Tabung Masa Depan ...

Tuesday, November 20, 2012

Ajari Anuar Zain Untuk Cinta Nora Danish, Please ...

Alahai kalau betul pun apa salahnyer. Dah sama2 bujang dan solokan!


Jom baca apa yang Anuar katakan tentang Nora Danish ini.

Penyanyi Anuar Zain mengakui wajah seperti pelakon yang mula popular menerusi sitkom Puteri itu merupakan antara ciri-ciri wanita idamannya untuk dijadikan isteri. Bercakap kepada mStar online, penyanyi berusia 42 tahun ni berkata, dia mula tertarik dengan Nora sejak kemunculan awal pelakon itu menerusi sitkom tersebut.

"Nora memiliki wajah dalam kriteria wanita idaman saya yang feminin dan lembut. Saya tidak menolak takdir sekiranya dijodohkan dengan Nora," kata Anuar.

Bagaimanapun, tambah Anuar, perhubungannya dengan Nora tidak lebih daripada seorang rakan kerja kerana wanita itu menjadi pasangannya dalam klip video Ajari Aku.

Anuar juga berkata dia tidak memikirkan untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius dengan ibu beranak satu itu.

Dalam perkembangan lain, Anuar bakal mengadakan konsert solonya pada 16 Februari 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil, dekat sini pukul 8.30 malam.

Konsertnya yang diberi nama Anuar Zain-Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari itu dianjurkan oleh Anuar Zain Network Sdn Bhd dan syarikat rakaman Universal Music. Ia merupakan konsert sulung Anuar selepas 30 tahun berada dalam industri seni muzik tempatan.

Moh layan pulak video yang ini !


Sesuai sangatkan mereka berdua. KA suka2 ! He He He
Doakan saja ye !

Sup Cendawan Black Pepper Simple En Hubby KA

En Hubby KA ni kan, memang ke kebun je kerja dia.  So dua tiga hari lepas, dah rezeki musim2 hujan ni, dapatlah kutip cendawan2 busut ini.  Banyak sebenarnye yang  En Hubby dapat. Tapi sebahagian besar, dah pun diagih2kan kepada jiran2.  Yang dah kembang2 macam ni, kenalah dimasak dengan kadar segera. Yang masih kuncup2 tu boleh disimpan untuk menu esok pula !


Macam biasalah, kalau dapat cendawan busut macam ni, anak2 akan request (paksa) En. Hubby untuk buat sup cendawan yang simple cara dia !  TARA layan gambar dulu............


KA nak kongsikan resipi dia yang sangat2 simple ni.
  • Cendawan Busut 
  • 1 biji bawang besar (bersaiz sederhana & dimayang)
  • 1 ulas bawang putih (dimayang)
  • Sedikit isi ayam ( x bubuh pun xpe kalau xde ye )
  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk/ boleh digantikan dgn cili padi ikut kesukaan )
  • Garam
  • Sedikit minyak utk menumis
  • 2 - 3 cawan air 
Memang mudahkan. Tapi, anak2 akan makan bertambah2 bila ada sup ini. Yang tak boleh tahan, si bongsu KA akan makan ratah sup gitu je dan cakap  "Memang Terbaiklah Sup Cendawan Abah"!!


Tak percaya, boleh cubalah !

Petua Nak Cepat Empukkan Kacang Hijau


( google )
KA pasti ramai yang suka makan dan masak bubur kacang hijaukan. Lagi2 dalam musim hujan sekarang ni kan. Sedap makan bubur kacang hijau panas2 waktu petang dengan roti !

Cuma kadang2,  nak kena ambil masa yang lama untuk kita empukkan kacang hijau tu, sebelum boleh dimasak bubur.  Ada banyak petua sebenarnyer untuk bagi kacang hijau ini cepat empuk.  Ok, yang ini salah satu cara paling mudah nak bagi kacang hijau itu empuk dengan cepat. Cuma dengan titiskan beberapa titik minyak masak semasa merebus kacang hijau tersebut.  InsyaAllah, ianya akan cepat empuk.  Malah rasa kacang hijau itu juga lebih enak.

Satu lagi petua, orang kata kacang hijau ni berangin. Entahlah.  So, kalau masak bubur kacang hijau tu, jangan lupa letakkan juga 1 cm halia didalamnya. Itu aje petuanyer! 

Kacang hijau ni juga bagus katanye, untuk orang2 yang mahu hamil cepat macam Diana Danielle yang khabarnyer bunting pelamin tu selepas sah bernikah dengan Farid Kamil. Tahniah buat mereka ye!. (Petua nak hamil cepat dengan kacang hijau tu kena rajin2 search lah ye , he he he)

Selamat mencuba semua !

