THE OTHER SIDE OF KESUMA ANGSANA: 2012-11-18

Tabung Masa Depan ...

Saturday, November 24, 2012

AlKisah Fasha Sandha Yang Preggie !




KREDIT MEDIAMALAYA.COM
KREDIT MEDIAMALAYA.COM
Biarpun bakal bergelar seorang ibu tidak lama lagi, namun aktres Fasha Sandha tetap anggun mengenakan busana trendy ala peplum dan skirt hitam serba ringkas sewaktu hadir majlis sidang akhbar pertama untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 yang diadakan di Holiday Villa Subang petang semalam.
 
Namun, dia tetap dengan pendirian untuk tidak mendedahkannya jantina anaknya. Namun dalam pada pihak media sibuk mengorek persiapan Fasha Sandha menanti hari istimewa kelahiran anaknya itu nanti, kemunculan Didie Alias secara tiba-tiba telah berjaya memecahkan suasana pada sesi temubual tersebut.

Dengan gelagatnya yang lucu tetapi bersahaja, Didie Alias telah diminta untuk menjadi 'mak bidan' dan meneka jantina kandungan aktres berkenaan. Didie kemudian bertindak memegang dan merasa kandungan Fasha yang berusia lebih kurang 5 bulan tersebut. Ramalan ibu beranak lima ini mungkin ada benarnya.

"Aku rasa Fasha mengandung anak lelaki. Pasal perutnya lepas aku pegang-pegang membulat kedepan. Sebab berdasarkan pengalaman mengandung banyak anak perempuan, semua melebar ke tepi.
"Tetapi itu cuma agakan aku sahaja, berdasarkan pengalaman. Yang tentukan bukannya kita, tetapi Allah Maha Esa. Apa-apa pun diharapkan Fasha mendapat cahaya mata yang sempurna dan sihat,"ujarnya ketika menjadi 'bidan terjun' pada petang tersebut.

Friday, November 23, 2012

Wish Happy Weekend Dulu!

Hari2 pun biasenyer KA busy

Tapi Mondaylah selalunyer yang paling2 busy

Tak tau apa pulak kena hari ini

Jumaat Friday pown KA jadi the very busy

Tak dapat balas habis jejak kawan2 lagi ni

Harap dapat sabar2, nanti KA datang lawati 

Yang dah folllow2 tu, TQ ! In Shaa Allah KA terjah & follow juga nanti!

Tinggalkan uols semua dengan ucap selamat weekend ini

Ulang tepek sekali lagi kat sini

Sebab KA masih serius ler busy lagi petang2 ni!!!!!!!!!!!!!! 

 


Segitiga Cinta Shah Iskandar - Rozita Che Wan - Zain

Aduhai suka pulak KA baca kisah cinta yang bersegi2 ni ! He He He. KA baca di MSTAR ONLINE ni.............  Suka jugak tengok Che Ta & Zain dalam siri OH, MY ENGLISH yang bersiaran hari tu!

 

PETALING JAYA: Pelakon kelahiran Singapura, Shah Iskandar bersedia untuk bersemuka dengan aktor Zain Saidin bagi meleraikan salah faham berhubung isu “rebut” pelakon Rozita Che Wan.
Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz, 30, bagaimanapun berkata, Zain ada hak untuk merasai perasaan kurang senang terhadap dia dan Rozita kerana mereka berdua sedang bergandingan dalam beberapa drama terbitan Zeel Production sejak dua bulan lalu.
“Dia (Zain) ada hak untuk berasa kurang senang atau salah sangka dengan kemesraan saya bersama Che Ta (Rozita), walaupun saya tidak tahu status sebenar hubungan mereka, sama ada masih bersama atau sudah tiada apa-apa.
“Saya tidak salahkan Zain pun malah, saya bersedia dan terbuka untuk bersemuka jika dia mahu mendapatkan penjelasan berhubung gosip ini.
“Hakikatnya, hubungan saya dengan Che Ta pada masa ini hanya atas nama kerja dan profesional. Tiada apa-apa yang serius antara kami,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.
Shah berkata demikian sebagai respons kepada desas-desus terbaharu yang mendakwa dia mempunyai hubungan istimewa dengan Rozita sejak terlibat dalam penggambaran drama Kiah Pekasam dua bulan lalu sehingga menimbulkan perasaan cemburu kepada Zain.

