Tabung Masa Depan ...

Tuesday, January 22, 2013

Kalau Dah Jodoh X Kemana

Malas nak fikir banyak.  Kalau dah tertulis jodoh mereka. Kita doakan sajalah ye ! Nak bergossip sekejap KATANYER.......

Linda Hashim & Beego Nikah Pertengahan Tahun Ini 
 
PETALING JAYA: Pelakon Linda Hashim enggan mendedahkan tarikh sebenar perkahwinannya dengan aktor Beego tetapi cukup mengesahkan mereka akan berkahwin pertengahan tahun ini.
Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 29, berkata, dia tidak dapat mendedahkan tarikh sebenar pernikahan mereka bagi menghormati permintaan keluarga kedua-dua belah pihak.
"Insya-Allah kami akan bernikah pada pertengahan tahun tetapi bukan Mac seperti didakwa sebelum ini. Tarikh sudah ada cuma kami tidak mahu dedahkannya dahulu.
"Persiapan sedang berjalan serba sedikit memandangkan kami berdua juga sibuk dengan komitmen lakonan masing-masing," katanya ketika dihubungi mStar Online.
Pada laporan bertarikh 19 November 2012, Linda mengesahkan sudah bertunang dengan Beego atau nama sebenarnya Md Aszerul Nizam Abdullah, 33, pada 3 November lalu.

Sumber Dari Sini 

Zain & Rozita Che Wan Pulak Hujung Tahun Ini

 Kuala Lumpur: “Insya-Allah, saya mungkin mendirikan rumah tangga bersama Rozita, Disember depan. Semuanya masih dalam perancangan dan bergantung pada rezeki.
“Untuk pengetahuan, saya juga bersedia menerima dua anaknya tambahan pula sudah tiga tahun mengenali hati budi aktres itu,” kata pelakon, Zain Saidin, 29.

Itu kata putus diberikan pelakon utama drama ‘Oh My English’ sejurus ditanya mengenai hubungannya bersama pelakon jelita, Rozita Che Wan, 42.

Industri hiburan tanah air sebelum ini bagaikan ‘lali’ apabila sering dihujani gosip liar menimpa ke atas Rozita sejurus dikaitkan hubungan cinta bersama selebriti tempatan termasuk orang kenamaan. Antara yang pernah dikaitkan pelakon itu adalah Shahir (juara Akademi Fantasia 8), aktor Beego dan beberapa ahli perniagaan. Namun, penjelasan diberikan Zain kepada Harian Metro, semalam seakan-akan menghentikan gosip liar terhadap Rozita sejurus dia membuat keputusan menerima pelakon itu sebagai isterinya yang sah.

Sumber Dari SIni Juga

Kisah Dosa & RM 1 Adik

Ni nak cerita kisah Adik yang terjumpa dengan duit RM 1 di sekolah.


Adik :   Umi, petang tadi Adik jumpa duit kat sekolah.

KA :  Lepas tu Adik ambik ke ?

Adik :  Yelah, Abah kata simpanlah.  Kalau ada orang yang tanya pulangkan atau bagi kat Ustazah.

KA :  Lepas tu !

Adik :   Tapi sampai je kat kelas, Adik bagitau kawan Adik, Adik jumpa seringgit, terus dia cakap itu duit dia.  Sebab diapun hilang duit seringgit juga. Adik bagilah pada dier.

KA :  Betul ke duit seringgit dier tu ! Boleh caya ke ?

Adik ;  Eh, tak baiklah, kalau kita x percaya. Kalau dia tipu dialah yang berdosakan bukan kita!

EN Hubby :  Lain kali Adik jangan bagitau banyak mana duit yang Adik jumpa.  Adik kena tanya dia, berapa duit dier yang hilang tu! 

Adik :  Ooooooh...........  Adik ingatkan kalau xde orang punyer Adik nak ...................

KA : Mana boleh ambil duit tu !
  
Adik :  Bukanlah !  Adik nak ....... bagilah kat Ustazah. Kalau tak Adik dermalah duit tu ! Dapat juga pahalakan!

KA : Adik, Adik......

(N3 AUTO PUBLISH )

Misi Mencari William

Sampai ke hari ini masih tiada apa2 berita tentang budak ini.