Monday, November 19, 2012

Cerita 2 Buah Hati Terbaru KA !

Petang2 baru dapat nak bercerita
Kisah2 hujung minggu KA pada semua
Faham2 ajelah kebusyan Isnin macam biasa
Sekarang baru ada rasa lega

Cerita Buah Hati Yang Pertama

SELAMAT DATANG SI COMEL IRFAN HIJRI
Lahir di tahun baru Maal Hijrah ler ni
Anak buah KA yang terbaru ni
Adalah anak pertama cousin KA yang satu ni
Aduhai comey sangat2 baby ni
KA dah pergi melawat weekend itu hari
Tapi anak2 KAlah yang paling teruja sekali 
Sembang2 tu sudah semesti
Dan jom layan2 gambar2 ini 






Cerita Buah Hati Yang Kedua

Tq so much to MY ENCIK BOSS atas penghargaan
Hadiah hari jadi tiba Jumaat lepas seperti yang dijanjikan
Tiba lewat sedikit kerana yang ini kena dipesan
Dan perlu dibuat awal2kan 
Apapun sangat2 KA terkesan
Atas apa yang telah dihadiahkan
DELL LATITUDE E5430 akan digunakan
Dengan sebaik mungkin dan dimanafaatkan
Aduhai, sah2 lah KA kena kerja kuat lagi lepas ni, wahai ENCIK BOSS kan!


NOTA : ( jejak dah balas, BW semua pelan2lah ye !)

Selamat Berjaya Untuk STPM Pula !

Salam Pagi Isnin semua.  Moga hari ini lebih baik dari semalam hendaknyer.

KA pown nak ambil kesempatan ini, untuk ucapkan selamat berjaya untuk semua calon2 peperiksaan STPM di seluruh Malaysia yang bermula hari ini.  Jangan lupa juga, untuk mulakan hari dengan bismillah, tenangkan diri dan jawablah dengan sebaik mungkin.  

Cabar diri sendiri untuk buat yang terbaik ye!. Doakan agar semuanyer berjaya hendaknyer .....


Nota kaki :  ( Tgk2 kerja dulu sebelum boleh nak BW)

Sunday, November 18, 2012

Berkongsi Tentang Kanser Payudara

Sepatutnyer KA sharekan N3 ni bulan lepas. Tapi takpelah. Nak berkongsi ilmu pengetahuan tu tak kisahlah bila2 kan.
( pinjam google )
Apa Itu Kanser Payudara?
Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.

Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28.

Pengelasan Kanser Payudara
Kanser payudara dikelaskan mengikut beberapa faktor seperti kanser lain. Faktor yang biasa diambilkira ialah tisu punca, lokasi tumor atau tisu punca, jenis tisu atau histologi, gred tumor, peringkat tumor, kemunculan dan aktiviti tumor, status nodus dan perebakan. Mula-mula sel bertukar struktur tetapi berada di lokasi asal di dalam duktus atau membran basemen lobul. Kemudian berlaku mitosis (penduan sel) dan metastasis (perebakan) melalui membran basemen dan bergerak ke kawasan terpencil di dalam badan.

Saturday, November 17, 2012

Nak Join Dumex Mama Club ?

Bukan nak promosi ke ape.  Cuma nak berkongsi sesuatu yang bagus.  KA dah join club ni lama dulu since anak keci2 lagi.  Memang banyak faedahnya.  Sesuailah rasanyer, untuk KA war2kan info ini, bila ramai kawan2 dikalangan blogger yang baru saja bergelar ibu mahupun yang baru saja menimang cahayamata terbaru.  Terutamanyer pada ibu2 baru pasti punya banyak pertanyaan kan !


Banyak tips2, info dan maklumat mengenai keibubapaan di sini juga. 

Puisi Hari Sabtu

Cerita tentang hari Sabtu
Banyak kerja2 yang menunggu
Kena tengok list satu persatu
Sambil tongkat dagu
Di depan pintu kayu

Apakah kisah kerja surirumah
Tak pernah sudah2
Atau sudah jadi lumrah
Terpaksa menyiapkan walau lelah
Dan tanpa kata mengungkit walau sepatah

Oklah kawan2
KA nak mula tengok2kan
Apa2  yang perlu nak dimulakan
Selepas perut kenyang disi makanan
Bangun dah nak kena ringan2kan badan!

( pinjam google )
 ( Moga dipermudahkan semua urusan kita  hari ini )

Friday, November 16, 2012

Tanah Runtuh: Jalan Ampang-Hulu Langat Ditutup Sementara

 Untuk makluman semua  yang menggunakan laluan ini!