Bercadang Ke Port Dickson !

Port Dickson antara salah satu tempat yang pasti akan KA & family terjah saban tahun setiap kali bercuti.  Paling kurang pown, at least setahun sekali akan ke sana.  So, sempena cuti2 sekolah ni, KA nak kongsi sedikit tentang Pantai Port Dickson, pada yang bercadang dan berkira2 nak ke sana juga.

LINK PORT DICKSON

Port Dickson, atau PD merupakan sebuah bandar pantai dan daerah di Negeri Sembilan. Maksudnya Port Dickson terletak di tepi pinggir laut, berperanan sebagai pelabuhan untuk import dan eksport minyak, bijih timah, arang dan lain-lain keperluan.

Ia ialah kawasan yang kedua terkecil di Negeri Sembilan. Port Dickson menawarkan pantai yang tidak terlalu jauh dari bandaraya untuk penduduk tempatannya relaks.

Port Dickson juga merupakan tempat untuk berkelah, berenang dan sebagainya. Tidak jauh dari Port Dickson juga terdapat pantai seperti Teluk Kemang, Blue Lagoon dan Cape Rachado.

Port Dickson juga terkenal kerana adanya pantai yang panjang dan indah dari Janakuasa Elektrik Tuanku Jaafar hingga ke Pasir Panjang. Pantai Teluk Kemang yang cantik ialah di Batu 8 dan Batu 7.

Pantainya landai, bersih, pasir putih halus dan dilengkapi dengan kedai makanan, bilik mandi dan tandas serta pondok-pondok rehat.

Terdapat banyak hotel, chalet dan resort dibina di Teluk Kemang dan di Port Dickson. Antaranya ialah Ilham Resort, PD Marina, Tanjung Tuan Beach Resort, Guoman,Tiara Resort, Corus Paradise Resort, Glory Beach Resort, Residensi Hotel, Hotel Costa Rica dan Hotel Sri Malaysia. Sewa hotel bermula dari serendah  RM90.00 sahaja.

Antara yang pernah jadi tempat penginapan KA & keluarga ( kalau tak lupalah! ):-
PNB Ilham Resort - Yang Ini Antara Yang Terbaik
Permaisuri Beach Resort
Glory Beach Resort
Corus Hotel/Paradise Lagoon Apartment
Ancasa All Suites Resort
 &  Juga Mayang Sari 

 
 

GAMBAR2 SEKITAR PNB ILHAM RESORT

( N3 AUTO PUBLISH - HARUS MEMBERESKAN KEJE DULU & BARU BW YE )
 

Kelebihan & Keberkatan Jumaat

Salam Pagi Jumaat !
Penghulu Segala Hari
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.

Kelebihan Hari Jumaat
Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu
1)  Allah ciptakan Adam ,
2)  Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5)  Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).


Moga bermanafaat untuk semua ye! In Shaa Allah.................

Thursday, November 22, 2012

Tips Bersolek Untuk Wanita Bercermin Mata


 

KA pasti ramai wanita2 diluar sana, terutamanya yang bercermin mata, tercari2 tips dan cara solekan terbaik dan bersesuaian.  Lebih2 lagi sekarang ni, dah hujung2 tahun biasalah, berbagai majlis dan  kenduri kendara yang terpaksa dihadirikan. Semestinyer, tak banyak sikit2 nak solek2 juga wajah kita tukan!. So, KA kongsikan sama2 tips dan info ini, yang KA dapat dari pembacaan di internet .




1) Perkara yang paling mudah dilakukan ialah dengan memberi tumpuan kepada solekan pada bibir.  Pilih lipstik berwarna terang, seperti merah, oren atau fuchsia. Rona-rona terang seperti ini juga amat sesuai dikenakan oleh mereka yang berkulit sawo matang. Lihat saja Rihanna yang berani tampil dengan lipstik rona fuchsia. Warna itu sesuai sekali dengan kulitnya yang keperang-perangan, bukan?

2) Apabila mengenakan lipstik berwarna terang, solekan mata biarlah tipis-tipis sahaja. Caranya, ialah dengan menggunakan warna muda misalnya menyapukan pembayang mata berkilau warna kulit di seluruh kelopak mata dan menggabungkannya dengan pembayang mata coklat muda. Untuk menyerlahkan bentuk mata, gunakanlah penggaris mata berwarna hitam di bahagian atas bulu mata dan juga bahagian garis bawah mata. Hasilnya, mata akan terbentuk dengan cantik dan tetap terserlah walaupun memakai cermin mata.

