Tabung Masa Depan ...

Wednesday, January 09, 2013

Kalaulah Ada Terukir Di Bintang Versi Uji Rashid AJL 27

Uji Rashid.  Janganlah ada yang kata x kenal pun siapa die.  ( KA selalu jumpa anak dia Chico tu ! ).  Dulu2 Uji Rashid cukup popular, lagi2 dengan lagu duetnyer dengan pasangan beliau yang paling serasi Hail Amir tu.  Alkisahnyer, KA dengar cerita, Yuna pada awalnyer memilih Uji Rashid untuk menggantikan tempat beliau di Anugerah Juara Lagu ke 27 hari tu.  Even, Uji Rashid pun dah giat berlatih untuk persembahan. Tup2, boleh pulak pihak yang terbabit menggugurkan nama beliau dan menggantikan dengan penyanyi Aizat.  Katanyer.  Entah betul entahkan tidaklah cerita ni.  Yang paling KA kesian pulak, Uji Rashid tak diberitahu tentang pembatalan tersebut dan beliau terus berlatih.   Yang ini kenyataan terbaru TV3 mengenai isu itu melalui PORTAL MURAI :-

" Semua persembahan di pentas AJL adalah idea dan konsep yang diketengahkan oleh penyanyi dan pencipta lagu sendiri. Memang pihak produksi AJL27 daripada awal mengetahui Yuna memilih Uji Rashid sebagai penggantinya dan produksi tiada masalah dengan pemilihan Yuna tersebut. Tetapi ketika sesi latihan dibuat bersama pemuzik beberapa hari sebelum berlangsungnya AJL 27, mereka yang berada bersama di situ merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan persembahan lagu Terukir Di Bintang. Sebab utama saya kurang jelas kerana perkara ini datangnya daripada pemuzik dan mereka lebih arif dengan apa yang mereka tahu. Setelah itu, produksi memanggil pihak pengurusan Yuna dan menjelaskan apa yang berlaku ketika sesi latihan. Demi kebaikan semua pihak, produksi mengusulkan pengurusan Yuna mendapatkan penyanyi gantian dan mereka telah memilih Aizat dan bukannya penganjur yang memilih Aizat dan menggugurkan Uji Rashid. Tidak wujud isu di mana ada pihak mengatakan penganjur yang telah membuat segala keputusan mengenai pertukaran penyanyi gantian Yuna. Semua keputusan dibuat setelah pihak produksi dan pengurusan Yuna berbincang terlebih dahulu "..................

Apapun, moga tak terjadilah lagi perkara2 sebegini di masa2 akan datang ye.  KA terpikir2 pulak.  Kenapa lah Aizat tak letakkan Uji Rashid dalam persembahan beliau malam itu.  Mungkin sedikit di awal lagu atau di tengah2 lagu or mungkin buat versi ala2 duet gitu.  Cuma pendapat KA aje.  Mungkin ada sebab yang tersendirilah tu. But Aizat memang sempoi dan best ! What say u ? Sesuai ke Uji Rashid nyanyi Lagu Yuna ni........

But KA suka lagu Uji Rashid yang ini dari dulu2 lagi.  Memang best !

22 comments:

Fiza Rahman said...

Laaa...yer ker. Terbayang² uji rashid nyanyi terukir di bintang ☺☺

Knor said...

uji rashid tu dah semput..tak boleh pg dah tu..

LYAfrina said...

huhu..xreti nk kata apa...
tp.. lya suka tgk aizat mlm tu.. sempoi je

AZRUL AZMI said...

I'm thinking the same thing with you... Kalaulah Uji Rashid nyanyi mesti best jugak... Suara dia pom best jugak... Ala-ala Yuna la jugak, tapi versi veteran sikit...

Btw, nak buat macam mana bende dah jadi kan... menang pom dah menang...

Kalau Yuna yang nyanyi mesti menang sebab biasanya Yuna pandai bab2 music arrangement nie... hahaha... just opinion...

Mrs Velentine said...

kesian uji rashid...MV pun suka suara dia

Rinna said...