Beginilah keadaan tanah runtuh di Jalan Hulu Langat berdekatan Menara Tinjau, Ampang, Selangor. Gambar: Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR: Jalan Ampang-Hulu Langat ditutup sementara berikutan tanah runtuh di kawasan berdekatan Menara Tinjau, Bukit Ampang petang Khamis.
Ketua Polis Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaludin berkata runtuhan itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat beberapa hari lepas.
"Justeru, orang ramai diminta menggunakan jalan alternatif lain," katanya kepada Bernama malam Khamis.
Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menyatakan runtuhan lereng bukit seluas kira-kira 50 meter persegi itu didapati telah menutupi jalan berkenaan, menyebabkan lalu lintas tergendala.
Dalam sistem pesanan ringkas, jurucakap jabatan itu berkata pihaknya menerima maklumat mengenai runtuhan itu pada 6.11 petang Khamis.
Beliau berkata Jabatan Kerja Raya juga telah menutup keseluruhan jalan dan polis peronda berada di lokasi bagi membantu mengawal lalu lintas.
"Tiada mangsa terlibat dalam kejadian ini," katanya. -BERNAMA


Setakat petang ini, jalan tersebut masih lagi ditutup.!

Are You Allergic To Your Bedroom? Ada Ke ?

Kongsi2 info yang ini with uols. Moga bermanafaat untuk kita semua juga ye!


Top 10 ways to reduce your family’s allergic reactions: As new research reveals bedrooms are the most allergy-inducing rooms in the house, check out our guide to seasonal allergy health. As we spend an average of 52 and a half hours a week in the bedroom, here are Allergy UK’s 10 essential rules to keep us sneeze-free (especially helpful as even our partners don’t fancy us when we’re mid allergy attack!) indoors:

1. Keep the room well ventilated. Have the window slightly open overnight to ensure air flow and clean windows and frames regularly to stop mould forming. But close first thing in the morning

2. Throw back your covers. Forget a well made bed, house dust mites hate light so open your curtains and flood your bed with it every morning

3. Change your bedding. Use an anti-allergy mattress and bedding or bedding covers to prevent the escape of the house dust mite allergen

4. Get rid of your curtains. Though they’re common in bedrooms, they harbor mites so if you don’t want to wash your curtains every month at a high temperature to kill the mites, try roller blinds or black outs

5. Ditch your carpet. Instead a more allergy-friendly flooring. (Allergy UK has a list of recommended floors.) If you don’t want to get rid of your carpet, vacuum daily with a cleaning that has a HEPA filtration system

6. Anti-allergy kids' toys. Keep all children’s toys in a toy chest or cupboard and regularly wash soft toys at 60 degrees. If they can’t be washed on high temperatures,  put them  in the freezer overnight to destroy the allergen and then washed at a the recommended temperature

7. Using an air purifier in the bedroom. These can help to trap allergens

8. Avoid posters or pictures. Hangings on the walls of your room hold dust. Instead, try a transfer or paint directly onto the walls

9. Keep clothes in drawers. Put fabrics and clothes away in drawers and wardrobes that can be shut. Wipe surfaces with a damp cloth every day

10. No feather dusters. These flick dust particles and allergen into the air. Opt for an electromagnetic cloth instead.


SEGMEN BLOGLIST POKOK MANGGIS DEPAN RUMAH

Jomlah kita ramai2 memeriahkan
KA pown join tanda sokongan
Dan support sesama kawan2
Rasanyer x salahkan !



Nak tahu details kena pergi laman tuan tanah ye !
Syaratnyer pun sangat2 mudah je!
Join ajelah ye........

Mulakan Hari Ini Dengan Kalimah Bismillah !

Seperti biasa, KA nak mulakan hari Jumaat yang cukup indah dan penuh keberkatan ini dengan berkongsi KISAH TELADAN ini.

 ( GGOGLE IMAGE )
"Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja." 

Jadi jangan lupa semua, mulakan hari kita dan apa jua yang dirancangkan dengan kalimah BISMILLAH !
  

Thursday, November 15, 2012

Sah Ke ? Ye Dah Sah Halal En Tabasco

Sebelum ini KA rasa, ramai juga yang was2 dan rasa ragu2kan. So, yang ini KA nak kongsikan pengesahan halal dari JAKIM untuk Sos2 Tabasco ni yang KA baca dari paper semalam.  Mungkin ramai juga yang dah taukan. Tapi KA tetap kongsikan juga untuk semua !




PRODUK makanan daripada jenama Tabasco sudah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh pengeluar, Mcllhenny Company. 

Mereka menegaskan bahawa pembuatan dan kandungan sos lada tersebut mematuhi hukum Islam dan Piawaian Halal Malaysia.

