Tabung Masa Depan ...

Wednesday, March 20, 2013

Ber Bougainvillea Di Halaman Rumah

Rasanyer kalau kat Malaysia,
pokok bunga kertas ni paling banyak ditanam di halaman rumah termasuklah rumah KA.
Selain penjagaannyer yang cukup mudah
Warna bunga2nyer pun sangat menarik.
Siap ada lagu lagi Bougainvillea ni 
Rumah sapa yang ada tanam juga bunga kertas ini, cepat Angkat tangan !
 
Pokok Bunga Kertas (bahasa Inggeris: "bougainvillea") mempunyai bunga berwarna-warni yang berkembang sepanjang tahun dan oleh itu, telah menjadi pilihan tanaman hiasan tropika yang sangat popular. Berasal dari Amerika Selatan, pokok bunga kertas sering ditanam di taman-taman, kawasan perumahan, dan kawasan hiasan laman. Semasa pokok bunga kertas berbunga, adalah kebiasaannya bahawa kebanyakan daunnya akan luruh dan meninggalkan bunga-bunga dan dahan-dahan yang menarik. Nama botani bunga ini Bougainvillea spp.
Pokok bunga kertas mendapat nama disebabkan bunganya yang nipis dan mempunyai ciri-ciri seperti kertas. Nama Inggeris bunga ini, iaitu Bougainvilla, pula dinamakan sempena nama Louis Antoine de Bougainville, seorang Komander Laut Perancis.


Yang ini pulak
Antara bunga2 kertas di laman rumah KA  
Macam2 color ade
Dari merah hati, merah, oren, jingga, putih, mix putih/pink, light purple, purple lagi
Cuma kena hati2 sikit dengan duri...







  
Dan yang ini orang panggil Bunga Kertas Junjung Sireh


Tepek sikit2 sudahlah nak cerita semua
7 hari 7 malam x habis cerita nanti.....hehehe

( N3 AUTO PUBLISH )

27 comments:

Nurzakiah Hanum said...

cantik2

ros_reeza said...

geramnya dengan yang warna pink tu.. cantik..

Budak Kampung said...

hahha..mak BK messti ckp :ni bunga kertas "

ummuaidan said...

byknyer kat umah KA...mlti kaler lg tu...

Sue-Rya Qistina said...

mak saya panggil ni bunga kertas. kat keliling rumah mak ada bunga ni. cantik!

:: Mrs.Eady :: said...

cantik..

makchaq said...

bunga kertas ni cantik kan.. ada orang buat gerbang dari bunga kertas.. memang nampak cantik sangat bila berbunga banyak..

Tapi makchaq jenih tak tanam bunga.. suka tengok ja..

AyueJean AJ said...

AJ duduk flat..
Takde laman..... =D
Tapi yang ni senang kan nak jaga...

aTieYusof Family said...

Cantik nya bunga kertas..
suka colour purple...:)

wahida said...

wow!! cantik2nya....

serius kagum!!

faraherda.razalan said...

Teringat zaman dulu2. Skg ni, pokok bunga kertas, tak bape dipandang org. Huhuhuhu...klu dulu, mmg trend.

Zie said...

kat opis zie banyak nih.. ehehhe

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

wah banyaknya bunga kertas kt rumah kak..mcm2 kaler ada kan

ZazaMyMoon said...

Salam & morning KA,
Cantik kan bunga kertas.. lagi2 dapat yang multicolour :)

Bin Muhammad said...

Salam,
Luasnya lah laman KA, dari pokok herba, sayuran dan kini bunga-bungaan... Pasti lamannya cantik umpama taman!

ieja amieja said...

halaman umah emak dulu satu halaman penuh dgn pokok bunga ni..mcm2 jenis n warna ada..paling besh bila time berbunga ka KA..hati pun ikut sama kembang..
singgah pagi:))

Hazmin Hamudin said...

Suka pokok bunga kertas yang dibuat bonsai... Memang cantik..

Kakizan Omar said...

dulu ada jugak.. tapi sekarang dah takder..hhuhuhu :D

Rasp said...

bestnya rumah u sis...
laman luas leh tanam macam2 and banyak2....

bila tgk bunga kertas ni...
teringat sangat kat arwah atuk...
rumah arwah atuk dulu banyakkkkk sangat pokok bunga kertas nie..
tapi sayangnya skarang dah takde...
sbb takde org yg nak jaga :(

Mieya Atiera said...

Mieya dah lama tak bercucuk tanam. dah takde tanah da.

Kesuma Angsana said...

tq pada semua yang meninggalkan komen. Sgt2 KA hargai. mmg musim bunga kertas berkembang sekarang ni. sebab tu kongsi pic2 dgn semua !

n O e s u h a i m i said...

yeayyy angkat tangan..tp mcm nk mati dah rupanya...kt kampung byk la pokok ni...mcm2 warna

Hidayah said...

nak angkat tangan tapi segan..

:)

dayah ada jugak tanam pokok kertas nih..satu pokok je pun tapi payah betul nk tgk dia berbunga..

hihi..

tu la segan..

nampak sgt tak reti bercucuk tanam..

tgk bunga org tu..

human aii kembang setaman..

NoEn said...

cantik

Mrs Velentine said...

yang bunga atas tue warna oren tak pernah nampak bunga kertas warna mcm tue

Fiza Rahman said...

Cantiklah. Umah saya tak der tanah nak tanam pokok.

Chic Na said...

cantik.. mama cikna pun suka sgt bunga kertas. sekeliling rumah dia tanam. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...