Tabung Masa Depan ...

Friday, January 18, 2013

Johan, Zizan Atau JOZAN Malam Ini

Sama2 kita tunggukan malam ini ye !


PETALING JAYA: Aksi komedi solo Zizan daripada kumpulan Jozan yang tidak konsisten pada Maharaja Lawak Mega (MLM) 2012 sejak dua minggu lalu bakal terubat apabila pasangannya Johan dijangka membuat kemunculan mengejut pada pentas akhir, malam Jumaat (malam ini).

Pengurus Zizan Razak, Marina Juki berkata, pihaknya berharap Johan akan muncul pada malam Jumaat seperti yang diluahkannya ketika dihubungi pihaknya pada Khamis.
“Ketika Zizan menghubungi Johan semalam (Khamis), dia memang teringin untuk beraksi pada malam ini. Kami masih belum dapat sahkan sama ada Johan benar-benar akan muncul atau tidak.
“Kalau diikutkan doktor tidak benarkan dia berjalan jauh kerana keadaan kesihatannya tetapi Johan mahu beraksi pada pentas akhir,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.


Prestasi komedi Zizan didakwa merosot sejak ketiadaan Johan dua minggu lalu kerana kecederaan ligamen sehingga memaksa dia menjalani pembedahan pada bahagian lutut pada 26 Disember lalu.
Pentas akhir MLM 2012 akan diadakan di Stadium Tertutup Johor Bahru, Johor dan bersiaran secara langsung pada pukul 10 malam Jumaat di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Mustika HD (saluran 134).

Marina berkata, sebagai persediaan, Zizan sudah menyediakan dua set komedi iaitu untuk aksi solo dan berkumpulan jika Johan muncul secara mengejut pada saat-saat akhir.
“Sebelum ini, Zizan memang susah hati dan bimbang untuk beraksi sebab tiada Johan.
“Mereka berbual dalam telefon dan Johan ada memberikan idea dan kata-kata semangat.
“Zizan sudah siapkan pilihan komedi A dan B untuk aksi solo dan berkumpulan,” katanya.

“Sama ada benar atau tidak Johan akan muncul, ia belum dapat disahkan lagi kerana saya masih menunggu jawapan daripada pihak Johan,” katanya.

Sementara itu sumber memberi tahu Johan sedang berusaha untuk mendapatkan kebenaran pihak hospital bagi membenarkan beliau menyertai pentas akhir MLM2012 malam Jumaat. Sumber itu menambah, Johan sudah bersiap sedia untuk membuat kejutan pada persembahan akhir itu.

22 comments:

Mayang ABDUL RAZAK said...

pepun saya minat jambooooo...

Zurina Hj.Zainal said...

suka kt jambu...bt jozan mayb dpt 1st place kot..hehehe...mari mengundi!!

wan nurul hezrina abd halim said...

kak nurul rasa adakot jozan..mesti nak yang terbaik tuk group..tapi nurulpun mcm mayang minat jambu

yana aina said...

tak sokong sesape ... hehhh

RadhiahIlyas ッ said...

JOZANNNN ! pasti menang punya ! :D

LiYa HaNiF :: said...

Hope diaorg menang malam...

Pokok Manggis Depan Rumah said...

jozan best..

Asmar Arafad said...

saya lebih suka jambu, jozan memang dah popular, tapi semenjak tiada johan, zizan seakan hilang arah..tapi jozan tetap hebat..

Mrs Velentine said...

MV pilih jozan & jambu

Knor said...

tengok muka pun lawak..

Mimi Azirah said...

tak sabar nak tengok ML akhir

aNIe said...

Akak suka Jozan.. tapi tulah.. 2 minggu kebelakangan ni dia macam tak menjadi komedinya...Shiro pun best...

pena rozie said...

Hehehe.... X sempat la nak layan

mama maman aka yana said...

Sian zizan kena perform sorg2 kannn

Hans said...

apapun den sokong Jambu juga
hehehe

intanfirdaus247 said...

saya suka jambu...zizan saya x minat langsung...johan saya minat...hehe.matila saya kalau peminat zizan nampak n..hehe..sorry guys..peace yo

Lia Irdelia said...

hahahha..
tgu member donlod je la..
x dpt tgok..

CeqGu said...

haippp intan kenapa tak minat zizan....nak marah ni kekekeke....pssstttt cikgu tak minat sape2 pun...hihi

N.Aima K said...

siapa yang MENANG dear?

Ena's Palace said...

Jozan menang....yeyeye!

Fiza Rahman said...

JOZAN menang ☺☺

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

mestila jozan hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...