Jakim telah mengesahkan status halal khususnya sos lada jenis Pepper Sauce, Buffalo Style Hot Sauce, Chipotle Sauce, Garlic Pepper Sauce, Green Pepper Sauce, Habanero Pepper Sauce dan juga Sweet and Spicy Pepper Sauce. 

Pengarah Serantau Mcllhenny Company, Kan Cheung berkata, pihak syarikat sentiasa prihatin dengan tanggungjawab sosial kepada pengguna Islam di Malaysia dan juga seluruh dunia.
"Pensijilan halal untuk sos lada keluaran syarikat amat penting untuk mengukuhkan lagi jenama Tabasco di Malaysia." jelasnya.

Ramuan asli Tabasco seperti cuka, lada dan garam masih dikekalkan sejak 140 tahun dahulu. Ketiga-tiga ramuan tersebut adalah dijamin 100 peratus semula jadi dan tidak mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) haiwan. Ia kini boleh didapati di bahagian halal semua pusat jualan runcit makanan seluruh Malaysia.

Dengan pengesahan daripada pihak Jakim itu, persoalan pengguna Muslim yang sebelum ini gusar tentang status produk tersebut sudah terjawab. Tabasco diedarkan secara eksklusif di Malaysia oleh GBA Corporation Sdn. Bhd.

Jadi, bolehlah digunakan dalam masakan kita tanpa was2 dah ye !


( N3 AUTO PUBLISH YE )

Salam Maal Hijrah 1434H !

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 muharram tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.[1]

Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.



Semoga Allah jadikan
Subuhmu Cahaya
Zohormu Gembira
Asarmu Bahagia
Magribmu Keampunan
Dan
Isyakmu Keberkatan
Serta dibukakan pintu2 syurga seluas2nyer tanpa sempadan!

SALAM MAAL HIJRAH 1434H
Moga Hari Ini Jauh Lebih Baik Dari Semalam
InsyaAllah!

( fr google image)


SELAMAT BERCUTI JUGA YE !


Wednesday, November 14, 2012

So Touching For KA Too!


Thai Pantene television commercial. Its simply brilliant. 
The story of a deaf and mute girl who learns to play the violin against all odds. 
One of the most touching advertisements I've seen in a long, long time.

Mungkin ramai yang dah tengok. Tapi tetap KA nak share juga.
Ada sesuatu yang sangat2 bermakna
Walau dibuat dalam bentuk iklan sedemikian rupa!
Berusahalah pasti kita akan berjaya
Dan janganlah ada sifat berhasad dengki juga!


Be yourself !
You don't have to be like others untuk berjaya ! 
Kekurangan itu sebenarnyer adalah kelebihan kita,
Percayalah!

GA - Hadiah Dari LOVE IS ALL AROUND

Tuan tanah antara sahabat dikalangan blogger yang paling sporting bagi KA.  Rajin singgah dan berkomen juga.  So, bila dia buat GA haruslah KA menjoinkan diri, memeriahkan samakan !

Mula2 macam biasa tepek banner GA die !
 
Pas tu Jawab soalan ni
Apa Hadiah Saya untuk Suami?
Klunya bak kata wantie :-
Hadiahnya Besar dan boleh  lipat
Bernilai RM 1,500.00 ke atas
Ada 4 kaler, saya pilih kaler Kuning
Masih Baru di Pasaran
Jenama yang memang tersohor..
KA teka2 yang ini 
 Acer Aspire One Happy 2 Netbook

Tarikh tutup 19/11/2012.
So kalau uols semua berminat, terjah kat LINK INI YE

Cerita Menu Cuti Di Hari Rabu Yang X Bisu

Kongsi resepi mudah di hari Rabu
Akibat tekak dah rasa muak & jemu
Makan lauk pauk berdaging & berayam sepanjang hari minggu
So, cuti semalam ringkas & simple2 jer menu2
Yang penting anak2 suka & makan sampai licin tu!
Antara menu2 campak2 Ala2 KA itu.....

SAMBAL SARDIN WITH TEMPE

BAHAN-BAHAN NAK BUATNYA- Senang aje

1 tin besar sardin , asingkan ikan dan sosnya
1 biji bawang besar hiris
10 - 15 biji cili padi (tumbuk)
2 biji cili besar (tumbuk)
1/2 cawan jus asam jawa
2 batang serai, dititik
2 helai daun limau purut 
2 ulas bawang putih ( tumbuk)
1 inci halia (tumbuk)
Sepeket Tempe ( potong ikut suka )
Garam dan gula secukup rasa
 
TELOR GORENG MASAK KICAP
 
BAHAN-BAHAN NAK BUATNYA - pun mudah aje
 
6 biji telur, digoreng mata kerbau
1 - 2 cm kulit kayu manis
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, hiris serong
1 cawan air
1/2 cawan kicap manis (KA guna kipas udang ye) 
1/2 camca besar sos tiram
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1/2 camca teh cuka makan
 
 YANG PENTING ADA PENCUCI MULUT 

Syukur Alhamdullilah, atas rezeki dari Allah!