3) Perkara lain yang perlu diingat apabila memakai cermin mata ialah, memastikan yang kening atau alis tersusun rapi.  Sekiranya tidak pandai membentuk kening sendiri, pergilah ke salun kecantikan dan mintalah bantuan profesional untuk merapikan kening agar sesuai dengan bentuk wajah.

4) Gunakanlah pensil kening atau perona kening yang berbentuk serbuk bagi menyempurnakan warna bulu kening.  Elakkan daripada mewarnakan kening dengan terang atau menggunakan satu gerakan sahaja kerana hasilnya akan kelihatan kaku.  Seelok-eloknya, warnakan sedikit-sedikit seperti membuat 'shading' pada lukisan dan warnakan mengikut arah tumbuhnya bulu kening.

Moga boleh dijadikan panduan untuk semua ye !

Kredit Info Sini

(N3 AUTO PUBLISH)

Terbaru Gambar Irma Hasmie

Anak KA cukup suka dengan Irma ni !  KA pown suka juga.  Nampak berseri2 wajah die yer.  Seri ibu hamil lah ni.  Yang ini kongsikan, gambar2 sekitar waktu beliau dan suami turun padang menyokong satu majlis amal kutipan derma untuk Palestin baru2 ini. Layan.............






Majlis Kahwin Apek - Leuniey Ditaja Lebih RM 300 Ribu

Itulah bila dikatakan tuah badankan !

Meh baca cerita yang KA petik DARI SINI.
 Kredit Gambar BEAUTIFUL NARA
Penjaga gol bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apex) semalam mengumumkan tarikh nikahnya. Sementara gadis pilihan hatinya, Nur Eilunie Natasha Nazri (Leuniey) berada di Kelantan dan MD difahamkan Leuniey tidak dapat hadir sama kerana sedang menjalani kursus kahwin.Apex yang muncul sejam lewat di sidang media berkenaan tanpa ditemani bakal isteri memberitahu, dengan terjawabnya teka-teka mengenai tarikh perkahwinan mereka, dia berharap fokusnya kini boleh diberikan sepenuhnya kepada karier. Malahan lebih penting dia mahu menumpukan kepada perlawanan di antara skuad Kebangsaan menentang Singapura bagi merebut Piala AFF Suzuki yang berlangsung di stadium Bukit Jalil, pada Ahad (25 November) ini.

Pada majlis pengumuman itu juga turut diumumkan perkahwinan pasangan ini menerima tajaan daripada pelbagai pihak. Sekali gus menjadikan jumlah nilai tajaan yang diterima mereka mencecah lebih dari RM300 ribu. Bahkan MD difahamkan itu baru sebahagian saja dan ada beberapa lagi tambahan pihak penaja, kelak.

Mengenai persiapan perkahwinan, Apex berkata segalanya diserahkan kepada pengurus, keluarganya dan pihak Leuniey. Setakat ini segala persiapan berjalan lancar.

Dalam pada itu mendedahkan pada bulan Oktober lalu, dia menghantar rombongan untuk melamar Leuniey. Tiada apa-apa majlis khas diadakan, sebaliknya kedua-dua belah keluarga berjumpa dan menikmati makan malam bersama-sama.

Apex dan Leuniey mula menjalin hubungan selepas mereka berkenalan ketika terlibat dalam iklan minyak wangi 'SimplySiti Eau De Parfum' milik penyanyi terkenal, Dato' Siti Nurhaliza.

Mengulas tentang tarikh yang dipilih untuk mereka di ijab kabul iaitu pada 28 Disember ini, jejaka berusia 23 tahun itu menjelaskan tarikh tersebut tidak membawa apa-apa maksud istimewa.

Saya Join GA 2012 Nurul Yui

KA nak kena ikut lah syarat2nyer.....

