliau yang tak terjangka dan pergi dalam usia yang masih muda. Benarlah, ajal maut itu ditangan tuhankan!.  Itu bahagian arwah, bahagian kita tak tahu lagi dan apakah kita sudah bersedia ???

Sekadar renungan bersama di pagi Jumaat yang mulai ini.



Nota kaki :  Ada kerja nak dibereskan dulu, free2 KA BW lagi nanti ye!


Tahniah! Shila Amzah Juara Asian Wave 2012

Berkongsi berita gembira di pagi Jumaat ini!

 
Penyanyi Nur Shahila Amir Amzah atau Shila Amzah, 22, berjaya mengharumkan nama negara dengan menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, China bermula jam 8.30 malam tadi. 

Dengan kejayaan itu, Shila berjaya menewaskan 5 finalis daripada negara China, Korea Selatan, Singapura, Thailand, Malaysia dan India.
Berita gembira ini telah disahkan oleh adik Shila iaitu Syahir Hamzah menerusi twitter peribadi miliknya dengan menyatakan perasaan syukur terhadap kemenangan kakaknya itu.

Shila Amzah berjaya memukau juri dengan membawakan 3 lagu iaitu Gemilang (Jaclyn Victor), Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu Mandarin.

Berikut adalah antara video daripada persembahan Shila malam tadi,

CREDIT FOR INFO BERITA @ MURAI




Sekali lagi, tahniah Shila !

Thursday, September 20, 2012

Mesti Pakwe Andak Orang Korea kan!

My bongsu daughter memang banyak mulut, dan kalau bercakap memang tak henti2 macam bertih jagung. Dan dia cuma akan senyap bila dia tidur aje. 

She's quite closed dengan adik2 KA. Her untie2 lah ni.  One of her Auntie's (Andak), adalah salah seorang peminat tegar artis2 Korea ni.  Cakap je artis mana, lagu mana semua Mak Andaknyer tahu. 

So, inilah conversation antara mereka berdua!

She :         Bila Andak nak kahwin?
Andak :     Entah, tak tahulah bila.....
She :         Nape pulak tak tau ?
Andak :     La,,, pakwe pun takde, macammana nak kahwin. Tak taulah, itu semua kerja tuhan!
She :         Oh, macam tu Allah ajelah tau siapa pakwe Andak ye!
Andak ;     Betullah tu.
She ;         Tapi Adik rasa Adik tau sapa pakwe Andak.
Andak :     Sapa ?
She :          Pakwe Andak mesti orang Koreakan. Andakkan minat korea2 ni!
Andak :     Yelah tu! Ha Ha Ha

 
( Happy2 time berkaraoke with her Mak Andak - Once Upon A Time)

Al-Fatihah..........

UPDATE :
 
 Hujan yang turun hari ini menambah sayu di hati!

DariNya kita datang, KepadaNya juga kita kembali

Salam takziah buat salah seorang saudara KA yang kehilangan anaknya. Marilah kita bersama menyedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Sukri Mohd Daem dan mendoakan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan beriman. Amin.


Sesungguhnya apabila bercakap tentang suatu kematian, 
mengingatkan bahawa kita juga akan ke sana satu hari nanti !

Memang Rezeki Si Bongsu Lagi

Semalam anak bongsu KA tiba2 menerjah
Menyambut KA yang baru pulang dan masih lelah
Sambil tangan menghulurkan 2 hadiah
Yang katanyer diterima di sekolah

Walau bukan tempat pertama
Cuma menang di tangga ketiga
Tetap hati KA rasa bangga juga
Kerana si bongsu ambil bahagian dan turut serta

HADIAH TENPAT KETIGA PERTANDINGAN MEWARNA TAHAP 1 (Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah)




Satu hadiah lagi dalam bungkusan
Berisi tupperware & tuala muka didalam
Diterima sebagai hadiah penghargaan
Kerana menyertai pertunjukan pakaian beragam

Yang ini tiada pemenang
Semua yang join dapat penghargaan
Cuma si bongsu KA ni amat2 girang
Sebab sama2 dapat menjayakan

HADIAH PENGHARGAAN  (Menyertai Pertunjukan Pakaian Beragam Sempena Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah)


( GAMBAR YANG DIAMBIL DALAM PAKSAAN DENGAN MUKA MASAM, SEBAB X SABAR2 DAH NAK PERGI SEKOLAH  SEMALAM  - HE HE HE)
Again, sebagai parents yang sayangkan anak2, dan mahu anak2 terus cemerlang di dunia & di akhirat, hanya doa dan sokongan yang tidak berbelah bagi yang dapat terus kita berikan.  Betul tak!.  Doakan yang terbaik untuk semua anak2 kita juga ye!