WILLIAM YAU ZHEN ZHONG
PETALING JAYA: Rakyat di negara ini bersatu memberi sokongan kepada ibu bapa seorang kanak-kanak berumur enam tahun, William Yau Zhen Zhong yang hilang ketika usaha mengesannya masih diteruskan.
 
Parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan individu berjanji kepada Yau Kok Kang dan isterinya, Goh Ying Ying bahawa mereka tidak akan menanggung kesedihan itu sendirian.


Rabu lepas, anak kedua daripada tiga beradik itu dilaporkan hilang di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights dekat sini apabila gagal ditemui selepas dipercayai keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik di situ.

Sehingga kini, misteri kehilangan kanak-kanak berumur enam tahun itu, masih diklasifikasikan sebagai kes 'orang hilang'.

Mengulas lanjut, Rosli berkata buat masa ini polis masih belum menerima sebarang maklumat berhubung kehilangan Zhen Zhong.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak itu diminta tampil di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi talian 03-56319800


( N3 AUTO PUBLISH )

Magis Teh Tarik Mamak

Sapa suka teh tarik mamak. Angkat tangan ! KA dah lama x order ni gara2 diabetes!.  ( Kdg2 curi2 juga order Teh Tarik kurang manis. He He He ).  Yang ini feveret drinks yang diorder, bile mengopi or mengeteh di kedai2 mamak ni. Anak bongsu KA pastinyer Teh Tarik dan E. Hubby Nescafe Tarik.  Along dan Angah lain2 citarasa.

 
Kadang2 KA rasa pelik jugalah kan, walaupun kat rumah dah dibuatkan Teh Tarik ni,  bila ke kedai mamak, tetap nak order minuman yang sama.  Sedap sangat ke ?  Kata Adik, rasa teh dia lain.  Entahlah.  Setau KA, x bagus minum teh tarik kedai ni selalu sebab teh dia tu ada letak pewarna.  Betul ke ?


Tapi yang ini nak share with uols.  Ada orang bagitau, kenapa Teh Tarik atau Nescafe Tarik yang dibikin mamak2 ni rasanyer sedikit berbeza.  Katanya,  mereka letakkan sudu yang digunakan untuk mengacau Teh Tarik tu dalam bekas/gelas yang berisi air garam.  Sudu itu yang digunakan untuk mengacau teh or nescafe yang dipesan pelanggan.  Kerana itu rasanyer berbeza .  Iya ke ???  Dah macam Magik Merlin ler pulak ye !  Atau boleh ke kita cuba cara ini di rumah juga !.

Monday, January 21, 2013

Buat Rumah Dengan Budget Rendah

Berangan2 nak buat rumah dengan kos yang paling2 rendah di tanah hutan sekangkang kera yang ada.  Terjumpa dengan cerita di SWEDEN ini sangat2 menarik.. Boleh gunapakai juga idea ni !

How To Build A House With A Limited Budget in Sweden

Simple, functional, yet cozy and contemporary. The house spotted on europaconcorsi.com was built with a very limited budget, having in mind a large open space with lots of beds, a cooking area in the middle  and washing facilities outside. I find it very interesting the fact that there is no hierarchy between the doors – anyone can be used as an entrance. Four large openings are placed according to rotational symmetry, one in each facade: a fixed window facing north, and other three glazed doors. And, in order to bring more natural light inside, two roof windows add skylight to the interior. The walls are built out of lightweight concrete masonry blocks and the roof is covered with corrugated steel sheets, preferably used on farm buildings in the region. Measurements of the building volume and openings were chosen to fit the size of the masonry blocks so the waste of material could be minimized.





Menarikkan... nak share idea ni dengan En Hubby lah ! 
  

( N3 AUTO PUBLISH )

Banana Milk Ice Bland Ammar Al - ALi

KA nak sharekan yang ini pula.  Sesuatu yang sangat2 special dari FB Chef Ammar A-Ali untuk kita sama2 cuba ye !  Nampak sedap & berkhasiat sangat.  Ada pisang, ada pulak madu, sah2 terbaik ni.