14 Of The Best Cushions - Menarik Juga!

Whether traditional, quirky or cute, cushions are a quick and easy way to update your home. Betul lah tu! .Cer cakap rumah siapa yang xde bubuh bantal2 kusyen cenggini ! He He He. & KA suka Granny Cushion tu! Sebab warna warninyer............

Chevron stripe

Knitted fox print


Fox print


Granny cushion

Tuesday, November 13, 2012

Kongsi Cerita Deepavali

Saja berkongsi info yang ini. Hari ni kan hari Deepavali.   Dan....Selamat bercuti juga !

Hari Deepavali (Bahasa Hindi: दिपावली, Bahasa Tamil: தீபாவளி) juga dikenali sebagai Diwali dan Divali (Bahasa Hindi: दीवाली) merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.
Menurut lagenda, Raja Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasura meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.
Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.

Diwali/Deepavali
Nama lain Terjemahan: Deretan pelita; Deepavali, Pesta Cahaya
Diraikan oleh Secara keagamaan oleh penganut agam Hindu, dan Jain. Orang India lain meraikan aspek-aspek budayanya.
Jenis Kegamaan, India
Kepentingan Meraikan kemenangan terhadap kejahatan, dan penanggalan kegelapan rohani
Tarikh Hari anak bulan Kartika, tetapi perayaan bermula dua hari sebelumnya dan tamat dua hari selepas hari itu
Perayaan Menghiasi rumah dengan pelita, mercun, mengagihan gula-gula dan hadiah.
Amalan Upacara sembahyang dan keagamaan (lihat puja, prasad)

Yang penting hari ini KA cuti, sebab Hari Deepavali  !.  Jom layan lagu feveret anak bongsu KA ni.  Siap tau tarian2 nyer lagi tu !


( N3 AUTO PUBLISH, CUTI2 MEMANG SUSAH NAK BER BLOG NI! )

Monday, November 12, 2012

Cerita Di Tarikh Cantik 10.11.12

Bila cuti sekolah bermula, satu yang pasti banyaklah acara kenduri kendara.  Majlis ini antara yang sempat KA terjah weekend lepas.  Pernikahan & majlis kenduri kahwin one of my cousin yang sweet.  Bernikah pada satu tarikh yang cantik sangat 10.11.12.  KA x dapat nak cerita panjang2.  Penat x hilang2 lagi.  

Tugas KA macam biasa, menyiapkan makanan & lauk pauk untuk acara "Makan Damai Pengantin" dan tolong sambut tetamu dengan parents pengantin sambil hulur goodies bag!.  Penat tapi seronok. Dapat pulak berkumpul dengan ramai sepupu sepapat. He He He .  Banyak gambar2 sebenarnyer. Tapi uols layan ajelah gambar2 ini dulu, yang KA celok dari my sister FB.  ( She's the pengapit pengantin for that day ! Bilalah your turn sis ? )

Untuk my lovely cousin Fida & Hubby, KA sekeluarga doakan semoga kekal bahagia, hingga ke syurga dan dikurniakan anak2 yang comey2 ye !

Yang ini pulak , bukannyer majlis yang KA hadiri, tapi saja nak kongsikan dengan kawan2 semua.  Gambar pertunangan Anne Ngasri & Mohd Sumali Reduan juga diadakan pada weekend lepas.  Layan ajelah!.

 ( credit roti kaya )
Doakan yang terbaik aje untuk mereka ye !

Tahniah Anne Atas Pertunangan !

Bila baca berita macam ni di pagi2 Isnin ni, cuma KA nak ucapkan tahniah dan doakan yang terbaik buat Anne & anak2 ajelah ye!  Jodoh pertemuan, ajal maut ditangan tuhan kan.  Kadang2 apa yang dirancang tak kesampaian.  Apa yang tak dijangka itulah yang terjadi !.


 
KUALA LUMPUR: Pelakon Anne Ngasri berharap pertunangannya dengan seorang ahli politik yang berstatus duda anak satu itu tidak akan menimbulkan fitnah kononnya dia seorang wanita yang cepat berubah hati selepas putus cinta dengan penyanyi Aliff Aziz.

