Tabung Masa Depan ...

Monday, February 25, 2013

Kemesraan Adira Dan Aliff Aziz

ADIRA & ALIFF AZIZ.  HUBUNGAN rapat dan mesra antara penyanyi genit Adira dan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz bukan lagi rahsia. Mereka berdua juga tidak lagi menyembunyi hubungan rapat itu, malah telah memuat naik gambar bersama di Instagram baru-baru ini.

Adira pernah dikaitkan dengan Hafiz  dan  Aliff pula  dengan kisah cintanya bersama pelakon Anne Ngasri yang musnah di pertengahan jalan.

 ( PHOTO & BERITA KREDIT KOSMO )
Kata Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi ketika ditemui pada majlis makan malam bersama peminatnya di Hotel De Palma, Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini, dia cukup selesa berkawan dengan Aliff dan menyifatkan Aliff sebagai lelaki yang baik.
"Saya selesa berkawan rapat dengannya, bagi saya dia seorang lelaki yang baik, berfikiran terbuka dan mudah dibawa berbincang," akui Adira.

Bagaimanapun kata Adira, hubungan mereka menjadi rapat selepas kontroversi cinta Aliff dan aktres Anne Ngasri berakhir. Enggan mengambil pusing kata-kata orang sekeliling, Adira mahu menjalani kehidupannya dengan cara sendiri.

Disoal tentang gambar mereka memakai cincin yang sama dimuat naik ke Instagram, Adira enggan mengulas lanjut kerana bimbang jawapannya akan dijadikan spekulasi pada kemudian hari.
"Itu hanyalah gambar biasa sahaja, jika saya ulas mengenainya, akan timbul pula spekulasi yang baharu. Saya hanya berkawan rapat dengannya, itu sahaja yang boleh saya beritahu," jelas Adira.

LANJUT BACA KAT SINILAH YE

 Bagi KA x salahpunkan.  Sama2 single asal saja tau batas2nyer kan......
 
( N3 AUTO PUBLISH )

14 comments:

NM03 said...

dunia artis!

wantie said...

tak comey pulak tengok Adira putih melepak ngan make up gitu. terlalu contra la.

tak pe la terubat hati si Aliff tu

Nursaila Norman said...

saya suka tgk muka adira ni..cantik la :))

Haryati Faizal said...

doakan lah kebahagiaan diaorang manatau mang dh tersurat ada jodoh...

Norizan J said...

teman tapi mesra gitu

Nurzakiah Hanum said...

artis kan

nik ros said...

kesian pulak tgk adira ni. kulit putih sgt.mcm pucat pun ada.

bercinta pun tak kisah la.masing2 single.

kay_are said...

masing masing lagi tau hal masing2 r kan.. ikut suka mereka je r..

hainom OKje said...

kawen ajelah alif dan adira... kalau rasa sesuai!

ieda immi said...

ah adira dan aliff nie sgt2 sesuai ..
tapi harap2 adira akan berubah
dia seksi sangat lah x sesuai dgn dia seorang muslimah huhuh ..

Myra Jay said...

Kalau dah suka sama suka apa salahnya kan ;D

Fiza Rahman said...

Sama2 kita tunggu kisah mereka.

Mrs Velentine said...

no komen lah..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

bercinta palk ker dorang ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...