Tabung Masa Depan ...

Saturday, March 09, 2013

Cerita & Rezeki Tengahari Ini

Hari ni memang dah ada rasa kelegaan itu
So, pagi menghantar Along ke sekolah dengan En Hubby
Adik macam biasa mesti nak follow aje
Breakfast kat luar pagi ini masing2 dengan Selera Pantai Timur
Nasi Dagang & Nasi Kerabu
Dan bungkus roti canai serta sedikit kuih untuk yang tinggal kat rumah

Along pulak tahun ni banyak sungguh aktiviti2 sekolah dier
Hari tu dah sibuk wakil sekolah untuk acara merentas desa
Kemudian sibuk pulak dengan latihan acara pecut & jarak jauh lagi
Boleh pulak lagi dalam diam2
Dia join aktiviti berteater dan jadi wakil sekolah
Hari ni hantar lagi ke sekolah untuk latihan Tari Zapin pulak !
Nanti2lah KA buat N3 khas tentang Along yer......
Sibuk sungguh Along padahal tahun penting peperiksaan buat dier tahun ini
Harap2 seimbang dengan pelajaran juga

Balik dari hantar ALong
Singgah pasar beli lauk pauk untuk juadah tengahari
Yang simple2 aje
Sebab tak berapa nak kuat lagi nak masak macam2
Apapun... Alhamdulillah atas rezeki ini Ya Allah
Dah siap pun  ... TARA..........


Taugeh Goreng Bertelur
Ayam Goreng Kosong
Tomyam Campur Ayam/Udang/Sayur2an
 



JEMPUT MAKAN....

21 comments:

wantie said...

alhamdulillah KA dah lega. legaaaaa rasanya.

nak sket tom yam tu,.

❤Kamsiah❤ said...

simple but nice...:)

Nao Mei said...

sedapnya :)

Nastyna said...

Jemput2.. says dah berapa hari berturut2 goreng ayam kunyit hihi.
ok la Along busy, kurang2 dia fokus pada hal sekolah kan. Mesti penat kan dia.

ummuaidan said...

hidangan mcm tuh mmg blh cepat sembuh KA..:)

Ummiarissa Mahdi said...

benyak juga tu,hari ni lauk rumah saya dah habis,esok baru ada pasar pagi,jadi kami makan sardin je...Alhamdulillah kenyang dah...

Ena's Palace said...

Sdap2 juga masakan org demam nih...heeee

izan mama mia said...

kalau dok ada depan mata xyah jemput...hehehe..lapa lak

Ibu Lala said...

Saya tak masak pun hari ni. Anak anak nak makan roti yang jual kat bakeri tu. tgh pk ni malam nanti nak makan apa. Masak selalu tak habis. Sayang...

Bui Junaidi said...

SEDAP2 SEMUANYA..

eita said...

lma sungguh tak makan cambah goreng...

Cinta Misteri said...

baguslaaa KA, along busy ngan aktvt. tp kena tengok jugak study dia jgn smpi keciciran

jemput makan....

Bin Muhammad said...

Salam,
Taugeh goreng bertelur tu memang sedap! Mak dulu selalu masak...tapi skrg ni org umah xberapa suke taugeh la pulak.
Boleh bg resepi...Nak masak sendiri le.

Myra Jay said...

Walau nmpk simple tp sangat menyelerakan...

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

sedapnyerrrr

nea lopah said...

saja jer bt terliur.

ZazaMyMoon said...

Kemain berselera tgk lauk KA tu :)

Mrs Velentine said...

taugeh febret MV

n 0 e s u h a i m i said...

dh lama x makan nasi dagang n nasi kerabu...sedapnyyeeee...terutama nasi dagang terengganu..

mama aryan said...

sedapnya nampak..

Fiza Rahman said...

Tom Yam tu nampak sedap ☺☺

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...