Tabung Masa Depan ...

Friday, February 15, 2013

Resepi Cucur Badak Terbaik Air Tangan Emak

Yang ini feveret KA sekeluarga.  Mesti dibuat bila semua balik berkumpul.  Kalau beli memang x pernah puas hati. Mesti ada yang merungut.  Rasa tak sedaplah,. isi sikitlah, serunding kelapa tak sedaplah. Macam2 !  So, memang kena buat sendiri, baru puas hati bila makan!

RESEPI EMAK :

  Untuk Doh Cucur
  4 biji keledek saiz besar (direbus dan dilenyek)
  2 cawan tepung gandum (anggaran)
Sedikit garam
( Adun semua sehingga menjadi doh )

Untuk Inti Serunding Kelapa
1/2 biji kelapa parut
1 cawan udang kering (kisar)
2 biji bawang besar (kisar)
2 biji bawang putih (kisar)
5 batang serai (kisar)
1 sudu kecil kunyit serbuk
Sedikit jintan manis (kisar)
  6 tangkai cili kering  (kisar)
1 sb minyak masak
garam dan gula secukup rasa
( Tumis dan masakkan semua bahan2 ini )
Bulat2kan doh dan bulat lubang ditengah,  Masukkan inti serunding kelapa  dan bulat2kan semula. Leperkan sedikit dan bolehlah digoreng dengan api yang sederhana !
Selamat mencuba !

(N3 AUTO PUBLISH)

25 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

glup!

Sheila Salim said...

Assalamualaikum KA, semalam pun akak ipar buat ni. sedap betul. lembut je. arghh nak rasa lagi lah. ehehehhee

Acik Erna said...

assalam KA..acik memang selalu beli je ni..beli pun 2 ketul untuk makan sendiri..terpaksa terima la macam mana rasanya

Mrs Lurve said...

nyum..nyum lama dh xmkn nie, panas2 sedap mkn

Sally Yatiey said...

Sedapnya :D

sis intan said...

Nmpk sedap cucur badak ni, salah satu kuih favourite :)

nea lopah said...

hamboi..hamboi..KA. sedapnye!

Cho Zila said...

memang buat sendiri baru puas hatikan... kot idak paling tak suka kalau intinyer kering...

QueeN TerataI said...

alamak.. kegemaran Queen juga ni KA..

LydSunshine said...

Bahgianya makan kuih air tangan mak. Cucur badak ni kalo beli biasanya kelapa tu derang buat guna hampas kelapa je. Arwah mak saya dulu, kuih signature dia ialah karipap.

yan's cottage said...

sedapnya yan suka kuih badak nie...lembut dan yummy...

ummuaidan said...

eh..nampaknya ade kuih kat sini lak nie..mesti cuba nie...nampak senang

mama aryan said...

sedapnya...

teringat masa kecik2 dulu,suka buat kuih dgn arwah mak

hazwan hairy said...

alamakk terliur lak lma gila xmkn cucoq badak ni..

wantie said...

comelnya cucur badak tu. rasa nak ngap pun ado..

Sue-Rya Qistina said...

masakan emak mmg terbaik!

SYANI said...

Sedapnya KA... Tetiba rindu kat cucur badak arwah opah..

Mrs Velentine said...

sedap..tak pernah buat..nnt nak buat dtg sini tgk resepi..

Noraziha said...

sedapnya..lama tak makan. dolu penah gak mak wat jual

Suraya Baharun said...

suka makan kuih ni...dap nye...

Suraya Baharun said...

suka makan kuih ni...dap nye...

ayut said...

kuih tradisi..... :)

Chic Na said...

comeynya bulat2 je.

Fiza Rahman said...

Kuih feveret saya ni kak.

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

sedap

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...