Tuesday, September 18, 2012

Nantikan Sesuatu Dari KA

InsyaAllah, seminggu lagi iaitu Selasa depan bersamaan 25 September, 2012 @  9 Zulkaedah 1433H, blog KA ini akan genap berumur.................... 6 Bulan !

So, bersempena dengan ini juga, 
KA pown dah berkira2 
Nak buat sedikit lain dari biasa 
Antara yang dah ada dalam kepala

1.  Nak rombak blog list (Nak buat segmen sapa nak masuk Bloglist KA). Tapi, ada ke yang nak join nanti?

DAN

2.  Nak bagi small gift untuk reader yang terpilih. (Nak buat segmen juga ke ni ? ). Nak tahu hadiah kecik tu apa .... TARA ( hint2nyer kat sini ............kunci.. he he he)

Apapun uols kena tunggu jelah ye. Harap2 semuanyer menjadi seperti apa yang KA dirancangkan.  

Ok, ada satu lagi, KA nak bagitau sebab musabab KA dah jarang reply komen2 kawan, 
sebabnyer entah kenapa KA hanya boleh reply satu, dua atau tiga komen aje, 
lepas tu kalau komen lagi nanti akan keluar lah ayat macam ni
.. waiting reply from blogger, hang........... waiting reply dari mcm2 lah 
lepas tu jadi hang lagi ler pulak blog.  
So, kalau ada apa2 pertanyaan KA akan cuba reply di kotak komen blog kawan2.  
Lebih adil pada semuakan.  
Kalau di blog KA, ada yang KA dapat reply dan ada pulak yang tak dapat direply 
jadi macam x aci pada yang lain2kan !. 
Harap2 dengan penjelasan ini dapat menjawab persoalan kawan2 
kenapa KA dah lama x reply komen 
dan selalu reply di kotak komen blog kawan2 .. 

Yang pasti, komen2 yang ditinggalkan sangat2 KA hargai
Luv uols ketat2
Hokeyh! 

Apapun kita hanya mampu  merancang,
Allah swt jua yang menentukan.............

Sedikit Cerita Di Akhir Syawal

Macam semua dah sedia maklum, Syawal dahpun berlalu meninggalkan kita.  KA share sikit cerita & gambar akhir syawal dengan antara Jemputan Open House, Kenduri Kahwin & Sambutan Hari Lahir.

(Banyak gambar2 yang dah di terdeletekan secara tak sengaja oleh my bongsu daughter. Nak cakap macam mana, pasrah ajelah kan!)

Selamat hari Lahir dear!












Tahniah buat pasangan pengantin ini yek!

Anak2 saudara  memang paling2 terujakan hehehe. ( Banyak tul gambar2 anak2 dara ni )


Syawal pergi meninggalkan seribu cerita
Zulkaedah tiba disambut riang
Moga Allat swt panjangkan umur kita semua
Berjumpa lagi di syawal mendatang

Setiap Anak Ada Rezeki Masing2

Salam Pagi Selasa semua!

Membaca akhbar pagi2 ini, buat KA terpana bila membaca berita ini.  Sesungguhnyer benarlah setiap anak itu ada rezeki mereka masing2.

KATA sesetengah orang, sakit bersalin itu ibarat beberapa tulang rusuk dipatahkan serentak atau kuku dicabut daripada isinya. Sebahagian wanita pula mengalami loya dan muntah-muntah sepanjang sembilan bulan tempoh kehamilan.
Namun, bagi seorang ibu, Fariza Ibrahim, dia bagaikan sudah lali dengan kepayahan dan kesakitan itu. Fariza, 47, yang berkahwin pada usia 19 tahun sudah dikurniakan 14 orang anak – fenomena yang jarang ditemui di Malaysia memandangkan purata sebuah keluarga moden sekarang memiliki antara tiga hingga lima orang anak sahaja. Secara purata, dia hamil selama 126 bulan atau lebih 10 tahun.
“Semua anak saya dilahirkan secara normal,” ujar pemegang ijazah dalam bidang kimia daripada Universiti Queensland, Australia ini.
Fariza yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang, bertemu jejaka Negeri Sembilan, Abdul Halim Abdullah, di universiti yang sama pada tahun 1984. Pasangan berkenaan berkahwin di Australia.