 Banana Milk Ice Bland

1. Buah pisang 4 ulas
2. Susu segar 500 ml
3. Ice Cub 12-15 ketul
4. Madu 5 sudu besar
5. Mix Fruit Juice 500 ml
6. Gula – Suka Suka Hati



Chef Ammar
Masak Dari Hati Masak with Iman
Credit to FB Chef Ammar A-ALi 

( N3 AUTO PUBLISH )

Ruang Sempit Nampak Menarik

KA terbaca tentang ni waktu google2.  Nak share with uols too !  Cara bagaimana nak menata rias ruang yang sempit agar nampak menarik !

Multiplo is a modular object that wants to help people’s everyday life in little space. Style, functionality and above all its adaptability to fit in our small apartments. Versatile and modular furniture are best suited for our houses with limited space. Multiplo can be your bed, table, sitting room and much more in some easy moves.





Boleh diguna pakaikan !

 SOURCE FROM HERE

Tahniah Lee Chong Wei & Wong Mew Choo Hamil

Tahniahlah buat  PEMAIN No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei yang muncul sebagai pemain terbanyak merangkul gelaran juara pada Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Malayia.  KA tengok sambil menikmati minum petang bersama ipar duai yang tertandang ke rumah semalam.  Sedap menikmati goreng pisang dan popia goreng dengan Teh'O panas.  Tak sedar dalam menjerit2 tu, tergigit cili api dalam Laksa. Apalagi terlompatlah!  He He He


Lee Chong Wei membuktikan statusnya selaku pemain terhebat negara apabila merekodkan kejuaraan buat kali kesembilan pada Terbuka Malaysia 2013.  Kejayaan itu hadir selepas dia melakar kemenangan ke atas pemain Indonesia, Sony Dwi Kuncoro 21-7, 21-8 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil.

Lebih membanggakan, dia berjaya melepasi rekod legenda badminton negara, yang sebelum ini merekodkan lapan kejuaraan pada Terbuka Malaysia.
“Saya sangat bangga dengan kejayaan ini. Terima kasih kepada para penyokong kerana sanggup hadir ke stadium bagi menyaksikan final serta memberi sokongan kepada saya.

Tahun lalu, Chong Wei telah meletakkan namanya sebaris dengan Peng Soon apabila merangkul kejuaraan buat kali kelapan di gelanggang yang sama.
Sebagai rekod, Chong Wei mula bergelar juara Terbuka Malaysia pada 2004 diikuti 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013.  Dengan kemenangan semalam, Chong Wei membawa pulang hadiah wang tunai AS$30,000 (RM90,389).

Satu lagi, kelibat isteri beliau yang turut hadir memberi sokongan juga mencuri tumpuan terutama bahagian perutnyer yang dilihat sedikit membesar.  Apabila ditanya sama ada dia hamil, Mew Choo hanya mengesahkan dengan senyuman: “Ya, saya hamil.”
 

Tetapi Mew Choo enggan untuk mengesahkan berapa bulan dia mengandung, atau jantina bayi. Gadis kelahiran Perak berkahwin dengan Chong Wei tahun lalu selepas meletakkan jawatan sebagai jurulatih perseorangan wanita junior bawah BJSS. Maklumat terperinci mengenai bayi adalah masih misteri, tetapi apa yang pasti adalah “Pemain Badminton No 1 Dunia” yang baru akan lahir di Malaysia.

Apapun tahniah lah buat Datuk Lee Chong & isteri.  Sememangnyer kegembiraan berganda buat DLCW !

Sumber dari SINI DAN SINI JUGA

( N3 AUTO PUBLISH )

Jangan Skip Breakfast

Salam Pagi Isnin semua !

Kata orang, antara kunci kesihatan adalah tang perut.  So, paling penting untuk kita jaga pemakanan seharian kitakan.  Dan jangan sesekali lupa ambil breakfast. Breakfast is a must ye !

Jemput makan breakfast pagi ni.  Nasi lemak SEPARUH tapi Sotong PENUH ! He He He.  (In Shaa Allah kenyang sampai ke petang ni !)


( BW pelan2 ye, biasalah kerja2 banyak menunggu ! Terima call pagi ini, anak buah admit Hospital sebab apendik,  KA doakan moga semuanyer OK  !)

