Tabung Masa Depan ...

Sunday, January 06, 2013

Anugerah Juara Lagu 27 Malam Ini


12 lagu mantap bertanding di AJL27

Malam ini, mesti ramai dah ternanti2, siapakah yang bakal jadi juara kali ini.  KA sendiri pun dah pernah buat N3 tentang juara lagu ke 27 ini.  Rata2 pembaca blog KA memilih  samada :-

1.  SHILA AMZAH - Patah Seribu
ATAU
2.  BLACK & RJ - Teman Pengganti


Ini sedikit petikan kata2 Komposer Azmeer Di Laman Web Ini .  Yang ini sewaktu SEPARUH AKHIR hari tu.

"Lagu-lagu yang dipertandingkan kali ini lebih baik jika dibandingkan dengan tahun lalu. Contohnya seperti lagu "Teman Pengganti" ciptaan Malique, ia memiliki melodi asli dan mempunyai elemen-elemen lagu lama, tetapi ia tetap tidak mempengaruhi melodi baru," ujarnya. 

Menurut Azmeer lagi, sebanyak 70 peratus penilaian sesebuah lagu adalah berdasarkan melodi, lirik, susunan muzik, kreativiti serta penerimaan juri dan masyarakat terhadap lagu tersebut. Manakala 30 peratus adalah berdasarkan persembahan penyanyi itu sendiri.
 
Sebanyak 12 buah lagu mantap seperti berikut telah terpilih untuk bertanding di peringkat akhir AJL ke-27 yang bakal berlangsung pada 6 Januari 2013 (malam ini ) di Stadium Putra Bukit Jalil.

1. "Idola" – Azlan & The Typewriter
2. "Pelangi Senja" – Stacy
3. "Anak Kampung" – One Nation Emcees & Jimmy Palikat
4. "Terukir Di Bintang" – Yuna (Aizat )
5. "Ombak Rindu" – Hafiz & Adira
6. "Tanpamu" – Amir Jahari
7. "Lagu" – Bedroom Sanctuary
8. "Teman Pengganti" – Black & RJ
9. "Ku Akui" – Hafiz
10. "Simetri" – Amy Search & Hazama
11. "Andai Ku Bercinta Lagi" – Mojov
12. "Patah Seribu" – Shila Amzah

Semua lagu best2 ! Kalah atau menang sudah menjadi adat.  Cuma kalau boleh berikanlah persembahan sehabis baik untuk semuakan. So, sama2lah  kita tunggu, tengok, lihat & dengarkan malam ini ye.......................

( N3 AUTO PUBLISH )

22 comments:

MaMa Rey said...

hampir terlupa anugerah ni..tq KA
malam ni kena tengok..nak tengok teman pengganti menang..

❤Kamsiah❤ said...

KA peminat industri muzik ya...saya langsung tak amik tau..kdg2 bila dgr lagu..tanya anak2 ,sapa penyanyinya...

baby comel said...

Gudluck utk mereka semua, moga memberikan yg terbaik.. Suka sgt dgn lagu Yuna, hehe =)

shaiful zaidi said...

sapa la agaknya pemenang malam ni?

nea lopah said...

Sy pun Suke shila amzah. hopefully dia menang.

Cikgu Ma said...

x tgk...hahaha

MystoryPic said...

Tapi kan kualiti lagu sekarang tidak sebaik lagu-lagu zaman 80an. Apa pun saya tetap tunggu AJL ni

Leeza dayasari [santai leeza] said...

kalau patah seribu menang. no komen ler.

mama aryan said...

semua best2..taktau la sapa menang,tp klu saya nak teman pengganti la

Tihara said...

akak memang dah lama sungguh tak layan AJL :)

azievee said...

semua lagu best2 harap2 lagu shila hamzah leh menang...x sabar nak tgk persembahan aizat...hehehe

AZRUL AZMI said...

Nak tengok!!! Tapi esok ada exam!!! Sedey2... Hehehhe...

Apa-apa pun, pilihan kita sama la...
Chaiyok!!! Chaiyok!!!

Ena's Palace said...

suka jugak lagu black tu...tp lebih suka ombak rindu..

Papa Mifz said...

harap lagu Idola menang...:)

Knor said...

nak curi2 tgok jugalah

eita said...

nak tengok jugak ni...

Raudzah Zahari said...

KA kita lain sikit..coz Kita suka lagu yuna (terukir di bintang) & Stacy (pelangi senja)...Mojo pun ok...anyway enjoy semua...harap-harap yuna menang..he..he..

Myra Jay said...

Tak sabar nak tunggu pengumuman pemenang :D

Si Matatajam said...

Sayangnya teman pengganti tak dapat juara..

Pykaa Pdott said...

Ea lagu semua best2, pyka ingat pdt dekt hafis tmpat prtama tapi tak sgka dpt kat aizat. Ape pon taniah aizat. :)

Mrs Velentine said...

dan pemenang nya terukir di bintang

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

wani xtgk pun sbb kt hosp huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...