Tabung Masa Depan ...

Friday, March 01, 2013

Berkongsi Kisah Pagi Jumaat

ANAK KECIL YANG TAKUT API NERAKA 
                    
Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.
Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?" Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka." Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka." Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa." Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"

( DARI GOOGLE )

Moga bermanafaat untuk kita semua................

30 comments:

Chic Na said...

sangat bermanfaat. :)

n 0 e s u h a i m i said...

Terima kasih KA atas peringatan...jauhkan lah kita semua dari seksaan api neraka...

Dylla Abas said...

ya Allah...tersentuh sgt baca kisah ni..sedangkan anak kecil pun takutkan neraka..inikan pula kita yg dewasa ni...thanks sharing kak :)

Nurzakiah Hanum said...

semoga hari2 anda bertambah ceria di awal march ini
moning..

nuyui a.k.a miss YUI said...

budak kck lbh tkut.. pgjrn kisah ini.

ieda immi said...

subhanallahhh ...

atty's said...

salam jumaat KA,semoga kita semua dimasukkan ke syurga dan dijauhi azab seksa api neraka.ameen

Kakcik Nur said...

Terima kasih untuk perkongsian yang menginsafkan ini...

izan mama mia said...

insaff

zaza nizam said...

Subhanallah..
betapa ruginya kita yg melalaikan ilmu akhirat. thanks kak info bermanfaat di pagi jumaat.

LydSunshine said...

Huuhu... Malunya dengan budak tu...

LydSunshine said...

Huuhu... Malunya dengan budak tu...

NM03 said...

tersentuh!

Ratu Hatiku said...

Tq sharing KA

ummuaidan said...

thanks KA atas peringatan ini..

Delimasari said...

meruntun jiwa

Bin Muhammad said...

Salam,
Terima kasih KA, kisah yg memberi kesedaran dan keinsafan.

ainnoraini said...

Terima kasih saling ingat mengingati.,,...s

Rasp said...

bijak sungguh kanak2 tu...
terbuka luas mataku....

thx for sharing this sis :)

pokok manggis depan rumah said...

Anak kecil yang soleh.
mendapat didikan dari ibu bapa yang soleh dan solehah.

wahida said...

perkongsian yg sgt menarik...

:: Mrs.Eady :: said...

terima kasih kak :)

aizamia3 said...

terasa jauh beza dengan budak itu :(

Ira said...

terima kasih KA sudi berkongsi kisah ini.

Mrs Velentine said...

sangat ber,anfaat kak..tq kongsi

ALoNa CintamaniszLite said...

anak kecil yg menginsafkan..

Heri Gipzy said...

Alhamdulilah dapat pelajaran baru.. makasih mba'

Haryati Faizal said...

In shaa Allah, tq KA

ArELeEz said...

ya allah..
ampunkn dosaku..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

tengs sebab ingatkan kak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...