Tabung Masa Depan ...

Monday, February 04, 2013

Terima Bonus Apa Nak Buat !

Rasanyer ramai yang dah terima bonus dan mungkin akan menerimanyer juga dalam masa terdekat !

"The word Bonus refers to extra pay due to good performance"

( GOOGLE IMAGE )

Sebaik-baiknya perkara berikut ada dalam senarai bila BONUS ada ditangan :

1. Cukai
Jika anda memiliki kenderaan dan rumah sendiri, setiap tahun anda akan dikenakan cukai jalan  dan cukai hartanah.  Oleh kerana ia mesti dilunaskan, maka keperluan untuknya harus diasingkan daripada pendapatan tahunan.  Jika bonus diterima pada akhir tahun, sisihkan sejumlah wang untuk menjelaskan cukai berkenaan ke dalam akaun berasingan. Tujuannya supaya wang itu tidak sampai digunakan untuk keperluan sehari-hari.

2. Premium Insurans
Jika anda memiliki insurans hayat dan insurans kesihatan, sediakanlah bayaran premiumnya setiap tahun. Sumber bayaran premium yang dibayar secara tahunan itu juga wajar diambil daripada pendapatan tahunan yang anda peroleh.

3. Perbelanjaan untuk sambutan perayaan
Perbelanjaan tahunan untuk sambutan perayaan berbeza mengikut agama dan kepercayaan. Bagi yang beragama Islam, perbelanjaan ini termasuklah kos untuk melakukan ibadah korban.  Sementara untuk penganut Kristian, kos untuk membeli hadiah sempena Krismas adalah sebahagian daripada perbelanjaan tahunan yang dimaksudkan. Dan jangan lupa, apabila pembantu rumah meraikan perayaan tertentu, anda sebagai majikan harus memberikan wang saguhati kepadanya.

4. Pelaburan
Pelaburan yang dibuat secara tahunan juga tidak kurang pentingnya. Pastikan anda dapat melabur sejumlah wang yang diperoleh daripada pendapatan tahunan. Perbelanjaan yang fleksibel seperti perbelanjaan untuk hari raya harus disesuaikan mengikut keperluan, supaya anda masih mempunyai wang untuk dilaburkan.

Pelaburan tahunan ini mempunyai pelbagai tujuan.  Satu daripadanya ialah bagi menyediakan bayaran pendahuluan atau duit muka untuk membeli rumah atau kenderaan.   Pelaburan tahunan juga dapat digunakan untuk membiayai percutian yang dirancang pada tahun berikutnya.  
Jadi, catatkan pendapatan tahunan yang bakal anda peroleh dan menfaatkannya secara bijak untuk perbelanjaan tahunan yang harus dikeluarkan pada tahun berkenaan. 

Source From Here/Credit Info 

Moga bermanafat untuk semua ye !

31 comments:

SYANI said...

Nice info KA!

wantie said...

sedang menghitung hari nak dapat bonus. hikssss.. mcm tau tau je KA ni yg jite nak dapat bonus. hehehehe

Anum said...

saving

:: Mrs.Eady :: said...

pelaburan...

Bui Junaidi said...

BUI DPT BONUS TP DH ABIS..HUHUHU

Mia Kassim said...

kalau dapat bonus...mesti rambang mata...semua pun nak beli...hehehe

Lelaki Ini said...

adoyai! bonus dah hmpir habis!

wahida said...

terus book AA!!

hahaha...

Ira said...

Tq for sharing..
Selalunya mmg itu la yg dibuat. Bonus pn tggl x seberapa lps tolak2 semua cukai n insurans.. sedih betol. dpt la simpan skit2..

ummuaidan said...

Bestnya kan dpt bonus..at least dptlah cover perbelanjaan yg luar dr gj bulanan biasa..jd surirumah takde bonus..hehhe

LiYa HaNiF :: said...

oh tidakkk liya tk ada bonus... hehe

Asmar Arafad said...

sya nak simpan untuk ke umrah...

Kakcik Nur said...

Kakcik masih menunggu suami dapat bonus. :)

nea lopah said...

Tq KA sharing. Selalu org ingat shopping jer kan. done click iklan nuffnang KA jugak..gedik2 Hipshop!

Mira Adzlia said...

dan bg sy sikit..hahaha

Haryati Faizal said...

tq share... abis dh pun KA bonus aritu hihi

Amanda Suria said...

15.3.2013, bonus kedua SA, plan dah ada..more to simpan jer kot..

♥ Wina ♥ said...

hurmmm saya pun menunggu jugak nie insyallah dalam bulan april :)

semestinya settle hutang² yang tertunggak dulu, renew road tax & license pas tu baru pikir nak buat ape...kalau ade wang lebihlah ehehehee

♥ Wina ♥ said...

hurmmm menunggu jugak nie..2-3 bulan lagi insyallah!

first sekali settle hutang² yg tertunggak..renew road tax & insurance pas tu bru pikir nak buat ape lagi..itupun kalau ade duit lagilah ye ehehehehe..

Mama Vogue said...

Bos cakap nak announce lepas CNY.. Harap2 ade rezeki..

Mrs Lurve said...

zakat perlu jgk diutamakan..

TiranaAduka said...

ta keje sendiri x de bonus..nak mintak sis sikit leh?

Chic Na said...

err selalunya habis mcm tu jek tanpa disedari. hihi..

QueeN TerataI said...

bonus pun x ada... hehehe

Mimi Azirah said...

betul...sume nih xleh larik...

QasehnyaRania said...

buat jalan2 cari makan n simpanan

Mrs Velentine said...

nice entry kak..bonus hari tue buat bayar anak sekolah

Mrs Velentine said...

done digi i phone 5

yana aina said...

bonus dh habis ke holiday ^^

Fiza Rahman said...

Akak dah dpt bonus ker? Belanja...hahaha...

Saya end of march nnt baru dapat. Nak kena saving untuk anak2 sket. Perbelanjaan makin meningkat skang nih.

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

belanja saya kak haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...