Sunday, January 20, 2013

Cerita Misi Hutan & Menu Lunch Semalam

Ingat tak dengan N3 "Misi Ke Hutan Untuk Lunch" KA semalam.  So, hari ni tepek sikit hasil2nyer.  Dibantu 2 Chef Dari blog KESUMAMARUKU.BLOSPOT.COM  haruslah,  siap je masak terus nak dingap2.... Layan ajelah !

Ni, Gulai Pucuk Ubi + Bunga Kantan yang diidamkan2 En Hubby & Adik.

Telor masak kicap yang diminta oleh Angah.  Cuma yang ini KA tambahkan sedikit santan.  Bagi rasa lemak2 sikit dan sedap !

Menu2 tambahan macam biasa. Just simple IKAN GORENG & IKAN MASIN GORENG BAWANG

Dan memang x sah kalau xde pencuci mulut.  Kali ini PISANG tanam sendiri.


Hari ni... jangan tanya lah ! PONING KEPALA memikirkan menu ni ......

Saturday, January 19, 2013

Cantiknyer No 78787 Ni

Duduk2 berborak dengan ADIK sambil belek2 blog, tiba2 terpandang kat pageview dier.  Alamak cantiknyer no tu, 78787..... Kena snap cepat2 ni......

Adik siap sindir Umi ni mesti nak masukkan dalam blog lah tu !


Tq semua sebab memungkinkan jumlah ini untuk BLOG SENDU KA ni yang nak masuk umur 10 bulan JANUARI ini ! TERIMA KASIH SEMUA .......................

Misi Ke Hutan Untuk Lunch

Hari ini lepas je breakfast, dah bersiap nak masuk hutan sekejap.  Motifnyer......... jap2 layan2 dulu gambar2 ni.

Memang cantik kan. Lagi2 dengan warna hijau tu.  Cukup2 mendamaikan! Kata orang, warna2 hijau ni sangat2 bagus untuk mata kita kan.  So, kenalah rajin2 tengok selalu pokok2 dan pohonan yang menghijau macam nikan !



Adik memang cukup setia dengan selipar feveret color merah yang dibeli Pak Lang nyer.


Yang ini on the way balik ke kereta, sempat lagi anak bongsu KA snap gambar tepi rumah my untie ni.  


Motif hari ni, nak cari benda alah 2 ni sebab Adik & En Hubby teringin sangat nak makan gulai pucuk ubi + bunga kantan .


Nanti2 kita ceritalah gambar2 lepas siap dimasak ye !  Hari ni KA masak dengan dibantu 2 Chef lagi !

Seperti Yang Dijangka JOZAN Juara

Seperti yang dijangka terjadi........ JOZAN Juara pada final Maharaja Lawak Mega 2012 malam tadi yang bersiaran terus dari Stadium Tertutup MPJB, Johor Bahru.  What can I say, mereka memang terbaik.  Mantap sangat2!   JOZAN membawa pulang wang tunai RM 500,000 beserta trofi. TAHNIAH JOHAN, TAHNIAH ZIZAN... TAHNIAH JOZAN !

( GAMBAH EHSAN UTUSAN MALAYSIA HARI INI )
Apapun, nak ucap tahniah juga pada JAMBU yang menang tempat kedua.  Juga untuk SHIRO di tempat ketiga.  Semua yang bertanding di final malam tadi sudah memberikan yang terbaik. Kalah menang dah jadi adatlah kan.

Uols kena terjah2lah Youtube kalau nak tengok balik persembahan mereka ye !  He He He.

( Nota kaki : Weekend2 ni memang payah sikitlah nak ber BW sangat ! Harap faham2 ye !... Dan jangan lupa terjah KESUMAMARUKU.BLOGSPOT.COM juga !)

Suka Hijau Suka Biru Gabungkan Memang Meletop

Blue and Green Interiors Design: An interesting and Fresh Colors Combination

Interesting color matches make interior more interesting. The rich blue and green look great together in many various combinations. There are many ways of completing the blue green color scheme to make it perfect for your room. Blue is a very popular color and is what I call a safe color to use with interior decorating.  Everyone knows that green – the color of life. It is the color of nature, grass, trees. That is why the green color can make in the pacification of the situation and give the owner a sense of confidence and security. Most times the third color is white and used for door and window frames and accentuating other architectural details.













 Source From Here 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...