Anne atau nama sebenarnya Ngasriah Ngasri, 28, berkata, kehadiran lelaki berusia 40 tahun itu dianggap sebagai satu anugerah daripada Tuhan apabila dia memulakan langkah bertemu keluarga Anne untuk meminangnya.
"Sebenarnya dia merupakan kawan saya dan Darling (kakak Anne) sejak setahun lalu tetapi ia tidak lebih daripada sahabat sahaja.
"Entah kenapa, selepas putus (dengan Aliff), kami lebih rapat sejak sebulan yang lalu dan apabila dia melamar, saya terima dia lebih-lebih lagi melihat kesungguhan dan keikhlasannya. Mungkin kami saling menepati antara satu sama lain.
"Saya pun tidak pernah menolak jodoh dan menganggap Aliff mungkin bukan jodoh saya. Diharap, tiada yang memberi persepsi negatif dengan perhubungan baru ini walaupun kehadirannya dalam hidup saya datang terlalu cepat," katanya.

Anne ditemui pada petang Ahad selepas majlis pertunangannya yang telahpun berlangsung di sebelah pagi di kediaman keluarganya, Jalan Ipoh dekat sini.

Majlis pertunangannya itu dihadiri seramai 200 orang tetamu yang terdiri daripada kedua-dua belah pihak keluarga dan pasangan itu bakal bernikah pada Disember ini.

Bagaimanapun identiti lelaki itu kelahiran negeri Johor itu dirahsiakan buat sementara waktu sehinggalah pada hari perkahwinannya nanti.

Tambah ibu kepada Abdul Warits, 4, Abdul Wafri, 3 dan Nazharah Afrozah, 2, itu, dia juga ingin meminta maaf kepada semua pihak merahsiakan identiti bakal suaminya itu kerana tidak mahu dianggap menunjuk-nunjuk.
"Selama ini orang sering menghentam saya macam-macam dan kali ini saya mahu lebih berhati-hati dan biarlah identiti tunang saya diketahui pada hari perkahwinan nanti.
"Perjalanan hidup ini adalah takdir buat diri sendiri dan diharap saya mendapat doa yang baik-baik daripada semua," ujarnya.

Anne sebelum ini pernah berkahwin dengan Abdul Wafi Hassan pada 26 Mei 2006 sebelum bercerai pada tahun 2010 dan mereka dikurniakan tiga cahayamata.


 ( Masih bersisa dengan rasa kepenatan hujung minggu dengan kenduri  kendera ! )

Sunday, November 11, 2012

Kongsi Kisah Si Unta

Sebenarnyer, si Bongsu KA yang beria2 bertanya tentang Unta ini.  Alang2 dah ada info tu, KA sharekan bersama uols juga ye !  

Unta.  Antara haiwan yang sangat2 istimewa dan berbeza !



Ketahanan dari lapar dan dahaga

Unta dapat hidup tanpa makan dan air selama 8 hari di bawah suhu 50°C. Selama periode ini, unta kehilangan 22% berat tubuhnya. Namun ia dapat bertahan hidup meskipun kehilangan 40% air dalam tubuhnya, sementara itu kehilangan 12% saja dapat menyebabkan kematian manusia. Sebab ketahanannya yang lain terhadap kehausan adalah suatu mekanisme yang memungkinkan unta untuk meningkatkan suhu internal tubuhnya hingga 41°C. Berkat kelebihannya ini, unta dapat menahan kehilangan air pada tingkat minimal dalam iklim yang sangat panas di padang pasir. Unta juga dapat menurunkan temperatur internal tubuhnya hingga 30°C di tengah malam yang dingin di padang pasir.

Unta (bahasa Inggeris: camel) ialah mana-mana satu daripada dua spesies ungulat yang mempunyai bilangan jari kaki yang genap dalam genus Camelus, iaitu:
Kedua-dua jenis berasal dari gurun dan kawasan kering Asia dan Afrika utara. Jangka hayat purata seekor unta antara 30 hingga 50 tahun. Istilah unta juga digunakan secara umum untuk merujuk kepada mana-mana satu daripada enam haiwan yang seakan-akan unta dalam famili Camelidae: dua jenis unta benar, dan empat jenis kamelid Amerika Selatan: Llama, Alpaka, Guanako dan Vikuna. Nama unta dalam bahasa Inggeris camel datang melalui bahasa Greek κάμηλος (kámēlos) daripada bahasa Arab جمل (jamal) atau bahasa Ibrani גמל (gahmal).

Unta Camelus Bactrianus mempunyai dua lapis bulu: selapis bulu halus yang hangat di dalam, serta selapis bulu yang panjang dan kasar di luar. Haiwan ini menggugur kedua-dua lapis bulunya dalam gumpalan yang biasanya dikumpul. Struktur bulunya serupa dengan sakhlat kashmir. Bulu halus yang panjangnya biasa antara satu hingga tiga inci (2-8 sentimeter) dipintal menjadi yan untuk kaitan. Unta menghasilkan 5 paun (2 kilogram) bulu setahun.

