THE OTHER SIDE OF KESUMA ANGSANA: 2012-09-02

Tabung Masa Depan ...

Friday, September 07, 2012

Sesuai Sangat Lagu Ini Dengan Mood KA Hari Ini

Salam pagi Jumaat yang indah
Walaupun mood KA masih x boleh blah!
Letakkan lagu ini sudahlah
Dengarkan lirik dan faham2kan ajelah


Terimakasih kawan2 semua
Tetap sudi berkunjung tiba
Bukan setakat jadi follower saja
Tapi menjadi pembaca blog KA yang setia

Hari ini KA cuma plan
Nak cuba jalan2
Jenguk2 laman kawan2
Sebagai tanda sokongan

KA seketika undur diri
Cuti sekejap, tak lama sehari dua ini
Memberi ruang pada sang diri dan hati sendiri
InsyaAllah, kita jumpa lagi Isnin depan nanti!

 ( google )


Thursday, September 06, 2012

Selamat Malam, Tidur & Tenanglah Wahai Hati !


( Google )

Bulan Oh Bulan
Tolong aku lenakan
Tidur ku semalaman

Moga esok hari
Akan ceria hati
Dan dapat menulis lagi N3

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim..... Good Night semua!

My Lunch Oh My Mood

Sebab mood masih x boleh blah
So lunch dengan ini ajelah
3 keping kuih & buah
Itu pown kira oklah
Asal boleh makan dah
Dan buat kenyang perut sudah



X tau kenapa ari ni haru biru
Mungkin sebab KA pakai serba biru
Eh! Eh, ade kena mengena ke tu
Taip N3 ni pown laju2
Untuk kawan2 yang setia menunggu
Nak baca cerita2 terbaru
KA luv U,  thank U, thank U, thank U

Biasalah kekadang mood melayang2
Tapi demi kawan2 tersayang
Yang tak jemu2 bertandang
Semua mood2 negatif tu KA terajang
Aura2 yang tak baik KA tendang & buang
Perlahan2 nanti KA akan mula berkarang................

Terimakasih sekali lagi atas sokongan kawan2 !

Mood Haru Biru Bak Laut Hari Ini

Entah kenapa  hati haru
Mengenang rasa yang membuku
Dalam jiwa yang membiru
Kawan2 tolonglah aku
Yang masih duduk menunggu2
Aduhai hari ni kenapa macam sebu!


Tiada titik cerita nak ditulis
Hinggakan rasa nak menangis
Pedih sakit bagai dihiris2
Datanglah kawan2 ceriakan dengan kata2 manis
Agarkan dapat menepis
Dari airmataku jatuh menitis

Tak tau entah kenapa
Tiba2 jiwa jadi lara
Mood berblogging hilang entah kemana
Tak tahu apa yang nak dicerita
Dalam jiwa yang sarat berduka
Lepaskan rasa yang seakan membisa

Mood hari ni memang ke laut
Nanti KA buat apa2 yang patut

Bila mood itu datang balik
KA cuba buat entry terbaik

Tunggu!


Tuesday, September 04, 2012

Follower KA Ke 555 - Ena's Palace

Check2 tengok rupa2nyer follower KA dah ada 555 hari ni. Nice number kan.  So, nak kenal sapa dia??? Ini ha orangnyer............TARA


Tq sudi follow blog KA yek.  Moga jambatan perkenalan ini berkekalan selamanyer !  Tak lupa juga terima kasih sekali lagi pada semua follower2 yang masih sudi follow blog KA.  You all memang terbaik!

Busy Bee................

Baru dapat wat 1- 2 N3, dah busy ler pulak.  Nanti2 KA terjah laman kawan2 yek, InsyaAllah! Camtu lah kalau jadi kuli!.... Tq pada yang terus follow dan mengerti, sangat2 KA hargai!

GOOGLE LER


Petua Untuk Sakit Kaki

Biasalah hari Selasa, mesti KA bubuh sikit petua.

