Salam Pagi Selasa semua!
Membaca akhbar pagi2 ini, buat KA terpana bila membaca berita ini. Sesungguhnyer benarlah setiap anak itu ada rezeki mereka masing2.
KATA sesetengah orang, sakit bersalin itu ibarat beberapa tulang
rusuk dipatahkan serentak atau kuku dicabut daripada isinya. Sebahagian
wanita pula mengalami loya dan muntah-muntah sepanjang sembilan bulan
tempoh kehamilan.
Namun, bagi seorang ibu, Fariza Ibrahim, dia bagaikan sudah lali
dengan kepayahan dan kesakitan itu. Fariza, 47, yang berkahwin pada usia
19 tahun sudah dikurniakan 14 orang anak – fenomena yang jarang ditemui
di Malaysia memandangkan purata sebuah keluarga moden sekarang memiliki
antara tiga hingga lima orang anak sahaja. Secara purata, dia hamil
selama 126 bulan atau lebih 10 tahun.
“Semua anak saya dilahirkan secara normal,” ujar pemegang ijazah
dalam bidang kimia daripada Universiti Queensland, Australia ini.
Fariza yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang, bertemu jejaka
Negeri Sembilan, Abdul Halim Abdullah, di universiti yang sama pada
tahun 1984. Pasangan berkenaan berkahwin di Australia.
Anugerah
“Jika diikutkan saya ingin ada 20 orang anak. Memang bukan senang
untuk membesarkan seorang anak lebih-lebih lagi terpaksa merasai sakit
bersalin, tetapi saya seronok melihat pelbagai telatah dan ragam
mereka,” celah si isteri, Fariza Ibrahim, 47.
Sebelum ini, seorang wanita Amerika Syarikat, Michelle Duggar,
menjadi terkenal kerana melahirkan anak yang ke-19 pada tahun 2009 pada
usia 42 tahun. Angka 19 memeranjatkan Michelle sendiri sebelum dia hamil
lagi pada hujung tahun lalu. Bagaimanapun, anak ke-20 pasangan Michelle
dan Jim Bon itu mengalami keguguran.
Menurut Fariza, dia menyangka kelahiran anak yang ketujuh, Ahmad Muktaz pada tahun 1997 merupakan zuriat yang terakhir.
“Rupa-rupanya saya dikurniakan tujuh orang anak lagi selepas itu.
Buat masa ini 14 orang anak sudah memadai bagi saya tetapi tidak menolak
jika saya bakal mengandung lagi pada masa hadapan,” katanya yang
berhenti kerja sebagai guru sekolah agama swasta selepas mendapat anak
yang ke-12.
Jika keluarga besar, perbelanjaan mingguan juga bertambah. Itu satu perkiraan matematik yang mudah.
“Saya mengamalkan perbelanjaan secara mingguan untuk keperluan dapur.
Biasanya saya akan beli tiga ekor ayam, tiga hingga lima kilogram
daging (kg), 5kg ikan dan 30 biji telur selain makanan kering dan susu
bayi.
“Bila masak terasa seperti sedang menyediakan hidangan untuk majlis kenduri pula,” katanya ketawa.
Dari segi pengangkutan, keluarga ini menggunakan dua buah kereta
iaitu Perodua Kelisa dan Toyota Avanza untuk pergi ke destinasi pilihan.
“Suami berasal dari Seremban manakala saya dari Kepala Batas, Pulau
Pinang. Jika balik kampung, kedua-dua kenderaan digunakan,” ujar Fariza
yang memanggil anaknya dengan nama gelaran mengikut kedudukan anak dalam
keluarga seperti along, angah, ateh dan alang.
Walaupun mempunyai anak yang ramai, soal didikan agama menjadi keutamaan pasangan ini.
“Tiga orang anak saya sedang melanjutkan pelajaran di Universiti
Al-Azhar, Mesir. Jika tiada aral, kesemua mereka akan dihantar belajar
di sana.
“Persekitaran beragama masih kuat di Mesir. Di sebalik kisah
kezaliman Firaun, ia juga sebenarnya bumi anbiya. Kisah Nabi Musa dan
Nabi Yusuf, misalnya, berlaku di Mesir. Negara itu juga melahirkan
banyak ulama terkenal sejak lebih 1,400 tahun lalu. Jadi mungkin
disebabkan itu suasana Islam agak kuat di sana.
Ada meeting pagi ni. So nanti2 KA BW yek!