Tabung Masa Depan ...

Thursday, February 28, 2013

20 Yang Berubah Lepas Dapat Anak

KA sharekan dari FB ye..............

Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?

Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. 

Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku. 

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!! 

3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.



9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.


13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.


20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan 


Apapun, anak2 adalah anugerah hebat dari Allah swt.  Jaga & sayangilah mereka dengan sebaik2nyer.  Kerana sesungguhnyer, merekalah harta yang tak ternilai buat kita ! 

( Gambar2 Ehsan google image )

( N3 AUTO PUBLISH )

42 comments:

Sue-Rya Qistina said...

sgt setuju dgn pernyataan spt yg KA bagi. kita dah rasa semua pengalaman2 itu. hehehe

ZazaMyMoon said...

betul tu KA, bertuah kita yg bergelar ibu =)

Fauziah Mohamad said...

setuju sgt...oh tak sangka dah ada anak

ummuaidan said...

Tresangatlah betul semuanya tuh KA..:)

Chic Na said...

huhu.. belum ada pengalaman lg ni. kena get ready lah. ;)

Nurzakiah Hanum said...

setuju

n 0 e s u h a i m i said...

sememang nya tepat...banyak kebaikan terselindung yg kita tak sedar..anak memberi kita kekuatan ...

Cheida_Mymee said...

waahh nice info la KA.. hihih sukeee

Sidratul Muntaha said...

cannot agree more
tido and nap aderlah sangat2 berharga buat mak2 seperti kita
one thing to add up
leisure time to pampering our-self pun kena pikir 20juta kali klu keprluan anak lagi penting dari keperluan kita

~aYu~ said...

syukur alhamdulillah dikurniakan rezeki yg tak ternilai harganya.. permata hati.. anak-anak anugerah terbesar dan terindah dalam hidup.

Qashmere said...

Betul dan TEPAT Sekali sis...heheheh

Itu lah keindahan sebagai seorang ibu. Masing-masing kena pandai mengatasinya dengan cara terbaik.

Nursaila Norman said...

tersentuh la KA..huhuhu..ada la rezeki nanti, amin :)

Herma Julianny said...

hai kak KA!
lama dah tak singgah sini.. :)
saya baca entri ni, menarik sungguh..
hanya si ibu sahaja yang memahami betapa bahagianya mempunyai anak..>_<

Puteri Hana said...

betul tu,,,walaupun belum ade pengalaman..hehe

BUNDA a.k.a KN said...

begitulah nikmatnyer seorang wanita...mengandung...melahirkan...dan mengasuh...menjadi isteri dan seterusnyer menjadi ibu...

❤Kamsiah❤ said...

dan apabila anak2 sudah besar semuanya(mcm saya)...saya amat2 merindui bau bayi,tangisan bayi..nak peluk cium bayi hehe..

Mayang ABDUL RAZAK said...

wah KA bila baca ni teringin lak nak peknen balik ...

Nieyl said...

Singgah pagi..
Bace info yang best..:)
gud sharing kak..:)

NM03 said...

setuju... lagi2 yg no 4

dya said...

insyallah akn dya rasai situasi begitu kan akk KA... :)

yan's cottage said...

yan setuju dengan kata2 bonda...

NoEn said...

betul sangat

Amanda Suria said...

nak rasa pengalaman tu sekali lagi...doakan jodoh SA cepat yer KA...

Mira Adzlia said...

in shaa Allah..da mule rse nk jd sorg ibu...xsbr nk kwen..eh...hihihi..

**suke tgk fasha preknen..cumil bangat :)

wantie said...

jawapan di atas adalah sangat betul tentang jiran tu memang tepat sekali. sebab kalau tak de anak nak sembang ape kan.

tapi bila ada anak, jiran ckp hai kat anak dah tersalur terus ke kita.

eima said...

aku syg anak aku ... wlupun byk pengorbanan diperlukan ...tp aku ttp gembira membesarkan diorg .. permata cinta aku tu

Kakzakie said...

Satu yg jadi pada kakak dulu tau KA. Jiran India kakak hubby dia ok tapi isteri dia tak pernah nak bertegur satu hari baby dia menangis tak berhenti dia siap minta tolong kakak. Biasa baby dia di rumah mak dia boleh tak bawa susu bawa balik rumah, so kakak bagi susu anak kakak walau tak sama brand - masa tu tengahmalam. Sejak itu dia baik dgn kami hingga kini...

Ema Blog said...

bila dah merasainya..akan tahu menghargainya..tk sabar preggy lagi

ALoNa CintamaniszLite said...

hai lah anak......mmg anugerah tak ternilai..

Bin Muhammad said...

Salam,
Dah nak masuk tahun ke8, masih belum ada rezeki untuk isteri saya merasa apa yg tersenarai di atas. Sesuatu pengalaman yg pastinya teramat2 ingin di nikmati...
Namun kami tetap berusaha dan redha dgn setiap ketentuan dariNya.

Bui Junaidi said...

TERINGIN NAK MENGANDUNG LAGI TP TAKUT NAK BERANAK..HIHIHI

Riedaffya ibrahim said...

1-20 semua tu betul..bile anak da pandai bertatih skit..mule pasang angan..'kan best kalo pegnant lagi' hee..seronok pegang baby kecik ni..

CeqGu said...

Huhuhu rindu nak peknen lagi!

nini said...

hehehe...belum ada anak lagi...tapi apa yang akak kata tu saya bleh tengok pada ibu2 yang ada baby...=D

izan mama mia said...

setuju sangat..kerana anak 100% hidup berubah

Haryati Faizal said...

semua tu mang berlaku kat diri ni...ada amat2 nikmat sekali, bukan semua org bley merasai nikmat tu...

suri said...

salam.apa yg berlaku akan berlaku itu yang indah bila ada keluarha dan anak2

Ibu Lala said...

Sangat setuju....the best moment in the life

Mrs Lurve said...

xsbr nak jumpa si kecil dlm nie..

Mrs Velentine said...

betul...MV paling risau kalau anak2 tk buang air besar

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

betul tu kak...Alhamdulillah dapat begelar seorang ibu

ArELeEz said...

setuju 200%!! ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...