Tabung Masa Depan ...

Tuesday, January 29, 2013

Hidayah Lakonan Bertudung Azza Elite

Alhamdullillah seorang lagi celebriti Malaysia telah tekad berhijrah kepada yang lebih baik tahun ini. Azza Elite !

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Azza (Elite) mendedahkan watak yang dilakonkannya sebagai wanita muslimah bertudung menerusi drama Mujahid pada tahun lalu telah membuka hatinya untuk terus menutup aurat.

( Credit FB Azza Elite )
Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari, 35, berkata, dia bersyukur kerana mendapat rahmat berkenaan ketika sedang mencari rezeki dalam dunia lakonan yang menjadi punca rezekinya selama ini.
"Itulah, orang kata, rahmat yang Allah berikan kepada setiap manusia berbeza-beza dan apabila sudah sampai waktunya, apa salahnya kita berhijrah terus.
"Sebenarnya, sebelum Mujahid, saya dah mula berselendang sepanjang penggambaran drama Kiah Pekasam bersama Rozita Che Wan di Jepun, tahun lalu.
"Alhamdulillah, menerusi bidang lakonan yang menjadi punca rezeki utama juga menyedarkan saya kepada sebuah penghijrahan yang indah dalam hidup ini," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Tambah Azza yang mula bertudung pada 6 Januari lalu, dia juga bersyukur apabila keluarga dan suaminya, Azlan Zulaily memberi sokongan terhadap perubahan penampilan barunya itu.

Kata Azza, suaminya juga pernah menyuarakan hasrat untuk melihat dia bertudung selepas mendirikan rumah tangga pada April tahun lalu, namun lelaki itu tidak memaksanya untuk melakukan perubahan secara drastik.

15 comments:

AZRUL AZMI said...

Alhamdulillah....

Kakzakie said...

Dia ni cantik KA bila bertudung tambahlah manis dan ayu...

Mia Kassim said...

Alhamdulillah....

zaza nizam said...

Alhamdulillah.. :)

Ira said...

Alhamdulillah.. semoga berkekalan hijrahnya..

iima ❥ said...

alhamdullilah :)

Fiza Rahman said...

Alhamdulillah. MAnis jer bila bertudung.

Suraya Baharun said...

Alhamdulillah...

ummuaidan said...

alhamdulillah...lagi eok nampaknya bila pakai tudung..

LydSunshine said...

Suami dia hensem. Eh, takde kaitan.

Syukurlah... Dah makin ramai artis berubah ke arah yg lebih baik.

Mrs Velentine said...

alhamdulillah

izan mama mia said...

baguslah

Zie said...

alhamdulillah.. syukur

ayut said...

semoga berpanjangan dan berkekalan....alhamdulillah

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

Alhamdulillah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...