Malas nak fikir banyak. Kalau dah tertulis jodoh mereka. Kita doakan sajalah ye ! Nak bergossip sekejap KATANYER.......
PETALING JAYA: Pelakon Linda Hashim enggan mendedahkan tarikh
sebenar perkahwinannya dengan aktor Beego tetapi cukup mengesahkan
mereka akan berkahwin pertengahan tahun ini.
Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 29, berkata, dia tidak
dapat mendedahkan tarikh sebenar pernikahan mereka bagi menghormati
permintaan keluarga kedua-dua belah pihak.
"Insya-Allah kami akan bernikah pada pertengahan tahun tetapi bukan
Mac seperti didakwa sebelum ini. Tarikh sudah ada cuma kami tidak mahu
dedahkannya dahulu.
"Persiapan sedang berjalan serba sedikit memandangkan kami berdua
juga sibuk dengan komitmen lakonan masing-masing," katanya ketika
dihubungi mStar Online.
Pada laporan bertarikh 19 November 2012, Linda mengesahkan sudah
bertunang dengan Beego atau nama sebenarnya Md Aszerul Nizam Abdullah,
33, pada 3 November lalu.
Sumber Dari Sini
Zain & Rozita Che Wan Pulak Hujung Tahun Ini
Kuala Lumpur: “Insya-Allah, saya mungkin mendirikan rumah tangga
bersama Rozita, Disember depan. Semuanya masih dalam perancangan dan
bergantung pada rezeki.
“Untuk pengetahuan, saya juga bersedia menerima dua anaknya
tambahan pula sudah tiga tahun mengenali hati budi aktres itu,” kata
pelakon, Zain Saidin, 29.
Itu kata putus diberikan pelakon utama drama ‘Oh My English’
sejurus ditanya mengenai hubungannya bersama pelakon jelita, Rozita Che
Wan, 42.
Industri hiburan tanah air sebelum ini bagaikan ‘lali’ apabila
sering dihujani gosip liar menimpa ke atas Rozita sejurus dikaitkan
hubungan cinta bersama selebriti tempatan termasuk orang kenamaan.
Antara yang pernah dikaitkan pelakon itu adalah Shahir (juara Akademi
Fantasia 8), aktor Beego dan beberapa ahli perniagaan. Namun, penjelasan diberikan Zain kepada Harian Metro, semalam
seakan-akan menghentikan gosip liar terhadap Rozita sejurus dia membuat
keputusan menerima pelakon itu sebagai isterinya yang sah.
Sumber Dari SIni Juga


40 comments:
kesah retis nih... hee
yg ats kurang gosip2... yg bwh plak dh kene cop muke gosip... huk3 xD
mudah-mudahan jodoh mereka panjang
semoga berbahagia la ye...
Assalamualaikum KA, sheila doakan mereka cepat2 berkahwin. hehe benda baik jangan dilambatkan :)
Moga apa yg dirancang itu dimakmulkan.. dan berpanjangan jika dah sampai jodoh mereka..
Tahniah buat mereka. Sama2 kita tunggu mereka naik pelamin.
ramai ler gigit jari cik ta nak kawen dah hehe..jauh jugak beza umur tu yer
kalau dah jodoh....terima seadanya...moga mereka bahagia dah...
bgus la kwin drpd x kwin diorg ni hihi
Insyaallah kalau dah jodoh tak ke mana
done digi
saya pon nak kawen jgk la...hehehe
alhamdulillah..moga doa mrk trmakbul. maklady doakn juga mrk ada jodoh n murah rezeki brpanjangan. aminn.
semoga jodoh mereka kekal hingga akhir hayat
hi hi
insyallah..klo ada jodoh x kemana
salam sis
Cerita artis erk.hehehe..naik triumph ta bawa 1 buat sis.
bagus lah dgr linda nk kawen sbb ari tu gosip kata dia ni ada cinta songsang. Suka dgr berita ni...sekurang2nya terbukti citer dulu gosip murahan jer..
kalo dah jodoh kan...
laaa....dah nak kawen ke?...
i dengar semalam my cousins bergossip, cik ta katanya wife Dato K now.. fening i..
Bertuah cik tah. .dpt teruna muda. Haiiii bertuah badan...
Semoga hubungan dorang berkekalan hingga ke jinjang pelamin ^_^
semoga jodoh berkekalan.. org nk buat benda baik elok la kita pun doa baik2.. :D
Tahniah... Semoga bahagia kepada mereka...
kadang2 meluat dengan gosip2 artis nih kan...
zain tu macam pemalu laaaa ...bagus laaa masing masing nak kawen daaa ...
tu lah pg semalam dgr dlm radio hotfm pasal CikTa dgn Zain ni..kalo dah jodoh mereka sapa lah kita nk menghalang kan..doa je yg terbaek tuk mereka :)
mg impian mereka terlaksana
semoga berbahagia hendaknya...
comel pasangan ni..hehe
kalo dah jodoh tak kemana kan..semoga ini yg terbaik untuk mereka
kesian dgn Beego..semoga kekal la dengan pasangan baru ni..
Perkara yg baik,bagusla percepatkan..
sama-sama kita doakan mereka agar dipermudahkan segala urusan.. benda baik ni kena jalan cepat2.. hehehe :)
doakan yg terbaek utk dorang ni
semoga jodoh mereka berpanjangan..amin..
moga jodoh mereka berpanjangan hendaknya
Wah, tak sabarnya nak tengok dorang berumah tangga.
semoga jodoh mereka panjang & berkekalan hingga ke syurga..
Post a Comment