Tabung Masa Depan ...

Friday, March 15, 2013

Hukum Minum Kopi Luwak (Musang)

Ada yang suka minum, tapi was2.  Share this with uols semua..

( ehsan google )
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Meminum Kopi Luwak (Musang). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Allah SWT memerintahkan umatNya supaya memilih rezeki yang halal dan memakan makan yang baik sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Baqarah, ayat 172 yang bermaksud:

“ Wahai orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadat kepada-Nya.”
Muzakarah juga berpandangan bahawa kaedah fiqhiyyah menetapkan bahawa: الأصل فى الأشياء الإباحة، ما لم يقم دليل معتبر على الحرمة iaitu hukum asal mengenai sesuatu adalah harus selagimana tidak ada dalil muktabar yang mengharamkannya. Ulama’-ulama’ fiqh muktabar menjelaskan bahawa mana-mana bijian yang dimuntahkan oleh haiwan atau yang keluar bersama najis haiwan tersebut, selagi mana ianya tidak rosak dan masih kekal dalam rupa bentuknya yang asal atau jika ditanam ia mampu tumbuh, maka ia dihukumkan sebagai mutanajjis dan bukan najis.
Sehubungan itu, selaras dengan penegasan dan pandangan-pandangan tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa biji Kopi Luwak (musang) adalah bersifat mutanajjis dan ia harus dijadikan bahan minuman dengan syarat:
  1. biji kopi tersebut masih dalam keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika ditanam; dan
  2. biji kopi tersebut hendaklah disucikan terlebih dahulu daripada najis.
Muzakarah juga memutuskan supaya Kopi Luwak yang dihasilkan hendaklah mendapatkan sijil pengesahan halal daripada JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebelum dipasarkan kepada masyarakat Islam.

Moga bermanafaat untuk semua yer...

source :  http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-meminum-kopi-luwak-musang

(N3 AUTO PUBLISH)

14 comments:

Nurzakiah Hanum said...

bagus entry

nuyui a.k.a miss YUI said...

xpernh rasa nak try pun..huuh

Sue-Rya Qistina said...

nice sharing kak!
x pernah try lagi kopi jenis ni :)

AyueJean AJ said...

Kalau AJ bagi free pun AJ taknak minum kopi ni.....
Geli kot...

Mrs Velentine said...

pernah tengok dokumntari pasal ni..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum KA, thanks for the info. kat Malaysia ada ke benda ni? bukan dekat Indonesia ke?

Ema Blog said...

nama pun pelik..

LiYa HaNiF :: said...

kembang tekak liya nk minum

Haryati Faizal said...

ntahlah...tak bley nak minum kot...

Mia Kassim said...

tak pernah rasa kopi ni...tapi selalunya kalau benda tu was was statusnya, baik jangan makan atau minum... (^_^)

Nastyna said...

Ada my friend bagi lastime sepeket, saya bagi kat jiran pulak. Hehhehee belum rasa nak minum. But good to know status nya.

ArELeEz said...

jom minum air mineral. he3..

Ikhwan Suhaimi said...

Kilang bagi Kopi ni... perut Musang .

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

xpenah try lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...