  ( Pinjam Google )
Kebetulan KA sendiri pown sakit kaki, specially bahagian betis gara2 berdiri lama hari tu.  Walau dah reda sikit sakitnya hari ini.  Selain rendamkan kaki dalam air suam panas berisi garam (dalam N3 petua KA sebelum ini), petua lain yang boleh diamalkan dan dicuba ialah, sebelum tidur angkatlah kaki ke atas setinggi mungkin dengan cara duduk berlunjur dan badan bersandar pada dinding selama 10 -15 minit.  Kalau dapat diamalkan setiap hari lagi bagus. Cubalah ye!

Lebih baik wat cara kat atas tu, dari menari ala2 kuda tempang macam lagu Gangnam Style ni.  (Hurmmmmmmmm........Apa yang special sangat pown KA x tau. Mungkin lain orang lain caranye kan! )




Majlis Hari Lahir Yang Dah Jadi Mini Open House

Sepatutnya buat N3 ni semalam, tapi sebab kebusyan sangat2 baru boleh nak publish hari ini. Seperti yang dijangka terjadi................Kan KA kata nak buat majlis ni hari tu Baca Kat Sini!

Layan ajelah gambar2 ni ye!.  Majlis kecil2an untuk sambutan hari jadi my mum and my second daughter dengan dua kek, Red for my mum & Purple cake for my daughter, teruslah jadi jamuan kecil raya  pada mana2 yang datang nak beraya tu.  Hari Sabtu 1/9/2012.

ANTARA menu Mee Hoon Soto, Keuh Tiaw Sup, Nasi Putih, Pucuk paku goreng pedas, Rendang daging+ limpa, Lemang, Gulai betik muda with ikan masin, Salad Telur Rebus, Kastard jagung, Roti jala, Dadih, Kek kurma, Keropok Ikan yang best, Oren juice &  Teh O panas, Buah Tembikai and satu lagi, Murtabak Keramat yang sedap (tq to one of my friend yang bawak).  Kongsi gambar2 sikit2 jelah. Banyak sangatkan bosan pulak tengokkan. He He He. Kecuali Lemang, Cakes & Roti Jala yang terpaksa diorder yang lain2 KA pulun masak sendiri, (Tq En. Hubby yg. banyak membantu.  Adik beradik yang lain tolong2 set up tempat, bancuh air minuman dan acara cuci pinggan!)

Yang ini antara menu yang KA pulun masak ! ( KA memang minat masak!)
 ( SUP AYAM UNTUK MEE HOON SOTO / KUEW TIAW SUP )



( MEREBUS NASI HIMPIT YO YO O )

( DAPUR YANG X SIAP LAGI DAN SEMAK DENGAN BARANG2 UTK MAJLIS )
( ANTARA YG DATANG )

 ( FOR MY MUM )

 ( ANTARA YANG SAMPAI AWAL )

 ( LAYAN2 BORAK SAMBIL MAKAN )


 ( BUAL DALAM RUMAH SAMBIL MAKAN )


 ( SEMPAT JUGA ADA SESSI BERGAMBAR, LAMA X JUMPA NI )

( FOR MY DAUGHTER !  DAH POTONG BARU INGAT NAK AMBIK GAMBAR )

( ROTI JALA HIJAU KUNING CAM BLOG KA )




Tq pada semua saudara mara rakan taulan yang sudi hadir and pada adik beradik KA yang sponsor2 sikit2 and tolong bantu kerja2 sikit banyak.  Tapi sebabkan majlis inilah,  kedua2 kaki KA sakit sampailah ke hari ini, gara2 berdiri lama !.  InsyaAllah, kalau ada rezeki lain kali nak buat majlis macam ini dan jemput rakan2 blogger juga ye!

( Nanti ada gambar lebih2, KA upload lagi yek, HeHeHe)


Monday, September 03, 2012

Busy Ler Pulak!

KA ade kerja nak kena settle2 dulu.  Tak sempat nak jgk semua laman kawan2, nanti2 KA cuba BW laman kawan2 yang len pulak yek!. 