Manusia membela jinak unta lebih kurang 5,000 tahun dahulu. Kedua-dua jenis Camelus dromedarius dan Camelus Bactrianus masih diternak untuk susunya yang lebih berkhasiat berbanding susu lembu, untuk dagingnya, dan sebagai haiwan tenaga.

info :  Kredit Info

Saturday, November 10, 2012

Cuti Sekolah Bermula !

Salam Pagi Sabtu semua !

Cuti sekolah dah pun bermula.  Apa rancangan kawan2 semua. Dah ada plan ke ?  Kadang2 bila anak2 mula bercuti ni, KA rindu pulak masa riuh2 pagi, waktu nak bangunkan mandi & bersiap ke sekolah.  Rindu nak menyibukkan diri sendiri waktu2 malam dengan homework anak2.  Rindu nak berleter itu dan ini bila anak2 bercerita tentang pembelajaran dan cerita mereka di sekolah.  Ha Ha Ha.  Ada juga ye !  Tapi apa yang paling KA akan rindu nak tengok nanti, semestinyer adalah.......................................
Baju pra-sekolah yang pasti dah tergantung, siap dibasuh adik sendiri saban hari setiap kali balik dari sekolah ! Memang akan rindu...............


Selamat bercuti pada yang ambil kesempatan ini untuk bercuti panjang juga. KA pown bercadang akan bercuti seminggu juga nanti.  Ok, yang itu kita cerita lagi nanti2 ye!  Nak penuhi undangan kenduri kahwin pulak minggu ni. Dalam pada itu, cuba juga merehat2kan diri sebelum musim persekolahan baru pula bermula !


Friday, November 09, 2012

Hutang Jejak Sudah, BW ...

Alhamdullilah. Dah balas semua jejak. Cuma BW separuh jalan.  Tak dan dah KA nak kejar.  Kerja harus dibereskan juga.  InsyaAllah nanti KA try perlahan2 ye.  Neway, nak wish happy weekend untuk semua ! ( Kena OT ke hari ni ! )

( google )

KA Doakan Untuk Semuanyer Juga Ye!



( Kongsi Dari FB )

Terima kasih kerana masih sudi singgah, walau KA x sempat nak jengah !  Sayang uols ketat2 ...


( Tengah berusaha untuk jalan2 membalas jejak & BW rumah kawan2 sekejap )

Kisah Teladan 3 Budak Hitam

Kongsi sesuatu di pagi Jumaat yang mulia!

 ( google image )
Tiga orang budak hitam berjalan-jalan di atas pasir di persisiran sebuah pantai. Tiba-tiba seorang dari mereka tertendang sebiji botol. Beliaupun mengambil botol tersebut. Botol tersebut tertutup rapat dengan penutup gabus. Kesemua mereka kehairanan dan tertanya-tanya apa yang ada di dalam botol tersebut. Lalu salah seorang dari mereka pun membukanya. Terbuka sahaja botol tersebut, keluarlah seekor jin yang amat besar.

Jin tersebut ketawa-terbahak-bahak lalu berkata " Siapakah engkau hai manusia yang telah membebaskan aku? Aku telah terkurung dalam botol ini selama 20 tahun. Dalam masa terkurung aku telah bersumpah akan menyempurnakan 3 hajat sesiapa yang membebaskan aku dari botol ini.. Nah! Sekarang kamu semua pintalah apa-apa, akan aku tunaikan permintaanmu"

Ketiga-tiga budak hitam itu mulanya terkejut tetapi bergembira apabila jin tersebut menawarkan untuk menunaikan permintaan mereka. Jin pun berkata kepada budak yang pertama, " Pintalah!" Budak hitam pertama pun berkata . "Tukarkanlah aku menjadi putih supaya aku kelihatan cantik" Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi putih. Jin pun berkata kepada budak hitam kedua,"Pintalah!".

Thursday, November 08, 2012

Bila Busy Memang Ler BP Naik !

Aduhai jumpa En Doktor pagi ini
Tahap gula semua dah cantik dah ni
Tiba2 BP pulak naik hari ini
Dengar jelah bebelan doktor itu & ini
Kena  banyak rehat kan diri
& jangan pikir banyak kata En Doktor lagi
Kepala  pown tengah pusing ni
Kat office dah ada kerja2 menanti
Kebusyan lagilah jawapnyer hari ini
Cuma sempat membalas beberapa jejak je setakat ini
BW tu pown nanti2...
Moga kawan2 mengerti  
Kalau x lawat tu tanda KA busy
Yup.....I'm very the busy !
Alamak start dah merapulah ni....

 ( pinjam google )


NOTA KAKI : ( NAK WISH EPY BIRTHDAY TO ONE OF MY SISTER - Faizarys, MOGA PANJANG UMUR  MURAH REZEKI & CEPAT TEMU JODOH NANTI ! )



Terkenang Semasa Dulu !