Suka uji rashid duet ngan dj dave lagu rintihan rasa.. :)

IntaNBerliaN said...

oh yeke... saya xtau plak psl ni... tp aizat nyanyi mmg best

IntaNBerliaN said...

done white.my n churprise

Daddy Zuki said...

sedih la bila org lama digantikan dgn yg baru n lebih muda atas alasan x de commercial value...sy rasa kak uji meme pilihan yg sesuai pun...

Cik Aini said...

ai x tgk sbnrnya tp dgr cakap mcm best...cuma tkilan sbb x dapat kat black.hehehe

Lelaki Ini said...

suara dia tak tak ok kot. sebab tu produksi tak panggil dia perform.

Ena's Palace said...

laa...camtu ke citernye...sy xtau plak citer ni..kesian lak kat uji rashid tu...

mama aryan said...

lagu2 uji rashid dulu mmg best..cuma mungkin sekarang ni,suara dia tak sesuai dgn lagu yuna tu,ntahla sbb saya pun tak dgr mcm mana uji rashid nyanyi lagu tu,tp aizat mmg best..sempoi

eita said...

oooo..ni lah citer nyer...
patut lah kecoh pasal ni..

zulaikha megat said...

teringin nya nak degr uji rashid nyanyi lagu terukir di bintang tu..cara orang lama ..

nanieybarnieylurviey said...

Mcm2 la.... Nani tak tgk lagi aizat nyanyi lagu yuna. Xselonglar youtube lagi :)

kay_are said...

aizat nyanyi dan menang.. habis cite ^__^ tahniah kepada yuna atas kemenangan tersebut.

QasehnyaRania said...

ada juga dengar.tp rasa macam tak comfirm lagi hari tu,ntahler..

jap nak bayangkan :D

Haryati Faizal said...

kejadian dh lepas... so toksah la dikenang...sbb sian kat kak uji rashid... tiba2 pulak nama dia jadi sebutan

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

aizat pun dh menang bawa lagu tu..nk citer apa lg kan huhu

Sue-Rya Qistina said...

kesian sgt ngan kak uji rashid bila diperlakukan sedemikian rupa. pdhal yuna sendiri yg call dan minta kak uji utk perform lagu dia. saya pun setuju ngan KA. apa salahnya kalau diselitkan ala2 duet gitu ngan aizat. best jugak rasanya

Anonymous said...

mak cik pun minat lagu2 dendangan Uji .. lunak semacam je. Tapi itu dulu ..sekarang Uji dah tak boleh bawa lagu selenggok dulu .. yerr dia masih boleh menyanyi tapi rentak dan merdunya dah tak macam dulu. Itu hakikat dan itu juga normal. Tak semua penyanyi maintain kelunakan suara dari dulu hingga sekarang .. kecuali arwah AHMAD JAIS ( al fatihah utk arwah ). Even Kak Pah pun dah lain lenggoknya. Cuba dengar lagu2 nya tika muda dan sekarang. Merdu ada tapi lenggok dah hilang rentak sikit. Sedap yang dulu lagi :) Berbalik kepada lagu Yuna tu, mak cik rasa memang Uji tak dapat membawanya seperti yang diharapkan oleh pihak ' penyusun muzik ' ( i mean RAMLI MS dan dia pun dah jelaskan hal ni ) .. so pihak Uji perlu terima hakikat ini. Tapi bab tak bagi tau dia dah di ganti oleh AIZAT sepatutnya dimaklumkan lebih awal dan secara terhormat lah .. respect her as a veteran singer kann ... Sebab lain naper Uji tak terus di beri peluang juga sure lah kerana pihak pengurusan YUNA nak lagu tu MENANG ! Atas nasihat dan cadangan pihak- pihak berkenaan, maka pastinya pihak pengurusan YUNA terpaksa tukar penyanyi. Yang peliknya tu naper lah susah sangat nak berterus terang kan. Yuna kata tak tau, pihak tv3 kata bukan salah mrk .. Aizat pun tak tau .. ishkkkkkkkk .. tak berhemah langsung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...