Tabung Masa Depan ...

Monday, January 07, 2013

Guna FB Waktu Pejabat ? Apa Kata Anda

Yang ini KA terbaca dilaman internet.  What Say U! (Baca dalam gaya binbi & bonni ). SETUJU KE ?.....

 Pekerja guna Facebook ketika waktu pejabat adalah pecah amanah, kata SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengkategorikan pekerja dalam sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang menggunakan media sosial bagi tujuan peribadi sebagai pecah amanah. 

Menurut timbalan ketua pesuruhjaya SPRM, Datuk Sutinah Sutan, jika seseorang menggunakan tiga jam di pejabat untuk kegunaan peribadi, ia dilihat sebagai satu bentuk pecah amanah kerana kerajaan mempercayai dan membayar mereka untuk menyiapkan tugas yang diberi.

"Mereka yang melayari Facebook atau apa juga media sosial, boleh dianggap sebagai mengelakkan diri dari kerja yang dispefikasikan kepadanya," kata beliau yang dipetik dari portal berita The Star Online.


Sutinah berkata, sikap suka menggunakan waktu bekerja untuk kegiatan peribadi boleh dilihat sebagai melanggar kontrak kerja, dan patut dikenakan tindakan disiplin oleh pihak majikan.

Beliau berkata, walaupun kesalahan tersebut tidak diletakkan di bawah Akta SPRM, tetapi suruhanjaya tersebut akan menasihati apa tindakan yang boleh dilakukan oleh pihak jabatan kerajaan dan GLC dalam menangani pekerja yang ingkar.
Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman menyeru agar pekerja kerajaan untuk memberi tumpuan kepada kerja ketika waktu pejabat.

"Sementara penggunaan sosial media adalah baik untuk menggalakkan orang ramai untuk lebih arif dalam teknologi dalam mendapatkan maklumat, tetapi pekerja juga harus berdedikasi terhadap kementerian, jabatan dan agensi mereka," kata Omar yang dipetik portal berita berbahasa Inggeris itu.

Beliau mencadangkan mekanisme untuk menentukan laman web mana yang boleh dilayari oleh pekerja kerajaan bagi menepati skop pekerjaan.

"Sepatutnya kita perlu ada panduan yang jelas, bukan hanya untuk pekerja faham perlakuan mereka boleh diambil tindakan, kita juga perlu untuk menubuhkan jawatankuasa disiplin dalam menentukan yang mana (laman web) di dalam skop pekerjaan dan yang mana bukan," kata Omar yang dipetik dari laporan portal berita The Star Online.

SUMBER BERITA 

28 comments:

Anum said...

hehe
office anum x leh kena block

Kakizan Omar said...

FB.. emmm... tak perlulah nak hupdate status waktu opis n tak wat kerja.. tapi waktu senggang.. memang kerja dah settle ok kot... tapi jgn melampau jer laa.. :D

Yan Ty said...

Eventho boleh buka pula lately di Office Ty xbuka pun sebab tak sempat sgt nk layan dengan kerja bertimbun.

Sheila Salim said...

assalamualaikum KA, sheila buka via phone, pun dianggap pecah amanah?

Haryati Faizal said...

ofis yati pun tak bley nak bukak FB, tp blog bley la... nak bukak blog pun kadang tak bley open sgt...time dah abis keje @ time mata mengantuk tu bley la curik bukak...tak pun time rehat..

Mimie said...

sy jrg online fb nih.

Nizam.Ariff said...

kerjanya nak tubuhkan jawatankuasa...jawatankuasa...jawatankuasa...

ieda said...

tepuk dada tanye hati .. kan kak

sib baik saya dah lama x berFB .. dah x ingat pwd dahh huhuh

Knor said...

nti dpt rezeki subhah..maknanya haram..masa 1 saat itu dikira satu dosa jika dia berfb atau berblog atau bertwit..di dlm waktu kerja.

Ujie said...

ada betulnya, apa2 perbuatan yg diluar skop kerja sbnrnya tak amanah @ pecah amanah. Tapi kalau mmg kerja dah siap, atau waktu rehat rasanya tak salah nak Fb, blog atau apa2 je.

MizzTina said...

fb kena block kt cni, so mmg xbuka langsung..sy aktif ms rehat n kt umah je.. hehehe

♥ Wina ♥ said...

eerrrk terkena!!

tapi saya layan FB sekejap² je, intai² je pun tapi tetap tak abaikan keje & siapkan keje on time

ehehehe macam jawab kat bos pulak :)

azievee said...

kena block kul 1 baru boleh bukak...hehehe

wantie said...

hahaha... fb. kekadang je jengah.

Ann Ishak said...

amat setuju pada artikal tu, tak amanah pada diri sendiri dan jugak kerja yang menyalurkan rezeki pada diri dan keluarga tercinta. bukan tak boleh nak berFB, tapi janganlah di waktu office hour.

Ema Blog said...

selalunya awal pagi sebelum time office , lunch hour dan time nak balik...

Jna marcello said...

dlu office Na smua nyeeee boleh siap boleh bawak ps3 lagi hahahaha pastu skrng smua da kena blocked sbb staff bnyk yg tak bg full attention during working hours hiihihi
(kesian org yg focus mcm Na)
hahaha

Mrs Velentine said...

FB mmg on tapi x update..hehe..sebab kawan2 ofis kadang2 buat pemberitahuan kat FB..sebab ofis sendiri ada FB..begitu juga FB utk library

Ikhwan Suhaimi said...

memang pada hakikatnya .. ianya salah,Tapi sekadar bukak untuk tgok new update then tutup lah... takkan 24-hour ON... tak bosan ke??

Raudzah Zahari said...

Selalunya check FB before 9 and during lunch..tapi tulah..kalau diikutkan yang sebetulnya..kita tak boleh menggunakan hartabenda office seperti hakmilik sendiri..kena jujurkan..

nea lopah said...

Salam KA, kt Opis Sy dh lama kena block Fb.

mama aryan said...

kat ofis saya xleh guna fb masa bekerja..

Zana Adieyza said...

sbb tu office skrg ni kebanyakan dh block FB during office hours.. tp ramai jer boleh akses guna handphone masing2.. apapun, kerja tu lebih utama..

Ratu Hatiku said...

kt ops kena blok...

ayut said...

pecah amanah jgk ni nmpk yer.huhuhu
tp rehat bru bkak.seeloknya mmg tak ptut sbnr ye.. :)

Ira said...

saya xleh msk fb waktu keje. x sempat pn.. huhu..

hainom OKje said...

Betul tu.... Kalau lunch hour ok kot...

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

jrg nk fb kt opis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...