Tabung Masa Depan ...

Friday, January 25, 2013

2 Top Kes Polis Hari Ini Di Kajang & Kelang

KES 1 : KA dan keluarga keluar malam itu dan terkejut melihat deretan kereta yang sesak dan beberapa kereta peronda polis di kiri kanan jalan.  Tertanya2 sebab apa2.   ( Banyak versi2 cerita yang KA dengar sebenarnyer dan akhirnya baca di akhabar pagi2 tadi.

 
Kajang: Seorang lelaki yang mengamuk kerana dipercayai mempunyai masalah mental mati dalam kejadian di Taman Desa Raya, di sini, petang kelmarin.  Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, C Sugumar Chelladury, 46, difahamkan mula meracau-racau di sekitar kawasan Taman Sri Nanding, di sini.

Saksi yang enggan dikenali berkata, sebelum itu, lelaki berkenaan dilihat memegang objek seperti besi sambil berjalan di sekitar kawasan berkenaan.
“Dia tiba-tiba mengancam keselamatan orang ramai dengan memecahkan cermin kereta, pasu, menarik wayar elektrik dan merosakkan harta benda penghuni lain.

“Saya juga melihatnya mengambil penyapu dan membaling ke tengah jalan raya. Ramai yang menyedari kejadian itu tidak berani menegur sebaliknya melarikan diri kerana lelaki terbabit sangat agresif,” katanya.

Menurutnya, orang awam menghubungi polis yang tiba di lokasi kejadian sebelum mengekorinya.
“Dia digari sebelum seorang anggota polis pulang ke balai berhampiran untuk mengambil kereta peronda bagi membawa lelaki itu ke balai dan dua lagi anggota mengawalnya. “Sebaik anggota terbabit tiba dengan kereta peronda dia mendapati lelaki terbabit sudah mati,” katanya.
Beliau berkata, pemeriksaan forensik mendapati tiada kesan kecederaan pada tubuh lelaki terbabit dan pihaknya sedang menunggu keputusan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian.

Katanya, hasil bedah siasat menunjukkan mangsa meninggal dunia akibat saluran jantung tersumbat.

“Setakat ini, kami mengklasifikasikan sebagai kematian mengejut (sdr),” katanya.

Ibu mangsa, K Manimaran, 65, berkata, anak lelakinya itu memang mengalami masalah mental sejak 1996 dan sentiasa mendapat rawatan.

KES 2 :  KA ada buat N3 tentang kehilangan William Yau dan ternanti2 perkembangan terbaru kes ini.  Hinggalah terbaca berita ini.  Harap2 mayat yang dijumpai itu bukan dier!


KLANG: Polis memanggil ibu bapa William Yau Zhen Zhong, 6, untuk pengecaman mayat budak yang ditemui di Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, malam ini. Yau Kok Kang dan isterinya, Goh Ying Ying diminta hadir ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk membuat pengecaman ke atas mayat kanak-kanak terbabit. Mayat budak lelaki berusia dalam lingkungan 6 hingga 7 tahun itu ditemui seorang lelaki tersangkut pada bahagian bot di Jeti Sungai Sireh, kira-kira jam 7.15 malam tadi.

William memakai kemeja-T warna kuning ketika dia hilang dan terdapat parut di bahagian kiri dahinya, kesan akibat terjatuh.

Pada 16 lalu, anak kedua daripada tiga beradik itu dilapor hilang di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya apabila gagal ditemui selepas dipercayai keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik di situ.


( N3 AUTO PUBLISH  )

11 comments:

ummuaidan said...

Hmmm...banyak jugak kes2 jenayah disekitar kita..

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

minta dijauhkan dari keluarga kita..

Kakzakie said...

Itulah sebab kenapa kita tak berani nak bagi anak kita main luar rumah kan KA. Terasa tak aman betul..

Kesiannya william tu. harap bukan dialah.

ALoNa CintamaniszLite said...

Masa nya dh sampai...
semua kejadian adalah penyebabnya sj...

**Tp sy tumpang sedih bila baca kat sokabar semalam sorang cikgu ngan anak2nya mati dihempap treler kat johor tu...mm.

ayut said...

yg brita kedua tu pon ayut dgr pg td kawan bgtau...

Anum said...

singgah petang

Mayang ABDUL RAZAK said...

harap2 bkn william..

Mrs Velentine said...

semog ayg dijumpai bukan william

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

jenayah mcm2 skang ni...tkt dunia skang ni

Ena's Palace said...

laa...da puas ngamok2 pastu mati ke? tgh buang tebiat la tuh!

Fiza Rahman said...

Macam2 cerita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...