Tabung Masa Depan ...

Monday, February 04, 2013

Cerita Retis2 Seminggu Lalu

Just nak recap, antara cerita retis2 yang hot dan heboh orang cerita sana sini sepanjang minggu lalu ! Kita ni just layan baca aje sudahlah ye !

TENTANG SHARNAAZ AHMAD 


Aktor "Juvana", Sharnaaz Ahmad akui enggan ambil kisah akan kenyataan yang dikeluarkan oleh ayah kepada teman wanitanya, ND Lala yang memberitahu rasa diketepikan selepas Sharnaaz bertegas akan merisik Shila Amzah pada Mac ini.
Dipetik dari laman sesawang Murai, Sharnaaz memberitahu dia tidak terkejut apabila membaca kenyataan ND Lala yang dipetik dari Harian Metro.
"Terpulanglah dia hendak cakap apa. Saya tidak terkejut apabila membaca kenyataan dia. Sebab itu memang caranya. Tapi kalau saya hendak datang merisik atau meminang Shila, sudah tentu saya akan berjumpa dengan dia dan isterinya," ujar Sharnaaz yang memberitahu sedia untuk berjumpa dengan ayah teman wanitanya itu bila-bila masa sahaja.
Tambahnya lagi, "Banyak orang kenal siapa dia, tapi orang malas hendak cerita. Janganlah gunakan media untuk bercakap tentang hal ini. Hal peribadi, biarlah kita selesaikan secara peribadi. Jadilah seperti seorang lelaki." 


KISAH NORISH KARMAN


Akibat dari fitnah serta khabar angin yang menghimpit, Norish Karman kini sudah enam bulan tidak mendapat sebarang tawaran berlakon baik drama mahupun filem. 

Hal ini ternyata memberikan tamparan hebat kepada pelakon berumur 37 tahun itu yang baru-baru ini dituduh merampas suami kawan sendiri.
"Gosip, fitnah dan kata-kata kejian telah membuatkan kerjaya saya sebagai pelakon merudum. Ia adalah sesuatu yang sangat mengecewakan," katanya kepada Utusan Malaysia.

"Mereka menabur fitnah, mengeji dan menghina saya dengan sesuka hati, tanpa usul periksa. Saya ditekan dengan sebegitu rupa oleh pelbagai pihak, tanpa saya tahu, di mana salah saya."
"Ia banyak mempengaruhi periuk nasi saya sehinggakan saya terpaksa membuat pelbagai usaha lain bagi mendapatkan wang meneruskan kehidupan," katanya.

LANJUT BACA KAT SINI 


CERITA NING BAIZURA


Tarikh 31 Januari 2013 bukan sahaja tarikh istimewa buat pasangan penyanyi Ning Baizura dan suaminya Christopher - atau Chris - yang meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima.

Malah, pasangan itu juga meraikan kehadiran cahayamata pertama mereka pada tarih yang sama dan bergelar ibu dan bapa. Penyanyi berusia 37 tahun itu dilaporkan selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital terkemuka di ibukota .  Bayi lelaki seberat 3.5 kilogram itu diberi nama Ryan Sky Dalton dan dilahirkan jam 3.06 pagi.  Pasangan Dalton itu akan membuat sidang media untuk mengumumkan kehadiran Ryan dalam masa terdekat. 


Apapun tahniah buat LIYANA JASMAY & PASANGAN BELIAU !

 MOGA KEKAL BAHAGIA SELAMANYER YE ......

Credit Photo : MediaMalaya & RotiKaya

( NOTA KAKI :  Masih berhutang BW lagi ni.. sorry byk2 ye !)

19 comments:

♥ Wina ♥ said...

semua cerita ade tgk dalam melodi hari tu kecuali cerita Sharnaaz tu :)

ALoNa CintamaniszLite said...

mm...menarik jgk ye citer nd lala dan sharnaaz tu.
apa agaknya reaksi shiela amzah bila baca kenyataan tu??

Anum said...

macam2
artis la kan

Sue-Rya Qistina said...

artis mmg sentiasa menjadi perhatian sbb diorg public figure

onn Lajer said...

o, yang atas sekali tu la yang nak sangat dengan anak dara ND lala.

wantie said...

kalau tanya T le. ND lalal lebioh berhak ke atas anaknya. Dia kan bapa. Shila belum lepas rumah lagi. masih di bawah tanggungjawabnya..

Si shanaz tu.. lepas ni kalau jodoh, dorang akan jadi anak memantu jugak. sudah sudah le...

ikut je lah kehendak bakal bapa mertua tu. tak payah nak bertegang urat. Kang dia tak nak walikan ke hape ke.. kang susah..

susah tau kalau kawin tanpa retu orang tua..

Mimi Azirah said...

mcm2 kan kak...retis katakan

LydSunshine said...

Si Sharnaz tu mcm nak bergaduh je dgn ND Lala. Cari pasal betul, awk tu nak jadi menantu dia. Kalo takde restu nanti ingat bleh bahagia ke.

Norish karman tu betul ke tak dpt tawaran berlakon sebab gossip dan fitnah? Gossip tu pun baru skrg je org tau.

Tahniah Ning.

Tahniah Liyana Jasmay.

MizzTina said...

psl Sharnaaz tu, mcm hurmmm... xpatuttt

Marsita yahya said...

tq for sharing

hainom OKje said...

memang hangat cite diaorang minggu lepas!

QasehnyaRania said...

shahnaz oo shahnaz..berani curah miyak ke api..

norish karman tak tahu pulak kisah dya

ning baizura ada buat n3..tahniah

liyana semoga kekal bahagia.ada baca kat budies

Mrs Velentine said...

mcm2 jak cerita artis...

are_lin@yu said...

ada manis ada masam cerita arits ni kan.hehe

ayut said...

tu dia combine seminggu pasal artis...hihihi

N.Aima K said...

LJ cantik!!

Ira said...

smga bahagia hingga akhir hayat utk liyana jasmay n suami..

Fiza Rahman said...

Macam² kisah artis nih kan. Ada kisah suka dan duka.

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

mcm2 cerita retis ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...