Tabung Masa Depan ...

Monday, March 18, 2013

Pisang Emas Tak Sempat Nak Belayar

Pisang Emas bawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati

Itu pantun melayu lama.  Tapi yang ini  cerita hasil tuaian pisang emas yang ditanam dihalaman rumah.  Ingat nak biar masak di pokok aje.  Tapi mengenangkan gangguan2 dari binatang2 perosak,  terpaksalah diambil dan diperamkan semalam. Maka, jadilah  kisah pisang emas tak sempat nak belayar. Dah curi2 makan sebiji dua pun ! He He He.  Memang sedap sebab terbaik dari ladang sendiri lagi.



Pisang Mas merupakan sejenis pisang yang dituai dari pokok Pisang. Pisang Mas biasanya ditanam bagi mendapatkan buahnya. Nama sains pokok Pisang Mas ialah Musa acuminata Colla (AA Group) cv. 'Lady's Finger'
Ia juga dikenali sebagai Musa acuminata Colla (AA Group) cv. 'Sucrier', Musa acuminata Colla (Sucrier Group) cv. 'Lady's Finger', Musa x paradisiaca L. cv. 'Lady Finger', Musa x paradisiaca L. cultigroup Sucrier cv. 'Doigt de Femme', Musa x paradisiaca L. cultigroup Saccharinus cv. 'Lady's Finger', Musa x paradisiaca L. cultigroup Saccharinus cv. 'Dedo de Dama', Musa acuminata Colla non L. (Sucrier Group) cv. 'Datil', Musa acuminata Colla non L. (Sucrier Group) cv. 'Niño', Musa acuminata Colla non L. (Sucrier Group) cv. 'Bocadillo' [1]

( AUTO PUBLISH N3)

33 comments:

are_lin@yu said...

sedapnya klu buat grg pisang..hihi

AyueJean AJ said...

Sedap tu..
Montel2 nampak pisangnya...

ZazaMyMoon said...

selamat petang KA :)

❤Kamsiah❤ said...

gemuk2nya pisang tu...buat cekodok sedap,kek pisang pun sedap hehe

AnneRaini said...

sy suka pisang emas. sedap.

Dylla Abas said...

lama dh x mkn pisang emas

Budak Kampung said...

sedapnya pisang 2..tetiebe teringt adik

kiera'sakura said...

buat kepek pisang sedapnya tue ihihi

:: Mrs.Eady :: said...

goreng pun sodap!

Asyifa Mustaffa said...

pisang yg paling paling suka...!
mkn gitu je pun dah best....! ssh nak jumpa anak pokok pisang emas ni.....huhuhu....

m.u.l.a.n said...

makan cicah susu pekat sgt best..

Nurie said...

Best...best..best...
makan cm tu je mmg sedap..
Tapi tk de tanah nak berkebun kt umah....

Kakizan Omar said...

boleh buat bisnes nie KA... sebab menjadik pisang nyer.. :D

roslita thalib said...

suka baca blog KA :) hari2 update entry baru. tak macam ros. seminggu sekali baru update. orang pun da malas nak jengah. hehehe. btw, pisang tu nampak menggiurkan....sedapnyaaaaa

maszmadi said...

fresh tu.....

Chic Na said...

pisang ni yg buat cekodok tu kan..

Orga said...

sedap nya pisang emas, memang kegemran saya lah berbanding pisang-pisang yang lain, hehe...

Nastyna said...

pisang ni comel kan kecik2, makan macam tu jer pun dah sedap. kulit dia pun boleh buat scrub tempat parut, petua orang lama kan.

ALoNa CintamaniszLite said...

Pisang mas comel tp montel...hehe..

pisang mas ni selalu dijadikan buah niat yg disedekahkan di masjid atau surau..

Tp sy hari tu bayar ngan pisang berangan sbb dh niat mcm tu...mm

Raudzah Zahari said...

bestnya KA..dapat jugak merasa makan pokok sendirikan..walaupun agak tak sempurna..he..he

Momo said...

banyak2 pisang.. momo suka makan pisang keling..hehehe..

Mrs Velentine said...

febret anak2MV ni..done klik2

Malay-Kadazan girl said...

Eh samalah kita. Hari ni pun kami harvest pisang emas. Tapi pisang emas kami tak sebanyak KA punya. Juga terpaksa diperam sebelum peminat yang lain ambil dahulu.

Bin Muhammad said...

Salam KA,
Hutang emas tidak dilupakan,
Buntil padi ditaman saudari,
Pisang emas enak dimakan,
Hasil berbudi dilaman sendiri...

wantie said...

sedapnya.. buat cekodok.sepinggan hamba habiskan

TiranaAduka said...

salam sis ka
Mak metua suka buat cekodk dgn pisang mas

ummuaidan said...

sedapnya nampak pisang tuh KA..takyah bwk2 belayar yer..hehehe

nea lopah said...

KA...layarkan sikit kat Kuantan ni. hehe

Izan Ishak said...

sedapnya pisang emas tu KA... untung ada tanah boleh tanam pisang n macam2 kan.

Fiza Rahman said...

Klo dapat kat anak bujang saya ni boleh habis setandan ☺☺

n 0 e s u h a i m i said...

pisang emas...sedap dimakan begitu saja... faveret anak2 ni..

Haryati Faizal said...

suke gak makan pisang... lama tak beli...

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

goreng pun sodap

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...