Tabung Masa Depan ...

Wednesday, January 23, 2013

Bukan Cerita Batu Belah Tapi Cerita Batu Jadi Rumah

Memang gempak sungguh ler.  Bukan cerita batu belah batu bertangkup ye.!. He He He. Apa kata kita buat macam ni juga ! Ceritanyer dari Akhbar KOSMO ni. Bukan di Malaysia tapi nun di Mexico sana.

COAHUILA, Mexico - Seorang lelaki di Mexico telah menukar seketul bongkah batu menjadi rumah untuk keluarganya sejak 30 tahun lalu.

Benito Hernandez membina kediaman unik itu dekat kawasan pergunungan San Jose de Las Piedras, dalam negeri Coahuila di utara Mexico.

Sebahagian daripada bongkah batu besar berdiameter 40 meter itu dijadikan bumbung rumah manakala beberapa bahagian lain dikorek untuk membina ruang tamu, dapur dan beberapa buah bilik. Hernandez tinggal di rumah batu itu bersama isteri, Santa Martha de la Cruz Villarreal, seorang anak lelakinya, Omar Hernandez dan cucu perempuan mereka, Lucero Hernandez. Kediaman Hernandez itu terletak dekat dengan bandar San Jose de Las Piedras.

Bandar itu merupakan sebuah komuniti terpencil di kawasan gurun Coahuila dan terletak sekitar 80 kilometer dari sempadan Texas, di Amerika Syarikat. - Agensi

14 comments:

Ira said...

Manusia pun boleh hidup dlm batu, bukan ulat je kan. hehe..
Hebat betul dia. Semua tu blh jadi dgn izin Allah..

Mrs Velentine said...

cantiknya...done digi iphone

Ann Ishak said...

confirm tak payah tukar bumbung, takkan bocor punya ;)

yan's cottage said...

pelik tapi benar kan....?
macam2 hal...nie kes manusia hidup dalam batu nie....

Lelaki Ini said...

kreatif!

boni kacak said...

pergh..gila hebat.. tak payah pakai air cond.. dah sejuk dah..

izzah said...

Mmg kreatif yek diorg ni...simple je umah dia...xyah nk susun2 bata dgn cat2 bagai kan...hehehe...jimat pn jimat...

CeqGu said...

macam2 idea manusia ni kan

Evagurl Izma said...

mcm zaman batu plak..huhu

MaMa Rey said...

macamna agaknya rasa rumah dari batu..
mesti rasa sejuk2 kan..

intanfirdaus247 said...

cantik dan uniknyaaa

Dunia Wilma said...

Kreatifnya ^_^

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

wah uniknyerrr

Fiza Rahman said...

Uniknya. Rajin plak tu dikorek batu tu buat rumah ☺☺

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...