Tabung Masa Depan ...

Tuesday, February 26, 2013

Rozita Akui Nikah Zain Julai Ini

Kalau dah jodoh tak kemana kan!  Nampaknyer, jarak dan perbezaan usia tidak pernah menjadi satu halangan buat mereka untuk membina rumahtangga. Ini bila pelakon jelita, Rozita Che Wan, 42, akhirnya membuka ‘mulut’ mengenai perancangan untuk berkahwin dengan buah hatinya, pelakon muda, Zain Saidin, 29, malah mengakui sudah memilih hujung Julai ini untuk bersatu.
“Insya-Allah kami akan bernikah, jika tiada halangan pada bulan berkenaan,” kata Rozita ketika dihubungi, semalam.

Dia juga memilih untuk tidak mengikat tali pertunangan terlebih dahulu kerana menganggapnya tidak perlu memandangkan mereka sudah mengenali hati budi masing-masing.


Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta mengakui kisah cintanya dengan jejaka wajah Pan Asia itu bukan rahsia lagi, lalu mereka sepakat dan bersedia menamatkan kontroversi cinta yang selama ini hangat diperkatakan menerusi media dan peminat.
  
Macam biasa kita doakan sajelah ye ! Andai benarlah berita ini dan jika sudah tertulis jodoh buat mereka berduakan.

28 comments:

baby comel said...

Elok sgt lah tu cik Ta. Lg cepat lg baik. Tahniah..

:: Mrs.Eady :: said...

semoga dipermudahkan!~

Daddy Ziyyad said...

semoga berbahagia..dan hentikan spekulasi segera..

faraherda.razalan said...

Tp nape si Zain tu color rmbt die mcm tu? Erkk?

ummuaidan said...

Alhamdulillah lah kalau mrk betul2 nak setel down kan..

Nurzakiah Hanum said...

great akhirnya

IntaNBerliaN said...

Tahniah utk mereka berdua...

SURIA AMANDA said...

ALHAMDULILLAH..ELOK LA CPT NIKAH DARI ASYIK KONTROVERSI...KAN?

Qashmere said...

Semoga mereka berbahagia

intanfirdaus247 said...

Selamat pagi kak KA....semoga mereka berbahagia lah hendaknya dan semoga Zain menjadi khalifah yang baik bagi che ta...

::NureeN:: said...

nmpk mcm kak n adik plak yerr.. beza 13thn tue.. mcm que ngan yasmin la kan :P

:: Mrs.Eady :: said...

okey la tu..

Sue-Rya Qistina said...

hehe..baguslah, lg cepat lg bagus. terhindar dari fitnah yg semakin berleluasa

MAZLIZA ABD RAZAK said...

tapi, nmpk muda sgt la zain tu :)

fieda said...

dh jodoh tak ke mana..

Fiza Rahman said...

Akhirnya.

atty's said...

kalo dah jodoh..inshallah..semoga dipermudahkan..ameen

nuyui a.k.a miss YUI said...

jodoh dia..alhamdulillah..

LiYa HaNiF :: said...

dah jodoh tk kemanakan.. ^_~

Mieya Atiera said...

Alhamdulillah. Akhrnya, terbuka juga hati Cik ta

wantie said...

gembira dengar berita ni

Cinta Misteri said...

rahsia lahhh sgt kannnn...
moga cik ta temui bahgianya. zain pown nampaknya bukan jenis yg berpeleseran...

Nur farahiza said...

mudah mudahan berkekalan la depa ye

nea lopah said...

cinta tak mengenal usia, tak sabar nk tgk che Ta preggy.

Chic Na said...

semoga dipermudahkan. :)

Mrs Velentine said...

alhamdulillah semoga dipermudahkan

Mrs Velentine said...

alhamdulillah semoga dipermudahkan

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

moga bahagia selamanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...