Anugerah

“Jika diikutkan saya ingin ada 20 orang anak. Memang bukan senang untuk membesarkan seorang anak lebih-lebih lagi terpaksa merasai sakit bersalin, tetapi saya seronok melihat pelbagai telatah dan ragam mereka,” celah si isteri, Fariza Ibrahim, 47.
Sebelum ini, seorang wanita Amerika Syarikat, Michelle Duggar, menjadi terkenal kerana melahirkan anak yang ke-19 pada tahun 2009 pada usia 42 tahun. Angka 19 memeranjatkan Michelle sendiri sebelum dia hamil lagi pada hujung tahun lalu. Bagaimanapun, anak ke-20 pasangan Michelle dan Jim Bon itu mengalami keguguran.
Menurut Fariza, dia menyangka kelahiran anak yang ketujuh, Ahmad Muktaz pada tahun 1997 merupakan zuriat yang terakhir.
“Rupa-rupanya saya dikurniakan tujuh orang anak lagi selepas itu. Buat masa ini 14 orang anak sudah memadai bagi saya tetapi tidak menolak jika saya bakal mengandung lagi pada masa hadapan,” katanya yang berhenti kerja sebagai guru sekolah agama swasta selepas mendapat anak yang ke-12.
Jika keluarga besar, perbelanjaan mingguan juga bertambah. Itu satu perkiraan matematik yang mudah.
“Saya mengamalkan perbelanjaan secara mingguan untuk keperluan dapur. Biasanya saya akan beli tiga ekor ayam, tiga hingga lima kilogram daging (kg), 5kg ikan dan 30 biji telur selain makanan kering dan susu bayi.
“Bila masak terasa seperti sedang menyediakan hidangan untuk majlis kenduri pula,” katanya ketawa.
Dari segi pengangkutan, keluarga ini menggunakan dua buah kereta iaitu Perodua Kelisa dan Toyota Avanza untuk pergi ke destinasi pilihan.
“Suami berasal dari Seremban manakala saya dari Kepala Batas, Pulau Pinang. Jika balik kampung, kedua-dua kenderaan digunakan,” ujar Fariza yang memanggil anaknya dengan nama gelaran mengikut kedudukan anak dalam keluarga seperti along, angah, ateh dan alang.
Walaupun mempunyai anak yang ramai, soal didikan agama menjadi keutamaan pasangan ini.
“Tiga orang anak saya sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Jika tiada aral, kesemua mereka akan dihantar belajar di sana.
“Persekitaran beragama masih kuat di Mesir. Di sebalik kisah kezaliman Firaun, ia juga sebenarnya bumi anbiya. Kisah Nabi Musa dan Nabi Yusuf, misalnya, berlaku di Mesir. Negara itu juga melahirkan banyak ulama terkenal sejak lebih 1,400 tahun lalu. Jadi mungkin disebabkan itu suasana Islam agak kuat di sana. 

Baca lanjut KAT KOSMO ONLINE

Ada meeting pagi ni.  So nanti2 KA BW yek!

Monday, September 17, 2012

Percayalah, TerKadang Luka & Kecewa Itu Perlu

Salam 1  Zulkaedah hari ini.  InsyaAllah umur panjang bertemu lagi Syawal akan datang.

Hari ini ceri beri ada sikit kurang walaupun pagi2 dah terjah cik T. He He He

Nak bercerita tentang ujian dan dugaan dalam hidup kita ini.  2 - 3 hari lepas, KA terima panggilan telefon dari salah seorang sahabat nun jauh tentang hidupnyer yang berantakan sekarang.  Apa yang boleh KA dari jauh ini kata, hanyalah nasihat agar beliau terus bersabar banyak2, mohon doa & pertolongan dari Allah swt kerana pasti ada hikmah sebalik semua yang berlaku.  Sesungguhnya ujian & dugaan yang mendatang dalam hidup adalah asam garam dalam kehidupan.  Cuma KA kurang setuju dengan apa yang beliau katakan, berat beban yang ditanggung tak semudah apa yang KA katakan, kerana KA tak pernah mengalaminyer. Sepanjang hidupnyer, inilah pertama kali beliau diuji sebegini hebat. Mungkin dalam telefon tak dapat berbual lebih panjang, so KA tulis diblog.  Harap2 beliau baca juga.

Bercakap tentang dugaan, KA sendiri pernah alami situasi yang sama walau cara, cerita dan dugaannyer berbeza.  Tapi atas dasar kita redha dan terima semua dugaan yang diturunkan, KA cuba bangun juga walau bertatih2 pada mulanyer hingga mampu berdiri sehingga ke hari ini.  Percaya dan yakinlah, sesungguhnya Allah swt hanya akan menguji kita setakat mana kemampuan hambanyer.

