Tabung Masa Depan ...

Thursday, February 21, 2013

Tuah Tetamu Misteri Di Hujan Malam

Lama rasannyer KA tak kongsi2 cerita misteri ni. Tengok tajuk dah rasa seram sejuk ye.  Cerita ni KA dengar dari salah seorang teman baik, satu kerja dengan KA dulu2.
 (PINJAM GOOGLE )

Macam mana nak mulakan ye.  Oklah. Macam ni.   Keluarga sahabat KA ni tinggal di satu kawasan perumahan di sebuah daerah di Negeri Sembilan.  Mereka sekeluarga hidup serba sederhana sahaja.  Tidaklah sesenang mana, tapi cukuplah makan pakai untuk mereka sekeluarga.

Cerita beliau, satu malam hujan turun dengan lebatnyer.  Petir dan guruh berdentum dentam.  Di luar pulak cuaca gelap hitam pekat.  Sebab, hujan terlalu lebat, mereka tak kemana2 hanya duduk bercerita diruang tamu sahaja.  Emak dan kakak beliau ke dapur untuk menyediakan sedikit minuman.  Ketika itu emak beliau terdengar ketukan di pintu belakang.  Kakak beliau perlahan2 membuka untuk melihat siapa yang datang. Bila pintu dibuka,  Emak & kakak beliau menjerit dengan kuat kerana dihadapan mereka, seorang perempuan tua yang sangat kotor dan hodoh dengan rambut panjang yang tidak terurus dan dengan pakaiannyer yang basah lencun dek hujan.

Beliau, adik beradik yang lain dan ayahnyer bergegas ke dapur untuk melihat apa yang berlaku.  Serius pada mulanyer, mereka menyangkakan itu makhluk atau suatu lembaga yang sangat2 menakutkan.  Ayah beliau dengan berani bertanyakan perempuan tua itu dari mana dia datang dan kenapa boleh sampai ke situ, sambil menjemput perempuan tua itu masuk.   Perempuan tua tu mengatakan bahawa beliau datang berjalan2 dan sebab hujan lebat dan tidak nampak arah beliau terjatuh ke dalam semak di belakang rumah.  Sebab itulah pakaian beliau kotor.  Ayah beliau kemudiannyer, menyuruh perempuan tua itu mandi dan membersihkan diri sebelum diberikan pakaian yang bersih.  Oleh kerana hari telah jauh malam, Ayah beliau menyuruh perempuan tua itu menumpang tidur saja di rumah mereka dan berjanji akan menghantar perempuan tua itu pulang keesokan harinyer.  Yang lain2 itu, esok2 ajelah cerita kata Ayah beliau.  Perempuan tua itu tak putus2 mengucapkan terima kasih pada Ayah sahabat KA itu.

Keesokan subuh harinyer, bila Ayah dan Emak sahabat KA bangun bersiap untuk sembahyang Subuh, mereka terkejut bila melihat perempuan tua itu sudah tiada di tempat tidurnyer.  Digerakkan semua anak2 dan sama2 mencari tapi memang tidak ditemui.  Jadi, mereka mengambil kesimpulan mungkin perempuan tua itu telah pergi dan balik dengan sendiri.  Yang peliknyer, di Subuh2 hari dan dalam keadaan pintu yang tetap kemas berkunci. Memang pelik !

NAK TAU LAGI TAK CERITANYER ???? OK SAMBUNG BACA.....

Bertolak dari peristiwa itulah, sahabat KA berkata banyak perubahan besar yang berlaku dalam kehidupan mereka sekeluarga.  Rezeki seakan2 datang mencurah2.  Ayah beliau secara tiba2 mendapat kenaikan pangkat di tempat kerja.  Dan apa2 yang dikerjakan mereka sekeluarga ,semuanyer menjadi dan menghasilkan kejayaan.  Entahlah, mungkin semuanyer secara kebetulan. sahaja  Tapi siapa perempuan tua itu sebenarnye?.  Persoalan itu terus bermain di fikiran beliau sekeluarga sehinggalah saat beliau menceritakan kisah pada KA dulu.  Wallahua'lam.

