Alamak terpananyer KA baca berita ini ! Amboi Kak Raja kita ......................
PETALING JAYA: Penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman bersedia
untuk berkahwin semula jika bertemu jodoh dengan kekasih baharunya
iaitu seorang gitaris berusia 27 tahun.
Raja Azmi, 54, berkata, keikhlasan lelaki bernama Hafiz itu dapat dilihat apabila pemuzik itu melamarnya, beberapa hari lalu.
"Dia memang ikhlas dalam hubungan ini kerana berani meluahkan hasrat untuk memperisterikan saya selepas sebulan berkawan.
"Mungkin terlalu awal untuk bercakap soal kahwin tetapi saya sudah bersedia (bergelar isteri).
"Jika ada jodoh, kami mungkin berkahwin pada tahun ini juga," katanya kepada mStar Online.
Penerbit dan penulis filem .... Dalam Botol ini mula menjalin
hubungan dengan Hafiz selepas berkenalan di sebuah hotel terkemuka yang
menjadi lokasi gitaris itu mengadakan persembahan.
Raja Azmi yang bergelar janda sejak enam bulan lalu bercerai talak
satu dengan bekas jaguh badminton Jalani Sidek pada 27 Jun 2012 selepas
28 tahun berkahwin. Raja Azmi berkata, dia tidak peduli pada persepsi umum susulan
pengakuannya menjalin hubungan dengan lelaki yang berusia 27 tahun lebih
muda daripadanya.
Katanya, keutamaan pada waktu ini adalah kebahagiaan diri sendiri
berbanding pertikaian khalayak yang tidak merasai kedukaannya selepas
bercerai.
"Biarlah apa orang hendak kata. Yang penting saya bersikap jujur terhadap perasaan yang saya alami sekarang.
"Saya benar-benar bahagia dan gembira dengan hubungan ini kerana ia
membuatkan saya kembali ceria selepas lalui episod duka (perceraian),"
luahnya.
Raja Azmi berkata, perbezaan umur tidak menjadi penghalang kerana keserasian antara mereka.
"Umur bukan ukuran kerana kami saling menyayangi dan ia berlaku dengan ikhlas.
"Sudah lama saya berasa sunyi selepas bercerai dan apabila bersama
kami rasa seperti seusia," kongsinya sambil mengakui hubungan itu
mendapat restu keluarga kedua belah pihak.
SUMBER BERITA DARI SINI
( Maaflah x sempat nak BW ari ni, kebusyan dengan tender, cuma sempat publish N3 je ! Nanti2 KA dtg terjah ye pelan2..., In Shaa Allah ...)
( Maaflah x sempat nak BW ari ni, kebusyan dengan tender, cuma sempat publish N3 je ! Nanti2 KA dtg terjah ye pelan2..., In Shaa Allah ...)

22 comments:
kalau dah jodoh x kemana
nak komen pun x tau nak ckp macam mana...beza umur tu ketara gila..
salam KA.....
inilah di namakan jodoh.....kalau dah jodoh nak kata apa....berita gembira untuk wanita...jangan kata wanita tua tak laku he heeeee.....
dah jodoh...doakan yang terbaik buat mereka
mmg benarlah cinta itu buta..:)
pun tak reti nak bg apa2 komen..harap boleh perjayalah dgn hubungan mcm ni..
beza umur yang sangat ketara..
tapi umur bukan jadi halangan kalau sudah jodohnya
KA..anak dia yang sulong berapa umurnya kan..anak acik yang sulong umur 26..rasanya kecik je lagi
semoga bahagia yg dia cari ditemui.
ermm..janji bahagia..tp confuse jgk..die ni cm gile attention sket laa.. =)
alamakk! nk gelak pn ada ni..hahaha
uuuuuu,,,cayalah raja azmi....hihi
singgah jumaat..
nyimak je.. salam kenal
wow! hi hi
semoga dipercepatkan lah..tadelah org mengatakannn
Assalamualaikum, Ada baiknya sambil sambil online and sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.
Dengan RM 2300 boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan, Dengan RM 10,000 boleh dapat RM 2,000 - RM 3,000 sebulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.
Average ROI ialah 15% setiap bulan dari pelaburan anda.
Link : http://malaysiauinvest.blogspot.com/
PS : Boleh PM saya or email di myuinvestnet@gmail.com
dia kan kesunyian tuh..:)
Alhamdulillah..Janji bahagia...
xtau nk kata pa psl xbapa bekenan dgn raja azmi ni hahahhaa
ermm..dpt yg muda lagi tuh!..
Jodoh dia dgn lelaki muda.
Post a Comment