Tabung Masa Depan ...

Saturday, March 23, 2013

Konsert Sang Pencinta M. Nasir Di Istana Budaya

Serius KA peminat lagu2 karya Sifu M. Nasir ni.  Kalau nak disenaraikan lagu2nyer, memang sampai sudah pun x habislah.  Banyak sangat !.  Katanyer, Sifu M. Nasir akan muncul dengan "Konsert Sang Pencinta"nyer tak lama lagi. So, kongsi berita ini.

.......Dan selepas empat tahun, penyanyi dan komposer terkenal, Datuk M Nasir, kini bersedia untuk kembali beraksi semula dalam sebuah persembahan berskala mega di Istana Budaya Jun ini.

 

Konsert M Nasir Sang Pencinta bakal menghimpunkan lebih 20 lagu yang dipilih penyanyi itu sendiri. Bakal diarahkan oleh Nan, konsert terbabit akan diiringi pemuzik Orkestra Simfoni Kebangsaan dan muzik gamelan oleh Orkestra Tradisional Malaysia (OTM).

Sementara itu M Nasir pada majlis sidang media mengumumkan penganjuran konsert itu di ibu kota, kelmarin, berkata persembahan berkenaan amat penting kerana ia menjadi kesinambungan kepada kerjaya seninya  serta akan menyanyikan karya2 yang menjadi kegemaran beliau.

“Ia ibarat satu kaset yang ada dua bahagian. Sebelum ini saya banyak menyanyikan lagu di bahagian A, tetapi untuk konsert kali ini, saya memilih untuk menyanyikan lagu daripada bahagian B pula.

“Saya akan berlakon sedikit-sedikit, tetapi tidaklah membabitkan dialog. Apa yang ingin saya paparkan lebih kepada pengembaraan kerohanian seorang manusia,” katanya.

Info: Konsert Sang Pencinta M Nasir

* Tiket menyaksikan konsert itu dijual dengan harga RM65 hingga RM455. Ia boleh didapati dengan melayari laman web ticket2u.biz, atau hubungi talian Hotline di 03-41478600 dan IB Box Office 03-21618134.


Sementara tunggu konsert, kita layan lagu ni dulu !
Memang terbaik !

18 comments:

baby comel said...

Sifu M Nasir mmg terbaik. Best...

MulutPayau said...

Bestnya kalau dapat pergi....

Eraz Fadli said...

M Nasir terbaik.. ;)

Asyifa Mustaffa said...

serius suka dgn suara dia....! lain dri lain...lagu2 dia pun kreatif....

Tihara said...

akak suka jugak lagu dia tapi sekadar dengar kat radio :)

Kakcik said...

Kakcik meminati karya seni M Nasir...

KY said...

KA nak pergi keee...

Mrs Velentine said...

peminat M nAsir?Mv pun suka semua lagunya

nuyui a.k.a miss YUI said...

tak pernh p istana budaya =)

kay_are said...

lame dah tak dengar m nasir nyanyi.. memang epik!

Marya Yusof said...

Hola KA,

Nak pergi konsert ke? waaahhhh... :))

Roziah Khalid said...

m nasir best tu ka... suka juga lagu2 dia

BUNDA a.k.a KN said...

otai2 yg masih segar..

Ibu Lala said...

Rajin KA pegi.

Ibu Lala said...

Kim salam kat m nasir ek

nea lopah said...

Jom KA kite g sama2..hehe

ArELeEz said...

m. nasir ni awet mudalah kn?

Fiza Rahman said...

Suka juga lagu2 M Nasir nih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...