Tabung Masa Depan ...

Monday, March 04, 2013

Salam Takziah & AlFatihah

Terkedu bila baca berita ini !
 
LAHAD DATU - Seorang pegawai dan lima anggota polis terkorban selepas mereka diserang hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pengganas Sultan Sulu di Kampung Seri Jaya, Simunul dekat Semporna lewat petang kelmarin.

( Ehsan Kosmo)
Kejadian di perkampungan atas air itu turut menyebabkan enam orang dipercayai anggota kumpulan bersenjata terbabit terbunuh.

Kejadian itu tercetus kira-kira pukul 6.30 petang kelmarin ketika 25 orang polis mengadakan pemeriksaan di kampung berkenaan setelah menerima maklumat mengenai kehadiran sekumpulan lelaki bersenjata di situ.

Sepasukan 25 orang pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna kemudian telah melakukan pemeriksaan ke kampung berkenaan yang mempunyai kira-kira 300 buah rumah.

Bagaimanapun, katanya, sebaik tiba di kampung tersebut, kumpulan bersenjata yang dipercayai daripada kumpulan penceroboh Sulu terbabit menyerang hendap pasukan berkenaan dengan melepaskan tembakan.
"Pasukan kita telah diserang dan ditembak oleh kumpulan terbabit sehingga mengorbankan seorang pegawai dan lima anggota," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
 
Untuk makluman, pada Jumaat lalu, dua anggota komando VAT 69, Asisten Superintendan Zulkifli Mamat, 29, dan Sarjan Sabarudin Daud, 46, terbunuh sementara tiga yang lain cedera dalam insiden pertempuran di Kampung Tanduo.

16 comments:

ummuaidan said...

semoga keadaan pulih secepat mungkin..kesian orng sabah..

Nurzakiah Hanum said...

al-fatihah

:: Mrs.Eady :: said...

al-fatihah...

♥ Wina ♥ said...

semoga semuanya pulih secepat mungkin..

al-fatihah

Knor said...

NAMPAKNYA MAKIN MERUNCING SKRG NI..

Bui Junaidi said...

LEMAH SEMANGAT BUI BILA BACA2 HAL BKAITAN LAHAD DATU NI..:(

Mayang ABDUL RAZAK said...

al fatihah..

Ena's Palace said...

Innalillah..Al-Fatihah..

Fiza Rahman said...

Al-fatihah. Simpati dgn keluarga arwah.

wantie said...

takziah untuk keluarga para pejuang kita yang terbunuh.

bila dah sampai ada kematian, rasa sayu pulak dengan nasib malaysia.
perebutan tak pernah habis. kesal

Ibu Lala said...

Moga keadaan pulih secepat mungkin dan kembali aman seperyi sediakala

MaMa Rey said...

sedih dgn kejadian ini..semoga berakgir dgn cepat..tiada lg kerisaun di hati ini

Nastyna said...

Hanya mmau berdoa keadaan pulih secepat mungkin.

nor laila said...

muhasabah diri masing-asing dan salam takziah...AL FATIHAH

Mrs Velentine said...

salam tak ziah

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

alfatihah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...