( Nota kaki : Cikgu2 yang baca N3 KA ni abaikan sajelah bahasa yang tunggang langgang ni, macam tu lah bila dah lama tinggal sekolah hehehe )

( N3 AUTO PUBLISH )

29 comments:

Nurzakiah Hanum said...

seromok membaca ::)

eB said...

hmmmmmmmmmmmmm
sp yer agaknyer tuh?... (",)

Mrs Velentine said...

kuasa ALlah...ada juga pernah dengar kisah yg mcm ni

Ummi Iman said...

Berani sungguh ayahnya. Selebihnya tak berani nak komen. Hanya Allah yg mengetahui.

yana aina said...

dari mula baca cerita mmg teruja .. tggl sorg2 dlm opis pulak tue. heheh **mgkn Allah nk uji keluarga tersebut ^^

Ummiarissa Mahdi said...

oh ini lagi seram dari cerita seram saya...saya tak tahu nak komen apa lagi..

Ibu Amirul said...

Buat baik di balas baik....

hazwan hairy said...

nak tahu dorg g mna...

AmyZana said...

Wah ! Mungkin ini balasan Allah dekat orang yg baik hati ? Yalah sesetengah org kalau nampak nenek tua basah lencun rambut serabai2 mcm tu depan rumah mintak tolong mesti ingat hantu datang menjengah XD

Haryati Faizal said...

alhamdulillah...rezeki Allah, hanya Allah je yg mengetahui...

Sue-Rya Qistina said...

jgn biarkan hidup anda diselubungi misteri. hehehehe

Zie said...

TQ bagitau pasal profile saya. haritu ter remove..

hana hadi said...

sebab dia tolong perempuan tua tu kan.. syukur..Tuahn mesti tolong family sahabat KA tuu..

Ibu Lala said...

Tgk tajuk pun dah seram. Eh, cane KA buat entry auto publish tu ek. Buat kat komputer ke henpon

Kakizan Omar said...

huhuhuhu.. memang sukar nak percaya sesiapa bila keadaan camtu.. tapi mungkin keluarga itu terpilih untuk menerima kebaikan kerana berjaya dengan ujian itu.. wallah hu a'lam.. :D

sal ya said...

mungkin datangnya utk tgk betapa ikhlas mereka2 di dlm rumah tu. wallahualam...

Suraya Baharun said...

setiap perbuatan yang baik mesti ada balasan yang baik jugak...mungkin lambat dan mungkin jugak cepat...hanya Allah yang tahu sape makcik tua tu...:)

Nazayiena Ayiena said...

Sapa agaknya org tua tu ya?

Fiza Rahman said...

Jgn biarkan hidup anda diselubungi misteri...hehehe...Siapalah agaknya yer kak.

wan nurul hezrina abd halim said...

wahhh kak siapa agaknya ek?malaikat kah?mcm cerita drama pulak kak

Ira said...

suspen jgk ceritanya..
erm.. siapa la gerangan mak cik tu ye. apa2 pun, sikap saling membantu ni perlu dicontohi. cuma kdg2 kita ni penakut, hehe..

p/s: tq KA bg instruction hr tu. ira google nama dia br jmpa link yg betul. hehe..

izan mama mia said...

misteri nih...tapi kita fikir positif saja sudah lah..

Amanda Suria said...

wah...suspen dah ni....

Bui Junaidi said...

MISTERI SUNGGUH..TP BERKAT BAIK HATI DGN ORG KAN

Ena's Palace said...

Mmg misteri la KA...siapala gerangan org tua tu agaknye kan....

nea lopah said...

salam KA, tgk pic dah serammmm

Mimi Azirah said...

hanya Allah Maha Mengetahui segalanya

wantie said...

sungguh misteri.

dulu di tengah mlm ada jugak tetamu yang selekeh datang umah. kami jemput makan dan bermalam. maklumlah rumah kami pun dalam hutan.

ghupe ghupenya dia tu banduan yg lari di penjara. wei... serammmmmmmmm

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

misteri tu..apapun hanya Allah S.W.T yg mengetahui

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...