Tabung Masa Depan ...

Friday, January 18, 2013

Saman DBKL 30 Hinggit Hanya Februari Ini

Mana2 yang ada saman2 DBKL tu, eloklah ambil kesempatan ini untuk melangsaikan semua saman2 DBKL yang masih tertunggak tu. Tapi hanya untuk saman kesalahan trafik DBKL aje tau !

KUALA LUMPUR – Warga kota yang dikenakan saman bagi semua jenis kesalahan trafik oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya perlu membayar kompaun pada kadar rata iaitu RM30 sepanjang bulan Februari depan.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, pemberian diskaun pada kadar rata itu dilakukan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang disambut pada 1 Februari ini.


Ketika ini, semua pesalah trafik yang dikenakan saman oleh DBKL perlu membayar kompaun antara RM100 hingga RM300 bergantung kepada jenis kesalahan yang dilakukan. Menurutnya, tawaran kompaun istimewa itu bagaimanapun hanya sah bermula 1 hingga 28 Februari ini dan pembayaran boleh dibuat di semua kaunter DBKL pada hari bekerja dengan membawa bersama-sama notis kompaun.

Tambahnya, selain diskaun kompaun, warga kota juga bakal menerima pelbagai ‘buah tangan’ yang lebih menarik berbanding pada tahun-tahun sebelum ini.
“Antara ganjaran yang diberikan ialah penggunaan kemudahan awam di bawah pengurusan DBKL seperti gelanggang futsal, tenis, badminton, padang bola sepak dan kolam renang secara percuma sepanjang bulan depan.
“Orang ramai juga boleh menikmati perkhidmatan menaiki bot dan menunggang kuda secara percuma di Taman Tasik Titiwangsa sepanjang bulan itu,” katanya.


( N3 AUTO PUBLISH )

20 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

ok!

Fiza Rahman said...

Wah...murah tu. Nak soh hubby check saman tertunggak DBKL dia tu ☺☺

♥ Wina ♥ said...

tak ingat le ade saman DBKL ke tak?? heehehee

Kakzakie said...

Cepatlah ambil peluang offer-offer ini.

Mia Kassim said...

Cepat2 jangan lepaskan peluang membayar saman...hehe

Ietams said...

ish kene cepat2 la tengok mcm ni..
tgh tawaran murah ni

kak nora said...

cek jgn tak cek..tengah ada tawaran ni...

Kakcik Nur said...

Kena semak ni ada saman ke tak... :)

Haryati Faizal said...

apa lagi dahde diskaun... kenalah pi bayar ye.

adza irdawati said...

perghhh kompommmm ramaiiii dan sesak masa bayar nnt

wantie said...

mak ai mahalnya saman DBKL. mcm saman polis traffic.

kat penang ni tak de kot. paling mahal pun kena bayar 30 ringgit. kalau bayar cepat 20hengget.

sian org key el yer.

Nur-nba said...

Orang WP kena ambil peluang ni...

Sue PeLik said...

saya tak dak saman! yea!!! heheheh

Anum said...

ok noted

Aishah Jahirah said...

peluang yg baik utk sape yg ada saman trafik dgn DBKL...

wan nurul hezrina abd halim said...

oklah kan..sib akak gtau,..tq

Mrs Velentine said...

cepat jangan lepaskan peluang utk byr saman

9n0L4 said...

sape yg ade kene saman tu, siap sedia la duit kan. bayor jgn tak bayor. :)

Ena's Palace said...

Sape rasa2 ada trima surat cinta...moh byr cpt!

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

cepat2 bayar hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...