1) Buat entry dengan tajuk " Saya join GA 2012 Nurul Yui " DONE
 
2) Jangan lupa letakkan banner kat atas dan linkkan
dalam entry tersebut DONE

3) Boleh gunakan blog personal atau blog join sana sini DONE

4) Tinggalkan link entry tersebut pada komen entry ini
{ link blog sahaja TIDAK diterima } DONE


5) Lengkapkan ayat ini dalam entry anda
Saya join GA 2012 Nurul Yui kerana  SEMESTINYERLAH KERANA KA NAK SAMA2 MENYOKONG RAKAN2 BLOGGER, SAMA2 MEMERIAHKAN SEGMEN  & KA POWN SUKA SINGGAH BLOG NI,  HEHEHE 
{ perlu lebih dari 10 patah perkataan } DONE

Cepat2 kalau nak join, dah nak tutup dah malam Jumaat esok !
NAK TAHU LANJUT & HADIAH2 KLIK LINK NI!

Mahal Imam Murahlah Kitab, Mahal Demam Murahlah Sakit.

Salam Pagi Khamis !

Pernah dengar tak peribahasa kat atas tu. Mahal Imam Murahlah Kitab, Mahal Demam Murahlah Sakit maksudnyer  Sungguhpun semua orang tidak suka akan penyakit, tetapi jaranglah ada orang yang dapat mengelakkannya.  Kenapa KA sharekan peribahasa ini.  Sebabnyer bila ada seorang dari sabahat yang berkeluh kesah tentang dirinya yang tak habis2 dengan penyakit.  Lepas satu, satu yang datang.  Terlalu mudah penyakit hinggap, walhal dia siap makan segala macam ubat & supplement yang boleh tahan harganyer.

Bak pepatah inilah, tak ada orang yang suka akan penyakit, tapi memang tak dapat kita nak elakkan andai sudah itu takdir dari tuhan Allah swt.  Cuma kita boleh berikhtiar & bersabar serta jangan lupa banyak2kan doa.  Tiada penyakit yang tak boleh diubati selain mati!

( google )
Ingatlah setiap yang berlaku ada hikmahnya, dan percayalah setiap dari kita akan menerima ujian dan dugaan dalam bentuk apa sekalipun  sebelum menerima kebahagiaan,  dan pastinyer kebahagiaan itu nanti sesuatu yang akan lebih bermakna dalam hidup kita.

Teringat2 bila KA sakit, anak bongsu inilah yang paling sibuk. Memicit itu & ini.  Siap tanya dah makan ubat ke belum.  Siap sediakan air minum takut KA kehausan.  Siap pasangkan kipas takut KA kepanasan.  Siap selimutkan bila KA kesejukan.  Anak2 yang lain bukan tak ambil berat.  Tapi yang bongsu ni memang prihatin sangat2.  Sikap ambil berat dia tu kadang2 berlebih2an.  Membuat airmata KA sering tertumpah keharuan!
Moga selamanyer begitulah ye Adik ! In Shaa Allah....................

Wednesday, November 21, 2012

SEGMEN ERAZ FADLI : Pencarian BLOGLIST

Tak rugi  pown kalau KA join sama
Tanda sokongan sesama rakan blogger
Win2 situation orang putih kata
Tak caya jomlah turut serta


KLIK SINI UNTUK INFO LANJUT

Cepat2 segmen tamat hari ini juga 21/11/2012
Jam 11.59 malam nanti ye !

10 Best Sofas and Armchairs

Whether comfy, quirky or glamorous, a sofa or armchair can be the star of the living room. Sit back, make yourself comfortable and check out our pick of the best.  

Betul sangat tu!  Sofa pown main peranan yang sangat penting dalam kehidupan kita.  Kadang2 atas sofa pown kita boleh tertidur sebab rasa selesakan ! He He He

Lust, two-seater sofa

Cavalier, 3-seater leather sofa

Edinburgh armchair


Alkisah LEGOLAND Malaysia

Rasanyer ramai yang berura2 nak kesini sempena cuti sekolah ini kan so, apalagi terjahlah ! Jom kita pergi ramai2 !.  Sebelum ke sana tu, kena cari info2 dier dulu !.  Berapa harga tiket, apa yang ada, dan paling penting apa yang menarik!
 LEGOLAND Malaysia Entrance
http://www.legoland.com.my

LEGOLAND Malaysia is packed full of family fun with more than 40 rides, shows and attractions. Almost everything is hands-on, so you can push, pedal and program, or steer, squirt and splash, your way through a truly interactive experience – and of course there’s building too.