Tarik nafas panjang dan mula buat tugas  HeHeHe................

Ada Tak Ayat2 Motivasi Menangani Masalah Lemau Pagi

Salam Pagi Isnin semua !

Ada sesiapa tahu tak, ayat2 yang ala2 bermotivasi yang mana boleh menangani masalah lemau dan dapat menaikkan semangat bekerja semula (lepas cuti panjang) kita terutamanya pada hari Isnin. Paham2 jelah istilah “Monday Blues” cam dah sinonim dengan kita hehehe dimana kebanyakan orang automatik akan menjadi lemau dan malas sangat untuk gerak buat apa2 kerja bila tiba je hari senin.

Cuba share apa2 kata semangat kat sini !


Ok, KA mula dengan yang ini dulu ye......... Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.  Betul tak ?

( google ler )

Sunday, September 02, 2012

Antara Yang Menarik Di Legoland Malaysia

Tarikan utama di Legoland Malaysia, miniatur Menara Berkembar Petronas.

SEKUMPULAN 15 jurubina Lego hanya memerlukan tempoh kira-kira setahun untuk menyiapkan pemasangan miniatur Menara Berkembar Petronas, salah sebuah projek gergasi taman tema Legoland Malaysia yang terletak di Nusajaya, Johor.
Miniatur bangunan pencakar langit setinggi 10 meter itu adalah menara tertinggi yang terdapat di taman tema Legoland seluruh dunia.

 
Seorang pekerja melakukan kemasan terakhir pada model lego.

Menurut pereka bentuk Legoland, Eric Hunter yang juga ketua jurubina untuk projek tersebut, pasukannya telah berkunjung ke Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur untuk mengkaji pembinaan dan struktur bangunan tersebut.
Beliau berkata, pasukannya mengambil masa selama 5,500 jam untuk memasang lebih 542,000 kepingan lego bagi membina menara berkembar itu.
"Di dalam menara berkembar itu, lapan meter besi dan logam dipasang untuk menampung miniatur tersebut.

Miniatur bangunan Perdana Putra turut tersergam indah.

"Jika sesiapa saja ingin cuba membina bangunan tersebut dengan sendiri, ia akan mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan," kata Hunter ketika ditemui di tapak miniatur menara berkembar itu di Legoland Malaysia, baru-baru ini.
Miniatur Menara Berkembar Petronas itu adalah satu daripada 12 model lego yang mewakili 17 bangunan terkemuka di Asia Tenggara yang terdapat di taman tema itu.
Salah seorang jurubina berasal dari Taiping, Muhammad Khairul Zainon Noor, 27, yang diberi penghormatan untuk memasang kepingan lego terakhir di puncak menara berkembar itu berkata ia adalah pencapaian terbaiknya setakat ini.
Ikon terkemuka India, Taj Mahal.
"Ini adalah saat paling membanggakan dalam hidup saya," katanya.
Pengurus Besar Legoland Malaysia, Siegfried Boerst berkata, kerja-kerja pembinaan taman tema seumpamanya pertama di Asia hampir siap dan akan dibuka kepada umum pada 15 September ini.
"Taman tema itu hampir siap dengan kebanyakan laluan dan infrastruktur sudah dipasang sepenuhnya.
"Dalam tempoh beberapa minggu lalu, kami sudah melakukan kemasan terakhir di taman itu dengan menguji laluan untuk roller coaster, memasang 15,000 model lego dengan 50 juta kepingan lego," katanya.

Masjid Putrajaya antara model bangunan yang dipasangkan di taman tema ini.
Boerst berkata, kira-kira 45,000 pas tahunan telah dijual dalam tempoh tiga bulan lalu.
Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.legoland.my. 

Sumber Dari SINI

Adik beradik KA dah berkira2 sibuk nak berkunjung ke sini bila dah dibuka nanti ! Hurmm... apapun tunggu jelah.


( N3 Auto Publish ) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...