Tabung Masa Depan ...

Thursday, January 17, 2013

Bila Doktor Pula Mengamuk

Waktu drive pagi tadi, dengar berita kat radio tentang sepasang doktor suami isteri mengamuk di balai polis.  Puncanyer, cuma kerana anak mereka ditukarkan ke kelas yang lain.  Alamak, KA dah mula rasa x sedap hati.  Dah lah hari ni nak kena ambil darah.  Kena pulak doktor mood tak baik hari ni, mahu dibenamnyer aje jarum tu ke lengan KA yang gebu ni. Aduhai, Membayangkan itu mahu pengsan Mak !

Sepanjang perjalanan tu, baca doa dan berselawat ajelah KA.  But, Alhamdullillah, semuanyer OK.  Walau darah diambil hampir 3 tube.  Cuma nak kena tunggu resultnyer nanti in 2 weeks time.  Harap2 semuanyer oklah.

Bila cari2, rupa2nyer ini cerita sebenarnyer ! BERITA DARI HARIAN METRO

Subang Jaya: Berang anaknya ditukar ke kelas lain, sepasang suami isteri masing-masing berusia 40 dan 35 tahun yang juga doktor ‘mengamuk’ di Balai Polis Subang Jaya, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 8 pagi itu, pasangan terbabit turut dilapor memaki hamun dan mengugut pegawai serta anggota polis menyebabkan suasana di balai polis berkenaan kecoh. Berikutan itu, pasangan terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.



Difahamkan, pasangan sama dilaporkan pernah ‘mengamuk’ di sekolah anaknya lebih enam kali sejak 2010 namun berjaya ditenangkan dengan kehadiran polis.

Bagaimanapun, dalam kejadian kelmarin, polis tidak lagi mampu bertolak ansur dengan pasangan terbabit yang bukan saja memaki hamun sebaliknya mencabar serta mengugut pegawai serta anggota polis di balai polis berkenaan.

Macam2 hal lah sekarang ni!.

( Nota kaki :  Nanti2 BW , menyiapkan kerja2 penting dulu ! )

34 comments:

SYANI said...

Ni mak bapak over namanya.. Takleh terima kenyataan.. Keje bagus tapi attitude problem..

Anum said...

wow ganasnya

MizzTina said...

org bekerjaya pttnya tunjukkan perangai elok.. ni tidak.. memalukan btl..

wahida said...

mesti anak dia malu tgk mak pak dia mengamuk kat sekolah...

:: Mrs.Eady :: said...

hurmm...

Mrs Velentine said...

KENAPA MENGAMUK??CONFIUS

Nieyl said...

ish3....

N.Aima K said...

ya ampun lebih 6x amuk kat sekolah?

cikeyrah said...

doc sakit jiwa kot nie . .heheh

LydSunshine said...

Saiko giler couple ni.

KA kena amik darah kenapa? Kenapa sampai 3?

kasih Salina said...

macam2 berita yg ada KA yer..mungkin hidup dlm stress kot membuatkan mereka susah nk kawal emosi..

Sue PeLik said...

apa kes??? alahaiiiii. ada ke sampai ngamuk2 ?? mak tak ajar tau. ececece. hehehe. budaya mana neh?? sikit2 ngamuk. huhuhuhu. sabor jer leeee huhuhu

Fiza Rahman said...

Ada masalah ker mereka ni. Takkan pasal anak kena tukar kelas nak mengamuk kot. Memalukan jer. Dah lah doctor.

Smoga result darah akk ok.

nea lopah said...

saya dengar jugak pagi tadi dalam Sinar FM masa otw nk antar cik Bieha ke sekolah.

Irfa said...

MALU JD ANAK DIA :)

Ema Blog said...

apa masalah diaorang ni...tak puas hati dgn sekolah tu..tukar saja sekolah.

kay_are said...

takkan sebab macam tu pun nak mengamuk.. yang peliknye nape melibatkan polis? anak kena tukar kelas ape sebenarnye ni? hmm

Knor said...

tak payah hantar ke sekolah..ajar sendirilah..kan "doktor" pandailah sgt..

Kazman / Sue said...

uikk... ini mesti jenis angin satu badan niiii

Ibu Amirul said...

hmmm... bila orang cerdik pandai jadi tak berapa nak cerdik, camtulah keadaannya.... sian kat anak doktor tu... mesti tension...

Sue-Rya Qistina said...

sampai mcm tu sekali? pasal anak dia ditukarkan kelas je? ishhh..mcm2 hal la org zaman skang ni.

ummuaidan said...

ada jgk orng mcm tuh

intanfirdaus247 said...

Hmmm..attitude begini sangat2lah tidak bagus..kerjaya bagus tapi pemikiran? Hai la doktor

wantie said...

payah sangat. bukak sekolah sendiri ngajar sendiri. ambik. hahaha..

anak dia benornya pandai ke tidak ni? kena tukar ke keas pandai ke kelas tak pandai ni? adei...

Rai Ourkizuna said...

aduhai..kalau doktor pun tak tenang.. risau nak jadi pesakitnya.. patut tarik je lesen doktornya tu.. bahaya orang macam ni ni..

ieda said...

uishhh tulah kak
saya dger berita pagi tadi ..
cam x caya sbb dia DR ..
aduhhh professional punya position tuu .. aduhh maluuuu

pasal anak2 nak mengamuk x tentu pasal lak huhu ;)

NurSalihah Norman said...

macam nie pun ada ha? hahah... mcm2 perangai manusia zaman skg...

Mira Adzlia said...

xphm pe sbnrnye blaku ni..ish..ish..xkn la psl tkr kelas pun nk mngamuk..pastu, npe plak kt balai polis??huhu

mama aryan said...

macam ni pun ada ke?

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

haishhh mcm2 la

Mimie said...

ank kne tkr klas pun nk ngamuk ke?ishhh xphm

ayut said...

ni tekanan keje ke apa ni....mmm.cane ni.anak pon jd pening agk ye

Haryati Faizal said...

payah2....

Anonymous said...

Ni kes doktor sijil palsu, beli kat ober c. Tah-tah doktor enjek sendiri, tengah high lah tu gamaknya. Yang syoknya laki bini lak tu... cheh buat malu profesion je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...