Tabung Masa Depan ...

Monday, January 21, 2013

Tahniah Lee Chong Wei & Wong Mew Choo Hamil

Tahniahlah buat  PEMAIN No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei yang muncul sebagai pemain terbanyak merangkul gelaran juara pada Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Malayia.  KA tengok sambil menikmati minum petang bersama ipar duai yang tertandang ke rumah semalam.  Sedap menikmati goreng pisang dan popia goreng dengan Teh'O panas.  Tak sedar dalam menjerit2 tu, tergigit cili api dalam Laksa. Apalagi terlompatlah!  He He He


Lee Chong Wei membuktikan statusnya selaku pemain terhebat negara apabila merekodkan kejuaraan buat kali kesembilan pada Terbuka Malaysia 2013.  Kejayaan itu hadir selepas dia melakar kemenangan ke atas pemain Indonesia, Sony Dwi Kuncoro 21-7, 21-8 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil.

Lebih membanggakan, dia berjaya melepasi rekod legenda badminton negara, yang sebelum ini merekodkan lapan kejuaraan pada Terbuka Malaysia.
“Saya sangat bangga dengan kejayaan ini. Terima kasih kepada para penyokong kerana sanggup hadir ke stadium bagi menyaksikan final serta memberi sokongan kepada saya.

Tahun lalu, Chong Wei telah meletakkan namanya sebaris dengan Peng Soon apabila merangkul kejuaraan buat kali kelapan di gelanggang yang sama.
Sebagai rekod, Chong Wei mula bergelar juara Terbuka Malaysia pada 2004 diikuti 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013.  Dengan kemenangan semalam, Chong Wei membawa pulang hadiah wang tunai AS$30,000 (RM90,389).

Satu lagi, kelibat isteri beliau yang turut hadir memberi sokongan juga mencuri tumpuan terutama bahagian perutnyer yang dilihat sedikit membesar.  Apabila ditanya sama ada dia hamil, Mew Choo hanya mengesahkan dengan senyuman: “Ya, saya hamil.”
 

Tetapi Mew Choo enggan untuk mengesahkan berapa bulan dia mengandung, atau jantina bayi. Gadis kelahiran Perak berkahwin dengan Chong Wei tahun lalu selepas meletakkan jawatan sebagai jurulatih perseorangan wanita junior bawah BJSS. Maklumat terperinci mengenai bayi adalah masih misteri, tetapi apa yang pasti adalah “Pemain Badminton No 1 Dunia” yang baru akan lahir di Malaysia.

Apapun tahniah lah buat Datuk Lee Chong & isteri.  Sememangnyer kegembiraan berganda buat DLCW !

Sumber dari SINI DAN SINI JUGA

( N3 AUTO PUBLISH )

25 comments:

Anum said...

tahniah

KY said...

KY tengok juga semalam, tapi tak adalah makan2, wah estnya kalau ajak KY sekali hihih

apa2 pun tahniah buat lee chong wei

shaiful zaidi said...

Tahniah! rezeki tu...

Nieyl said...

tahniah...

Ibu Amirul said...

Menang berganda2 LCW...

che mid said...

Macamana KA ni.. makan goreng pisang dan popia, tapi tergigit cili dalam laksa.. syok tengok chng wei sempat 'curik' laksa orang sebelah ke..he he

kay_are said...

banyak kali menang tu.. respek habis.. ape pun tahniah!

hazwan hairy said...

tahniah... :-)

are_lin@yu said...

wahh tahniah..dalam diam2..hehe..

Rai Ourkizuna said...

tahniahhh~

Sheila Salim said...

Assalamualaikum KA, sheila pun tengok semalam! hee. best gila Dato lee sangat bersemangat tu! hihi

zaza nizam said...

tahniah!!

bunga_rose said...

rezeki anak tu lepas menang menang kan.. hebat2 DLCW kita ni

ALoNa CintamaniszLite said...

hehe..biasalah cina kan..dorang takut sensitip bila diberitahu dh berapa bulan hamil...
ramai lak mengira bila dorang kawen..tp apa lah nk kisah, dorang tu bkn beragama islam yg orang islam beriya nk tlg kira kan...

Kancil 8349 said...

tahniah

Mimi Azirah said...

tahniah Datuk Lee CW

Ikhwan Suhaimi said...

Woweeeeee tahniah !

ayut said...

tahniah bt mereka...

Pizli Mat Wazip said...

Harap yang dihamilkan tu pengganti ayah dia la hehe.

wantie said...

tahniah. wah anak tu nanti mesti pandai main badminton. compom

Mrs Velentine said...

double tahniah buat DLCW

Haryati Faizal said...

tahniah!....

kasih Salina said...

tahniah buat mereka berdua..

Sue PeLik said...

sonoknya!!! huhuu tahniah!

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

tahniah :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...