LEGOLAND Malaysia has seven themed areas of attractions for all ages such as The Beginning, LEGO® Technic, LEGO Kingdoms, Imagination, LEGO City, Land of Adventure and MINILAND. It’s an inspirational land where the children are the heroes. From LEGO experiment centres to rollercoasters, the park is a day-long voyage of discovery for all the family.

The centrepiece is MINILAND, where Asian landmarks have been recreated using more than 30 million LEGO bricks. It’s an interactive world on a scale of 1:20, where people, trains and aeroplanes come to life at the touch of a button.



Bunga Bangkai Mekar Kali Ke Dua

ORANG ramai berkumpul untuk melihat bunga bangkai mekar buat kali kedua di Taman Botanikal Basel, Switzerland kelmarin.
BASEL, Switzerland - Para pengunjung di Taman Botanikal Basel di sini berpeluang melihat dengan lebih dekat bunga terbesar di dunia, Amorphophallus titanum, yang mekar untuk kali kedua pada tahun ini kelmarin.

Dikenali juga sebagai bunga bangkai kerana bau tumbuhan itu seperti daging mereput, bunga berkenaan mekar buat kali pertama pada April lalu selepas 17 tahun ditanam.

Tumbuhan setinggi 2.27 meter itu berwarna kuning dan merah gelap.

Dalam pada itu, beberapa pakar botani di taman berkenaan memberitahu bahawa mereka terkejut kerana bunga tersebut mekar buat kali kedua dalam tempoh kurang 20 bulan. - AFP


Lagi tentang bunga ini .............
Amorphophallus titanum
Scientific classification
Kingdom: Plantae
(unranked): Angiosperms
(unranked): Monocots
Order: Alismatales
Family: Araceae
Subfamily: Aroideae
Tribe: Thomsonieae
Genus: Amorphophallus
Species: A. titanum
Binomial name
Amorphophallus titanum
(Becc.) Becc. ex Arcang

Amorphophallus titanum (from Ancient Greek amorphos, "without form, misshapen" + phallos, "phallus", and titan, "giant" ), known as the titan arum, is a flowering plant with the largest unbranched inflorescence in the world. The titan arum's inflorescence is not as large as that of the talipot palm, Corypha umbraculifera, but the inflorescence of the talipot palm is branched rather than unbranched.
Due to its odor, which is reminiscent of the smell of a decomposing mammal, the titan arum is characterized as a carrion flower, and is also known as the "corpse flower", or "corpse plant" (Indonesian: bunga bangkaibunga means flower, while bangkai means corpse or cadaver). For the same reason, the title "corpse flower" is also attributed to the genus Rafflesia which, like the titan arum, grows in the rainforests of Sumatra.

Cerita Ceriti Tentang Bayi Or Baby

Saja KA nak kongsi2 tentang BAYI.  

Bayi ialah kategori termuda untuk kanak-kanak.
 
Dagu dan pinggul bayi yang baru lahir adalah sempit, dengan perut buncit sedikit, serta lengan dan kaki yang agak pendek. Berat puratnya lebih kurang 7.5 paun (3.2 kilogram) dan panjangnya 14-20 inci (35.6-50.8 sentimeter, walaupun bayi baru lahir pramasa adalah lebih kecil. Skor Apgar ialah ukuran peralihan bayi baru lahir dari rahim semasa sepuluh minit yang pertama.
Kepala bayi baru lahir adalah amat besar berbanding bahagian-bahagian badan yang lain, dan kraniumnya juga besar berbanding mukanya. Sedangkan tengkorak manusia dewasa adalah lebih kurang satu perlapan panjang badan penuh, bayi baru lahir adalah dua kali ganda ini. Ketika dilahir, banyak tempat tengkorak bayi baru lahir masih belum lagi dijadikan tulang. "Tempat-tempat lembut" ini digelarkan fontan. Dua tempat yang terbesar ialah fontanel anterior berbentuk intan dan yang terletak di bahagian depan kepala, serta fontanel posterior yang lebih kecil dan terletak di belakang kepala.


