Tabung Masa Depan ...

Sunday, March 24, 2013

Pecah Periuk, Ixora, Jenjarum & Siantan Rupa2nyer Sama Aje


Saja2 kongsi lagi cerita tentang bunga, yang sudah semestinyer ada dilaman rumah KA juga !

Pokok Pecah Periuk, juga dikenali sebagai Pokok Jejarum dan Pokok Siantan, ialah sejenis pokok renek dari keluarga Rubiaceae yang berbunga. Pokok ini banyak ditanam di kawasan perumahan serta taman-taman, dan juga sesuai untuk dijadikan tanaman pagar.
Terdapatnya dua jenis Pokok Pecah Periuk, iaitu:
  • Ixora jawa yang berasal dari Malaysia dan Indonesia; dan
  • Ixora coccinea yang berasal dari Hindia Timur, tetapi kini juga boleh didapati di Malaysia dan Indonesia.
Tingginya Pokok Pecah Periuk ini sehingga tiga meter. Batangnya berwarna perang dan liat, dan daunnya berbentuk bujur. Saiz daun untuk Ixora jawa adalah lebih besar, iaitu 12 - 20 sentimeter panjang, dan 4 - 6 sentimeter lebar, berbanding dengan daun Ixora coccinea yang hanya berukuran 7 - 10 sentimeter panjang dan 3 - 5 sentimeter lebar. Bunga pokok ini adalah besar dan berjambak-jambak di hujung dahan. Warna bunga untuk kedua-dua spesies termasuk merah, jingga, kuning, dan merah jambu. Bagaimanapun, spesies Ixora coccinea juga mempunyai bunga putih. Buahnya berwarna hijau dan menjadi merah apabila masak. Ahli-ahli tumbuhan Ixora lebih suka tanah berasid dan merupakan pilihan sesuai untuk bonsai.
Walaupun semula jadi kepada kawasan bertropika di Asia, terutamanya India, Pokok Pecah Periuk sekarang tumbuh di cuaca tropika di Amerika Syarikat seperti Florida. Pokok Pecah Periuk juga dikenali sebagai West Indian Jasmine.
Bunga ixora yang berwarna merah biasanya digunakan dalam upacara sembahyang agama Hindu dan dalam membuat ubat-ubatan masyarakat orang India.

Yang ini 2 jenis yang ada di laman KA
Warna pink & oren muda


 Selalunyer,  yang ini antara bunga2 yang KA gunapakai untuk buat bunga2 rampai
Bila nak dibawa bersama waktu menziarahi kubur Arwah ABAH !

( N3 AUTO PUBLISH )

11 comments:

Roziah Khalid said...

Yang saya tau jejarum sahaja... rupanya banyak nama dia kan.... hehehe

BUNDA a.k.a KN said...

bunda ingat lagi masa kecik2 dulu kalu jumpa pokok ni suka sangat petik...buat main masak2..

Mrs Velentine said...

masa kecik2 MV suka hisap yg manis2 kat bunga jejarum..done klik2

Ibu Lala said...

Dulu kat kpg byk la jumpa bunga ni. Kat KL ni susah nak jumpa

yana yani said...

bunga ni masa kecik-kecik saya selalu isap yg dekat jarum dia kat tgh tuh..manis2 rasa dia..

Tihara said...

akak panggil ni jenjarum, nama lain bese dengar tapi tak bese guna :)

Ann Ishak said...

betul tu, dekat taman2 perumahan memang banyak pokok bunga ni.

nea lopah said...

setuju dgn yana yani. balik sekolah suka sngat jarum kat pangkal tu. manis..hehehe

nanieybarnieylurviey said...

Bunga ni yg air die manis eh?

ArELeEz said...

pecah periuk? err.. cam bunyik periuk kera plak. he3..

Fiza Rahman said...

Owh...baru tahu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...