Tabung Masa Depan ...

Tuesday, March 19, 2013

Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Kejayaan

Cerita motivasi yang KA nak kongsikan sama dengan anak2
Bahawasanyer walau apapun kekurangan kita
Tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak berjaya
Kerana kekurangan itu adalah kelebihan kita sebenarnyer.....

Walaupun kekurangan sifat seperti manusia biasa, kegigihannya menjadi faktor penentu untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2012 yang diumumkan di Dewan Besar Majlis Peperiksaan Malaysia, semalam. Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Muar Lok Weng Hang, yang cacat penglihatan sejak kecil berkata, keadaan dirinya itu tidak sedikitpun mematah semangatnya dalam menempuhi cabaran untuk mendapat keputusan 4A dalam semua mata pelajaran diambil.

 Lok berkata, baginya, kesukaran untuk mencari bahan rujukan bukanlah alasan sebagai seorang pelajar tetapi usaha yang berterusan adalah resipi untuk mendapatkan kejayaan.

Tahniah buat beliau, juga ibu bapa & guru2
Dan
Tahniah juga pada semua, yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam STPM,
mana2 yang kurang berjaya
Percayalah....
Ini bukan titik pengakhiran tapi titik permulaan untuk kejayaan 
yang lebih besar di masa2 akan datang ! 


( N3 AUTO PUBLISH )

26 comments:

nea lopah said...

Tahniah!!!

ALoNa CintamaniszLite said...

sy betoi2 tak tau cara pengkiraan utk STPM ni...

roslita thalib said...

umm betul2. suka pepatah tu. di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan :) tapi kalau dah berusaha, tak berjaya juga.. mungkin Allah ada perancangan lebih baik untuk kita di masa depan.

Nurzakiah Hanum said...

setuju

Sue-Rya Qistina said...

betul tu..walaupun x sempurna, tp dia telah buktikan kejayaannya

Ema Blog said...

ibu bapanya pasti bangga...

Sheila Salim said...

assalamualaikum KA, sheila pun kagum dgn dia. sebak je tengok berita semalam kan.. lagi satu, dia cakap cam org melayu. fluent betol. heheheh

Nazayiena Ayiena said...

Betul tu,di mana ada kemahuan di situ ada jln.

ummuaidan said...

betl tuh ka..dimana ade kemahuan disitu ade jalan..

KY said...

betul tu KA, usaha tangga kejayaan..selagi ada usaha, kajayaan pasti menunggu

Azian Elias said...

MASYALLAHH..

lizz said...

tahniah untuk lok...kagum dengan pelajar ni...

Cho Zila said...

betoiiler tu kita yang sempurnapun tak m ampu... usaha dan terus usaha..

maszmadi said...

wow! bestnyer.....

n 0 e s u h a i m i said...

kekurangan diri dia menjadi kekuatan utk dia..salute tuk dia...apa2 pun tahniah tuk semua yg berjaya dalam STPM

wahida said...

tahniah pada semua yg berjaya dlm STPM...

Papa Mifz said...

hebat budak tuh...tahniah buat dia...

Haryati Faizal said...

betul tu...tahniah kpd yg berjaya!

Ummiarissa Mahdi said...

tu lah bagusnya diorang ni...anak2 sekarang ni sempurna pun tak dapat buat juga macam dia...elok sangat suratkhabar buat cerita motivasi sebegini

Mrs Velentine said...

Tahniah buat adikni..kecatatan tak menghalang utk berjaya

Mrs Velentine said...

Tahniah buat adikni..kecatatan tak menghalang utk berjaya

Riedaffya ibrahim said...

tahniah buatnye...

Chic Na said...

betul tu. asalkan ada kemahuan, mesti boleh punya. ;)

Ena's Palace said...

Tahniah...
Di mana ada usaha...di situ ada jln..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

terbaekk la

Kesuma Angsana said...

TQ PD SEMUA YANG MENINGGALKAN KOMEN. MOGA CERITA INI BERMANAFAT UNTUK KITA SEMUA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...