Terkenang semasa dulu
Hatiku merasa rindu
Teringatkan cerita animasi pendek dulu2
He He He ada senyum terukir di bibir ku.....

Wednesday, November 07, 2012

10 Of The Best Winter Warmers

Mungkin tidak di Malaysia. Cuma saja KA nak sharekan sama2 !.  Mana tau sesuai juga untuk kita yang dilanda musim hujan sekarang ni gunapakai.  Cuaca sejuk juga apa, specially waktu malam ! He He He

Accessorize's Suede Bow Leather Gloves


Moschino's Cheap and Chic smiley red leather gloves

Bila Semua Berangan Nak Jadi Photographer

Bila KA bagitau kat si bongsu KA semalam, yang ramai puji hasil kerja dia terus je dia jawab :-

ADIK :
' Itulah, Ummi kena tau rahsianyer ... '

KA :
Ade rahsia ??

ADIK :
"Rahsianyer, sebelum ambil gambar tu, jangan ambil terus, kena pikir2 dulu, nak ambil gambar kecik ke, nak besarkan gambar ke, lepas tu kena fokus je, jangan gerak2 sangat, baru ambil gambar. Mesti gambar tu cantik !  "

KA :
Hamboi, kemain lagi !

ADIK :
Yelah , anak sapa, anak Ummi kan ! Ha Ha Ha

Semalam dah sharekan, hasil bidikan Adik yang berusia  6 tahun
Yang ini pula hasil tembakan Kak Ngah di usia 13 tahun pulak 
JOM LAYAN SAMA2 , GAMBAR2 SEKITAR 
ROMBONGAN KAK NGAH KE  CAMEROON HIGHLAND BARU2 INI


Wah2, Gajah Pun Nak Ber Kpop Jugak Ye !

Aduhai, sampai ke gajah2 pown dilanda demam K-pop ye. Bahasa lain dia x tau, bahasa korea je  yang boleh. He He He



Scientists have discovered an elephant that can speak Korean. But Koshik, who talks by putting his trunk in his mouth, has a vocabulary of just five words. He was recorded at a zoo in South Korea imitating human speech for words that translate into English as "hello", "sit down", "no", "lie down" and "good". But it is not believed he means what he says.

Researchers reported in the journal Current Biology that Koshik's language skills could provide important insights into the biology and evolution of vocal learning.

Elephant communication expert Angela Stoeger, of the University of Vienna, Austria, said: "Human speech basically has two important aspects: pitch and timbre. Intriguingly, the elephant Koshik is capable of matching both pitch and timbre patterns.
"He accurately imitates human formants as well as the voice pitch of his trainers. This is remarkable considering the huge size, the long vocal tract, and other anatomical differences between an elephant and a human."

Researchers played recordings of Koshik's noises to native Korean speakers to confirm their findings. "We found a high agreement concerning the overall meaning, and even the Korean spelling of Koshik's imitations," Ms Stoeger said.

It is not clear why Koshik adopted his unusual vocal behaviour, but scientists suggest that it could go back to his early days. He was the only elephant living at the Everland Zoo in South Korea for about five years during an important period for bonding and development. Humans were his only social contacts, so he could have adapted his vocals in a bid to strengthen social ties.

Kredit Here


( KA sambung BW kejap lagi ye, kena membereskan kerja2 dulu ! )




Nak Ber Wordless Wednesday Dulu Pagi Ini


Ini mukasurat depan kamus 5 bahasa di N3 KA hari itu ( 2 buah)


Yang ini bahagian belakang dier

Yang ini pula antara isi dalamannyer



Tuesday, November 06, 2012

Bionic Leg Man Climbs Skyscraper, Tahniah !

Tabik spring KA pada dia ni!.  Belajar sesuatu dari cerita ini.  Jangan sekali2 jadikan kekurangan kita, sebagai satu alasan untuk tidak boleh berjaya dalam apa jua pun.  Buktinyer yang ini .............................


 
A 31-year-old amputee has made history, becoming the first person to climb 103 floors of one of the world's tallest skyscrapers with a bionic leg.

Zac Vawter was wearing a prosthetic leg controlled by his mind when he participated in SkyRise Chicago. 

The charity event raises funds for the Rehabilitation Institute of Chicago.

The event marked the bionic leg's first test in the public eye.

As Mr Vawter thought about climbing stairs, the motors, chains and belts in his leg synchronized the movements of its ankle and knee. Researchers cheered him on and noted the smart leg's performance.

Institute officials say the leg and its climber held up "fantastically".

Mr Vawter finished the climb in about 45 minutes.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...