Rasa KA lepas satu, satu kontroversi yang melibatkan artis nan satu ini. Entahlah, tak berani nak komen apa2. Sebab kes pun masih dibicarakan. Keputusan pun tak dibuat lagi ,selepas beliau mengaku tidak bersalah ! . Cuma petik sikit berita terbaru tentang beliau DI MD !
Ratu kontroversi Zarina Anjoulie yang berhadapan dengan dakwaan memiliki dua biji pil eramin 5 bersama teman lelakinya kelmarin dikhabarkan berpeluang bebas dari Penjara Kajang hari ini selepas seorang ahli keluarganya bersetuju menjadi penjamin. Dalam akhbar Kosmo hari ini menyebut seorang jurucakap polis memaklumkan yang pelakon dan model itu akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk proses jaminan tersebut.

Kelmarin Zarina terpaksa meringkuk di dalam penjara selepas kegagalan adiknya membayar jaminan di kaunter mahkamah. Sehubungan itu, pelakon drama Anak Pontianak itu terpaksa ditahan di penjara sehingga ahli keluarganya membayar wang jaminan berjumlah RM2,000 seperti yang diarahkan mahkamah.
Sementara itu dalam laporan berasingan, Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata mana-mana artis yang terlibat dengan kes serius seperti ini akan digantung atau dipecat daripada persatuan bagi menjaga imej artis secara keseluruhannya.
"Kita tidak mahu artis yang terlibat dalam kontroversi menjejaskan nama baik artis lain. Dalam kes Zarina, buat sementara ini kita akan gantung keahliannya kerana mahkamah belum lagi membuat keputusan.
"Namun, sekiranya mahkamah mendapati dia bersalah, Seniman akan terus memecatnya sebagai ahli", kata Zed kepada akhbar Sinar Harian hari ini.
Tambah Zed, mana-mana artis yang telah dilucutkan keahliannya juga tidak akan dibenarkan lagi untuk berlakon. Malah secara automatik nama artis tersebut akan dibuang daripada senarai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).
"Ini adalah syarat yang tertakluk dalam Padu Citra yang mewajibkan pelakon menyertai persatuan yang diiktiraf Finas. Jika masih ada produksi yang mengambilnya berlakon, kita boleh ambil tindakan,"katanya.
47 comments:
terbaik kata2 Zed Zaidi tu..
Slm jumaat kak.. lme x singgah sini :)
mmg x serik2 la dia ni....
biar betul RM 2,000 je?
paling byk kontroversi dan masalh..dia la..haha
sabor je la dia ni. dah tak tau nak ckp mcm mana .
kesian parentsnya..
macam2 dunia artis ... sebenarnya x nak ambik tahu, tp biasa lah dah dunia jam 8 x kan x tgk kan...
so dah terambil tahu ...heheh
pls:Pape kita jgn cepat menghukum k...biar pihak berkuasa aje yg menghukum. k
mselim3
dunia retis mcm ni la... mmmm
artis byk kontroversi ni...mmm...
Wjar tindakan itu..dah bersalah tak boleh berlakon lagi..
kalau SA ni keluarga dia..sumpah x nak jamin...biar dia duk dalam penjara tu...x serik2..
keluarga mana nak biar anaknya cmtu walau ank buat slh.
semoga mendapat hidayahNya...
kesian dia.. mencari keseronokan duniawi semata
kesian ... sampai family pn dah taknak jamin
Bagus jugak syarat Padu Citra tu... That's mean artis juga perlu untuk menjaga disiplin...
Bagus part yang mana-mana artis yan dilucutkan keahlian tidak dibenarkan untuk berlakon... Betapa seriusnya persatuan ni saya mendisiplin kan artis...
Baru betul... Bukannya nama artis bermaksud kita boleh terlepas hukuman dengan status tahap sosial yang tinggi yang semua orang sedia maklum...
Zarina nie memang suka buat hal, tak kesian pun, terima je lah
retisssssss macam2.. anak pontianak hehe
salam KA....
biasalah KA....bila hidup dalam dunia artis nie....semuanya menjadi kontroversi....sedangkan orang biasa banyak yang mengedar tapi tak heboh2 pun...
sayang kan peelnya x secantik rupa parasnya..
seb baik lah akk ni x minat langsung kat dia..sory ye zarina..*_*
macam macam kontroversi.. hmm.. masing masing jaga hal masing masing sudah r ye..
selalunya lah kan..
bila dh melakukan kesalahan yg memalukan..sape lah yg nak mengaku bersalah selain mengaku tidak bersalah dgn mengharapkan kemenangan di mahkamah.
Bg mereka yg dh melakukan kesalahan...kebanyakannya merasa tak bersalah kerana mengaku tidak bersalah.
X kenal pun sape dia nie....bru2 ni knal sbb masuk berita....hehe...
ada baiknya zed zaidi ni jadi pengerusi seniman
mcm2 kan pasal dia ni..huhumoga kita amik iktibar
mmg tak serik2 la. kan dah kena duk lokap...huhu
hurmmm macam x kesah koot dia kena tangkap nie .. sbb sblm2 nie punn dah banyak kontroversi ..
harap dia sedar dan taubat ..
makin menjadi2 la dia ni.. bile la nk taubat agaknye.. huhu..
mmg bgs pn kalo dipecat & xdbenarkan berlakon lg..
die memg suke bikin kontroversi
tak pernah kena tibai kecik-kecik dulu camni ler..dah besar payah dah nak betulkan...hm,ada-ada jer...
mcm2 konterversi die ni kan
mcm2 konterversi die ni kan
Dunia semata2.. Itu yg dikejar, tu lah bahananya..
Mohon kita dijauhkan..
moga kesalahan ini tak lagi diulangi..
garang jugak zed zaidi kan? heheh.
dunia artislah katakan penuh kontrabasi..
orang muda darah muda mmg suka buat kotroversi huh mmg tak minat dgn dia ni..
serik? rasanya xde dlm kamus hidup dia..kita doakan je..moga terbuka pintu hati dia utk berubah :)
lama xberdting sini..bgs zed zaidi terbaekkkk
apa nak jadik la dgn dia ni kan.
kesian family dia..kita ni klu nak buat apa2 fikirla kat family,malu mak dan ayah
mg dia insaf.....
macam2 lah .... hmmm
xkenal pun dia ni...huhu
X tahu nak kata apa pasal dia nie.....ratu kontroversi
Dia memang suka kontroversi kot..kita doakan dia cepat berubah ja la
kontroversi xhabis2 dia ni
Post a Comment