Semasa pelahiran dan kelahiran, tengkorak bayi bertukar bentuk untuk menyesuaikan dengan salur lahir dan oleh itu, kekadangnya menyebabkan bayi dilahir dengan kepala yang cacat atau panjang. Bagaimanapun, keadaan ini biasanya kembali ke keadaan normal dengan sendiri dalam jangka masa beberapa hari atau beberapa minggu. Senaman khas seperti yang dinasihatkan oleh pakar perubatan boleh membantu proses ini.
Sesetengah bayi baru lahir mempunyai bulu halus yang digelarkan lanugo, khususnya di belakang, bahu, dan dahi bayi pramasa. Lanugo hilang dengan sendiri dalam masa beberapa minggu. 

Bukan semua bayi mempunyai rambut yang banyak. Ada yang botak, sedangkan ada yang mempunyai rambut yang terlalu halus sehingga hampir tidak dapat dilihat. Kulit kepala mungkin juga lebam-lebam atau bengkak sementara waktu, khususnya bagi bayi baru lahir yang botak, dan kawasan di sekeliling mata mereka mungkin bengkak juga.


Tuesday, November 20, 2012

Ajari Anuar Zain Untuk Cinta Nora Danish, Please ...

Alahai kalau betul pun apa salahnyer. Dah sama2 bujang dan solokan!


Jom baca apa yang Anuar katakan tentang Nora Danish ini.

Penyanyi Anuar Zain mengakui wajah seperti pelakon yang mula popular menerusi sitkom Puteri itu merupakan antara ciri-ciri wanita idamannya untuk dijadikan isteri. Bercakap kepada mStar online, penyanyi berusia 42 tahun ni berkata, dia mula tertarik dengan Nora sejak kemunculan awal pelakon itu menerusi sitkom tersebut.

"Nora memiliki wajah dalam kriteria wanita idaman saya yang feminin dan lembut. Saya tidak menolak takdir sekiranya dijodohkan dengan Nora," kata Anuar.

Bagaimanapun, tambah Anuar, perhubungannya dengan Nora tidak lebih daripada seorang rakan kerja kerana wanita itu menjadi pasangannya dalam klip video Ajari Aku.

Anuar juga berkata dia tidak memikirkan untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius dengan ibu beranak satu itu.

Dalam perkembangan lain, Anuar bakal mengadakan konsert solonya pada 16 Februari 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil, dekat sini pukul 8.30 malam.

Konsertnya yang diberi nama Anuar Zain-Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari itu dianjurkan oleh Anuar Zain Network Sdn Bhd dan syarikat rakaman Universal Music. Ia merupakan konsert sulung Anuar selepas 30 tahun berada dalam industri seni muzik tempatan.

Moh layan pulak video yang ini !


Sesuai sangatkan mereka berdua. KA suka2 ! He He He
Doakan saja ye !

Sup Cendawan Black Pepper Simple En Hubby KA

En Hubby KA ni kan, memang ke kebun je kerja dia.  So dua tiga hari lepas, dah rezeki musim2 hujan ni, dapatlah kutip cendawan2 busut ini.  Banyak sebenarnye yang  En Hubby dapat. Tapi sebahagian besar, dah pun diagih2kan kepada jiran2.  Yang dah kembang2 macam ni, kenalah dimasak dengan kadar segera. Yang masih kuncup2 tu boleh disimpan untuk menu esok pula !


Macam biasalah, kalau dapat cendawan busut macam ni, anak2 akan request (paksa) En. Hubby untuk buat sup cendawan yang simple cara dia !  TARA layan gambar dulu............


KA nak kongsikan resipi dia yang sangat2 simple ni.
  • Cendawan Busut 
  • 1 biji bawang besar (bersaiz sederhana & dimayang)
  • 1 ulas bawang putih (dimayang)
  • Sedikit isi ayam ( x bubuh pun xpe kalau xde ye )
  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk/ boleh digantikan dgn cili padi ikut kesukaan )
  • Garam
  • Sedikit minyak utk menumis
  • 2 - 3 cawan air 
Memang mudahkan. Tapi, anak2 akan makan bertambah2 bila ada sup ini. Yang tak boleh tahan, si bongsu KA akan makan ratah sup gitu je dan cakap  "Memang Terbaiklah Sup Cendawan Abah"!!


Tak percaya, boleh cubalah !

Petua Nak Cepat Empukkan Kacang Hijau


( google )
KA pasti ramai yang suka makan dan masak bubur kacang hijaukan. Lagi2 dalam musim hujan sekarang ni kan. Sedap makan bubur kacang hijau panas2 waktu petang dengan roti !

