Saja2 berkongsi cerita ini di pagi Sabtu!
Sebelum ini banyak dah dengar tentang lagu2 yang dicedok dari lagu2 yang femes dolu2. Yang terbaru, kecoh katanya tentang intro lagu Black - Teman Pengganti dengan lagu Hati Seorang Kekasih - NoorKumalasari tu! For KA ok aje, cuma mungkin intronyer sedikit kedengaran sama tapi sangat2 berbeza pada keseluruhan lagu dan cara penyampaiannyer.

Ini antara cerita yang dipetik dari mStar Online
PETALING JAYA: Pengenalan (intro) lagu Teman Pengganti
nyanyian Black bersama Mallique yang popular ketika ini adalah ilham
yang dicedok daripada melodi lagu nyanyian Noorkumalasari iaitu Hati Seorang Kekasih yang pernah popular pada tahun 80-an.
Perkara itu menjadi buah mulut segelintir pihak kononnya populariti
lagu tersebut adalah disebabkan kehebatan melodi nyanyian
Noorkumalasari yang merupakan bintang popular suatu ketika dahulu.
Malah ada yang berkata tindakan Mallique selaku komposer lagu Teman Pengganti
dikatakan tidak profesional apabila dia diberitakan tidak meminta
kebenaran daripada pemegang hak cipta asal lagu tersebut iaitu Warner
Music (M) Sdn Bhd.
Bagaimanapun Pengurus A&R Warner Music (M), Mokhtaza Ahmad yang
dihubungi bagi mengulas perkara tersebut berkata, komposer berkenaan
tidak melakukan kesalahan kerana lagu yang dikatakan ‘dicedok’ itu
mematuhi melebihi kiraan tertentu iaitu tidak melebihi lapan bar.
"Jika sesebuah lagu yang sama melodinya dengan lagu asal diambil
melebihi lapan bar, barulah ia menjadi kesalahan dan pemegang hak cipta
sesebuah lagu boleh ambil tindakan mahkamah.
"Dalam hal ini, kod pengenalan (intro) lagu Teman Pengganti yang diambil berdasarkan melodi Hati Seorang Kekasih bukanlah satu kesalahan.
"Lebih-lebih lagi apabila penggunaan kod muzik yang sama, ia tidak
perlu menjadi satu 'perbalahan'. Melainkan keseluruhan melodi dalam
sesebuah lagu baru itu sama," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.
NoorKumalasari yang menyepi selepas berhijrah !




















