Sabahatku,
Sesungguhnyer,  kadangkala kita terpaksa melepaskan sesuatu yang telah ditakdirkan bukan milik kita.  Redha ajelah.  Ada benda2 yang hanya dipinjamkan sementara buat kita  .Dan kadang2 juga kelukaan dan kekecewaan itu perlu untuk mematangkan kita. Tanamkan dalam diri, setiap kepayahan atau kegagalan dalam hidup kita, bukanlah satu penamat hidup atau cita2 kita, juga bukan penutup sebuah bahagia.  Tetapi jadikan semua itu sebagai satu cetusan semangat untuk kita berusaha lebih gigih, tabah & berani untuk menghadapi hari2 yang mendatang.  InsyaAllah akan ada sinar kebahagiaan menanti untuk kita.

Oklah, jom kita tengok warna2 hijau keliling rumah KA untuk menenangkan jiwa kita.  Kata orang tengok hijau2 ni selain menenangkan, pown bagus untuk mata kita jugakan.  Jom!





Nak kena buat operasi bersih membersih lak lepas ni !.  Kalau tak jadi hutan belantara lak rumah KA nanti. He He He

Sunday, September 16, 2012

KA Dengan Kisah Buah Ceri & Buah Beri

Salam Ahad di tengahari
Baru boleh nak menggagahkan diri
Penangan makan semalaman sana sini
Gara2 2-3 jemputan makan yang terpaksa dipenuhi
Akibatnyer kenalah KA Sang Ceri Beri

Aduhai tak tertahan bila bertarung
Dan sang perut meraung2
Terpaksalah berkain sarung
Senang bila2 nak berkabung
Duduk dalam Cik T dan berkurung

Maaf kawan2 sekalian
Mana yang x sempat KA buat terjahan
Akan cuba juga jalan2
Tapi kena buat secara perlahan2
Dengan kesakitan yang KA akan terus bertahan

Buah Ceri  Si Buah Beri
Tolong2lah pergi
Sebab dah x tertahan lagi ni
Ada juga jemputan lagi hari ini
Tak pergi takut dikata mungkir janji

Atau bolehkah KA just kata................Awak2, I'm Sorry, .....Ala2  Amir Si Raja Lawak !

Saturday, September 15, 2012

Lagu Teman Pengganti Cedok Lagu NoorKumalasari

Saja2 berkongsi cerita ini di pagi Sabtu!
Sebelum ini banyak dah dengar tentang lagu2 yang dicedok dari lagu2 yang femes dolu2.  Yang terbaru, kecoh katanya tentang intro lagu Black - Teman Pengganti dengan lagu Hati Seorang Kekasih - NoorKumalasari tu! For KA ok aje, cuma mungkin intronyer sedikit kedengaran sama tapi sangat2 berbeza pada keseluruhan lagu dan cara penyampaiannyer.

 

Ini antara cerita yang dipetik dari mStar Online

PETALING JAYA: Pengenalan (intro) lagu Teman Pengganti nyanyian Black bersama Mallique yang popular ketika ini adalah ilham yang dicedok daripada melodi lagu nyanyian Noorkumalasari iaitu Hati Seorang Kekasih yang pernah popular pada tahun 80-an.

Perkara itu menjadi buah mulut segelintir pihak kononnya populariti lagu tersebut adalah disebabkan kehebatan melodi nyanyian Noorkumalasari yang merupakan bintang popular suatu ketika dahulu.
Malah ada yang berkata tindakan Mallique selaku komposer lagu Teman Pengganti dikatakan tidak profesional apabila dia diberitakan tidak meminta kebenaran daripada pemegang hak cipta asal lagu tersebut iaitu Warner Music (M) Sdn Bhd.

Bagaimanapun Pengurus A&R Warner Music (M), Mokhtaza Ahmad yang dihubungi bagi mengulas perkara tersebut berkata, komposer berkenaan tidak melakukan kesalahan kerana lagu yang dikatakan ‘dicedok’ itu mematuhi melebihi kiraan tertentu iaitu tidak melebihi lapan bar.
"Jika sesebuah lagu yang sama melodinya dengan lagu asal diambil melebihi lapan bar, barulah ia menjadi kesalahan dan pemegang hak cipta sesebuah lagu boleh ambil tindakan mahkamah.

"Dalam hal ini, kod pengenalan (intro) lagu Teman Pengganti yang diambil berdasarkan melodi Hati Seorang Kekasih bukanlah satu kesalahan.
"Lebih-lebih lagi apabila penggunaan kod muzik yang sama, ia tidak perlu menjadi satu 'perbalahan'. Melainkan keseluruhan melodi dalam sesebuah lagu baru itu sama," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.








NoorKumalasari yang menyepi selepas berhijrah !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...