Cuma kadang2,  nak kena ambil masa yang lama untuk kita empukkan kacang hijau tu, sebelum boleh dimasak bubur.  Ada banyak petua sebenarnyer untuk bagi kacang hijau ini cepat empuk.  Ok, yang ini salah satu cara paling mudah nak bagi kacang hijau itu empuk dengan cepat. Cuma dengan titiskan beberapa titik minyak masak semasa merebus kacang hijau tersebut.  InsyaAllah, ianya akan cepat empuk.  Malah rasa kacang hijau itu juga lebih enak.

Satu lagi petua, orang kata kacang hijau ni berangin. Entahlah.  So, kalau masak bubur kacang hijau tu, jangan lupa letakkan juga 1 cm halia didalamnya. Itu aje petuanyer! 

Kacang hijau ni juga bagus katanye, untuk orang2 yang mahu hamil cepat macam Diana Danielle yang khabarnyer bunting pelamin tu selepas sah bernikah dengan Farid Kamil. Tahniah buat mereka ye!. (Petua nak hamil cepat dengan kacang hijau tu kena rajin2 search lah ye , he he he)

Selamat mencuba semua !

Monday, November 19, 2012

Cerita 2 Buah Hati Terbaru KA !

Petang2 baru dapat nak bercerita
Kisah2 hujung minggu KA pada semua
Faham2 ajelah kebusyan Isnin macam biasa
Sekarang baru ada rasa lega

Cerita Buah Hati Yang Pertama

SELAMAT DATANG SI COMEL IRFAN HIJRI
Lahir di tahun baru Maal Hijrah ler ni
Anak buah KA yang terbaru ni
Adalah anak pertama cousin KA yang satu ni
Aduhai comey sangat2 baby ni
KA dah pergi melawat weekend itu hari
Tapi anak2 KAlah yang paling teruja sekali 
Sembang2 tu sudah semesti
Dan jom layan2 gambar2 ini 






Cerita Buah Hati Yang Kedua

Tq so much to MY ENCIK BOSS atas penghargaan
Hadiah hari jadi tiba Jumaat lepas seperti yang dijanjikan
Tiba lewat sedikit kerana yang ini kena dipesan
Dan perlu dibuat awal2kan 
Apapun sangat2 KA terkesan
Atas apa yang telah dihadiahkan
DELL LATITUDE E5430 akan digunakan
Dengan sebaik mungkin dan dimanafaatkan
Aduhai, sah2 lah KA kena kerja kuat lagi lepas ni, wahai ENCIK BOSS kan!


NOTA : ( jejak dah balas, BW semua pelan2lah ye !)

Selamat Berjaya Untuk STPM Pula !

Salam Pagi Isnin semua.  Moga hari ini lebih baik dari semalam hendaknyer.

KA pown nak ambil kesempatan ini, untuk ucapkan selamat berjaya untuk semua calon2 peperiksaan STPM di seluruh Malaysia yang bermula hari ini.  Jangan lupa juga, untuk mulakan hari dengan bismillah, tenangkan diri dan jawablah dengan sebaik mungkin.  

Cabar diri sendiri untuk buat yang terbaik ye!. Doakan agar semuanyer berjaya hendaknyer .....


Nota kaki :  ( Tgk2 kerja dulu sebelum boleh nak BW)

Sunday, November 18, 2012

Berkongsi Tentang Kanser Payudara

Sepatutnyer KA sharekan N3 ni bulan lepas. Tapi takpelah. Nak berkongsi ilmu pengetahuan tu tak kisahlah bila2 kan.
( pinjam google )
Apa Itu Kanser Payudara?
Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.

Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28.

Pengelasan Kanser Payudara
Kanser payudara dikelaskan mengikut beberapa faktor seperti kanser lain. Faktor yang biasa diambilkira ialah tisu punca, lokasi tumor atau tisu punca, jenis tisu atau histologi, gred tumor, peringkat tumor, kemunculan dan aktiviti tumor, status nodus dan perebakan. Mula-mula sel bertukar struktur tetapi berada di lokasi asal di dalam duktus atau membran basemen lobul. Kemudian berlaku mitosis (penduan sel) dan metastasis (perebakan) melalui membran basemen dan bergerak ke kawasan terpencil di dalam badan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...